Betapa pantasnya masa berlalu, diam tak diam, anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato’Sri Siti Nurhaliza, Aafiyah kini sudah pun berusia enam tahun.
Melalui Instagramnya, Dato’ Siti memuat naik sekeping gambar Aafiyah yang cukup manis dan ayu.
Kata Dato’ Siti, penantian 11 tahunnya berakhir dengan kelahiran Aafiyah enam tahun yang lalu malah kelahiran yang begitu dinantikan olehnya.
Bahkan kata Siti lagi, Aafiyah jugalah yang mengajarnya erti kesabaran untuk bergelar seorang ibu.
Ads
“Alhamdullillah, 6 Tahun yang lalu, lahirlah puteri ibu Siti Aafiyah Khalid.
“Anak yang mengajar ibu tentang kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk menjadi ibu. Sebelah tahun menantimu, masya Allah, Tabarakallah,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut membingkiskan ucapan sempena hari lahir Aafiyah. Doa sentiasa mengiringi agar Aafiyah membesar menjadi anak yang sentiasa disayangi malah dapat berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti.
Ads
“Doa ibu Aafiyah menjadi anak soleha yang sentiasa dijaga Allah Swt. Anak yang cepat matang, terang hatinya, tegas dalam lembut, caring dan terus lah berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti ye.
“Semoga Aafiyah anak ibu disayangi seluruh makhluk Allah swt di langit dan di bumi, menjaga Adab dan Agamamu. Permata hati ayah ibu, Siti Aafiyah .. aamin ya rabb,” katanya lagi.
Terdahulu, si comel kesayangan ramai, Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas hampir 11 tahun menanti. Siti mendirikan rumahtangga bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Muhammad Afwa.
Dah menjadi lumrah untuk berbaik dengan jiran. Manalah tahu jika ada sesuatu berlaku pada kita, setidaknya bolehlah minta bantuan orang sebelah rumah. Namun, tidak semua mampu untuk berbuat baik dengan jiran, apatah lagi untuk menegur sapa.
Baru-baru ini ada seorang pengguna laman Tiktok berkongsi kejadian aneh yang berlaku di rumahnya, di mana hadapan rumahnya ada sesuatu bau iaitu bau busuk hancing. Kejadian yang berlaku berulang kali itu membuatkan individu ini nekad memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di luar kediamannya dan tidak menyangka itu semua berpunca dari jiran sebelah rumahnya!
Menerusi video yang dikongsikan, individu ini mendakwa tingkap rumahnya sering dibasahi dengan satu cecair yang busuk seperti air kencing. Pada awalnya, individu ini menyangka cecair tersebut adalah air kencing kucing tetapi agak pelik kerana lelehan tersebut agak tinggi.
Mula-mula ingat air kencing kucing tapi tak logik sampai ke atas tu. Lepas itu, ingat ada jin atau syaitan melekat dekat situ. Siap tabur gara, dan baca-baca sikit tapi pelik masih ada.
Meskipun sudah dicuci berkali-kali untuk menghilangkan bau hancing itu, namun cecair tersebut kembali muncul pada keesokan harinya. Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini mendakwa dinding bahagian tingkap tersebut semakin rosak. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku setiap kali penghuni tiada di rumah.
Sampai berkulat dinding dah berbulan-bulan kitaorang basuh tapi masih ada balik. Start rasa pelik bau hancing busuk sampai tak boleh duduk dalam bilik.
Pelik dengan kejadian misteri itu, individu ini akhirnya nekad memasang CCTV untuk mendapat kepastian tentang situasi yang berlaku dan akhirnya segala-galanya terbongkar.
Menerusi rakaman tersebut kelihatan tindakan jiran sebelah menyimbah sejenis cecair ke arah tingkap rumahnya.
Meninjau di ruanan komen, ramai yang memintanya untuk membuat laporan polis memandangkan ada bukti dari cctv. Malah, ada juga yang memberi cadanan untuk menaikkan tembok untuk elakkan kejadian sama berlaku.
Namun difahamkan, laporan polis sudah dibuat dan pelaku juga dikatakan sudah ditahan pada 28 Januari lalu untuk tindakan selanjutnya.
