Baik buruk tinggal sebumbung dengan mentua hanya mereka yang melalui pengalaman itu sahaja yang memahami. Tentu sahaja tak akan sama, dan setiap seorang punya kisahnya yang tersendiri.
Meskipun begitu, di sini dikongsikan bagaimana pengalaman seorang wanita ini yang tinggal bersama mentua, bukan setahun dua tapi enam tahun lamanya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita memahami asam garam hidup sebumbung bersama keluarga mentua.
Hampir 6 tahun saya tinggal sekali dengan mentua. Memang banyak suka duka di dalamnya.
Kisahnya, adik-beradik suami saya semuanya lelaki. Part yang paling rasa tak selesa ialah aurat.
Dalam bilik pun pakai tudung. Apa taknya, anak-anak ni bukan faham bahasa. Keluar masuk bilik selamba saja kuak pintu seluasnya.
Daripada kau menggelabah cari tudung, lebih baik kau pakai saja sepenuh masa. Sampaikan suami saya tegur, “solehahnya isteri abang. Tidur pun pakai tudung.”
Part hubungan dengan mentua, saya memang takde masalah. Menjeruk rasa sekali-sekala, itu biasa.
Iyalah, dah namanya tumpang rumah mentua. So, you have to act like one. Buatlah bagaimana adabnya orang menumpang.
Ads
Time masak, kau joinlah sekaki. Menyibuk saja di situ walaupun hakikatnya kau sekadar potong-potong atau sekadar membawang.
Mula-mula kahwin dulu, saya tak pandai masak langsung. Mak mentua suruh siang ikan pun saya terkial-kial. Akhirnya dengan insang-insang itulah saya masak.
Inilah padahnya bodoh sombong. Ada mulut, tak nak tanya. Padan muka!
Lepastu, saya terus insaf. Semua benda saya tanya pada mak mentua. Memang persis menantu solehah yang taat dan mendengar kata.
Paling penting, jangan melawan! Kalau kau sentap atau terkecil hati, luah saja pada suami. Jangan gaduh mulut dengan mentua. Ingat, mentua tetap berada pada level ibu bapa.
Ads
Lagipun redha Allah terletak pada redha ibu bapa, remember?
Hormat dan sayang mentua kau macam mak ayah sendiri. Faham, sayang tu takkan sama. Tapi kau buat ajelah! Diorang layan kau baik atau tak, itu cerita nombor 10. Pokoknya diri kau tu. Buat baik sebab nak pahala. Bukannya harapkan mentua timang-timang dan sanjung kebaikan kau.
Gambar hiasan
Sekarang, hampir 3 tahun saya tinggal di rumah sendiri yang cuma 5 minit dari rumah mentua.
Walaupun rumahnya tak besar mana, tapi bila masuk saja dalam rumah, Allahuakbar gembiranya lahai.
Kalau penat, boleh biar saja pinggan penuh dalam sinki.
Ads
Kalau nak marah anak-anak, tak kisah pun menggunakan high pitch tanpa perlu cover-cover.
Kalau tak sihat, boleh saja berkurung dalam bilik dan biarkan anak-anak sepahkan mainan penuh satu ruang tamu.
Nak main lari-lari dengan suami pun tak segan.
Nampak tak?
Hidup ini, memang ada suka duka. Ada pasang surut. Tuhan takkan bagi kau susah sentiasa. Pasti Dia akan ganti dengan sesuatu yang istimewa.
Gambar hiasan
Setiap ujian, pasti akan berakhir sebelum datang pula ujian yang lain. Bersungut lama-lama, tak mengubah apa-apa.
Memang begitulah lumrah sebuah kehidupan. Diuji dan teruji. Maka, sabarlah! Dan teruskan berjalan.
Tentu ada yang lalui perkara ini, apabila penghawa dingin tidak berfungsi gara-gara di gigit tikus. Nak baiki kena panggil tukang repair, tapi jika sebulan dua kali, tentu ‘lari’ bajet bulan tu.
Menarik dengan perkongsian lelaki ini, beliau telah menunjukan cara menggunakan berus sabut untuk menghalau tikus daripada berada di kawasan itu.
Ikuti lanjut caranya.
Siapa pernah kene macam ni? Hidupkan aircond, indoor unit hidup tapi outdoor unit senyap je. Rupa-rupanya tikus dah masuk outdoor unit aircond dan gigit wire.
Bila panggil tukang repair, mudah je. Panjat, buka dan sambung semula wire tu. Hidup semula. Bayar tukang. Selesai.
Tapi bila sebulan sampai 2 kali kene, duit kita yang selesai kalau biarkan je.
Petua die bagi, letak berus sabut kat tempat piping masuk. Katanya tajam-tajam berus sabut tu buat tikus tak jadi masuk. Masuk akal juga.
Terus beli berus sabut dan letak tempat yang tikut boleh masuk. Cuba je. Modal pun tak besar mana.
Lepas letak, Alhamdulillah dah dekat setahun tak de masalah tikus gigit wire dalam outdoor unit.
Semua outdoor unit saya letak untuk elak tikus masuk.
Siapa ada masalah ni, boleh cuba. Mungkin membantu.
Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Kata-kata ini membawa maksud yang tersurat dalam kehidupan kita semua. Begitulah lumrahnya, ada masa kita bahagia ada masa kita diuji derita.
Sementelah buat wanita bergelar isteri, usah terlalu bergantung harap pada suami sepenuhnya. Kita tidak tahu apa terjadi di masa hadapan.
Mana tahu ditakdirkan berlaku perpisahan atau kematian pada pasangan, pada siapa lagi kita iharapkan. Sebabnya sebelum ini semuanya diserahkan pada suami menanggung.
