Jodoh ini sangat unik. Kadang yang kita ditidak sangka itulah yang akhirnya menjadi jodoh kita.
Kadang sudah kenal bertahun, rupanya itulah jodoh kita.
Begitulah juga dengan kisah pemuda ini yang ditakdirkan bertemu jodoh dengan seorang wanita yang jauh lebih berusia daripadanya.
Meskipun jarak usia 20 tahun, namun ia bukan penghalang untuk mereka mengecap kebahagiaan sebagaimana pasangan suami isteri yang lain.
Mengimbas kembali detik perkenalan dengan si isteri, pemuda bernama Farid Ghazali berkata segala-galanya bermula apabila kereta milik wanita tersebut rosak dan dihantar ke bengkelnya.
“Ketika itu saya merupakan seorang mekanik. Saya selalu saja terserempak dengan isteri, Nordiana Saidin. Kami tinggal dalam blok bangunan yang sama, iaitu kuarters kakitangan sebuah agensi berkaitan kerajaan (GLC) di Langkawi.
“Waktu itu saya menetap dengan abang. Rumah abang di tingkat dua, isteri pula di tingkat satu. Saya anggap dia sebagai kakak saja ketika itu.
Ads
“Satu hari keretanya rosak dan dia hantar ke bengkel untuk dibaiki. Daripada situ kami mula berhubung menerusi telefon tapi soal kereta saja.
“Nak dijadikan cerita, tak lama kemudian, mak saya datang ziarah ke rumah abang. Mak rajin bersembang dengan jiran-jiran. Bermula daripada itu boleh pula mak ‘kamceng’ dengan isteri. Mak beritahu saya, dia berkenan dengan isteri dan beri lampu hijau untuk menikahinya,” cerita pemuda berusia 27 tahun ini.
Tambah Farid, dia pada mulanya terkejut apabila ibunya memberi cadangan agar dia menikahi ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu.
“Waktu itu saya macam ‘biar betul ni mak?’. Hubungan saya dan isteri ketika itu berjalan seperti kawan biasa. Setahun mengenali hati budi, akhirnya kami selamat bergelar suami isteri pada April 2018,” ujarnya yang kini bertugas sebagai seorang anggota bomba.
Tambah Farid, perwatakan Nordiana yang matang, menghormati orang tua dan keluarganya serta mempunyai latar belakang agama yang bagus membuatkan dia terpikat dengan wanita tersebut.
Ads
Lumrah setiap hubungan pasti ada cabarannya, lebih-lebih lagi bagi pasangan dengan jarak usia yang agak besar.
“Cabaran itu pada saya hanya pada peringkat awal, iaitu bagaimana kami nak menyesuaikan diri. Isteri saya anak sulung dalam keluarganya, jadi saya automatik jadi abang ipar kepada adik-adiknya yang lebih tua daripada saya.
“Begitu juga dengan isteri. Dia jadi adik ipar kepada abang serta kakak saya yang lebih muda daripadanya. Kami juga kena biasakan diri dengan rakan-rakan yang masing-masing dalam kumpulan usia yang berbeza.
“Namun lama-kelamaan, perkara itu dapat diatasi,” ujarnya yang mempunyai seorang anak tiri berusia 14 tahun.
Ads
Lima tahun melayari bahtera perkahwinan, Farid dan isterinya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sebagai penyeri rumah tangga bernama Dhiya Humairah yang kini hampir berusia tiga tahun.
Tidak menyangka videonya meraih sehingga melebihi 615,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, Farid berkata dia terharu dengan komen positif serta doa yang dititipkan netizen.
“Saya upload video tu secara suka-suka saja sebab ada tengok video pasangan lain seumpamanya di TikTok. Tak sangka pula sampai viral. Saya tak tulis umur isteri pada video berkenaan, namun ramai yang tanya, jadi saya jawab di ruangan komen.
“Apapun pada pandangan saya, usahlah terlalu memilih kesempurnaan dalam bab jodoh. Kita sendiri pun belum tentu sempurna.
“Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa untuk saling melengkapi antara satu sama lain,” ujarnya lagi.
Sumber : MStar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengorbanan seorang guru memang tidak ternilai jasanya. Selain memberikan tunjuk ajar, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Bukan hanya tenaga bahkan wang ringgit juga dikorbankan demi melihat anak-anak berjaya.
Bagi Guru lelaki bernama Nordin Ismail ini sanggup memerahkan keringat dan tenaganya untuk menghias library di sekolah tempatnya mengajar, semata-mata untuk keselesaan dan juga tarikan kepada pelajar.
Bahkan, beliau menggunakan masa PKP sebelum ini untuk mencantikkan library berkenaan. Ternyata hasilnya cukup membangggakan dan cantik. Memang cikgu ni sangat kreatif oranganya.
Dengan bajet yang terhad, beliau mampu memberikan hasil yang cukup mengkagumkan. Jom jamu mata, mana tahu dapat ilham daripada idea cikgu ini.
Ni lah hasil amukan aku selama 3 minggu sejak bermula PKPP dan time tu aku dah boleh gi sekolah. Library dah macam rumah kedua aku dah. Agak2 anak murid aku akan terkejut tak bila tgk library diorang dah berubah. Nak suprisekan diorang la kononnya bila naik sekolah nanti. Hehe Konsep hipster dan minimalis masih aku terapkan tuk deco library aku kali ni.
Aku nak bebudak aku “feeling2” bandar dan ikut trend walaupun sekolah kat luar bandar. Ini adalah makeover paling gila yg pernah aku buat. Kali ni aku berani tuk gunakan wallpaper dan bermain dengan warna pastel.
No more langsir2, renda2 and skirting2 bagai. Memerlukan kerahan idea yg sangat ekstrim sbb nak deco ruang library yg terhad tuk jadikan pelbagai guna, banyak galeri yg berjaya diwujudkan dan yang paling penting berubah 100% dalam masa yang singkat.
Aku berterima kasih kat kesayangan aku termasuklah kak yah akak kerani, akak cleaner Junaidah Junaidah , pengawal keselamatan sekolah Ku Luqman and Saifol Mizan , tukang kebun sekolah aku Mohd Rizal Mohd Rizal, cikgu intrim yang baru lapor diri kat sekolah aku iaitu cikgu azira Zaidi Kassin and bekas2 anak2 didik aku yg byk tolong aku tuk buat make over library kali ni.
Aku bersyukur jugak sbb ada Guru Besar Ustaz Abdul Ghani dan rakan2 guru yang sangat supportive dan membiarkan aku bebas berkarya.
Semoga dapat memberikan sedikit idea dan inspirasi buat2 rakan diluar sana if terdetik nak deco libary or kelas masing2. Lain padang lain belalang.. lain orang lain citarasa. Hehehehe
#COVID19 #kitajagakita #KitaJagaSemua
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kejadian banjir yang teruk melanda negara sesuatu yang tidak diduga oleh ramai antara kita apatah lagi di kawasan yang tidak pernah dilanda banjir besar sebelum ini.
Hal ini tentu sahaja membuatkan kita kini lebih berwaspada, bimbang berlaku lagi tanpa ada perancangan dan strategi untuk menghadapi saat getir tersebut.
Justeru itu, ada bagusnya kita ketahui dan gunakan fungsi Aplikasi Artificial Intelligence (AI) Climate Centra yang dikongsikan oleh Wan Hasifi Amin ini untuk kita sama-sama semak kawasan perumahan yang kita huni hari ini adakah berada di bawah paras banjir atau tidak. Bahkan adakah kawasan tersebut selamat untuk jangka masa akan datang.
Guna Aplikasi Ni Untuk Pastikan Kawasan Rumah Anda Di Bawah Paras Banjir Atau Tidak
Aplikasi Artificial Intelligence (AI) Climate Central ini menunjukkan sebahagian besar daripada bandar-bandar besar di Selangor berada di Bawah Paras Banjir Tahunan pada tahun 2030. Adalah sekitar 8 tahun lebih lagi. Tak lama pun lagi kan?
