Kes cabul dikalangan kanak-kanak tidka boleh dipandang ringan. kes sebegini sudah terlalu banyak dilaporkan oleh media. Paling merunsingkan, si pelaku adalah orang terdekat yang paling dipercayai.
Justeru, sebagai ibu bapa seharusnya memainkan peranan dalam hal ini bagi mengelakkan anak-anak menjadi mangsa.
Saudara Firdaus Mokhtar berkongsi satu kisah pesakit wanita yang menderita depresi akibat anak perempuannya dicabul oleh anak lelaki pengasuh.
Semoga kisah ini menjadi teladan untuk ibu bapa lain supaya berhati-hati dalam menjaga keselamatan anak-anak. Dalam masa yang sama kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
“Saya tak percaya siapa-siapa!” Kata seorang pesakit kepada isteri saya.
Meskipun sesi telah berjalan lama, emosi pesakit ini masih belum dapat ditenangkan. Iyalah, itu adalah sesi yang pertama. Memang kes-kes macam ini kena lalui beberapa sesi.
Pada mulanya dia tak banyak bercerita. Namun akhirnya dia berani untuk buka mulut.
Dia bukan sengaja untuk selalu tidak ke tempat kerja. Kerap ambil cuti. Sampai cuti tahunan habis. Ambil pula cuti tanpa gaji. Akhirnya bila hujung bulan gaji jadi sikit. Tekanan!
Pesakit ini dirujuk ke hospital kerana major depression disorder (MDD). Dia jadi marah tiba-tiba. Menangis tiba-tiba tanpa sebab. Terlalu berfikir dan selalu berdebar-debar. Takut dengan macam-macam benda.
“Saya tak sangka anak dia buat macam tu. Anak lelaki dia baru tingkatan 1,” air mata pesakit tadi mula jatuh. Dia mula tak tenteram.
Anak perempuan pesakit ini berusia 4 tahun. Dicabul oleh anak lelaki pengasuh. Entah berapa lama dah jadi, tak diketahui.
Ads
Cuma akhirnya dapat tahu bila satu hari anak dia mengadu sakit di kemaluan masa mak dia mandikan dia. Anak dia kata anak pengasuh masukkan jari ke kemaluan. Jadi sakit.
“Lama dah ke abang L buat macam tu?” Soal pesakit tadi ke anak dia.
“Dah lama. Tapi sebelum ni usik usik je,” balas anak tadi.
Luluh hati mak ini. Anak yang dijaga sehabis baik diperlakukan begitu oleh orang lain.
Menambah tekanan bila ditanya ke pengasuh, dia dimarahi. Malah diugut pula.
“Kalau pergi buat laporan polis, aku pun akan buat laporan polis juga. Kau tuduh anak aku buat bukan-bukan. Percaya sangat cakap budak umur 4 tahun!”
Eh, aku pula geram. Hah! Akhirnya laporan dibuat, pemeriksaan hospital mengesahkan memang anak dia dicabul dan ada kesan tusukan.
Ads
Maka sejak itu pesakit ini tadi tidak percayakan siapa-siapa. Termasuk timbul ragu-ragu dan ketakutan kepada suami sendiri. Jadi depresi.
Dia tak pergi kerja sebab dia nak pastikan dia sendiri jaga anak dia. Tengok depan mata. Ada selalu sebelah anak dia. Begitu.
Kalian semua, ini sedang berlaku. Malah banyaknya kes begini di negara kita.
Saya kepilkan laporan statistik PDRM kes pedofilia yang keluar semalam di dada akhbar Sinar Harian. Ada banyak data cuma saya lampirkan data tentang hubungan suspek dengan mangsa.
Ada banyak pemangsa yang datang daripada pelbagai latar belakang dan perhubungan. Ada yang jauh, ada yang memang keluarga terdekat.
Ya Tuhan, dunia apa yang kita sedang hadap ini? Menakutkan.
Bukanlah niat saya untuk menimbulkan ketakutan kita buat orang sekeliling kita. Tapi kita kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
Ads
Maka pesan saya;
1. Ajar mereka soal menjaga kehormatan mereka daripada disentuh oleh orang lain. Sesiapa sahaja dilarang menyentuh kemaluan mereka. Sebut sungguh supaya kes begini boleh kita jauhkan.
