Di samping bergembira ketika hari raya, ada juga yang sedang berduka atas pemergian orang yang tersayang.
Semalam dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila dikhabarkan bapa kepada pelakon Nadiya Nisaa yang telah kembali kepada pencipta-Nya di Madinah.
Memetik laporan Boom Malaysia, berita pemergian ayah kepada pelakon filem Imaginur ini sempat dikongsikan di Instagram Storynya.
“Duka cita dimaklumkan bapa saya Kamaruddin Murat telah kembali ke rahmatullah pada 23 April 2023 pada pukul 8.30 malam di King Salman Abdulaziz Medical City, Madinah,” tulisnya.
Ads
Sementara itu, Nadiya juga berkongsi mesej terakhir yang diterima oleh arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Ads
“Abah, your last message was ‘I love u too’,” luahnya.
Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata ketiga.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh pemilik nama penuh Juliana Sophie Johari Evans, 37, menerusi satu hantaran di Threads. Perkongsian tersebut nyata mencuri perhatian ramai peminat yang teruja mendengar khabar bahagia daripada pelakon berkenaan.
BAKAL BERGELAR IBU TIGA ANAK
Dalam hantaran tersebut, Juliana sempat berseloroh mengenai perjalanan kehidupannya sebagai seorang ibu yang bakal mempunyai tiga cahaya mata tidak lama lagi.
“Nampaknya saya tidak belajar daripada pengalaman sebelum ini! Saya cuma bergurau.
“Saya memang tahu yang saya akan menambah sekurang-kurangnya seorang lagi anak dan tahun ini adalah waktu yang sangat sesuai,” kongsinya.
Luahan itu memperlihatkan keterujaan Juliana menerima rezeki kehamilan kali ini. Malah, kehadiran cahaya mata ketiga pastinya bakal menambah seri dan keceriaan dalam keluarga kecilnya.
MASIH CUBA HADAM BERITA GEMBIRA
Dalam nada teruja, Juliana turut mengakui dirinya masih cuba untuk menghadam kenyataan bahawa tidak lama lagi dia bakal bergelar ibu kepada tiga orang anak.
“Saya? Ibu kepada 3 anak? Masih cuba untuk menghadam perkara ini,” tulisnya lagi.
Perkongsian bersahaja itu turut membuatkan ramai peminat tersenyum. Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah, selain menitipkan doa agar segala urusan kehamilan dan kelahiran Juliana dipermudahkan.
RUMAH TANGGA DIBINA SEJAK 2017
Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata dan kini bakal menerima kehadiran seorang lagi penyeri keluarga.
Tahniah diucapkan buat Che Puan Juliana Evans dan suami atas berita gembira ini. Semoga kehamilan kali ini berjalan lancar, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan sehingga selamat melahirkan cahaya mata ketiga kelak.
Kisah adik Mohd Adam Amsyar yang disahkan menghidap penyakit jantung terbalik dan dikatakan jangka hayatnya tidak panjang sepertimana yang dimaklumkan oleh doktor kepada ayahnya, menjadikan ramai yang tersentuh hati. Apatah lagi bila mengetahui ada impiannya belum tertunai.
Menurut bapanya Abd Rahman Ahmad, 47, impian anaknya itu untuk ke Legoland mustahil dipenuhi memandangkan dia tidak lagi bekerja tetap.
“Penyakit jantung terbalik Adam dikesan doktor ketika usianya tujuh tahun selepas dia kerap sesak nafas, bengkak di bahagian muka serta anggota badan dengan tubuhnya akan menjadi kebiruaan.
“Apa yang lebih membuat saya sedih apabila doktor memaklumkan tidak dapat melakukan pembedahan bagi membetulkan keadaan jantung Adam kerana ia amat merisikokan nyawanya.
“Saya sebak apabila doktor menyatakan tiada apa-apa yang dapat dilakukan dan berpesan supaya sering datang ke hospital untuk melakukan pemeriksaan susulan selain menjaga Adam betul-betul, terutama jangan biarkan dia keletihan dan sentiasa menggembirakannya.”
TMJ Taja Ke Legoland
Memetik berita yang dikongsikan di Kosmo, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menaja adik Adam dan keluarganya untuk ke taman tema Legoland, Johor Bahru.
Perkara itu dikongsi Tunku Ismail menerusi laman Twitter @HRHJohorII.
Mohd Adam Amsyar, 9, meluahkan hasrat itu ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Haji Ahmad, Sanglang di sini semalam.
Bapa kanak-kanak itu, Abd. Rahman Ahmad, 47, bagaimanapun terpaksa memendam hasrat tersebut kerana tidak berkemampuan.
Rata-rata orang ramai merasa terharu dengan budi baik TMJ dan segala kebaikannya yang dilakukan terhadap kanak kanak itu dan keluarganya.
“Alhamdulillah. Untuk yang ini saya mendoakan Allah memberikan sebanyak-banyak rahmat dan berkat ke atas Tuanku sekeluarga,” jelas @chubb.
“Alhamdulillah. Terima kasih @HRHJohorII pantas dan tanpa mengira masa membantu rakyat Johor. Semoga tunku dan seluruh kerabat diRaja Johor sentiasa dlm lindungan Allah,” ujar @m_nuqman.
“Alhamdulillah. Semoga anak istimewa tersebut bergembira di Legoland dan didoakan agar segala berjalan lancar buat anak tersebut dan keluarga,” kata @DanialMDMY
Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.
Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, iaitu pelakon Iman Zulkarnain memberitahu arwah meninggal dunia ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah kira-kira jam 11 pagi.
“Arwah meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak antara jam 11 sehingga 12 tengah hari ketika sedang bersarapan dengan anaknya.
“Dia jatuh dari kerusi makan dan anaknya terus membawa ke hospital. Bagaimanapun, arwah sudah pun menghembuskan nafas terakhir.” katanya.
Allahyarham Ridzuan akan dikebumikan di kampungnya di Hulu Langat.
Sementara itu, pelakon Didie Alias yang juga bekas isteri Allahyarham turut berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram peribadinya.
“Assalamualaikum kepada sahabat handai yang mengenali bekas suami saya, Mohd Ridzuan Hashim. Beliau sudah kembali ke rahmatullah tadi. Pada sesiapa yang ingin melawat jenazah, arwah masih berada di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
“Selepas ini saya akan maklumkan di mana jenazah akan dikebumikan. Saya mohon kepada semua, sesiapa yang ada hutang bersama arwah, boleh hubungi saya dan ampunkan kesilapan arwah.” katanya dalam video tersebut.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.