Sekiranya ada sedikit lebihan nasi jika hendak dibuat nasi goreng rasa sikit sangat, hendak dibuang sayang pula. Jadi apa kata anda sediakan kuih apam nasi untuk dijamu kepada seisi keluarga.
Menyediakannya juga cukup cepat dan mudah, bahkan bila siap dimasak memang buat anak-anak teruja untuk menikmatinya. Apa tidaknya, apam nasi ini boleh dimasak dengan pelbagai warna mengikut citarasa. Jika kena pilihan warna yang dipilih memang nampak sangat comel apam nasi ini.
Ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Zura Zul ini, lihatlah betapa cantiknya apam nasi yang dihasilkannya. Jadi bolehlah dicuba mengikut resipi yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat.
APAM NASI
Bahan
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
( blender nasi dgn 1 cawan air dulu.. sebab kalau blender semua air.. nasi tu tak berapa hancur halus.. kemudian tambah 1/2 cawan air sekali lagi blender)
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula – boleh tambah jika suka
3 sudu kecil mauripan
1 – 2 sudu kecil minyak masak
Secubit garam
Cara-cara :
1. Tuang bahan blender dalam bekas tepung-tepung, gula, mauripan, gaul-gaul sebatikan. kalau rasa nak blender sekali pun boleh
2. Kemudian perap 1/2 jam lebih atau sampai naik.
3. Kacau semula adunan, warnakan ikut suka
4. Tuang 3/4 atau penuh acuan kecil yg di sapu sedikit minyak
5. Kukus 15 – 20 minit.. Siap
Boleh makan kuih apam ni dengan kelapa parut putih dan secubit garam (kelapa tu nak kukus seketika)
Bila anak ada ekzema tentunya membuatkan hati ibu dan ayah tidak tenang apatah lagi bila melihat semakin hari semakin melarat penyakitnya itu. Pelbagai kaedah rawatan dan usaha akan dilakukan untuk memastikan anak kembali sembuh.
Begitu juga halnya yang terjadi pada keluarga ini, terus ikhtiar mengubati penyakit anaknya dan alhamdulillah selelah setahun berusaha, akhirnya sembuh.
Nak tahu apa yang dilakukan, jom semak perkongsian daripada Encik Mohd Yazid Ismail.
Alhamdulillah eczema Saeed dah sembuh selepas lebih setahun menderita. Mula naik eczema masa umur 2 bulan.
Kami jumpa ramai doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed.
Gambar ke2 dan ke3 tu masa eczema paling teruk. Berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.
Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect. Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level.
Isteri saya Widyana Ali ada terbaca kisah pengidap eczema dewasa yang dah guna ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi. Kemudian doktor cakap eczemanya dah tak boleh sembuh. Tapi dia tak putus asa, dia berhenti steroid dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh.
Bila baca kisah orang sembuh eczema dengan jaga pemakanan, widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca, sangat banyak.
Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari.
Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.
Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli kat kiosk ubi keledek bakar di AEON. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je.
Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamin tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.
Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi dia istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg. Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg. Alhamdulillah berjaya, saya suka.
Sampai sekarang Saeed masih full breastfeed. Jadi apa yang maknya makan, Saeed terima masuk dalam perut.
Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczema Saeed. Dapat banyak ilmu dan network. Dulu masa mengandung Saeed, tak begitu jaga pemakanan. Selalu makan ikan keli sangkar, sup yang banyak msg dan chocolate bar. Alasan mengidam. Sekarang dah insaf.
Alhamdulillah ‘alaa kulli haal. Terima kasih Dyana sebab sanggup bersusah payah untuk kebaikan kita sekeluarga
Sedapnya layan kuah rojak yang dicampur dengan buah-buahan seperti jambu, nenas, mangga muda, jambu air dan sebagainya lagi. Kecur liur terbayang keenakannya.
Jom cuba buat sendiri kuah rojak yang simple tapi sedap. Resipi ini dikongsikan oleh puan Ameera menerusi facebooknya.
Hidup berkasih sayang perlukan kerjasama yang bukan sedikit bagi kedua-dua pihak. Tidak hanya seorang diri, baik suami atau isteri sama-sama berperanan memberikan yang terbaik untuk pasangannya.
Menggembirakan hati isteri mungkin dianggap remeh bagi suami. Namun para-para suami tahu tak bahawa menggembirakan hati isteri punya banyak kuasanya dalam mengutuhkan lagi hubungan yang sedang rawan.
Nak gembirakan hati isteri ternyata sangat sulit bagi sesetengah suami, apa lagi suami yang pendiam dan tidak banyak cakap. Jadi bagaimana? Tip ringkas ini wajar anda baca dan selami hati sang isteri agar menjamin kesejahteraan keluarga bahagia bersama. Malah pahala yang Allah janjikan juga pastinya milik anda.
1. Ungkapan Sayang Di Bibir
Jangan anggap kata-kata sayang adalah perkara yang remeh bagi anda. Selalulah beritahu isteri bahawa anda amat menyayanginya agar dia tahu dirinya sentiasa disayangi.
Tidak pernah tidak, pastikan setiap hari anda mengucapkan kata-kata ‘i love you’ biar hanya dalam sistem pesanan ringkas atau ‘whatsapp’. Dalam kesibukan tugasan dan kerja di pejabat, melihat mesej ringkas sang suami sekali imbas sahaja nyata menaikkan semangat si isteri. Kena buat!
2. Bergurau Senda
Tidak hanya kata-kata manis dan ayat ‘power’ untuk si isteri. Cukuplah hanya sekadar gurauan biasa yang membuatkan hati si isteri terhibur kala diusik. Tanpa kata-kata dan percakapan pastinya jadi lebih sunyi dan impaknya buat isteri kurang rasa dihargai apa lagi disayangi.
Jika berdua di dalam kereta misalnya, ambillah masa berbual dengan isteri dan sesekali selitkan gurauan dan usikan yang mampu buat isteri ketawa. Biarpun lelah menguruskan kerja di rumah dan anak-anak yang tidak pernah sudah, hati si isteri pasti terhibur.
3. Ringankan Kerja Isteri
Isteri pastinya tidak meminta. Namun sesekali bantulah ringankan tugas isteri di rumah dan boleh juga menjaga anak-anak kala dia perlukan rehat. Beri dia rehat yang secukupnya sekali-sekala tanda penghargaan untuk isteri.
Sesekali mengambil tugas menyediakan sarapan buat keluarga juga sudah dianggap hebat daripada isteri, apalagi jika anda meminta menyediakan makan malam untuk seisi rumah. Pasti isteri anda amat bersyukur dan bangga kerana memiliki suami seperti anda.
4. Pujuklah Hatinya
Bukan wanita rasanya jika isteri anda langsung tidak pernah merajuk dengan kelakuan dan kata-kata anda. Bukan kerana ayat kasar yang anda lontarkan tetapi yang anda perlu sedari, hati wanita sememangnya lembut dan begitu sensitif sekali.
Beri dia sedikit masa dan kemudian pujuklah dengan lembut. Jika tidak mampu bercakap secara langsung, mesej ringkas berbunyi ‘sayang’ atau ‘saya rindu awak’ sudah cukup buat wanita rasa tidak diabaikan. Apa lagi jika anda menghadiahkannya sebuah hadiah kecil. Jadi berusahalah.
5. Peluk Cium Selalu
Jangan anggap cinta sudah pudar biarpun anda sudah melalui usia perkahwinan yang sudah cukup matang. Sebaliknya berusahalah menjadikan hubungan anda sama seperti baru berkahwin.
Setiap hari di rumah, peluk dan ciumlah isteri selalu. Ambil masa dua minit untuk tip ini setiap kali sebelum melangkah kaki ke pejabat. Kajian pakar daripada Jerman membuktikan amalan ini cukup baik untuk sistem reproduksi wanita. Amalan yang pada mulanya janggal akan bertukar menjadi perkara paling menyeronokkan bagi anda. Bahagia itu milik anda. Ayuh lakukannya sekarang.
6. Luang Masa Bercuti
Jika mempunyai wang lebihan pada seperti bonus dan sebagainya, sesekali ajaklah isteri bercuti di hujung minggu. Tidak perlu perjalanan yang jauh, sebaliknya ukurlah kemampuan sendiri dengan bercuti di dalam negara sahaja.
Ambil masa berdua dan berehatlah daripada segala kesibukan urusan setiap hari. Lebih tenang, relaks malah isteri juga lebih gembira dan pasti tersenyum bangga. Memilih tarikh ulang tahun perkahwinan atau hari jadi si isteri tentunya menjadi memori yang paling diingati sepanjang hayatnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.