Kalau sebut tentang ibu tiri, semestinya masyarakat akan beranggapan buruk kononnya mereka ini bermuka-muka, di depan suaminya baik tapi di belakang, menganiaya anak tiri sendiri! Stereotaip ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak-anak sebelum mengenali ibu tirinya, dan boleh mewujudkan jurang antara mereka.
Tetapi, tak semua sama seperti yang dimomokkkan. Masa kini, dah terbukti ada ibu tiri yang baik, malah melayan anak tiri sama seperti melayan anak kandung sendiri. Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, individu yang bernama Nurain Dona Dameria Abdullah menyayangi dua anak tirinya, Danish Naufal Norhasidi dan Danial Aiman Norhasidi seperti zuriat sendiri.
Kasih sayang dicurahkan wanita yang mesra disapa Nurain, 40, itu membuatkan Danish Naufal, 21, dan Danial Aiman, 20, selesa hingga memilih tinggal bersamanya walaupun wanita itu sudah berpisah dengan bekas suami kira-kira tujuh tahun lalu.
Berkongsi kisahnya, Nurain yang menetap di Kempas berkata, sejak awal lagi dia tidak pernah menganggap Danish Naufal dan Danial Aiman sebagai anak tiri.
“Saya berkahwin dengan ayah mereka ketika Danish Naufal berusia lima tahun dan Danial Aiman empat tahun.
“Bukan mudah nak rapat kerana anak dijaga ibu mentua sebelum itu jadi lebih manja dengan nenek mereka.
“Lama kelamaan, saya diterima juga malah saya yang mengajar mereka solat,” katanya dipetik dari HMetro.
Ads
Lebih membuatkan Nurain tersentuh apabila dua anak tirinya bukan hanya menyayangi malah tidak pernah lupa untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya.
“Setiap kali hari jadi, mereka pasti akan buat kejutan bagi meraikannya. Kiranya, mereka tidak pernah lupa hari penting dalam hidup saya dan sering juga belanja makan untuk berkongsi rezeki.
“Baik Danish Naufal mahupun Danial Aiman, kedua-duanya begitu malah mereka sanggup mengambil cuti bagi menjaga saya ketika sakit.
“Boleh dikatakan, hubungan kami memang rapat malah mereka tidak malu untuk bermanja atau kongsikan masalah dengan saya,” katanya yang mempunyai tiga anak kandung berusia tujuh, 12 dan 14 tahun hasil perkahwinan dengan bekas suami.
Ads
Berhubung kisahnya yang tular, Nurain berkata, tujuannya berkongsi video di TikTok sekadar untuk menunjukkan kepada masyarakat terhadap sisi ibu tiri yang jarang diketengahkan.
“Niat saya nak buka mata orang kerana imej ibu tiri sinonim dengan kejam dan hanya berperwatakan baik di hadapan suami tetapi sebaliknya dengan anak tiri.
“Hakikatnya, bukan semua ibu tiri begitu dan diharap perkongsian saya itu dapat menyedarkan masyarakat.
“Semoga perkongsian yang baik daripada saya boleh jadi ikutan ibu tiri di luar sana juga peringatan kepada mereka supaya tidak membezakan layanan terhadap anak kandung dan anak tiri.
Ads
“Ia bagi mengelak timbulnya perasaan dendam anak tiri kepada kita apabila mereka sudah dewasa dan layanan saya dapat hari ini adalah hasil tuaian sebelum ini,” katanya.
Meninjau di ruangan komen video tiktoknya, rata-rata memuji ketulusan dalam menjaga kedua anak tirinya. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri dijaga oleh ibu tiri yang baik.
Puasa bukan sekadar ibadah, tapi juga satu terapi untuk tubuh badan kita! Tahu tak, setiap jam kita berpuasa, badan akan melalui pelbagai proses pemulihan yang sangat bermanfaat?