2. Berhati-hati memilih pengasuh. Kenali juga keluarga terdekat pengasuh. Suami dia kerja atau tidak, anak pengasuh umur berapa, ada sesiapa lagi tak yang tinggal di rumah pengasuh.
3. Ajar anak sensitif dengan persekitaran. Rajin berbual dengan anak-anak. Supaya anak-anak tidak rasa janggal untuk berkongsi masalah dengan kita.
Bila kes macam ini berlaku, kesannya bukannya kecil. Bukan satu-satu keluarga tapi mungkin akan meruntuhkan sebuah rumahtangga. Iya, rumahtangga mangsa tahu, bukan rumahtangga si pemangsa tadi.
Kesannya juga akan kekal lama. Pada emosi mangsa dan keluarga mangsa tadi. Macam saya pernah tulis sebelum ini, kadang sampai mangsa ini dewasa. Boleh jadi Post Traumatic Stress Disorder bertahun lama.
Allahu.
Kawan-kawan, semoga kita sentiasa dalam kasih sayang Tuhan. Sebarkan demi kebaikan kita bersama.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Kasihanilah kami wahai Tuhan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Orang zaman dulu-dulu,bilik tidur ibu ayah adalah kawasan larangan. Tak boleh masuk sesuka hati. Namun, sekarang ada segelintir suami isteri membiarkan anak-anak melakukan aktiviti dalam bilik utama. Malah ada juga membiarkan anak tidur bersama. Atas alasan, kesian tengok anak tidur seorang diri dalam bilik. Berbeza pula pandangan ibu ini Syida Musa yang berpendapat bilik tidur adalah ruang privacy suami isteri. Anak tidak dibenarkan sesuka hati untuk masuk tanpa izin. Sungguh bermanfaat perkongsian ini.
Bilik tidur adalah PRIVACY SUAMI ISTERI. Even anak pun sebenarnya tak boleh suka-suka masuk, kena minta izin, apatah lagi org luar.
Malah pakar perunding keluarga seperti Dr Fadzilah Kamsah pun berpesan, bahawa kamar tidur suami isteri adalah kawasan NO ENTRY. Hanya utk suami isteri sahaja sb di sanalah segala aktiviti sulit dilakukan bersama pasangan.
Org lain boleh guna bilik tetamu/bilik anak. Tapi bukan bilik utama suami isteri. Kalau suami tak faham atau tak boleh terima, bawa dia jumpa pegawai kaunseling di JKM atau mana2 pej. agama.
Islam memberikan HAK PRIVACY kpd suami isteri, apatah lagi dlm rumah sendiri. Org luar tak boleh suka2 masuk ke mana2 bahagian dlm rumah, tanpa izin tuan rumah. Haram hukumnya.
Lebih2 lg, dlm bilik tidur itulah, terdapat pakaian tidur milik isteri yg tak sepatutnya menjadi tontonan org luar, walaupun mak ayah mertua sendiri. Jangan anggap ini benda remeh. Bilik tidur yg selalu dimasuki org luar, lama kelamaan akan hilang serinya.
Perkongsian bersama…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biar sibuk macam mana pun, pempengaruh, Andika Putera mengakui akan mencuba sedaya upaya untuk mencari waktu bersama anaknya, Alisha Puteri.
Menerusi perkongsiannya bersama Podcast Pa&Ma, Andika mengakui dahulu mungkin tak banyak masa dapat diluangkan dengan puteri kesayangan, namun kini anaknya adalah prioriti utama.
Mengimbau kembali detik kelahiran Alisha, bapa penyayang ini mengakui perjalanannya sebagai ayah bukanlah mudah.
“Alisha Puteri bagi saya seorang anak yang luar biasa, banyak kejadian Ajaib yang berlaku pada dia.
“Tahun 2021, saya dan isteri kena Covid-19 dan waktu tu dia terpaksa melahirkan anak waktu itu.
“Tambah sukar bila doctor kata anak yang ada masalah sumbing kemungkinan oksigen tak cukup lebih tinggi.
“Alhamdulillah dengan izin Allah masa dia lahir cuma sumbing tetapi langsung tak ada masalah pernafasan. Doktor pun terkejut,” katanya berkongsi.
Keadaan tambah mencabar bila mana kesukaran hendak menyusukan anaknya hanya disebabkan masalah sumbing yang dialami.
“Waktu menyusu terpaksa ambil masa empat hingga lima jam sebab tak boleh guna puting botol biasa. Terpaksa di tempah.
“Anak menangis lapar tapi tak boleh menyusu, semuanya ajar kami tentang kesabaran.
“Kecaman netizen juga agak mencabar buat kami waktu itu terutama bekas isteri saya.
“Selain itu kami juga berdepan dengan masalah speech delay yang dialami Alisha dan kini berdepan masalah mata.
“Pembedahan sumbing yang dijalaninya ketika berusia satu tahun itu kini memberi kesan kepada matanya dimana hanya satu mata sahaja yang berfungsi.
“Malah dia kini berdepan masalah 3D yang mana masalah pada kesesuaian jarak pada penglihatannya,” tambahnya lagi.
Gambar kenangan bersama bekas isteri.
Kehidupannya kini tambah mencabar bila terpaksa menguruskan anak sendiri selepas berpisah dengan bekas isteri.
Namun, Andika yang mesra disapa Dika ini terus positif untuk membesarkan anaknya itu dan sangat bersyukur dengan pencapaian Alisha sekarang.
Tambah Andika lagi, anak kecilnya itu sudah mula pandai meniru apa yang dilakukannya di rumah.
Malah kini sudah pandai mengira dan kini pandai berselawat dan setiap malam akan berzikir sama-sama dengan anaknya. Tak ketinggalan sudah pandai menari.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Apabila bulan Ramadan ramai ibu bapa akan menyuruh anak berpuasa. Biarpun anak masih kecil masih tetap memberi galakkan untuk anak berpuasa.
Namun sebaliknya, bagi saudara Azizi Khalid yang tidak mengalakka anaknya berpuasa walaupun anaknya teruja untuk merasai pengalaman sebegitu.
Beliau berpendirian bahawa jika anak masih belum solat lima waktu sepenuhnya, tidak menggalakan anaknya berpuasa.
Pendirian yang sungguh inspirasi. Ikuti lanjut perkongsiannya.
PUASA BILA DAH SOLAT LIMA WAKTU SEPENUHNYA.
Ini adalah Sakeenah. Anak perempuan kedua kami. Dia berumur enam tahun. Dia benar-benar mahu berpuasa di bulan Ramadhan ini. Dia fikir dia sudah bersedia.
Namun, dalam keluarga kami, kami mempunyai peraturan di mana seorang kanak-kanak hanya boleh memulakan puasa setelah anak itu solat lima waktu setiap hari dengan kerap. Anda tidak dibenarkan berpuasa sehingga anda mendapat solat dengan teratur. Sumayyah, anak perempuan pertama kami, mula berpuasa ketika berusia sembilan tahun.
UTAMAKAN SOLAT DAN AL QURAN
Kita secara amnya tidak mendorong anak-anak kita untuk berpuasa. Ini bukan kewajiban bagi mereka, dan mereka memerlukan pemakanan untuk berkembang. Apabila anak-anak kita mencapai usia tujuh tahun, kita hanya memikirkan dua perkara; Solah dan Al-Quran. Lihat di sekeliling kita; kita akan melihat orang yang berdoa akan berpuasa secara automatik di bulan Ramadhan. Tetapi sebaliknya tidak semestinya benar. Ramai orang berpuasa di bulan Ramadhan tetapi tidak solat secara teratur.
Sebenarnya, Imam Malik melarang anak-anak kecil berpuasa dan dia menganggap amalan itu adalah penderaan kanak-kanak.
Walaupun dia tidak berpuasa, kami tidak mahu dia melewatkan keseronokan iftar. Oleh itu, kami membenarkannya berpuasa dalam beberapa jam terakhir dalam sehari. Tahun lalu dia berpuasa dari jam 4 petang. ke iftar, sekitar jam 5.30 petang Ia tidak menuntut fizikalnya. Namun, ia adalah mental yang sukar untuk kanak-kanak berusia lima tahun. Dia tidak boleh minum atau makan kapanpun dia mahu selama sembilan puluh minit itu. Dia belajar menunda kepuasan. Dan dia berasa sangat teruja semasa berbuka puasa.
Tahun ini sasarannya adalah bersolat empat kali sehari. Kami akan mengerjakan Fajr tahun depan, insya Allah.
Setiap pagi, ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah. Namun, selain makanan jasmani, anak-anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi...