Perkongsian daripada Puan Musleha Mohd Tahrir ini tentang bagaimana dia dan adik beradiknya yang lain sepakat mewujudkan tabung raya untuk menampung perbelanjaan raya di kampung, wajar kita praktikkan.
Sekurang-sekurangnya tidaklah membebankan orang tua kita berbelanja sepanjang musim perayaan akan datang.
Jom ikuti perkongsian ini.
Cuti raya hampir tamat. Kebanyakan orang telah pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga kami adik-beradik. Kini tinggal lah Mak Bapak berdua di kampung menjalani kehidupan seharian seperti sebelum nya.
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yang kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dengan Mak Bapak di Pagoh pada tahun yang sama. Jadi semua orang boleh berjumpa. Tahun ni giliran kami semua di Pagoh.
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak RM1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yang kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yang diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kampung.
Ads
Semua orang terlibat dari yang kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yang baby lah kan… hihi…
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yang terror masak ni.
Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yang perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Ads
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh….Ini menu wajib yang tak pernah lagi diderhakai…(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
Ads
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing-masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu. Dan masa rosak tu, masa saya yamg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yang pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu-sepupu. Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka. Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yang tukang baca senarai AJK tu.
Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yang diketuai oleh Bapak. Siap ada yang jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.
Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Raya2017kgsaribarupagoh
Hijrah itu milik Allah, siapa mampu menolak andai Dia sudah menetapkan perkara itu. Seorang demi seorang selebriti membuat penghijraha dalam hidup mereka.
Terbaru, penyanyi dan penyampai radio , Nana Mahzan turut berbuat demikian. Tampil berhijab ketika sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya sambil ditemani suami tercinta, Mohammad Raqeem Brian Abdullah, nyata mengundang kejutan ramai.
Menurut empunya badan, Nana mengakui belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut perubahan imejnya itu.
“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya. Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.
“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya.
“Jadi hari ini, sebelum Asar dan hujan turun dengan lebatnya, telah makbul doanya. Terima kasih atas doa-doanya.” ujar Nana Dalam perkongsian yang penuh sebak.
Mengakui masih belajar, namun jelasnya dia tetap Nana yang sama. Dalam masa yang Sama, dia melahirkan rasa bimbang penerimaan orang dengan penghijrahannya itu.
“Sebagai manusia, ianya agak sukar pada mulanya. Alhamdulillah, hidayah itu sampai awalnya. Harap anda tidak menilai saya, saya masih belajar. Tak pandai lagi nak bertudung. Maafkan saya.
“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku sebelum ini kerana itu yang mematangkan dan menjadikan penghijrahan ini lebih manis. Insya’allah.
‘Sejujurnya, saya tak nafikan arwah Siti Sarah antara alasan saya berhijrah. Tapi perasaan (berhijrah) selalu ada dan bertahun-tahun. Sehinggalah kali ini betul-betul. Terima kasih suami.
Sementara itu, sebagai suami Raqeem Brian mengakui gembira dengan keputusan isterinya itu.
“Saya mahu Nana betul-betul pasti dengan keputusan itu. Saya gembira kalau dia bersedia untuk bertudung sepenuhnya,” kata Brian.
Siapa tak seronok kalau dapat berkotak-kotak kiriman daripada seseorang, lagi-lagi daripada orang tersayang. Inilah kegembiraan yang ingin dikongsikan oleh seorang anak yang menerima kiriman yang tidak disangka-sangka daripada ibunya di kampung.
“Yeayy dapat durian fresh dari Pahang 🤍 terima kasih ibu n family pahang ❤️🥰 setelah sekian lama tak dapat balik pahang 🥲 RINDUUUUU 😭🥺”
Demikian kapsyen yang ditulis pada video yang dikongsikan di aplikasi TikTok
Sehingga kini video tersebut telah mendapat perhatian hingga ditonton 242.7K jumlahnya.
Memetik perkongsian cerita Nur Amirah Afiqah Hamdan bersama mStar, buah durian yang dikirim ibunya adalah durian kampung hasil daripada kebun milik keluarganya di Chenor, Pahang.
“Sebenarnya ada beberapa pokok dekat kebun tapi musim-musim sebelum ini tak menjadi. Kalau balik kampung, kami selalu pergi kebun ibu saudara sahaja dekat Jerantut, Temerloh.
“Tiba-tiba beberapa bulan lalu, ibu beritahu pokok-pokok durian kami keluarkan bunga. Hari-hari juga ibu update pasal pokok durian, siap bagi gambar tunjuk buah yang tengah lebat.
“Bila dah mula gugur baru-baru ini, ibu pun cuba pos. Mula-mula dia tanya satu syarikat kurier tapi mereka tidak terima. Ibu cuba lagi tanya kurier lain dan mereka terima sebab ibu bungkus elok tak ada bau.
“Alhamdulillah, baru sahaja sampai tiga hari lalu… ibu kirim tiga parcel. Bukan buah durian sahaja, siap ada petai lagi. Hari pertama semua lima biji durian habis dimakan bersama keluarga mentua yang tinggal di sini,” jelas anak bongsu daripada tiga beradik ini yang menetap jauh berbanding dua abangnya yang tinggal berdekatan dengan ibunya di kampung.
Tambahnya lagi,”Ibu tetap nak anak dia yang duduk jauh ni merasa hasil durian dari kebun sendiri. Maklumlah saya pun dah hampir lima bulan tak balik Chenor. Kali terakhir balik kampung adalah ketika majlis pernikahan saya.
“Siapa tak rindu…tapi tak balik pun tak apalah sebab dapat durian yang ibu kirim. Terubat juga rindu.
“Ibu kirim lagi buah-buahan trip kedua. Ada durian, rambutan dan buah mesta,” ujarnya dan turut berkongsi video menerima parcel kali kedua yang istimewa daripada ibunya.
Meninjau di ruangan komen, ramai turut berkongsi rasa rindu untuk pulang ke kampung untuk menikmati durian di kebun sendiri. Tidak kurang ramai ingin tahu proses untuk lakukan perhantaran durian yang dilakukan oleh ibu Nur Amirah. Semuanya dijelaskan olehnya di ruangan komen dan semoga ianya memberi manfaat untuk semua.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bercuti dengan keluarga adalah suatu detik yang cukup menyeronokkan. Lebih-lebih lagi jika dapat melancong ke luar negara. Pengalaman yang akan dapat dikutip sepanjang berada di bumi asing cukup bernilai dan bermakna. Bukan sahaja kita sebagai orang tua merasainya malah anak-anak lebih teruja.
Pun begitu, tidak dinafikan bila bercakap mengenai kos tiket yang perlu dibayar untuk menaiki kapal terbang, tidak semua antara kita mampu untuk merealisasikan impian. Malah harapan melancong ke luar negara bersama seisi keluarga terkadang terhalang. Lainlah jika melancong secara bujang, mungkin kosnya lebih terlihat tidak begitu membebankan!
Walau apa pun, pembelian tiket secara bijak itu sangat penting! Tidak kiralah anda ingin terbang bersama keluarga mahu pun secara solo, pastikan anda membeli pada tawaran harga terendah untuk memberi nilai pada wang anda. Nak tahu caranya, jom semak perkongsian Dengan Kamera Aku Mengembara, diharapkan dapat memberi manfaat dan info berguna!
Kadang-kadang kita terlepas pandang akan promosi oleh syarikat penerbangan tambang murah. Juga untuk mereka yang belum biasa dalam dunia kembara menaiki kapal terbang, biasanya akan survey harga tiket untuk syarikat penerbangan Malaysia sahaja, betul tak?
Sebenarnya, ada juga syarikat penerbangan dari negara lain yang harganya lebih murah serta menyediakan free check in luggage dan meal. Contohnya seorang rakan saya dari Kuala Lumpur ke Jakarta memilih Egypt Air kerana ketika itu harganya lebih murah berbanding Air Asia.
Zaman kini terdapat banyak applikasi android yang boleh kita install di smart phone. Ada backpackers yang menggunakan expedia, ada juga menggunakan apss Kayak.
Tapi saya lebih selesa menggunakan apss Skyscanner. Masukkan destinasi asal kita dan destinasi yang di tuju serta tarikh. Apss ini akan melakukan scanning untuk kesemua syarikat penerbangan di seluruh dunia yang mengunakan route ke destinasi itu. Dan ia akan sorting mengikut harga tiket.
Selain itu, Tip untuk mendapatkan harga murah, anda boleh search harga ketika tengah malam sehingga jam 9pagi. Sewaktu itu harga tiket kapal terbang agak rendah.
Selamat mencari tiket murah
P/s: Saya pernah dapat tiket return kL-Bali hanya RM145 dari Malindo air. Selalunya harga tiket ke Bali pasti RM400 dan ke atas.
Sumber : Dengan Kamera Aku Mengembara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di