Dari mengurangkan paras gula dalam darah hinggalah ke proses autophagy yang bantu melawan penuaan. Jom kita fahami apa yang berlaku dalam badan kita mengikut jam puasa menerusi perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad
MANFAAT BERPUASA MENGIKUT JAM
4-8 JAM Paras gula dalam darah menurun Semua makanan telah meninggalkan perut Insulin tidak lagi dihasilkan 12 JAM Makanan yang dimakan telah habis dibakar Sistem pencernaan mula berehat Badan mula proses penyembuhan Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) mula meningkat Glukagon dilepaskan untuk menyeimbangkan gula darah 14 JAM Badan mula menggunakan lemak yang disimpan sebagai tenaga HGH meningkat dengan ketara 16 JAM Badan mula meningkatkan pembakaran lemak 18 JAM HGH melonjak naik 24 JAM Proses autophagy bermula Semua simpanan glikogen habis digunakan Ketone dilepaskan ke dalam aliran darah
36 JAM Proses autophagy meningkat sebanyak 300% 48 JAM Proses autophagy meningkat sebanyak 30% lagi Sistem imun mula menetap dan proses regenerasi bermula Pengurangan tindak balas keradangan bertambah baik 72 JAM Proses autophagy mencapai tahap maksimum Jom kita buat diet Intermittent Fasting
Nampak tak betapa hebatnya manfaat berpuasa untuk kesihatan kita? Dari 4 jam hingga 72 jam, setiap masa yang kita berpuasa memberi peluang untuk badan kita pulih dan jadi lebih kuat. Jadi, tak kira untuk kesihatan fizikal atau rohani, puasa memang pilihan terbaik. Jom cuba Intermittent Fasting dan rasai sendiri perubahan positif dalam hidup anda!
Pastinya ulangtahun kelahiran kali ini meninggalkan memori yang cukup indah buat Neelofa, hadiah teristimewa pastinya kehadiran Muhammad Bilal Haris dalam hidupnya.
Hari ini genap 33 usia isteri kesayangan PU Haris. Lebih bermakna lagi, hari jadinya tidak jauh dari kelahiran anak sulungnya pada 29 Januari lalu.
Dalam perkongsian dilaman Instagramnya, usahawan terkenal ini memberitahu, anak sulungnya itu sepatutnya lahir sama tarikh dengannya.
“Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan & waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik..
“Hadiah teristimewa buatku , menjadikanku seorang ibu.. semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah swt. Harta dunia akhirat Abah & Ummi 🤍
Demikian titipan ucapan syukur dari Neelofa sempena hari lahirnya.
Neelofa juga turut menerima dedikasi ucapan paling manis dari adik beradiknya menerusi insta stories masing-masing.
“Happy birthday ‘Bilal’s Ummi. You are our shining light, thank you Allah for a sister like like Neelofa,” tulis Ameera Khan.
Manakala Athisha yang baru sahaja mendirikan rumah tangga turut menitipkan doa buat Neelofa.
“I love you, happy birthday Neelofa. One of the strongest, kindest, most beautiful person – inside and out.
“Im so blessed to have you as my sister. Bilal has the best Ummi alhamdulillah,” ujarnya sambil berkongsikan gambar bersama Neelofa yang ketika itu sarat mengandung.
Untuk rekod, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail (PU Riz) mendirikan rumahtangga pada 27 Mac tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Sejak akhir-akhir ini sudah menjadi trend bila seseorang ingin memberikan kejutan kepada insan tersayang bersempana sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya akan memberi kek atau jambangan bunga berserta ‘duit tarik’.
Buat yang menerima tentunya berasa dihargai dan seronok . Apa taknya, dapat duit tak putus-putus bila ditarik. Memang mengujakan!
Jadi buat anda yang ingin mencuba untuk hasilkan sendiri jambangan bunga berserta duit tarik, jom lihat perkongsian video oleh @bungalasyaballoonflorist di aplikasi TikTok ini. Video tersebut telah menarik perhatian warganet hingga 1.8 juta tontonan.
Langkah 1 : Masukkan duit dalam plastik dan gunakan mesin sealer
Langkah 2 : Lakukan satu persatu.
Langkah 3 : Ambil loytape dan sambungkan satu persatu secara memanjang.
Langkah 4: Gulungkan duit yang telah digamkan tadi dengan kemas. Ketepikan.
Langkah 5 : Ambil span dan lubangkan mengikut saiz gulungan duit seperti ini.
Langkah 6 : Masukkan gulungan duit ke dalam span tersebut.
Langkah 7 : Cucukkan lidi ditengah-tengah gulungan duit, dan buang lebihan lidi di kiri dan kanan span.
Langkah 8 : Lekatkan hujung gulungan plastik dengan topper untuk memudahkan ditarik. Kemudian hias mengikut kreativiti
Nak lebih faham, boleh tonton video tersebut di sini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520