Cuaca panas yang berterusan menjadikan penyaman udara atau ‘air conditioner’ bagaikan suatu ‘keperluan’ pada pada kediaman masa kini.
Namun cara penggunaan penyaman udara yang tidak bijak boleh menyumbang kepada pembaziran elektrik sekaligus meningkatkan bayaran bil setiap bulan.
Agar tidak pening kepala melihat bil elektrik setiap bulan, berikut adalah langkah bijak yang perlu dilakukan jika anda menggunakan penyaman udara di rumah.
1. Tutup Suis Utama
Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah!
Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
2. Set Masa
Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas.
Ads
Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan penyaman udara. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.
3. Tetapan Suhu
Set penyaman udara pada mode ‘Dry’.Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa. Untuk makluman, kompresor penyaman udara akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
Ads
4. Gunakan Kipas
Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
5. Bersihkan Atau Tukar Penapis Penyaman Udara Setiap Bulan
Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.
Ads
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
6. Jadualkan Penyelenggaraan Tetap Untuk Penyaman Udara Anda
Servis unit penyaman udara anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.
7. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star
Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
Beli penyaman udara yang memiliki logo Energy Star, logo ini menunjukkan barang elektrik tersebut lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
Jadilah pengguna yang bijak!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak dahulu lagi Agong sudah terkenal dengan sikapnya yang berjiwa rakyat. Sifat itu dikongsikan bersama belahan jiwanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sering menjadi tumpuan rakyat jelata. Rata-rata kagum dengan sifat keperibadian pasangan diraja tersebut. Bukan tu jer, sikap prihatin Tuanku Permaisuri yang sanggup menyinsing lengan ketika turun padang memasak bersama rakyat selain baru-baru ini menyediakan hidangan untuk fronliner cukup membuatkan rakyat terharu dan amat berterima kasih. Terbaru, gambar mempamerkan sisi baginda sebagai contoh dan tauladan terbaik pada pemimpin negara. Biarpun berdarah DiRaja namun Tuanku cukup sporting dan bersikap humble. Apa yang melucukan rakyat apabila tuanku menaiki buai sambil dihayun oleh permaisuri. Comel dan sweet gaya yang cukup bersahaja disajikan oleh pasangan diraja ini.
“Aksi bersahaja Seri Paduka Baginda menaiki buaian ketika berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan di Kampung Pasir Kemudi, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.” Demikian perkongsian menerusi instagram Istana Negara baru-baru ini.
tak pernah tak sweet pasangan sejoli ni.Semoga panjang umur tuanku
Ya Allah..mana nk cari Agong mcm tu…Ampun Tuanku…
Hehe kne nyanyi lagu buai laju2..tp ayat aku nk kawen anak raja, jadi aku lah raja
Amin..raja berjiwa rakyat..smoga Allah panjang kan umur tuanku dan klga
Kena record tu..buaian bersejarah
Sweet pasang sejoli suka tengok tuanku
Itu antara respond dari rakyat selepas melihat aksi comel pasangan DiRaja ini. Rata-rata rakyat memuji akan sikap humble dan sporting dalam satu lawatan baru-baru ini
Dah menjadi kebiasaan masyarakat berfikir kalau ibu tiri je mesti akan ‘jahat’ dan akan berat sebelah dengan anak sendiri. Tapi… Tak semua tau berperangai sebegitu!
Misalnya, isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri Azrai yang membuktikan ibu tiri tidaklah seteruk seperti kebiasaan orang sangkakan kerana dirinya menyayangi anak tirinya sepenuh hati.
Malah, melalui perkongsiannya, anak kelahiran Sarawak ini menyifatkan bahawa Maryam atau lebih mesra disapa Cik Yam banyak mengajarnya erti menjadi seorang ibu di laman Instagramnya baru-baru ini. Bahkan, dia seolah-olah membuat video tersebut sebagai tanda apresiasinya buat anak kecil itu.
“Detik-detik berharga kita bersama, Cik Yam Umi. Terima kasih Allah atas anugerah terhebat ini!. Sebelum Khaleeda, saya banyak belajar dari awak, Cik Yam, untuk memahami dunia seorang ibu walaupun bukan saya yang melahirkan awak.
Apa yang paling menggemberikan saya adalah melihat awak dan Khaleeda mencurahkan kasih sayang yang tiada penghujung antara satu sama lain. Saya memohon maaf kerana tidak menjadi ibu yang baik untuk anda tetapi awak sentiasa yang terbaik untuk saya!. More to come and more babies for you cikyam,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji Fazeera yang disifatkan bukan sahaja cantik tetapi memliki keperibadian yang baik sekaligus berpendapat, Cik Yam sangat bertuah kerana memiliki ibu tiri yang penyanyang.
Sumber : Instagram @ffezyranesry
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Nasi Ayam yang viral secara tiba-tiba di media sosial dua tahun lalu sebenarnya banyak membantu ibu-ibu untuk menghasilkan nasi ayam yang sedap untuk keluarga.
Bukanlah tidak berjaya menghasilkan Nasi Ayam yang enak tetapi mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja untuk mencuba. Lebih-lebih lagi anak-anak suka makan Nasi Ayam yang mudah dan berkhasiat.
Sempena bulan Syawal ini, anda pastinya menerima kunjungan tetamu setiap minggu. Tidak salah jika anda mengeluarkan semula resipi hebat ini, khusus untuk tetamu istimewa anda. Anak-anak dan seisi keluarga juga boleh sekali tumpang merasa.
Tahun lalu, perkongsian Puan Rafiza Idayu di facebooknya mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Dia yang menggunakan resipi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham, berkongsi langkah demi langkah kepada semua. Berikut merupakan petua dan rahsia yang diberikan olehnya.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
Beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1. Asingkan isi ayam dan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam. (Lebih mujarab, gunakan lemak di bahagian bontot ayam.
2. Panaskan lemak ini dalam periuk nasi hingga keluar minyaknya. Asingkan lemak ayam untuk proses seterusnya.
3. Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
4. Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
5. Masukkan beras, biarkan masak sebentar dan kemudian masukkan air rebusan ayam.
6. Biarkan nasi hingga masak.
RESEPI PERAPAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
Sedikit lada sulah
RESIPI SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
6 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan jus limau nipis
Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Rahsia Mendapatkan Ayam ‘Juicy’
1. Masak air hingga mendidih.
2. Apabila mendidih, barulah dimasukkan ayam.
3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit.
4. Guna api yang besar.
* Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup ayam dan masak nasi. Tujuan kita menggunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.