Tiada yang mustahil dalam membentuk dan mendidik anak menghafal al-Quran dalam usia muda. Yang penting disiplin.
Biarpun dibesarkan oleh nenek dan datuknya, adik Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin membuktikan kesungguhan dan dispilin yang tinggi membolehkan dia muncul juara Qari Junior 2017. Sekali gus memenuhi impian neneknya, Asmah Jusoh, 59 dan datuknya Mohd Nasir Mohd Din, 60 yang mahu menjadikannya seorang tahfiz akhirnya menjadi kenyataan.
Ibu-ibu di luar sana boleh menjadikan petua nenek Haikal ini sebagai panduan:
Petua Nenek Latih Cucu Cintakan Al-Quran
Mulakan pendedahan pada al-Quran seawal usia 4 tahun. Haikal mampu khatam dalam tempoh 2 bulan dan menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika usia 8 tahun.
Setiap bulan khatam al-Quran 2 kali.
Setiap pagi bangun seawal 4.45 pagi untuk solat sunat, mengaji satu juzuk sebelum ke sekolah. Pada hari cuti, perlu habiskan 7 juzuk al-Quran. Sambil siapkan kerja sekolah, Haikal akan mengaji.
Tak mengambil sebarang makanan ringan. Setiap hari bawa bekal yang dimasak nenek ke sekolah.
Merakam surah dan membaca semula surah yang dirakam
Sejarah Sukar Haikal
Ads
Ketika usia setahun setengah, Haikal tidak boleh meniarap dan bercakap serta alami masalah saraf dan hampir menjadi orang kurang upaya.
Sejak itu, nenek latih Haikal menulis agar tangannya kuat. Diurut kaki dan tangan cucunya sambil tak henti berdoa pada Allah.
Umur 2 tahun, Haikal baru boleh berjalan tapi belum boleh bercakap.
Ads
Disebabkan tidak lekat nak sebut nama mama mahupun babah, nenek ajar Haikal sebut Allah. Sebut berulangkali sampai “Allah’ menjadi sebutan pertama anak kecil ini.
Ini Cara Haikal Hadapi Tekanan
Ads
Didikan nenek yang kental disiplin ada ketikanya membuatkan Haikal alami tekanan. Subhanallah… sungguh hebat Haikal atasi tekanan dirinya.
“Rasa tu timbul pada awal dulu. Tapi saya dah ok, mula-mula saja rasa tertekan. Kalau saya penat, saya main basikal dalam 15 minit dan kembali mengaji. Tak susah pun, cuma perlu fokus.”
Sumber: Sinar Harian/GPS Bestari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap dari kita pasti ada menu masakan yang menjadi kegemaran atau meninggalkan kenangan dalam diri kita kan. Mungkin nampak biasa tapi ia ada sentimental value yang membuatkan kita ‘terikat’ dengan hidangan tersebut.
Menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN), Puan Redza Rosida berkongsi resipi ayam madu yang menjadi kegemaran arwah ayahnya. Mengimbas detik terakhir bersama arwah, wanita ini berkata ayah tidak jemu memakan masakannya walaupun tiga hari berturut-turut.
Ayam madu kesukaan arwah ayah..dh lama x buat sbb teringat kat arwah ayah..ayah suka sngat..ada 1 masa tu,sy buat 3 hari berturut2 masak ayam madu je..ingat ayah akan jemu,rupanya tak..ayah mkn dgn seleranya..haini sambil masak,sambil menangis..rindu pada ayah bertandang.
Kalau masa ayah ada mesti time sy masak akan dtg dapur tanya masak apa..mesti tanya bahan cukup x nk masak..klau ckp x cukup,berdesup start moto p kedai..sy ni klau suami tugas luar berbulan2 mesti balik kat mak ayah sbb nk luangkan masa bersama..nk berbakti pda mereka..kini dh 5 bulan ayah pergi..sy sertakan resepi sekali ok..
Ayam madu
Bahan A
*gula kerek yg nipis tu 2 keping+air setengah cawan+lada kering blander 2 sudu..masak sampai agak likat skit..
