Momen hamil cukup indah untuk dilalui setiap wanita yang sudah berkahwin. Segala keperluan, pemakanan dan juga fasa trimester pertama hingga selamaty melahirkan di catat dan diingati.
Segala pergerakan dan juga perkembangan bayi dititikberatkan. Jika ada yang tak kena mula lah bakal ibu risau kan. Demikian lah yang berlaku pada pelakon Wawa Zainal yang kini sedang hamil anak ketiga.
Dalam satu perkongsian, isteri kesayanga Aeril Zafril ini meluahkan rasa bimbang apabila berat bayi di dalam kandungannya baru mencecah 1.4 kg.
Menurut Wawa, kandungannya yang kini sudah memasuki tujuh bulan dilihat agak kecil. Dalam kapsyen, Wawa turut meminta pandangan dan tips daripada pengikutnyamengenai perkara itu.
Ads
“Ada tak tips nak tambahkan berat baby dalam perut tu? Tujuh bulan lebih dah, baby baru 1.4 kg. Berat badan Wawa naik je 11 kg. Tapi baby kecil, mommies ada pengalaman macam ni?” tulisnya.
Ads
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Rata-rata peminat meminta Wawa bersabar dan tidak perlu risau asalkan kandungannya dalam keadaan baik.
nfabmj Its normal… Bile dah makin dekat tarikh nak beranak… Nnti makan banyak2… The baby will gain alot
f.i.c.a_0807 In sha Allah xde apa… selalu baby kecik dlm perut bila kuar nnt dia sihat membesar 😁
hannadayana Normal. Nanti dah 8 nak masuk 9 bulan baby akan naik tiap minggu. Masa 7bulan pon risau baby kecik. Bila masuk 8bulan, takut tengok perut sendiri 😂
ika_ji_hyo Sama saya pun 7m+ baby 1.4+ berat badan je naik banyak 14 kg. Lagi ni first baby tak ada experience.
mama_shila03 Ank2 sy pon kcik2 je masa 7-8 bulan…mmg frust tp lahir je baby 3.6kg n 3.45…kemain semangat…perut mama die kcik je masa 7bulan tu..
akmaabdullah Pengalaman saya, anak2 besar bila dh last trimester. And dont worry Wawa. Baby nak membesar kat luar tu
farhanahjafar Masa sy 7months berat baby 980gram je 😂 sekarang dah 9months alhamdulillah berat baby dah 2.6kg . Total berat badan sy naik 9kg je . Ada lagi masa 2 bulan tu berat baby boleh naik . Hehe
Sebut sahaja tentang kucing, pasti kita terbayang kerenahnya yang comel. Satu pilihan yang tepat bagi pemilik kucing di luar sana untuk memelihara si bulus comel ini.
Malah, ada pemilik yang menjaga mereka seperti anak sendiri. Bukan sahaja diberi makan dan tempat tinggal, ada yang menyambut hari lahir “anak” mereka setiap tahun.
Pengasas jenama tudung ‘Bawal Exclusive’, Haliza Maysuri sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit sempena menyambut ulang tahun kucing peliharaannya, Money yang ke-7.
Haliza turut menempah baju kucing khas daripada pereka fesyen terkenal Malaysia iaitu Dato’ Rizalman Ibrahim.
Baju kucing itu dilihat gah dan mewah dihiasi dengan batu kristal Swarovski yang cukup diminati oleh pengasas tudung serta pengguna setia jenama tudung tersebut.
Namun, kucing tersebut sangat bertuah apabila dijemput oleh butik jenama mewah Louis Vuitton bagi menyambut hari jadinya di butik itu di The Gardens, Kuala Lumpur.
Memori bersama anak-anak takkan pernah luput dari ingatan seorang ibu. Dek kerana itulah pempengaruh dan jurusolek yang cukup dikenali ramai, MUA Bellaz sentiasa mengabadikan setiap momen hidupnya bersama anak-anak sebagai kenangan di masa hadapan.
Tambah Bellaz lagi menerusi temu bual bersama Pa&Ma, inilah satu-satunya sebab utama mengapa dia gemar merakam momen bersama anak-anak ketika mereka masih kecil.
Menerusi video itu, Bellaz dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mendedahkan dia tidak mempunyai banyak foto ketika kecil.
Perkara itu menjadi penyebab mengapa dia kini gemar merekod semua momen Bersama anak-anaknya.
“Saya suka ambil gambar mereka kerana saya tak ada gambar sendiri ketika kecil, bila besar nak tengok gambar tak ada.
“Sebab tu saya ambil gambar mereka ketika kecil, bila tengok semula..’ini gambar dengan mama’.
“Saya cuma ada dua tiga keping gambar sahaja semasa kanak-kanak, jadi saya teringin sangat nak tengok gambar saya ketika bayi.
Dalam nada sebak kata Bellaz, kesempitan hidup keluarganya ketika dahulu menyebabkan dia tidak mempunyai kesempatan untuk bergambar dan merakamkan momen bersama mereka.
“Saya tak boleh tengok balik momen itu kerana dulu saya sangat susah.
“Jadi bila dah ada anak ini setiap hari saya pakaikan mereka dengan baju yang cantik-cantik. Bila mereka tengok nanti, inilah momen kita bersama.
“Momen hari ini takkan sama dengan esok, kalau nak diulang semula takkan akan dapat. Ambil (gambar) sahaja momen itu, nanti bila sudah tiada dan rindu boleh tengok balik,” katanya sebak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak malah melakukan perkara yang sama dengan anak-anak sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.
Bellaz yang meraikan sambutan hari lahir anak keempatnya, Nur Aiswara Naelofa turut berterima kasih kepada semua yang banyak menyokong setiap perkongsian video-videonya di media social.
Biasanya bab anak perempuan datang haid buat pertama kalinya, ada yang beranggapan menjadi tugas seorang ibu memberikan pencerahan berkenaan apa yang perlu dilakukan.
Maklumlah pengalaman pertama anak-anak mamasuki usia baligh, tidak dinafikan ada yang rasa takut, sedih, bungung dan pelbagai lagi emosi bercampur aduk.
Pun begitu, peranan bapa juga sebanarnya tidak kurang pentingnya dalam memberi penerangan detail kepada anak-anak perempuan yang didatangi haid buat kali pertama.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang bapa, Firdaus Mokhtar dan bolehlah dijadikan panduan untuk bapa di luar sana untuk berdepan dengan situasi ini di masa akan datang.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri.
Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dah ada dosa sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.