Menggoreng memang nampak mudah. Tapi perasan atau tidak akan sering juga terjadi ikan yang digoreng melekat di kuali dan sekali gus menjadikan sajian yang digoreng nampak tidak menyelerakan.
Di sini dihimpunkan enam petua berkenaan menggoreng ikan agar tidak melekat di kuali. Bolehlah dicuba yang mana mudah pada pandagan anda agar selepas ini tiada lagi berdepan dengan masalah gorengan ikan, ayam atau sebagainya melekat di kuali.
IKLAN
Ayuh semak 6 petua ini, semoga bermanfaat!
Petua 1:
Panaskan minyak ke dalam kuali. Setelah minyak dah cukup panas, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, dan sebagainya. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng seperti biasa.
IKLAN
Petua 2:
Anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing.
IKLAN
Petua 3:
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4:
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging.
Petua 5:
Selalunya ikan yang digoreng akan mudah melekat di kuali yang baru. Goreng sedikit hampas kelapa tanpa minyak sehingga bertukar warna kuning. Kemudian basuh kuali sehingga bersih dan bolehlah digunakan untuk menggoreng ikan pula.
Petua 6 :
Kuali yang digunakan untuk menggoreng ikan perlu dibasuh bersih sebelum digunakan. Jika terdapat sisa masakan melekat pada kuali, ia akan menyebabkanikan yang digoreng akan meleket pada kuali tersebut.
Setelah dua tahun kita berperang dengan wabak Covid-19, barulah dapat merasai betul-betul nikmat ramadan. Antaranya solat terawih yang tak perlu dijarakkan, kedai mamak boleh dibuka 24 jam untuk orang sahur, tidak ketinggalan peniaga bazar ramadan yang dua tahun terpaksa tangguh berniaga kini di sambut meriah orang ramai sampaikan peniaga boleh tutup gerai awal dek ‘serangan’ dah lama tak ke bazar.
Sebut tentang bazar ramadan ni, ada beberapa menu wajib bila datangnya bulan ramadan menjadi tumpuan orang ramai, antaranya air yang bermacam aneka pilihan, ayam percik, kuih muih, murtabak dan roti john.
Kalau ahli keluarga tak ramai, sesekali nak berbelanja kat bazar apa salahnya, kan? Yang mana anak ramai dan nak memenuhi citarasa semua orang, agak ‘kopak’ sikit duit mak ayah kan.. Yang mana menu kita boleh buat sendiri di rumah, apa kata buat sendiri je. Lebih berbaloi kan? Misalnya seperti roti john yang kami kongsikan ini!
Tak perlu dah nak beratur panjang-panjang untuk roti john, buat sendiri je. Rasa nak makan kuih lain, boleh la singgah ke sana lepas masak ni kan? Nak tahu buat macam mana, jom rujuk resepi dan cara-caranya di bawah. Selamat mencuba!
ROTI JOHN HOMEMADE
Bahan-bahannya:
Bawang merah – potong dadu
Bawang putih – potong dadu
Rempah kari (campur air)
Daging atau ayam cincang atau daging burger
Sosej – (jika perlu)
Garam
Lada sulah
Daun sup/bawang – hiris
Telur
Roti frankfurter
Mentega
roti john
Cara-caranya:
1. Untuk membuat inti roti John, tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan rempah kari, daging cincang dan sosej beserta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan agak-agak saja. Kalau rata sehingga masak dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan juga daun sup atau daun bawang. Kacau.
3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.
4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti jangan sampai putus, sapukan mentega dan terus tekap atas kuali. Biarkan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
5. Dalam kuali/pen yang sama, cairkan sedikit mentega kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.
6. Tekap roti ke atas telur.
7. Agak-agak telur dah masak, terbalikkan.
8. Ini hasilnya bila dah siap tekap dengan inti tadi.
9. Letakkan mayonis dan sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.
Pengambilan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian amatlah penting tidak kira direbus atau ditumis. Sayur pucuk ubi antara sayur yang mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan.
Sambal pucuk ubi goreng petai boleh dijadikan menu sayur yang paling sesuai dimakan oleh semua peringkat umur. Walaupun nampak ringkas, menu ini semestinya akan membuatkan anda makan bertambah.
Menurut resipi yang dikongsikan oleh @madam_musfirah lauk ringkas ini sangat sesuai dimakan bersama nasi yang dimasak sedikit lembik dan ketika panas. Jadi, jika anda penggemar pucuk ubi memang patut cuba resipi ini.
Sambal Pucuk Ubi Goreng Petai
Bahan-Bahan:
Pucuk ubi (basuh, celur 10 minit, toskan air) 2 sudu makan ikan bilis 10 biji cili api
Walaupun merebus telur ini semudah ABC tapi bila tidak betul caranya, kulit telur susah hendak dikupas.
Itu yang kita lihat, ada yang terkopek-kopek dan terasa tidak menarik pula bila dihidangkan bersama menu nasi lemak, mee kari, laksa dan sebagainya untuk keluarga nikmati.
Jadi apa petuanya ye?
Buat yang tidak tahu, bolehlah cuba lakukan seperti Puan Waheeda Basiron. Menurutnya dengan memasukkan dua bahan ini ketika merebus telur, hasilnya telur bila dikupas akan nampak cantik sahaja, licin sempurna tanpa ada kesan bertobek.
Tips cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cele, mudah je ..
cara-cara :
1. CUCI TELUR
Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk dan tambah air. Tak perlu air mendidih baru nak masuk telur ye.
2. MASUKKAN 2 BAHAN
Masukkan sesudu garam + sesudu minyak masak.
3. REBUS
Rebus lebih kurang 10-15minit/ sehingga air menggelegak.
Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus kupas.
Resipi gulai tempoyak antara menu hidangan yang menjadi buruan ramai peminat durian. Biasanya pencinta buah durian bukan sahaja suka makan buah durian tetapi juga segala jenis menu berasaskan durian termasuklah tempoyak.Ā