Dalam usaha mencegah dan  mengekang wabak koronavirus (Covid-19) dari tersebar pihak berkuasa telah memutuskan untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac yang lalu sehingga 31 Mac ini.

Kerajaan menyeru orang ramai supaya duduk di rumah dan mengelak dari keluar semasa pelaksanaan perintah itu untuk membendung penyebaran COVID-19 di negara ini.

Perintah Kawalan Pergerakan ini antara lain membabitkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang menyediakan perkhidmatan penting serta penutupan rumah ibadat dan premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar basah, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual keperluan harian.

Turut terlibat adalah penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

Ekoran daripada itu, ada sesetengah pelajar mengambil keputusan pulang ke kampung, manakala sebahagian lagi tinggal di kampus.

Difahamkan, pelajar-pelajar juga turut disediakan bantuan makanan secara percuma oleh pihak universiti yang dihantar terus kepada pelajar agar mereka boleh kekal berada di kolej kediaman bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19.

IKLAN

Bukan itu sahaja, menurut Berita Harian, mereka turut diberi barang keperluan diri, juga secara percuma termasuk dengan bantuan hasil daripada sumbangan para Alumni dan pihak luar di Cafe Kolej Canselor UPM.

Dalam hal yang berkaitan juga satu perkongsian di muat naik di Twitter yang mana para pelajar di Universiti Putra Malaysia dikatakan menerima sumbangan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin. tweet yang dibuat oleh @MzFiqa itu, dia turut memuat naik beberapa keping gambar.“Abah KJ Is The Real Abah.” KJ Sumbang Barang Keperluan Untuk Pelajar, Tapi Tuala Wanita Jadi Sebutan!

Dalam tweet yang dibuat oleh @MzFiqa itu, dia turut memuat naik beberapa keping gambar  barangan yang disumbangkan oleh YB KJ. Antaranya termasuklah makanan serta barangan keperluan asas untuk para pelajar.

Namun apa yang lebih menjadi tumpuan adalah sumbangan pad atau tuala wanita oleh Abah KJ ini membuatkan ramai teruja.

IKLAN

“Abah KJ Is The Real Abah.” KJ Sumbang Barang Keperluan Untuk Pelajar, Tapi Tuala Wanita Jadi Sebutan!

“Abah KJ Is The Real Abah.” KJ Sumbang Barang Keperluan Untuk Pelajar, Tapi Tuala Wanita Jadi Sebutan!

“Abah KJ Is The Real Abah.” KJ Sumbang Barang Keperluan Untuk Pelajar, Tapi Tuala Wanita Jadi Sebutan!

“Abah KJ Is The Real Abah.” KJ Sumbang Barang Keperluan Untuk Pelajar, Tapi Tuala Wanita Jadi Sebutan!

IKLAN

“Abah KJ Is The Real Abah.” KJ Sumbang Barang Keperluan Untuk Pelajar, Tapi Tuala Wanita Jadi Sebutan!

Selain KJ, Saudara Syed Azmi  bersama team turut menyumbangkan barangan keperluan buat pelajar.  Jika aada yang nak menyumbang:

PERSATUAN UNTUK ANAK KITA
MAYBANK ACC:
514271633539
Email puakpayong@gmail.com
Ref: StuCovid

Harap menjadi inspirasi untuk anda buat yang terbaik di tempat masing-masing!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI