Gambar Syura lengkap berpakaian raja sehari dimuatnaik oleh rakan baiknya yang juga isteri kepada Lan Solo.
Awalnya disangkakan untuk shooting, rupa-rupanya empunya diri sah bergelar isteri buat kali kedua.
Lapan tahun bergelar ibu tunggal, Syura Badron, 36, kini sah milik Muhd Farizat Ismail, 28,usai selamat dinikahkan kira kira jam 12.30 tengah hari tadi, di Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Majlis yang berlangsung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya dihadiri 30 ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua dua mempelai menyaksikan suami Syura melafazkan tiga kali akad nikah kerana terlalu gementar.
Pada majlis berkenaan, penyanyi dan bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua itu menerima mas kahwin berupa jongkong emas 1.5 gram.
Selain itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut menerima wang hantaran dipersembahkan dalam bentuk set barang kemas yang dirahsiakan nilainya.
Dalam majlis yang sama, Syura turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada suaminya.
“Alhamdulillah segala galanya dipermudahkan. Saya bernikah dengan lelaki bujang dan orang kebanyakan. Dia menjalankan perniagaan makanan kecil kecilan.
Ads
“Kami kenal sejak lima tahun lalu. Dalam tempoh itu, dia menjadi penyokong dan pengkritik saya. Ketika saya menceburi perniagaan produk kecantikan kulit, Charmant, dia juga antara yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” katanya.
Syura yang popular dengan lagu berentak irama Malaysia seperti Nazam Berkasih dan Bakawali juga bersyukur kerana tiga anaknya merestui keputusan dibuat.
“Mereka sendiri menangis kegembiraan saat saya sah bergelar isteri tadi. Sebagai anak yang kian membesar, mereka juga memahami pergelutan saya dalam meneruskan kelangsungan hidup.
“Namun, apa terjadi, saya tetap akan menjaga tiga amanah (anak) itu dengan baik.
“Malah anak juga serasi dengan suami saya selama ini,”katanya.
Ads
Malam ini, Syura dan Farizat akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Cheras.
Teman baik Syura, Lan Solo dan isterinya, Shila Razlan masing masing berkongsi berita gembira mengenai pernikahannya di Instagram.
Sekadar makluman, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin berkahwin pada 16 April 2006. Mereka berpisah pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Kulit bersih tanpa jerawat tentunya menjadi impian kita sebagai wanita untuk memilikinya.
Selain perlu penjagaan wajah secara rutin, ada baiknya amalkan petua yang dikongsikan ini untuk bukan sahaja kulit akan terlihat berseri-seri malah rambut juga kurang gugur. Bukan itu sahaja,petua nan satu ini dapat membantu menjadikan badan terasa ringan.
Nak tahu apakah petuanya itu, jom baca perkongsian ini.
Hari minggu…hari membelek gambar lama. Terselit gambar lama dalam handphone saya resepi yang saya amalkan lepas bersalin anak nombor dua saya si Keisha Iman. Gambar pun tak berapa jelas ni sebab kualiti camera masa tu tak la secanggih sekarang.
Saya pernah share dah resepi ni di Fb lama saya yang mempunyai 30k follower sebelum ini. Tapi Fb tu dah hilang bersama segala tips dan petua yang ada di wall personal saya ketika itu. Tak apa ler..kita taip semulalah ya.
Ini jus pegaga halia, saya memang amalkan lepas bersalin, hasilnya badan ringan, kulit pun nampak glowing dan rambut tak mudah gugur berbanding lepas bersalin anak nombor 1 dulu. Memang nampak bezanya tu lepas amalkan jus ini.
Ada yang kata, elok jugakan kalau dibuat ulam je pegaga ni?
Ya elok…boleh ajer. Tak ada masalah pun cik puan semua. Macam saya, saya ni suka teguk jer air jus tu, mudah. Kalau buat ulam nanti bertambah pula nasi .
Bahan-bahan:
Pegaga kampung dan halia
Segenggam pegaga kampung
bersama akarnya. Tu akar tu jangan buang le, akar tu yang banyak khasiat uii…Pegaga ni saya kutip di
perkarangan rumah mertua saya je masa tu. Halia tu hirislah sebesar ibu jari.
Cara penyediaan :
Blendkan dua bahan tadi bersama 2 cawan air masak.
Tu nampak tak?
Tangan kecil si Keisha Iman masa baby. Sekarang dah tadika budaknya. Kenangan uii gambarku ini hiihi.. masa ni gigih dukung dia untuk buat jus ni.
Dah siap blend, tapiskanlah. Tapi kalau tak tapis pun ok je. Ikut tekak masing-masing la boleh telan ke tidak.
Ok siap dan boleh minum 3@ 4 minggu sekali. Bagus jus ini, tak ada apa campuran lain, memang berkhasiat dan bagus untuk mak mak yang nak glowing, buang angin, cantik lepas bersalin.
Gelas tu legend sungguh, gelas hadiah masa kawin dulu. Pecah dah gelasnya masa banjir 2014 dulu.
Ini gambar lama, so agak menggamit kenangan.
sumber : Liza Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila hati sudah berkenan, ketika itu akan diusahakan untuk dapat memilikinya. Begitulah halnya yang terjadi pada seorang isteri ini yang cukup berkenan dan teringin untuk memiliki frame yang menjadi ‘kegilaan’ antara pencinta dekorasi kediaman.
Namun dek kerana harganya agak mahal, maka siapa sangka pasangan suami isteri ini cukup kreatif menghasilkannya dengan hanya bermodalkan RM 60 sahaja.
Ini perkongsiannya:
Hai semua.Segan juga nak share di sini.Tapi ada rakan suruh share sebab katanya boleh bantu orang lain yang teringin ada frame macam ni,boleh juga buat bila kongsi idea DIY ini.
Frame ini adalah hasil kerja suami saya.Mesti ramai mengidam frame SSF/mana-mana frame yang viral sekarang dari China tu kan.
Di SSF harga memang beribu,kalau beli dengan PS direct shiping China agak murah sedikit tapi masih belum mampu beli..kalau saya lah memang tak mampu.
Makanya,saya pujuk suami buatkan saya frame ni tapi dengan hanya menggunakan barang yang dibeli di kedai ECO Shop sahaja.
Modal keseluruhan lebih kurang RM60.Itupun ada bahan lebihan macam spray tak habis pun digunakan.
Daun tu asalnya warna putih tapi saya minta suami spray warna gold dan hijau.
Manakala kepingan kayu di syelek kan.Tampal di atas frame kayu menggunakan gam kayu.
Pemegang daun menggunakan lidi yang juga dibeli dari ECO shop.Sangat jimat kan.
Rasa seronok bila tengok hasil nya begini walau tidak setanding dengan dipasaran.Lagipun di pasaran mereka menggunakan material seakan aluminium agaknya lah,tapi yang DIY ni menggunakan kayu. Jadilah kan buat penyeri ruang dinding rumah kami..yang penting di situ ada usaha suami merealisasikan impian isteri dengan cara yang dia mampu.
Moga boleh menjadi sumber idea pada rakan group ini untuk cuba juga DIY frame idaman masing-masing dengan bajet masing-masing.
Maaf step DIY frame ni tiada.sebab suami saya buat kerja tak suka sibuk dengan handphone. Saya pun tiada di rumah masa dia buat frame ni untuk ambilkan gambar step by step suami buat.
Jagung rebus yang viral satu ketika dahulu bila ditambah dengan susu sudah buat semua orang cair, inikan pula jagung rebus dengan keju, susu pekat dan butter ni. Memang terlajak sedap dan lemak berkrim.
Tengok gambar pun dah buat kita terliur. Jadi kenalah cuba.
Resepi yang dikongsikan oleh Siti Nabilah Jamaluddinni memang mantap. Tengok sajalah bahan-bahan yang digunakannya, memang tip top lemaknya. Confirm sedap!