Bahan B
*bawang besar 2 biji+bawang putih 5 ulas
*halia 2 inci
*sos tiram 3 sudu besar
*sos lada hitam 3 sudu besar
*madu 2 sudu
*kiub ayam 1 ketul
Blanderkan bahan A dan bahan B
Kuantiti ayam seekor..ayam rebus kejap je..x rebus pun x pe..perap setengah jam..lagi lama lagi sedap..masa bakar letak butter skit kat pemanggang ajaib..bakar dapur arang lgi sedap..selamat mencuba😊
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gegata atau bintik-bintik merah yang timbul secara tiba-tiba memang merisaukan. Apa lagi kalau anak yang alami masalah ini. Rengekkan anak yang mengadu gatal seluruh badan pastinya buat kita rasa cemas.
Bagi masyarakat di sebelah utara menggelarkan gegata sebagai Kelopak Garam. Manakala di Pantai Timur pula memanggilnya sebagai Lapar Garam. Macam-macam panggilannya kan?
Apa jua nama gelarannya bagi negeri anda, banyak yang anda perlu tahu mengenai masalah gegata ni.
Tulisan Kam Haryatie Abdul Mutalib di blognya, www.mommyshahab.com boleh juga kita jadikan panduan. Menariknya dia berkongsi beberapa petua yang dikumpulkan untuk perkongsian bersama. Selamat mencuba.
Minggu lepas, anak saya yang kedua, Qhalish, tiba-tiba je badannya gatal-gatal. Mula naik gatal pada jam 4 petang. Tapi start pukul 10 malam, tiba-tiba naik bengkak kecik-kecik.
Kesian sangat kat Qhalish. Tak henti menggaru. Tak tahu nak buat apa, saya terus bawa ke klinik time tu jugak. Sampai di klinik, doktor macam biasa bagi ubat makan untuk tahan gatal dan Calamine Lotion. Penting ni.
Saya nak share tips dan petua daripada rakan-rakan yang saya sharekan di FB.
Alhamdulillah ramai yang beri respon. Saya compile antara tips dan petua yang mereka share.
Cuka Dan Garam
Krim Econazine
Bawang Kecil
Air Sireh
Air Garam
Mandikan anak dengan air garam. Sekadar gambar hiasan. Cantik pulak ku tengok gambar garam kaler pink ni.
Tepung Ubi Dan Bedak
Jumpa Doktor
Last option, anda boleh berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Biasanya doktor akan bagi ubat tahan gatal (biasanya ubat selsema) dan lotion sapu. Kalau orang dewasa, biasanya doktor akan beri injection.
Solution untuk Qhalish
Untuk Qhalish, saya tak boleh nak bagi sebarang ubat makan atau sebarang suplemen atau apa sahaja yang ada rasa. Memang dia takkan makan punya. Akhirnya, ini solution yang paling sesuai untuk Qhalish.
Untuk anak-anak yang sama condition macam Qhalish, yang tak boleh telan sebarang ubat atau apa sahaja yang ada rasa, boleh cuba solution yang saya bagi pada Qhalish.
1. Calamine Lotion
Sapu di semua bahagian yang bengkak dan gatal.
2. Mandi dan berendam dengan air garam
Setiap kali mandi, Qhalish akan berendam dengan air garam. Tak kisah garam kasar atau garam bukit atau garam yang ada aura tu. Kasi kaw-kaw masin. Sambil dia berendam tu saya sapukan ke seluruh badan dan kepala.
3. Homepati tahan gatal
Memandangkan Qhalish serasi dengan homepati, saya usahakan jugak untuk dapatkan homepati sebagai salah satu usaha elakkan gatal.
Alhamdulillah, selepas 3 hari, semua gatal dan bengkak kian surut. Dan tidak berulang lagi. Kepada semua pembaca, anda boleh cuba sebarang tips dan petua yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat saya di atas mengikut kesesuaian masing-masing.
Idea mewujudkan Kedai Percuma Pak Nil tercetus ketika pengacara nombor satu tanah air ini turun padang membantu mangsa banjir.
Ketika itu, Aznil Haji Nawawi menjalankan kerja mengumpul golongan sukarelawan bagi membantu masyarakat di Bukit Canggang, Banting, Selangor membina semula hidup baru dan menyalurkan bantuan.
“Semuanya bermula dengan hanya makanan yang dimasak penduduk kampung secara rewang bermodalkan wang sumbangan yang saya kutip di kalangan pengikut media sosial saya.