Bandar besar yang dimaksudkan adalah seperti Shah Alam, Setia Alam, Kuala Selangor, Jeram, Tanjung Karang, Kapar, Telok Panglima Garang dan bandar-bandar lain. Negeri-negeri lain di Malaysia juga banyak yang terlibat.
Rakan-rakan sekalian boleh cek lokasi rumah masing-masing juga. Adakah rumah anda berada di bawah paras bajir dalam tempoh lebih kurang 8 tahun lagi. Saya sudah cek dan rumah saya berada dalam zon bawah paras banjir tahunan. Baru-baru ini pun memang rumah saya di Shah Alam sudah pun dilanda banjir.
Ada dua persoalan sekarang ini. Yang pertama, boleh percaya ke teknologi Artificial Intelligence yang disediakan oleh Climate Central ini?
Untuk pengetahuan semua, saya pun rasa sedikit skeptikal pada mulanya. Namun setelah membaca latar belakang badan dan orang-orang yang mengusahakan aplikasi ini, saya rasa yakin dengan anggaran yang ditunjukkan oleh aplikasi ini.
Aplikasi ini ditaja oleh Universiti Yale yang merupakan salah sebuah universiti bertaraf Ivy Leage dan yang antara yang terbaik di dunia. Pengusahanya pula terdiri daripada beratus orang cerdik pandai.
Persoalan yang kedua pula. Bersediakah kita?
Sering kali dengar orang bercakap tentang ‘climate change’, ‘clean energy’ dan sebagainya. Namun, sejauh manakah masyarakat terutamanya para pemimpin kita menghayati perkara ini?
Adakah sekadar topik untuk mengisi slot diskusi atau diikuti dengan tindakan. Sempatkah kemajuan teknologi sekarang bergerak untuk memulihkan bumi yang semakin hari semakin tenat ini.
Mampukah revolusi berlaku dalam sekitar 8 tahun ini. Mampukah Malaysia? Mampukah dunia? Semakin hari, lapisan ozon semakin nipis, suhu di kutub semakin meningkat, ais di kutub semakin mencair dan kesannya paras air laut semakin meningkat di seluruh dunia. Mampukah kita?
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/whasifi/posts/10226774783420443″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Wan Hasifi Amin[/su_button]
Memenuhi masa terluang di rumah sebenarnya banyak perkara boleh kita lakukan bersama seisi keluarga.
Mungkin jika ada yang buntu, apa kata mencuba untuk bertanam sayur-sayuran di laman rumah.
Banyak jenis sayur boleh ditanam dan menarik untuk dicuba seperti tanam kobis bulat umpamanya.
Bayangkan dengan melihat pokok kobis hidup segar seakan kumtuman bunga hijau yang bersaiz giant memang nampak cukup mengujakan.
Bahkan dengan menanam kobis secara tidak langsung mencantikkan landskap kediaman dengan gaya yang tersendiri.
Jadi, untuk realisasikan impian memiliki laman dihiasi pokok kobis yang memukau jom ketahui langkah demi langkah menanamnya seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Maimun Jusoh.
STEP 1
Dapatkan biji benih dari nursery atau sumber tertentu. Tabur dalam bekas ssperti ini. Siram setiap hari dan usia 3 minggu dah boleh alih ke pasu.
STEP 2
1 pokok 1 pasu gunakan tanah hitam, siram 2 kali sehari. Pastikan tanah sentiasa lembab. Direct matahari ok je. Guna baja organik 2 kali seminggu. Tabur je dalam pasu tu.
STEP 3
Dah besar dah dia, 6 minggu pastikan dibuang daun-daunnya bahahian bawah yang dah kuning-kuning tu. Jimat baja. Boleh letakkan rumput yang dimesin untuk kekalkan kelembapan tanah.
STEP 4
Boleh tanam di dalam pasu juga atau di atas tanah sekiranya ruang cukup.
STEP 5
Setelah 3 bulan, hijau dan subur. Pastikan air cukup untuk pembesaran buah,nanti isinya pejal dan crunchy. Sedap.
STEP 6
Haa …tanam banyak-banyak dalam pasu. Ubah suai ikut ruang yang ada di rumah. Cantik sahaja dipandangan mata.