Umum mengetahui usahawan kosmetik Datuk Seri Vida pernah kehilangan dua anak lelakinya akibat maut dalam kebakaran.
Dalam perkongsian terbarunya di laman Instagram, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman terkenang semula cahaya matanya iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie dan menyifatkan kehilangan tersebut adalah perkara menyakitkan sepanjang kehidupannya.
“Tujuh tahun berlalu, kehilangan terpaling paling sakit pernah saya lalui sepanjang hayat saya.
“Al-Fatihah buat kedua putera saya Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,” tulisnya.
Ads
Hantaran itu memaparkan video kompilasi gambar Vida bersama anak-anaknya selain beberapa tangkap layar laporan berita berhubung tragedi berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, ramai pengikutnya turut berkongsi perasaan sebak dengan menitipkan doa buat kedua-dua Allahyarham.
Ads
Terdahulu, arwah Zuhdie dan Zikrie masing-masing berusia 11 serta 10 tahun ketika kejadian meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh.
Ads
Vida kini meneruskan kehidupan bersama dua lagi anaknya Nur Edlynn Zamileen (Cik B) dan Eric Zakuan (Kacak) yang semakin meningkat remaja.
Bahagia itu datang pelbagai cara bukan sekadar harta benda. Setiap pasangan suami isteri impikan bahagia dengan kesetiaan dan kejujuran serta sanggup susah dan senang.
Begitu dengan perkongsian Dr ini, apabila hidupnya diuji mempunyai masalah kesihatan apabila disahkan mempunyai ketumbuhan di pipi. Ketika itu, sumber pendapatan tidak stabil, namun isteri tetap setia di sisi memberi semangat.
Dalam coretan ini, beliau juga beranggapan pengorbanan isteri itu, harus dihargai agar rumah tangga lebih harmonis.
Ikuti perkongsian ini.
“Kita nak pergi mana?”
“Ikut saja.”
Sekali imbas bila melihat wajahnya saja memang ketara sungguh menanggung beban kepenatan. Dalam fikirannya sekarang memang hanya nampak katil dan bantal.
Masuk kerja dari 7 malam dan hanya akan pulang ke rumah jam 11 pagi keesokkan harinya. 16 jam kerja tanpa rehat apatah lagi tidur. Itu hakikatnya kerja seorang doktor. Penat tolak tepi!
Aku pimpin tangan dia. Tangan inilah yang hampir 10 tahun menjaga perut aku. Menjaga pakai aku. Menjaga anak-anak aku.
Ketika aku diuji dengan ketumbuhan pipi, insan inilah yang sentiasa setia di samping. Sanggup tidur di lantai berlapikkan alas nipis tanpa sekali pun merungut sakit badan.
Sentiasa menceriakan aku dan berbicara bercerita walaupun sepatah pun aku tak mampu membalas kerana leher ditebuk untuk aku bernafas.
Ketika itu aku bukan sesiapa pun. Hanya seorang lelaki yang terlentang di katil dan miskin. Iya, dalam akaun bank memang kosong. Yilek.
Peritnya ketika itu hanya Allah yang tahu.
Pembedahan yang bakal dibuat memakan kos RM20,000. Bingung mana nak cari duit sebanyak itu. Aku belum kerja. Baru habis belajar. Simpanan memang langsung tak ada.
Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa. Mungkin dia tahu yang dia juga sedang diuji. Jika mahu tinggalkan aku pun aku takkan persalahkan.
Tapi dia kuat, tabah dan terus setia. Kekal menunggu pada lelaki yang langsung tak ada apa apa ini.
Melihat ketabahan dan kesetiaannya, aku tekad berjanji pada diri ini aku tidak sesekali sia-siakan hidup dia. Akan aku semai cinta ini biar mekar hingga hujung nyawa.
“Nak pergi mana ni?”
“Abang nak beli emas”
Tak banyak cakap aku tarik tangan dia masuk ke kedai.
“Pilih yang mana berkenan. Jangan tengok harga. Yang mana sayang berkenan, ambil”
Sengaja aku pesan awal-awal. Bimbang dia teragak-agak untuk buat pilihan. Risau harga mahal.
Apalah sangat seutas dua emas jika nak dibandingkan dengan pengorbanan dia pada aku. Kesetiaan dan sokongan dia di setiap apa yang aku lakukan.
Dr Samhan.
Lelaki ini tidak berada dimana dia berada sekarang jika bukan kerana sosok tubuh ini. Sungguh!
Dialah yang sentiasa beri kata-kata semangat waktu aku putus harapan. Dialah yang sentiasa memahami dan memberi sokongan penuh setiap apa yang aku lakukan.
Benar, ia bukanlah sesuatu yang mudah.
Michelle Obama (isteri Obama) pernah berkata,” Obama jadi Presiden USA hari ini kerana berkahwin dengan saya. Jika saya berkahwin dengan bekas teman lelaki saya, pasti dia yang jadi Presiden USA dan bukan Obama”
Benar. Di sebalik kehebatan seorang lelaki, ada wanita hebat di belakangnya. Wanita yang telah banyak berkorban. Kadang yang tampak diluar bukanlah yang sebenarnya.
Wajah isteri itu sangat enak dipandang. Mendukung diwaktu-waktu gelap dan memberi kekuatan untuk melaluinya.
Nasihat saya pada para suami, hargailah pengorbanan seorang isteri. Beri layanan sebaik mungkin. Jika mampu, belikan emas untuknya sebagai tanda kasih padanya. InsyaAllah rezeki datang mencurah-curah. Jika masih belum mampu pasanglah niat, satu hari aku nak hadiahkan emas untuk isteri. Allah akan permudahkan.
Seorang ibu tugasnya sangat berat. Apatah lagi mempunyai anak yang ramai dan pelbagai cabaran untuk membesarkan anak.
Karenah anak kadang kala menguji kesabaran. Namun ibu tetap tabah demi memastikan anak membesar dengan penuh kasih sayang.
Namun, ibu tetap manusia biasa. Punya emosi yang kadang kala mula rasa tertekan.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim yang menyentuh hal isteri yang sukar mengawal emosi.
Ikuti selanjutnya pesanan beliau.
Ibu kena kawal emosi
Kadang ibu-ibu ni tak sengaja termarah anak. Bukan suka-suka tapi tak mampu nak kawal emosi bila kerap di henyak-henyak emosinya.
Sebab tu la untuk bebas dari belenggu emosi ni kita kena belajar untuk “Let it go” segala emosi jahat ni.
– rasa marah – rasa geram – rasa sakit hati – rasa tawar hati – rasa susah hati – rasa stress – rasa sedih – rasa kecewa – rasa annoying – rasa putus asa
Ini semua kena di Let it go baru la fizikal, minda dan emosi kita boleh kembali segar seperti biasa. Kalau tak di Let it go, sampai bila-bila diri akan sentiasa rasa tegang dan susah nak jadi optimis.
Itu la yang nampak anak lasak sikit pun dah boleh trigger rasa annoying. Aduh.. Nak Let it go emosi jahat :
1 – Jangan nafi Jangan sesekali nafi ada emosi tersebut. Kalau marah ngaku, kalau geram ngaku, kalau stress, sedih, kecil hati, sakit hati sekalipun ngaku. Ngaku dengan diri sendiri. Selagi kita tak ngaku dan terima emosi tersebut selagi itu la kita susah nak lepas ia pergi ( Let it go )
2 – Buat self-care berkala Badan kita ni ada limit. Tenaga ada limit, cukup masa mesti rasa penat dan mengantuk. Sama juga dengan emosi, ada limit. Kita sedar atau tak je. Self-care ni sama macam tidur. Kalau tidur buat badan kita segar dan bertenaga, self-care ni buat emosi kita segar dan bertenaga.
3 – Tulis diari atau journal Menulis ni adalah satu kaedah terapi emosi yang berkesan sejak zaman nenek moyang kita lagi tau. Ada masalah apa pun tulis, luah semuanya dalam penulisan. Kadang-kadang apa yang kita rasa dan fikir di kepala ni akan jadi makin kurang nonsenses lepas kita tulis. Serius!
4 – Praktis duduk diam Ambil masa sehari 5-10 minit duduk jangan buat apa-apa. Lepas solat boleh, atau nak duduk luar rumah tengak langit pun boleh. Kaedahnya adalah kita berhenti dari buat apa-apa, fikir apa-apa dan rasa apa-apa. Totally empty, kosong. Masa tu pasti kita akan lebih kenal dan faham kondisi diri kita.
5 – Meluah Ini paling mudah buat tapi paling susah nak dapat peluang. Nak meluah kena cari orang yang sudi mendengar dan merasa luahan hati kita. Kalau yang tukang dengar tu pun tak sabar dan cepat melenting susah lahai..
Trik kat sini ialah apa sahaja yang berada di hati, kita keluarkan ( check out ) dengan kata-kata. Cuba la 5 cara ni dulu mana tahu dapat membantu. Kongsikan dengan orang lain juga tips ini agar dapat membantu mereka juga.
Ibu bapa mana tak teruja untuk menyambut hari kelahiran anak buat kali pertama. Pelbagai persiapan diadakan bagi memenuhi impian anaknya. Paling dititik beratkan adalah minat anaknya terhadap sesuatu animasi ataupun kartun yang turut dijadikan sebagai tema majlis untuk memastikan anaknya teruja.
Kisah wanita ini pastinya mengundang sebak. Setelah sebulan bertungkus lumus membuat persiapan untuk meraikan ulang tahun anak yang pertama yang bertemakan Cocomelon, keesokan harinya dia pergi meninggalkan permata hatinya itu.
Ucapan Hari Lahir
Selepas majlis sambutan hari lahir yang turut diraikan oleh sanak saudara dan kenalan, wanita yang bernama Athirah Jaafar ini sempat menitipkan ucapan dan doa buat permata hatinya, Muhammad Haider Yusuf di laman sosial.
Dijemput Ilahi Sehari Selepas Sambutan Ulang Tahun Anak
Tiada siapa dapat menduga, baru terlakar detik bahagia tiba-tiba bertukar sedih. Perkhabaran bahawa Athirah Jaafar telah meninggal dunia selepas pengsan ketika berada di tempat kerja sebelum di bawa ke salah sebuah pusat perubatan di Sarawak telah di sampaikan oleh makciknya.
Suami kepada Athirah Jaafar amat terkesan dengan pemergiaan isterinya yang sangat mengejut. Menerusi laman Facebooknya, Mumin Mohd redha dengan pemergiaan isterinya. Turut meluahkan rasa pilu bahawa perasaan cinta dan sayangnya kepada arwah tiada terganti.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.