“Ketika itu dalam sehari kami berjaya menyediakan hampir 1000 bungkusan makanan kepada mangsa banjir. Malah selepas banjir surut, mulalah mereka bergerak pulang dari PPS ke rumah masing masing.
“Ketika itu saya tinjau dan amati, kesemua mereka terpaksa mengumpul barang semula dan membaik pulih rumah mereka. Bahkan barang keperluan asas mereka tiada langsung.
“Daripada situ saya fikir kenapa tidak diwujudkan kedai percuma berkenaan,” kata sambil memberitahu kedai percuma yang ditempatkan di sebuah kawasan di situ ditubuhkan pada 30 Disember lalu.
Menurut Pak Nil lagi, cetusan usaha pemberian bantuan kepada mangsa banjir tempoh hari di situ bermula selepas dia dihubungi salah seorang pengikut Instagram berkongsi sisi ceritanya mengenai kemusnahan daerah itu akibat banjir.
“Ketika menjejaki kawasan itu, saya lihat ramai penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tinggal sehelai sepinggang. Bantuan orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) pun kurang.
“Untuk permulaan ketika itu, saya menghubungi syarikat yang pernah bekerjasama seperti jenama Eskayvie dan Nakada.
“Pihak jenama itu bermurah hati untuk menghantar barang keperluan asas seperti minyak, telur, air mineral, sardin, selimut, bantal, lampin bayi dan sebagainya.
“Timbul idea juga untuk mengumpul belian barang asas ini menerusi duit sumbangan orang ramai. Saya beli sendiri barangan itu menggunakan duit sumbangan diberikan.
“Ia kemudiannya diletakkan di sebuah kedai di kawasan berkenaan yang diberi nama Kedai Percuma Paknil,” katanya.
Tambahnya lagi, mangsa banjir boleh ke kedai itu untuk mengambil barang keperluan secara percuma mengikut keperluan mereka sahaja.
“Kedai ini mengalu-alukan barangan keperluan yang boleh dihantar terus ke sana atau menyalurkan duit sumbangan ke akaun saya.
“Ia akan berterusan beroperasi jika terus menerima sumbangan orang ramai atau pertubuhan kerajaan mahupun swasta,” katanya.
Sementara itu bercerita lanjut sewaktu kunjungan kemanusiaan ke sana beberapa kali, air matanya berjuraian tanpa diduga.
“Sedih tengok keadaan mereka. Saya sentiasa membayangkan saya atau keluarga saya melalui ujian dan dugaan itu.
“Kerana itu, saya tidak mampu duduk berpeluk tubuh, saya perlu lakukan sesuatu untuk membantu mereka membina hidup kembali,” katanya.
Pak Nil menggunakan akaun media sosialnya terutamanya Instagram dan TikTok untuk mengajak khalayak bersama-sama dengannya mencari dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir di kawasan itu.
“Subhanallah… rakyat Malaysia sesungguhnya masyarakat yang pemurah. Hari pertama saya umum pembukaan tabung khas membantu mangsa banjir Bukit Canggang, sambutan yang diterima sungguh luar biasa.
“Menangis saya melihat keprihatinan rakyat Malaysia. Dana yang disalurkan itu saya agihkan kepada wakil saya di sana. Walaupun, tidak banyak yang diterima setiap mangsa, namun, sekurang-kurangnya mereka di sana tahu bahawa seluruh negara turut sama bersedih dengan nasib mereka dan mahu berkongsi rezeki.
“Itulah yang menjadi motivasi buat saya untuk meneruskan kerja kemanusiaan ini,” katanya.
Pak Nil percaya dengan kuasa media sosial termasuk pengaruh dan kedudukan, beliau mampu mengajak orang ramai sama-sama berganding bahu.
“Niat dan matlamat saya adalah untuk meringankan beban mangsa banjir. Bahkan, ini juga masa terbaik untuk kita seluruh rakyat Malaysia menunjukkan solidariti dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik, batas agama, bangsa dan latar belakang.
“Hari ini, hari mereka… siapa tahu esok lusa hari kita pula?” kata Aznil yang juga pengasas Yayasan Pesona dalam nada sayu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.