Nak buat rumahtangga bahagia bukannya mudah. Jika salah cakap atau bersikap tidak sepatutnya akan buat pasangan memendam rasa hingga mengakibatkan hubungan menjadi hambar.
Malah hingga nak terlalu sempurna hingga lupa untuk bertolak ansur dan sanggup membohongi pasangan tanpa fikir akan ada kesannya kelak dalam rumahtangga.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais menerusi coretannya mengenai sikap segelintir suami isteri. Menurutnya demi bahagia, sikap itu harus ‘dibuang’ agar hubungan kekal harmoni.
Buang 6 Sikap Ini.
Suami isteri kena buang 6 perkara ini agar rumahtangga kekal bahagia. Ya, ambil peduli hal ini, walaupun nampak biasa aje! Tetapi jika dibiarkan berlarutan jadi ‘barah dalam hubungan anda dan pasangan.
1 – Rasa Ego Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.
Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.
2 – Rasa Curiga Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.
Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.
3 – Penipuan Sentiasa lah bercakap benar dengan pasangan, tak kira isu sekecil mana pun jangan ada rahsia dan penipuan antara suami isteri. Kerana penipuan ini boleh menjadi benih kepada hati yang tidak setia dan mudah di godam oleh orang ketiga.
Sepahit mana pun kebenaran itu jangan rahsia dan bohong, kerana percayalah bahawa ‘pahit kebenaran’ itu lebih manis daripada ‘manis penipuan’.
4 – Penting diri ( Selfish )
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.
Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.
5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.
Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.
6 – Malas Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.
Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.
Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.
Tiada manusia yang sempurna, tapi tak sekali pun jadikan ketidaksempurnaan diri sebagai alasan.
Sumber: Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular di media sosial mengenai ketidakpuasan hati ibubapa mengenai prestasi anak mereka yang tidak dinilai sebaiknya menerusi markah Tahap Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Malah dianggap tidak telus oleh segelintir ibubapa. Soalnya bagaimana pengiraan ini bagi melayakkan anak dinilai sebaiknya?
Sesetengah berpendapat bahawa markah yang diberikan tersebut tidak sesuai untuk diberikan. Walau bagaimanapun, markah tahap pentaksiran bilik darjah ini bukan hanya melibatkan gred peperiksaan tetapi ia juga melibatkan beberapa perkara lain.
Menurut perkongsian seorang pengguna facebook, Nor Akasyah, markah TP1 hingga TP6 diberikan berdasarkan sikap murid di dalam kelas.
“Ramai yang tak puas hati dengan sistem tahap pentaksiran bilik darjah. Katanya susah nak dapat TP6 walaupun dapat markah 90 lebih belum tentu dapat TP6.”
Hari ini saya nak kongsikan macam mana boleh kumpul TP6 selain markah peperiksaan yang baik:
1. Semua kerja sekolah dan tugasan kena hantar. Yang TP 5 tu adalah tugasan yang dia tak hantar tu.
2. Bantu rakan-rakan dalam kelas. Ustazah ada bagi tahu, budak-budak yang pandai sikit akan diberi tugasan untuk bantu rakan-rakan yang lain.
3. Masuk pertandingan. Menang kalah lain cerita. Walaupun tak terpilih, boleh sukarela untuk masuk pertandingan. Macam anak murid saya, dia masuk pertandingan ICT, Matematik, Dai, Scrabble dan lain-lain. Itu yang boleh dapat TP5.
Tambahnya lagi, untuk mendapatkan TP6 bukan sahaja perlu fokus terhadap peperiksaan dan dapat gred A. Namun, pelajar perlu titikberatkan mengenai aktiviti lain seperti pertandingan.
“Kiranya, untuk dapatkan TP 6 bukan setakat dapat A masa exam tapi kena aktif. Kalau tak masuk pertandingan bawah sekolah pun, masuk sahaja mana-mana pertandingan anjuran badan yang boleh bagi sijil dan sijil tu diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysiaa,” ujarnya.
Semoga pencerahan ini dapat memberi manfaat buat ibu bapa di luar sana.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.