Stress adalah sesuatu yang membebankan minda kita. Bebanan minda ini berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Mungkin ia merupakan suatu masalah bagi seorang, tetapi ia tidak menjadi masalah kepada orang yang lain. Tahap stress juga berbeza walaupun punca stress adalah sama.

Stress ini boleh dibahagikan kepada dua kategori.

Asyik Tertekan, Badan Mudah Dijangkiti Penyakiti, Lemahkan Sistem Immune Badan.

1. Eustress
Ia merupakan stress yang baik bagi memberikan tekanan pada seseorang agar menjadi lebih baik. Contohnya seorang pekerja mengalami stress untuk melakukan pekerjaan, sudah tentu ia menjadi sesuatu yang baik bagi beliau jika tidak, dia mungkin menangguhkan kerja.
.
2. Distress
Ia merupakan stress yang buruk menyebabkan sesorang itu mengalami gangguan mental dan mungkin menjadikan mereka sakit. Ini disebabkan cabaran yang diterima di luar kemampuan beliau. Contohnya seorang pekerja am itu diminta membayar hutang RM100 000 dalam masa tiga hari.
.
Apabila kita berhadapan dengan stress yang melampau, tubuh akan bertindak balas yang menyebabkan ketidak seimbangan hormone, iaitu hormone adrenalin dan kortisol. Dalam masa minda sedang berusaha memikirkan jalan penyelesaian pada masalah ini, tubuh kita juga memberikan respon sehingga jantung berdegup dengan lebih laju bagi lebih banyak darah kepada otak dan anggota tubuh yang lain.
.
Organ pankreas juga menghasilkan lebih banyak hormon glukagon dan kurang menghasilkan hormon insulin. Hal ini akan menyebabkan tahap gula dan kolesterol kekal tinggi dalam saluran darah. Cuba bayangkan jika kita mengalami stress yang kronik. Ini akan mengundang masalah diabetes, hipertensi dan tahap kolestrol yang tinggi. Akhirnya menyebabkan serangan sakit jantung atau serangan stroke.
.
TANDA-TANDA STRESS
.
1. Tanda-tanda fizikal terganggu
• Degupan jantung menjadi laju
• Tekanan darah meningkat
• Rasa sakit belakang atau leher
• Rasa pening kepala
• Bernafas dengan laju
.
2. Tanda-tanda mental terganggu
• Rasa tertekan
• Fikiran bercelaru
• Lemah daya ingatan
• Tidak respon terhadap sesuatu yang melucukan
.
3. Tanda-tanda emosi terganggu
• Mudah marah
• Sering berasa kecewa
• Selalu merungut
• Selalu berasa takut
• Mudah sentap
.
5 KESAN STRESS TERHADAP KESIHATAN
.
1. Sukar mengawal penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan hiperkolestrolemia. Ini kerana stress akan mengeluarkan lebih banyak hormone stress seperti adrenaline, cortisol dan glucagon. Ini akan meningkatkan tahap gula, tekanan darah dan tahap kolestrol dalam tubuh.
2. Serangan sakit jantung dan serangan stroke. Kombinasi masalah diabetes, hipertensi dan tahap kolestrole yang tinggi akan meninggikan risiko mendapat serangan jantung dan serangan stoke. Saluran darah akan menjadi tersumbat dan darah mudah menjadi pekat dan menjadi beku.
3. Masalah insomnia. Stress akan menyebabkan fikiran kita terganggu dan sukar untuk tidur. Kurang tidur pula akan menyebabkan tahap gula, tekanan darah dan tahap kolestrole dalam darah meningkat.
4. Mudah untuk dijangkiti kuman. Stress akan menyebabkan sistem pertahanan tubuh akan menurun. Ini disebabkan oleh kebanyakan tenaga yang ada dalam tubuh akan digunakan untuk menghadapi stress. Dalam fenomena “fight or flight”, banyak oksigen dan tenaga dialihkan kepada anggota tubuh untuk melawan atau menyelamatkan diri. Ini menyebabkan sistem daya tahan kekurangan sokongan . Ini memudahkan jangkitan kuman (sama ada virus, bakteria atau parasite).
5. Gastritis dan luka perut (Gastric Ulcer). Bila dalam keadaan stress, lebih banyak asid akan dikeluarkan dalam perut. Ini menyebabkan keradangan pada lapisan dalam perut. Ini menyebabkan perut mengalami luka.
Jadi elok kita lebih berhati-hati apabila mengalami stress. Ia harus diselesaikan secepat yang mungkin sebelum ia menyebabkan masalah penyakit kronik.
Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

IKLAN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Asyik Tertekan, Badan Mudah Dijangkiti Penyakiti, Lemahkan Sistem Immune Badan.

IKLAN

Asyik Tertekan, Badan Mudah Dijangkiti Penyakiti, Lemahkan Sistem Immune Badan.

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

IKLAN

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Asyik Tertekan, Badan Mudah Dijangkiti Penyakiti, Lemahkan Sistem Immune Badan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI