Kehadiran cahaya mata melengkapi kehidupan pasangan suami isteri. Inilah anugerah yang dinanti-nantikan oleh Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim.
Dalam satu majlis, beliau turut mengumumkan bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan.
“Sejujurnya, saya rasa sangat teruja untuk mendedahkan jantina anak kerana ramai sahabat dan rakan media ingin tahu.
“Kandungan saya pun sudah mencecah usia lapan bulan. Jadi, majlis pelancaran produk saya di Shopee ini digunakan sebagai kesempatan yang baik untuk mendedahkan berita gembira yang dinanti-nantikan,” kata Sarimah.
Ads
Berita gembira itu dikongsikan sempena di majlis pelancaran produk ‘Thrill by Sarimah Ibrahim Eksklusif di Shopee’ serta pengumuman jantina anak sulungnya di Glam Hall, Damansara Perdana dua hari lepas.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa syukur dan teruja tatkala mengetahui bakal menimang anak perempuan.
“Saya dan suami sangat bersyukur kerana bakal menerima kehadiran puteri dalam hidup kami.
Ads
“Alhamdulillah lepas ni saya akan ada kawan baru untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama anak perempuan saya seperti bersolek dan juga pilih pakaian.
“Di dalam keluarga, saya merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Adik saya semuanya lelaki. Jadi, saya dah terbiasa dengan lelaki.
Ads
“Saya tak sangka pula saya sedang hamil anak perempuan. Saya rasa sangat teruja dengan berita gembira ini,” katanya lagi.
Sarimah dan suami, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesibukan pasangan ini dalam tuntutan kerja masing-masing lebih-lebih sang isteri seorang pegawai perubatan yang selalu ‘on call’ bagaimana pun tidak membatasi tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri.
Kesempatan ‘mencuri masa’ Dr Husna Zahry Rafie yang sedang bercuti membolehkan pasangan ini membawa anak-anak berjalan-jalan. Meliaht kareater Ustaz Don di dalam kaca TV yang begitu sempoi, nyata demikian juga ketika bersama keluarga. Lebih-lebih lagi aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan Don Mustofa dan Don Ibrahim.Kedua-dua hero pasangan ini cukup manja dengan Ustaz Don yang dipanggil Abati manakala Husna dipanggil Ibu.
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid adalah pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sejak 2010-201. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pengajian Sepanjang Hayat sebagai pengurus Besar di KuisCell. Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Mohabbaten Travel & Tour Sdn Bhd di bawah anak syarikat Andalusia.
Hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat
Melihatkan kesibukan urusan kerja, jujur mengakui masa yang ada cukup terhad. Urusan menguruskan anak-anak di ambil alih seketika oleh ibu bapanya yang tinggal bersama. Namun tidak bermakna kedua-duanya lepas tangan.
“Saya bukanlah orang yang hebat, pasti akan berlaku ralat. Jadi, dalam pembahagian masa dengan keluarga dan pengurusan kerja, kami cukup beruntung kerana ada ibu bapa yang tinggal bersama. Jadi mereka bantu melihat anak-anak sementara kami keluar bekerja. Namun sebelum itu, saya pernah minta pandangan orang yang lebih arif iaitu Dato’ Dr Fadhilah Kamsah tentang ibu bapa yang duduk bersama kami.
“Waktu itu kami dalam satu penerbangan ke Terengganu ketika itu. Saya tanya adakah boleh ibu bapa boleh duduk dengan anak-anak macam mana kita mahu letak kayu aras tentang hal ini. Jadi Dr Fadhilah tanya siapa yang minta untuk duduk bersama , ibu bapa atau anak yang minta. Menurut Dr, kalau boleh anak-anak jangan minta untuk ibu bapa datang tinggal bersama kerana mereka sendiri mempunyai ‘life’ mereka. Apabila diberitahu yang ibu bapa yang nak jadi Dr cakap boleh kerana mereka sendiri yang duduk bersama. Jadi mereka tahu kapasiti diri mereka.
“Tempoh sampai bila mereka nak duduk bersama terpulang kepada ibu bapa sendiri kerana ia tidak akan menjadi masalah pada masa hadapan. Saya dan isteri sangat bersyukur kerana selain ibu bapa ada juga adik-beradik kami juga tinggal berdekatan. Jika ada sebarang masalah, mereka sangat membantu.
“Itulah yang saya sebut ralat tadi. Disebabkan kami di ‘cover’ oleh orang sekeliling di samping pihak KuisCell yang sangat fleksibel dalam membantu menyusun jadual saya. Kerana itu, hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat. Kita takkan boleh hidup sendirian.
“Teringat saya pada kata-kata Ustaz Guru Hadi Awang hidup ini ibarat seikat penyapu lidi, ada yang panjang ada yang pendek. Walaupun nampak lidi-lidi yang pendek tidak kena ketika menyapu tetapi apabila dibuang maka longgarlah ikatan penyapu tadi. Begitulah ibaratnya kita dengan orang sekeliling,”ujar Ustaz Don sambil mengakui lima hari adalah masa untuk bekerja manakala dua hari bersama keluarga.
Gajet pilihan terakhir
Tambah ustaz Don lagi, sebagai ibu bapa yang berkerjaya dia dan isteri cukup sibuk dengan urusan kerja. Justeru tambahnya, sebagai orang yang berkerjaya, pertama sekali kena mengaku yang diri sibuk.
“Jangan menafikan kerana kita tidak akan jumpa jalan penyelesaian. Kita kena terima situasi tersebut dan cari alternatif terbaik. Jadi salah satunya adalah penggunaan gajet pada anak-anak. Saya dan isteri memang sudah mendedahkan pada anak-anak kami.
“Zaman sekarang anak-anak kena terlibat dengan gajet supaya tidak ketinggalan. Cuma sejauh mana kita kawal supaya tidak keterlaluan sehinggakan makan minum tidur dengan benda tersebut. Bahkan, penggunaan gajet pada anak-anak adalah pilihan terakhir,”ulas Ustaz Don yang mempraktikkan mereka sekeluarga mengaji bersama sebelum tidur.
Luangkan masa dengan masyarakat
Dek kesibukan urusan kerja membatasi Ustaz Don untuk menerima tawaran untuk berceramah seperti sebelum ini. Sementelah dia mahu memberi fokus penuh pada kerja dan keluarga.
“Dalam kesempatan ini untuk memohon maaf pada masyarakat yang mungkin mengharapkan saya mempunyai ruang masa seperti sebelum ini. Mujurlah pihak Kuiscell bijak menyusun jadual dan kesempatan turun padang untuk urusan kerja, jadi dapat diselitkan untuk tawaran mengadakan ceramah jika berkesempatan. Misalnya seminggu 3 hari untuk 3-4 program dan berpeluang meluangkan masa yang lama dengan masyarakat.
Mahu 7 anak
Ditanya mengenai menambah ahli keluarga dalam masa terdekat, Dr Husna memberitahu ada dalam perancangan cuma bergantung pada masa sementelah anak-anaknya masih kecil dan memerlukan perhatian.
“Kami berdua lahir dalam keluarga yang ramai jadi kalau diikutkan kami memang mahu anak ramai dalam 7 orang. Cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja dan dua hero kami masih kecil. Walaupun ada keluarga yang sangat ‘supportive’ dan membantu menjaga anak kami tetapi tanggungjawab sebagai ibu tidak diabaikan.
“Sesibuk mana pun di hospital tetapi saya pastikan ada di rumah. Kerana itu saya berulang alik dari rumah di Bangi ke Seremban walaupun ada rumah yang disediakan di sana tetapi saya lebih rela berada di samping anak-anak,”jelas Dr Husna lagi sebelum mengakhiri perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cemburu melihat paha wanita yang sudah ada anak tetapi maintain tidak berubah tetap kecil molek, apa kata anda cuba petua ini. Selain mudah dibuat, petua ini juga menggunakan bahan-bahan yang murah dan berasaskan herba.
Petua tradisonal ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook Puan Norliza Mohd Salleh yang juga merupakan seorang perunding jamu.
“Assalamualaikum Harini #AkuSiPerundingjamu nak share petua sangat mudah,kos sangat murah. Petua kecilkan paha yang sado. Saya dan bff saya si ibu solid Hanya Rina juga amalkan, alhamdullilah longgar cikit jeans. Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari. Jangan lupa catat ukuran paha sado uolls sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.”
Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari. Selain itu, jangan lupa catat ukuran peha anda sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.
Bahan-bahan:
2 sudu besar Jintan Manis
1 liter air
Cara- cara:
1. Direbus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
2. Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan. Diminun setiap hari, selama sebulan.
3. Ulang-langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.
Petua ini juga boleh membantu:
Sumber: Norliza Mohd Salleh (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diana Danielle dalam satu perkongsian memuatnaik tentang soal menambah ahli keluarga baru memandangkan anaknya kini sudah besar.
Tidak hanya isteri kesayangan Farid Kamil ini yang menghadapi situasi berkenaan, sebaliknya itulah persoalan yang sering diajukan segelintir masyarakat tentang anak.
Belum kahwin, ditanya bila nak kahwin. Sudah kahwin ditanya pula bila nak menimang cahaya mata. Apabila memiliki anak ada pula yang tanya bila nak tambah lagi.
Pendek kata persoalan takkan berhenti, tak hairanlah ada yang tidak kuat dan akhirnya tertekan apabila diajukan persoalan begini. Lebih-lebih lagi yang belum memiliki cahaya mata.
Bagi Diana, walaupun dua orang anaknya sudah besar namun mereka masih memerlukan perhatian lebih daripadanya.
“Anak dah besar tambah la lagi sorang” 🤭
“Yes betul anak yg kedua pun dah 6 tahun, tapi bagi D nilah usia diorg perlukan bimbingan dan input setiap masa sebelum melangkah ke fasa remaja. Nampak saja “besar” tapi masih nak pelukan, nak manja, nak kita explore dan explain soalan-soalan yg makin rumit, makin “deep”.
“Curiosity mencanak, personaliti makin terbentuk, makin pandai counter point kita, makin nak berkawan dan mengenali dunia luar. D tak nampak itu sebab untuk tambah dan tambah. Sorang pun dah amanah seumur hidup.
“So kita ikut pada kemampuan yang bukan hanya dari segi duit tapi mental, emosi dan masa. The right time will come if and when we feel it should happen. Working moms lagi la fikir lebih. Tak nak baby baru membesar dgn orang gaji, dgn cikgu taska saja.
“That’s not why we want to have kids.. I want to be the parent, I want to be their guide and point of reference. Til now – i’ve got a lot more parenting to do. Even with myself 🤓 Share your thoughts ❤️
Jawapan padu dari Diana Danielle turut mendapat maklum balas warga maya. Ada yang bersetuju tak kurang yang memuji cara Diana menjawab pertanyaan tersebut.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.