Bila menyentuh tentang pengalaman derita mengidap penyakit tertentu atau pernah menjalani sebarang rawatan kesihatan dan kini disahkan sihat, tentu kita terpanggil untuk berkongsi info dengan  orang lain tentang hal itu.

Tujuannya hanya satu, agar dapat memberi iktibar dan manfaat kepada orang lain dan dalam masa yang sama menyuntik inspirasi kepada yang sedang alami masalah yang sama untuk kembali sihat.

Hal yang sama juga telah dilakukan oleh Puan Sarina Mohd Som dan ini perkongsiannya.


Saya tidak pernah kena senggugut sebelum ni. Setiap bulan, keadaan normal tanpa sebarang kesakitan. Cuma pada pertengahan 2017, keadaan menjadi berbeza. Saya mula rasai kesakitannya ditambah dengan aliran keluar yang heavy. Kesakitan skala 8-10 membuatkan saya tidak boleh berjalan, jalan terbongkok-bongkok sambil peluk perut, terbaring, cirit birit, pucat, sakit perut memulas dan sakit pinggang. Saya tidak boleh buat apa-apa kerja langsung. Paling ngeri jika kesakitan itu datang ketika saya berada di pejabat.

Bayangkan..

Ketika itu saya mula rasa cuak, suami, anak dan beberapa orang rakan nasihatkan saya agar jumpa Dr. Bukan saya tidak terfikir, tetapi rasa takut dan tidak mahu tahu apakah yang terjadi membuatkan saya bertahan dan bertahan.

IKLAN

Sehinggalah pada Ramadan lalu saya merasai benda pelik dalam perut. Ketika berbaring, saya dapat rasakan satu ketulan besar keras. Bila ditekan, terasa senak. Jantung terus berdebar, terus tak lalu makan. Saya fikir ia hanya angin, saya cuba menafikan apa yang saya sedang fikirkan. Saya pergi berurut, namun jawapannya seperti mana yang saya jangka, dan inilah menjadi titik tolak saya terpaksa ke klinik buat pertama kalinya. Ditemani kawan baik, Irahazla Alzahari saya bertemu Dr Fatin Ilyani  Klinik AJWA. Hasil ultra sound dan scan, benar ia adalah cyst.

Bayangkan, dalam beberapa hari lagi nak sambut hari raya, saya ketahui jawapan ini. Mood saya ke laut, hanya menyediakan pakaian untuk anak-anak sahaja. Kebiasaan membuat kuih raya seperti tahun-tahun sebelumnya pun terpaksa dilupakan. Kurang selera makan dan kebimbangan mempengaruhi saya. Berat turun mendadak kerana takut dan risau.

Seminggu selepas raya, saya rujuk kes ke Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam. Sebulan selepas itu, mendapat temujanji dan membuat beberapa ujian darah dan pap smear. Inilah antara ujian yang paling saya takuti dan geruni.

Ada Ketulan Besar Di Perut & Bila Ditekan Sakit, Disangka Angin Rupanya Cyst. Ibu Ni Kongsikan Deritanya!

IKLAN

Alhamdulillah 3 minggu selepas itu, saya mendapat jawapannya. Alhamdulillah, keputusannya membuatkan saya menangis gembira dan bersyukur pada yang Esa.

Jika tanya bagaimana keadaan saya? Mengikut perkiraan Dr, seperti wanita hamil 15 minggu. Tak hairanlah ramai ingat saya hamil.

5hb Sept saya masuk wad, dan 6hb September operasi secara laparoscopic membuang cyst dilakukan. Dr juga terangkan, sekiranya tidak berjaya, terpaksa open czer. Ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu, betapa risaunya saya. Saya redha apa sahaja yang terbaik. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan dua cyst bersaiz 3cm dan 10.8cm dapat dibuang tanpa sebarang komplikasi.

Ada Ketulan Besar Di Perut & Bila Ditekan Sakit, Disangka Angin Rupanya Cyst. Ibu Ni Kongsikan Deritanya!
Ditemani kawan baik Irahazla

Jangan fikir laparoscopic tak sakit.. Ada empat tebukan diperut saya. Dua di perut kiri, satu di atas pusat dan satu lagi di perut kanan. Tak terbayangkan bagaimana Dr keluarkan cyst yang bersaiz besar itu.

IKLAN

Usai operasi, Dr menasihati untuk menjaga pemakanan. Ia bertujuan agar cyst yang sama tidak berulang dan saya jalani kehidupan yang lebih sihat. Senaman, kurangkan berat badan, pemakanan sihat, jauhi tekanan dan jangan berhenti doa. Paling teruja bila Dr sarankan untuk hamil lagi.

Nasihat saya kepada sahabat di luar sana, jika ada sebarang kelainan rujuklah Dr segera. Jangan tunggu lama dan jangan takut seperti saya. Selain itu amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Jumpa Dr segera sekiranya:
1. Heavy period.
2. Senggugut kronik.
3. Sukar hamil.
4. Period yang tidak seimbang.

Makanan yang perlu dijauhi:
(Mereka yang sudah jalani pembedahan buang cyst juga perlu jaga pemakanan)
1. Jauhi soya dan makanan yang berasaskan soya (fucuk, tauhu, kicap, tauge besar, tempe dll)
3. Kurangkan makan ayam daging (Sebaiknya ayam organik dan ayam kampung)
4. Banyakkan makan ikan.
5. Banyakkan makan sayur.
6. Jauhi FAST FOOD
7. Elakkan makanan dalam tin.
8. KAWAL dan JAUHI TEKANAN.
9. Elakkan ikan yang dibela dalam sangkar.
10. Daging merah.
11. Ikan terubuk.
12. Ikan parang.
13. Siakap bela.
14. Manisan (kurangkan gula)
15. Kurangkan produk tenusu seperti cheese dll.
16. Kurangkan perencah makanan seperti pati ayam, ikan dll.
17. Ikan pari.
18. Ikan bawal hitam.

Saranan Dr:
Senaman dan kurangkan berat badan, agar hormon kembali seimbang.
(Jangan tanya kenapa ikan itu dan ini tak boleh. Itu yang disarankan beberapa Dr kepada saya)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI