Teh selalu dianggap ‘jahat’ kerana dikatakan bersifat angin. Hakikatnya teh terkandung banyak khasiat untuk tubuh apa lagi dalam menurunkan berat badan.
Teh hijau misalnya, amat baik untuk tubuh malah merupakan minuman teh yang paling berkhasiat jika dibandingkan dengan minuman teh-teh yang lain.
Khasiat teh hijau amatlah banyak kerana mengandungi antioksida dan nutrisi malah mampu meransang perkembangan otak dan paling penting mengurangkan lemak dalam badan. Hebat!
Ketahui lima jenis teh yang sangat berkesan untuk membantu anda hilangkan berat badan.
Ads
Teh 1: Teh Hijau
Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Mengandungi antioksida yang cukup tinggi malah paling utama boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak badan dan
kadar metabolik. Jadi bagi yang nak kurus, minumlah teh hijau setiap pagi. Rasanya pun boleh tahan sedap.
Teh 2: Teh Oolong
Teh ini berasal dari China dan diambil secara meluas di sana. Teh ini memiliki komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan.
Minum teh ini setiap hari, anda akan boleh menurunkan risiko obesiti.
Ads
Teh 3: Teh Pudina
Teh ini paling senang kalau nak buat sendiri. Ambil daun pudina dan masukkan ke dalam teh panas. Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik
yang lain dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.
Teh 4: Teh putih
Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil
adipocytes. Mahu kekal kurus setelah penat-penat hilang berat badan? Banyakkan minum teh putih.
Ads
Kredit Foto: www.medindia.net
Teh Halba
Sedikit sentuhan tradisional tetapi cukup berbaloi buat tubuh. Gabungan teh dan halba yang cukup banyak khasiat ini buat tubuh berganda. Halba yang tinggi
khasiat membantu mengurangkan pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan berat badan atau kegemukan.
Jom cuba buat sendiri di rumah. Suami pun boleh bantu buatkan kalau nak pastikan isteri sentiasa cantik dan sihat.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau dapat biarlah gigi kita sentiasa putih seperti mutiara untuk menjadikan senyuman kita nampak manis dan menarik di mata suami. Pun begitu, menggosok gigi sahaja hanya dapat memastikan gigi bersih namun bukan putih seperti mana yang kita mahukan.
Tahukah anda, sebenarnya memutihkan gigi ini bukanlah suatu perkara yang baru di zaman moden ini. Hakikatnya, sejak zaman dahulu lagi sudah ada petua untuk memutihkan gigi.
Salah satunya adalah dengan menggunakan lemon yang dicampur dengan soda bikarbonat sebagaimana yang diamalkan oleh Puan Fitriah ini melalui perkongsian di fbnya. Jom kita semak dan tidak salah kiranya kita turut amalkan bersama agar gigi bersih malah nampak putih berseri bak mutiara.
PUTIHKAN GIGI SEPANTAS 5 MINIT SEBELUM JUMPA CUSTOMER
“Maklumlah, pagi tadi je gosok gigi. Nak jumpa orang belah petang. Segala mak nenek masuk dalam mulut tu. Hehe
Jadi kak el nak share la petua PUTIHKAN GIGI dengan 2 bahan yang MUDAH didapati. Kak el dah cuba. Terbukti keberkesananyaa okeh! Gigi nampak bersih. Nafas pun segar Korang kena cuba jugak tau.”-Fitriah
Bahan bahan:
?Soda bikarbonat ?Perahan lemon
Cara cara:
1. Letak soda bikarbonat dalam bekas
2. Perah lemon tadi kedalam bekas yang dah diletak soda bikarbonat tadi.
3. Kacau dan sekatakan larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi. Campurkan sedikit air ye.
4. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah berkumur macam biasa.
Kalau namanya Dato’ Seri Aliff Syukri, buat apapun pasti mengundang kelucuan pada warganet. Terbaru, pengusaha produk terkenal ini memuat naik gambar sedang menyapu cat dilaman rumahnya.
Menurut suami kesayangan datin Seri Shahida ini , dia bersama pembantunya menyiapkan kerja mengecat yang mengambil masa lebih kurang empat hari. Menurutnya, sengaja kerja-kerja mengecat tersebut dilakukan sendiri tanpa mengupah kontraktor kerana mahu berjimat.
“Lawa tak?? Dah baru siap.. Pejam celik2 dah nak masuk 3tahun rumah ni siap.. Lantai pun warna semakin pudar hari ini saya check sndiri sahaja lantai sebab nak berjimat maklumlah musim PKP ini kalau bayar Contractor mereka mahal.
“Saya buat sahaja 4 hari 3 malam saya mengecat dengan dino dAn maid sy.. alhamdulillah siap.’tulis Aliff Syukri di laman instagramnya.
Di sebalik senyuman manisnya siapa sangka wanita ini pernah dihujani ujian yang cukup berat. Bukan calang-calang orang yang boleh bertahan. Namun wanita yang dikenali dengan nama Zeeda Aziz mungkin cukup ‘istimewa’ sehinggakan terpilih oleh Dia.
Dilahirkan pada tahun 1979 di Kampar, Perak, Zeeda, 38 tahun yang kini menetap di Sungai Petani bersama suami dan anak-anaknya merupakan aktivis sosial yang banyak bergerak di sekitar kawasan utara semenanjung untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.
Selain dari melakukan kerja lawatan sosial, dia juga dijemput ke sekolah dan juga program anjuran universiti, untuk memberi ceramah tentang masalah sosial dan juga slot motivasi.
“Projek terkini saya ialah mewujudkan program kumpulan sokongan tertutup untuk mangsa penderaan mental, fizikal dan seksual. Program ini memberi peluang kepada mangsa untuk mencari sokongan moral dan emosi dari aktivis dan juga sesama mangsa.
“Sebelum saya bergiat aktif dalam bidang sosial dan kemasyarakatan ini, saya pernah diuji hebat apabila disahkan menghidap kanser tulang selepas melahirkan anak yang kedua. Saya perlu melalui rawatan kemoterapi dan pembedahan membuang tulang yang rosak.
“Cabaran ini bermula pada tahun 2007 dan saya segera mendapatkan rawatan di hospital dengan lebih dari 10 kali pembedahan major. Akhirnya pada bulan Mei 2013 saya nekad untuk membuang sebahagian dari kaki kiri dan kini saya cacat fizikal kekal.
Alhamdulillah, setelah beberapa ujian klinikal dan imbasan dibuat, saya disahkan bebas kanser dan kini menjalani hidup yang aktif dengan memberi khidmat kepada masyarakat dan negara.
Saya mula berminat untuk menjadi seorang aktivis sejak saya menjalani rawatan di hospital. Sepanjang saya berada di wad, begitu ramai orang yang saya tak kenali menghulurkan bantuan tanpa diminta.
“Mereka ini membantu tanpa mengharapkan balasan. Niat mereka adalah untuk menggembirakan hati dan memudahkan urusan pesakit. Dari sinilah saya belajar bagaimana untuk memberi dengan ikhlas dan membentuk empati yang tinggi dalam diri.
Walaupun berada di dalam situasi yang tidak menyenangkan, saya sentiasa cuba berfikiran positif. Untuk menjadi seseorang yang positif, letakkan sahaja Allah di hadapan sebagai penunjuk jalan.
“InsyaAllah tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Dan di setiap kesulitan, ada kemudahannya. Itu janji Allah kepada semua hambaNya di dalam Surah Al Insyirah,” ujar Zeeda yang suka membaca dan menonton video yang memberi motivasi dan inspirasi.
Menurut Zeeda lagi, menerusi pengisian beginilah dia belajar mengawal emosi dan pemikiran supaya setiap ujian yang dihadapi dapat dilalui dengan tabah, redha dengan apa yang dihamparkan, dan yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk memudahkan jalan atau cara.
“Alhamdulillah setiap cabaran yang diberikan saya terima dengan rasa syukur kerana, tanpa ujian berat sebegini saya mungkin akan menjadi manusia yang khufur, iaitu tidak mensyukuri setiap nikmat kecil yang diberi olehNya.
“Cabaran hidup saya yang terbesar bukanlah kecacatan fizikal yang saya ada. Malah ianya menjadi perangsang untuk saya lebih berusaha mencapai matlamat yang disasarkan. Apa yang menguji kekuatan emosi saya buat masa ini ialah bagaimana untuk mendidik masyarakat supaya sedar bahawa masalah sosial adalah masalah semua, dan bukan lagi hal keluarga. Memecahkan stigma dan persepsi konservatif agak rumit kerana ianya sudah didoktrinkan sekian lama.
“Dalam usaha ini, saya mendapat sokongan penuh dari suami dan anak-anak. Sahabat aktivis dan juga rakan-rakan yang lain turut memberi semangat dan berkongsi idea sepanjang menjalankan misi fisabilillah ini.
‘Oleh kerana kerja yang saya usahakan ini menggunakan banyak masa di luar kawasan, urusan di rumah dipermudahkan oleh pembantu saya. Ada masanya saya akan bawa anak-anak ke lapangan untuk memahami kerja yang saya lakukan supaya mereka lebih faham tujuan kenapa usaha ini perlu dilakukan,”ujarnya lagi.
“Selain aktivis sosial, saya juga penulis di media sosial. Jadi saya kerap kali menaikkan status berunsur nasihat. Pada saya, jika kita rasa tidak berdaya, carilah kekuatan dari sumber yang baik contohnya bahan bacaan, video yang memberikan inspirasi atau merujuk hal yang berkaitan pada individu yang berilmu.
“Elakkan dari membuat keputusan sewaktu emosi mendahului akal. Wanita juga perlu persiapkan diri dengan ilmu pelbagai cabang supaya diri lebih matang dan sentiasa bersedia untuk cabaran akan datang,”ungkapnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...