Justeru itu, Dr Azizul Azli acapkali memberi peringatan di akaun facebooknya, bahawa wanita perlu persiapkan diri dengan ‘beg kecemasan’ untuk berdepan dengan kebarangkalian sebelum datangnya ‘bencana’ dalam alam rumah tangga.
WANITA JUGA PERLU ‘BEG KECEMASAN’
1. Hidup ini tiada kepastian yang unggul, tak semua yang kita rancang baik akan berakhir dengan baik. Ada juga dirancang dengan baik, tetap dapat keputusan tak baik. Apatah lagi hidup tanpa perancangan.
2. Banyak kali saya dah tulis, wanita perlu ada pendidikan dan harta. Belajar baik baik, himpun harta untuk diri sendiri.
3. Mula kerja belajar bawa kereta agar mandiri, tidak harapkan bantuan sesiapa dan boleh berdikari.
4. Pasang impian ada rumah sendiri, kediaman kita beli sebelum jumpa ‘Abang Napi ‘ bukan harta sepencarian nanti. Ia milik sendiri.
5. Jika belum mampu beli rumah, belajar buat simpanan dalam ASB, penuhkan ASB hingga RM250,000 biar maksimum.
6. Jika tak minat simpan duit, belajar kumpul dinnar emas atau gold bar emas. Simpan baik baik untuk nilai masa depan nanti.
7. Bincang baik baik dengan suami, jumlah anak yang nak ada. Jangan ingat jadi wanita ini kerja beranak tiap tahun seoarang anak seperti yang dia nak!
8. Elakkan buat hutang untuk orang lain waima suami sendiri.
Jika hutang ada nilai baik dan perlindungan takaful silakan, jika tidak baik lupakan.
9. Yakin pada Tuhan yang Maha Esa sahaja 100%, jangan letak kepercayaan pada manusia sampai 100%. Simpan kasih sayang buat diri sendiri juga.
“Tak baik buruk sangka pada orang?”
Ini bukan buruk sangka, ini kepercayaan kita, yakinlah bahawa manusia baik macam mana pun mereka tak sempurna. Rambut belah tepi macam Nepal pun, mereka boleh jatuh hati berkali kali nanti.
Kawan kawan,
Jika sebelum datangnya bencana, kita diminta sediakan ‘Bag Kecemasan”, begitulah juga dalam kehidupan.
Apa bag kecemasan yang kita telah ada dalam perkahwinan ini?
Bila kita kaya dan ada pendidikan, kita akan banyak pilihan. Kita tak menangis merayu dan minta bantuan.
Kata William Shakespeare,
Lelaki terbukti banyak berjanji, tapi sedikit mencintai.
Pesan Buya Hamka
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Jadilah kaya dan mulia, agar banyak jalan jalan dan pilihan dihadapan kita.
Memiliki wajah yang cantik, bukan hanya dengan menjaga pemakanan tetapi sebaliknya penjagaan wajah juga penting. Sebab tu kena bermula sejak awal lagi. Selain penggunaan produk moden, anda juga boleh amalkanpetua-petua yang baik untuk kulit.
Tidak salah mencuba petua ini kerana ia bersifat semulajadi. Jika ada sebarang masalah, hentikan sahaja daripada mencubanya. Senang sahaja!
Masker daripada putih telur antara petua tradisional yang diguna pakai sejak turun temurun. Terbukti rahsia putih telur ada baiknya untuk kulit wajah kita, sehingga diyakini sehingga ke hari ini. Pun begitu, jom cuba lima petua daripada putih telur ini. Pasti lebih membantu.
Putih Telur & Madu
Campur sebiji putih telur dan satu sudu besar madu. Kacau sehingga sebati dan sapu ke seluruh wajah dan juga leher. Biarkan selama 15 minit dan kemudian basuh dengan air sejuk. Kulit lebih lembap dan wajah nampak lebih segar.
Putih telur & Yogurt
Campur sebiji putih telur dengan satu sudu besar yogurt. Tambah sedikit gula merah. Letakkan pada wajah dan leher anda dengan secukupnya dan urut dengan perlahan selama 10 minit. Biarkan masker ini selama 10 minit sebelum dicuci. Masker ini dikatakan membantu membuang sel kulit mati dan menegangkan kulit yang makin menampakkan garisan kedut. Wow!
Putih Telur & Oatmeal
Kocakkan putih telur ini bersama dua sudu besar oatmeal. Jadikan ia sebagai pes dan sapu pada seluruh kulit muka. Biarkan ia selama 20 minit dan alamilah perbezaannya secara natural. Sentiasa lakukan hingga terasa kesannya pada anda.
Putih Telur & Lemon
Campurkan sebiji putih telur bersama dua sudu besar jus lemon. Tambah sedikit madu asli. Kocakkan kesemua bahan ini sehingga menjadi buih dan sapu ke wajah dan leher. Tunggu selama 30 minit sebelum anda membasuhnya.
Jus lemon membantu menghilang dan meredakan bintik hitam, kulit mati dan minyak berlebihan manakala putih telur menjadikan kulit lebih tegang. Manakala madu pula membantu meningkatkan lembapan yang hilang.
Putih Telur & Cuka Epal
Campur dua sudu besar cuka epal dengan sebiji putih telur dan gaulkan sehingga sebati. Sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit.
Kemudian bersihkan dengan air yang mengalir. Cuka epal akan membersih wajah dan melegakan kulit sementara putih telur akan menegangkan kulit.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Majalah Keluarga, Ezwan Mohamad Zain atau dikenali juga sebagai MR E, pengasas Kueh Cafe, membuka lembaran baru tentang persahabatannya...