Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
8 CARA KHUSYUK SOLAT
Di pagi hari ini, saya teringat pesan guru saya bila kita mencari cara untuk khusyuk dalam solat. Iyalah, semua orang pun nak dapatkan solat yang khusyuk.
Jadi ini antara yang pernah guru saya sebut;
1. Kita kena belajar faham dan hayati bacaan dalam solat.
Ini merupakan cara yang pertama untuk dapatkan khusyuk. Bila kita faham apa yang kita baca, barulah mudah untuk kita bagi tumpuan.
Ads
Betul, kita bukan pandai bahasa Arab sangat. Tak apa tak pandai, cari sahaja makna bacaan dalam sembahyang. Hafalkan.
Surah Al-Fatihah itu ada 7 ayat, hafalkan makna dia. Kemudian bacaan yang lain semua dan pendek-pendek. Mudah nak ingat.
Yang panjang mungkin bacaan tahiyat awal dan akhir. Tapi tak usah risau, ayatnya banyak bersifat pengulangan. Serius mudah. Jadi cuba hafalkan makna bacaan. Sikit-sikit dulu, nanti insyaAllah boleh hafal semua.
2. Jaga makanan dan minuman.
Ini guru saya pesan supaya terjamin halalnya. Makanan ini menjadi darah daging kita. Sebab itu wajib kita cari makanan yang dah pasti halalnya.
Nak jaga lagi cari yang menguruskannya juga orang yang jaga sembahyang. Hasil buatan mereka ada keberkatan. Itu kalau nak jaga betul.
3. Banyakkan sedekah ke fakir miskin.
Amalan ini sebagai tebusan dosa. Dan kita mahukan doa daripada mereka ini. Jadi nanti Allah ganti dengan mudahnya kita beribadah.
4. Jangan solat dalam keadaan kita tangguh buang air kecil atau besar.
Ads
Kadang kita tak rajin nak pergi ambil wuduk. Kita pun solat menahan kencing atau tahan buang air besar. Keadaan ini akan buatkan solat kita dalam keresahan.
Tertahan-tahan, dah tentu fikiran akan lebih tertumpu nak cepat siap dan segera ke tandas.
5. Ambil wuduk dengan sempurna.
Kena perkemaskan cara ambil wuduk. Bahagian wuduk pun kena jaga. Pastikan mana yang mesti kena air yang diratakan.
Hal yang ini kita kena selalu perhati. Dekat anak-anak pun kena selalu ingatkan. Tengok juga bila mereka ambil wuduk. Tegur kalau silap dan nampak gopoh.
6. Pakai pakaian yang bersih dan kemas.
Kalau boleh pakaian yang kita memang jaga dan rasa itu adalah pakaian yang layak kita pakai bila bertemu Allah.
Kita tak sanggup untuk kelihatan buruk dan teruk depan manusia lain lebih lagi bila kena panggil mengadap orang besar, tapi dalam solat bersahaja untuk pakai yang ala kadar.
7. Ini penting, tempat sujud tak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran.
Ads
Tak salah untuk pakai alas solat yang ada corak dan gambar, cuma kalau kita baru nak belajar khusyuk, dan dalam masa sama kita jenis cepat membayangkan sesuatu, eloklah pakai yang tak ada gambar
Sebab tu ada ulama yang memang kalau dia solat, pakai kain putih sebagai alas. Supaya tak terganggu solat dengan banyaknya gambar lain.
8. Mengingati mati.
Haa! Guru saya pesan, merasakan kemungkinan ini adalah solat kita yang terakhir dalam hidup. Maka kita akan buat sehabis baik.
Sinar bahagia jelas terpancar di wajah pasangan sama cantik sama padan ini. Lebih-lebih lagi apabila sang isteri mengkhabarkan berita gembira yang dia kini berbadan dua. Hampir 4 tahun menanti cahaya mata ketiga, akhirnya Tuhan memakbulkan doa mereka selama ini.
Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia dan suami yang juga pelakon, Aeril Zafrel mengakui hampir berputus asa selepas empat tahun mencuba.
“i love u syg @aeril_zafrel sorry la 4 tahun u tunggu,” tulis Wawa Zainal di ruangan instagramnya.
Menurut Wawa lagi, suaminya adalah orang yang sangat gembira apabila diberitahu perkara ini. Apatah lagi selepas dapat anak kedua empat tahun lalu, dia sentiasa inginkan tambah anak.
“Semasa pergi Turki tempoh hari, memang mereka ada cakap madu ini bagus untuk wanita yang mahu hamil. Malah ramai testimoni yang berjaya. Apabila terjadi pada diri sendiri, baru saya percaya. Begitu juga dengan sepupu saya, yang baru tiga minggu mengamalkannya, dia kini hamil juga.
Silap cakap dan perbuatan ibu bapa akan menyebabkan anak kurang yakin diri .Sebenarnya apabila ibu ayah memberi pujian dan tidak membandingkan anak, ia adalah cara untuk bentuk yakin diri anak, sekali gus beri kesan kepada sikap anak untuk lebih berdikari apabila dewasa nanti.
Nyata untuk menjadi ibu bapa yang hebat tentunya memerlukan cara yang betul dalam mendidik anak. Jika salah didikan akan memberi kesan negatif pada keyakinan anak.
Ibu bapa diharap ambil perhatian dengan apa yang dikongsikan oleh Pendidik Ilmu Keibubapaan Dr Taufiq Razif.
5 CARA MUDAH NAK NAIKKAN SELF ESTEEM ANAK KITA
Saya pernah jumpa kanak-kanak yang rendah diri sangat. Budak tu tak banyak bercakap sangat.
Dia ingat dirinya bodoh, tak berguna, tak setanding dengan orang lain. Bila saya puji kepandaian dia congak soalan matematik dengan sangat cepat budak tu tersengih riang macam tak percaya ada orang yang hargai kemampuan dan bakat dia.
Perlahan-lahan saya dapat rasakan self esteemnya semakin naik. Ya, hanya dengan pujian simple je.
Sebak pulak saya!
Jadi saya rasa saya kena kongsi pada korang semua 5 cara paling mudah untuk naikkan self esteem anak kita sendiri :
Puji usaha anak kita, bukan cuma hasilnya
Ada anak kita belajar siang malam kita tak nampak pun
Kita cuma nak nampak skor A je. Sepatutnya kita nampak juga pengorbanan anak kita yang struggle siang malam tu
USAHA KERAS ANAK TU LA NANTI YANG AKAN BERGUNA UNTUK ANAK SURVIVE BILA DAH DEWASA NANTI
Bagi anak kita pilihan
Kadang kadang kita terlalu Authoritarian ataupun Bossy sehingga anak kita kena ikut je apa kita nak. Dah la tak bagi anak kita pilihan pula tu
Lama kelamaan anak kita rasa dirinya tak layak untuk bagi pendapat dan buah fikir walaupun dah dewasa nanti
Bagitahu anak kita tak semua orang sempurna
Anak-anak yang terdedah dengan Instagram dan media sosial yang mengetengahkan kesempurnaan ‘image & lifestyle’ sangat mudah develop self esteem yang rendah
Jangan sampai kita pula yang mekap dan dandankan anak kita secara berlebihan hanya kerana nak dilihat ‘insta-worthy’ hingga anak akhirnya menjadi ‘mini adult’
Bagitahu je anak kita macam ni ” alaah kat insta je cantik macam tu. Duk rumah pakai baju kelawar jugak tu nak ”
BAGITAHU ANAK KITA SEMUA ADA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN. KITA MANUSIA. KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ADALAH SESUATU YANG NORMAL
Bagitahu anak kita yang dia istimewa di mata kita
Bagitahu anak kita biarlah apa pun orang nak kata, dia tetap yang paling istimewa di mata kita
Bagitahu dia juga yang pandangan orang lain tak penting. Yang penting adalah bagaimana pandangan dalaman dia tu terhadap diri sendiri ( self image )
Jangan bandingkan anak anak kita
Bagitahu anak kita yang masing-masing ada potensi unik masing-masing
Ada anak tu Word Smart. Petah betul bercakap dan berpidato tapi bukannya Body Smart. Suruh lari dan main bola sikit dah mengah dah
ADA ANAK TU DIA LOGIC SMART. SUBJEK MATH DAN SAINS SEMUA DIA TAPAU A TAPI BILA SURUH MENYANYI LAGU BOBOIBOY GALAXY HANCUR LEBUR TEMPO DAN LIRIKNYA SEBAB DIA BUKANNYA MUSIC SMART
Tolong sampaikan info ni pada semua mak ayah ye. Bagi saya benda ni semua mak ayah wajib tahu
p/s : Ajak juga mak ayah yang lain join Telegram saya untuk belajar cara mendidik anak dengan lebih dalam. Klik je link ni t.me/NotaTaufiqRazif
Sumber: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah suami YouTuber sensasi, S Pavithra dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan memiliki sabit di tempat awam Selasa lalu.
M Sugu, 29, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sabit berukuran 26 inci bertulis ‘tiger’ di parkir Wad Paliatuf PCU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada jam 6 petang.
Begitupun, Pavithra kelihatan tenang ketika ditanya pihak media berhubung kes pendakwaan terhadap suaminya.
“Saya maafkan suami”. Itu ungkapan ringkas diberikan oleh Pavithra berhubung konflik melibatkan dia dan suaminya yang agak mengejutkan masyarakat di seluruh negara sejak beberapa hari ini.
Pavithra berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah berlaku, sebaliknya mahu fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube.
“Apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.
Pavithra yang turut kelihatan sedih itu juga memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap program masakan kendalian mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra.
“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja.
“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” katanya.
Tambah Pavithra, dia juga telah menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di