Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Benar. Kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat. Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
Ads
SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau, tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detox secara semulajadi. Ianya selamat, sebab itu ianya dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.
Cuma mungkin sebab limau Mandarin biasanya banyak dijual dengan harga yang murah semasa Tahun Baru Cina, belum lagi yang dapat berkotak-kotak secara percuma. Sudahnya buah limau yang dimakan juga mungkin berlebihan. Jadi tidak hairan jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau kesukaran bernafas apabila mengambil limau Mandarin ini.
Sebenarnya selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol. Namun, apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensetif.
Ini kerana individu yang sangat sensetif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asthma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini. Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.
Ads
SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)
CARA BASUH
Merendam seketika (10 minit) dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindakbalas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan. Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, mentidakkan kesannya kepada individu sensetif lain. Usah pukul rata ya.
Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Ads
Fakta menarik mengenai bahan kimia semulajadi dalam limau Mandarin:
• Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semulajadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik. Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.
• Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E), serta mineral (kalsium, magnesium, phosporus, potassium). Ianya juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.
• Warna oren kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.
• Bau limau Mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikan.
Bila cakap tentang diet, pasti bab makanan yang menjadi isu. Pemilihan makanan yang sesuai penting supaya diet yang dilakukan berhasil. Silap makan, bukan berat berkurangan sebaliknya kian bertambah.
Bagi yang tengah mencari menu yang sesuai, ringkas dan mudah disediakan, mungkin boleh cuba kubis roll ini sebagai salah satu menu di rumah. Caranya cukup ringkas, bahannya pun tak susah nak cari. Rasanya pula dah tentulah sedap. Yang penting Diet menjadi!
Apa kata kita cuba resipi sumbangan Puan Noorazian Muhamad Xiyans Muhamad
ini. Katanya sesuai juga untuk seisi keluarga.
Bahan-bahan
Kubis cina (untuk roll)
Daun bawang (untuk mengikat)
Daging kisar / ayam kisar
1/2 biji bawang holland cincang
1/2 btg carrot cincang
Cili merah cincang
Hirisan daun bawang
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak bijan – 1 sudu teh
Cara membuat:
1. LERAIKAN KUBIS
Mula-mula, leraikan kubis satu-persatu. Kalau boleh jangan terkoyak.
Saya guna kubis Cina sebab lembut dan warnanya pun cantik lepas dicelur.
2. CELUR KUBIS & BAWANG
Kemudian celurkan kubis dalam 6-8 minit. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih.
Daun bawang pun dicelur sekejap.
3. SEDIAKAN INTI
Intinya tadi cuma gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali kubis dan daun bawang yang nak digunakan untuk menggulung.
Jadi masukkan daging kisar / ayam kisar, bawang, carrot, cili, garam, lada hitam, minyak bijan semua ke dalam sebuah bekas.
Tak perlu masak dulu sebab masa kukus nanti ia akan masak.
Gaul sebati.
4. GULUNG
Kemudian dah bolehlah gunakan inti tadi untuk digulung dalam kubis yang telah dicelur.
Gulungkan macam biasa, lebih kurang macam gulung kuih ketayap.
5. IKAT
Kemudian boleh ikat dengan daun bawang supaya gulungan tadi lebih kukuh.
6. KUKUS
Lepas tu, kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 10-15 minit.
7. SIAP!
Dah siap pun. Beginilah hasilnya.
Mudah saja. Sedap tau, orang yang tak gemar makan sayur pun mesti akan suka.
Sedap dicicah dengan sos atau dimakan begitu saja.
BOLEH PELBAGAIKAN INTINYA
Anda boleh pelbagaikan intinya ikut citarasa masing-masing. Contohnya saya ada juga buat inti guna isi udang macam dalam gambar di bawah ini.
Memang lazat dan cukup mudah. Yang penting, sihat dan berkhasiat kan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan hidangan pencuci mulut bukan sesuatu yang sukar, guna bahan yang ringkas tapi tetap menjadi. Sedap pula tu. Untuk hari ini, apa kata ibu-ibu cuba Puding Oreo Milo ini.
Air tangan dari Noraslinda Bugal ini viral cukup mudah. Hanya guna 5 bahan je. Jom cuba!
PUDING OREO MILO
BAHAN-BAHAN
1 paket serbuk agar-agar(10 gram)
800 ml susu segar(saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
150 gram gula pasir
8 keping biskut Oreo
2 sudu besar Milo
CARA MEMBUATNYA
1.Satukan serbuk agar-agar,susu segar dan gula pasir di dalam periuk.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.Sentiasa dikacau
2.Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut(Jangan terlalu halus)
3.Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.Tuang biskut tadi ke dalam acuan
4.Tapis agar-agar dan tuang ke dalam acuan(Jangan tuang habis semua.Tinggalkan sedikit untuk lapisan Milo)
5.Gunakan garfu,kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan.Ketepikan
6.Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo.Kacau sehingga Milo hancur dan sebati
7.Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tetamu nak datang berkunjung, ibu-ibu buntu nak sediakan apa untuk hidangan minum petang. Selain sebiji kek buatan sendiri, mungkin boleh juga sediakan puding istimewa.
Jom cuba resipi Puding Biskut Crackers air tangan Suriea Mohd Noor ini yang pasti menyuntik bangkit selera buat semua. Yang penting bahan yang digunakan simple jer, pasti ada di dapur anda dan cara membuatnya juga mudah.
Alhamdulillah. Dapat penuhi hajat cikgu. Bulan januari lalu, cikgu nk order tapi waktu tu kak sibuk nak kenduri kawen anak. Hari sabtu baru ni, cikgu tanya lagi nk order puding biskut febretnya utk pagi Isnin.. Ok cikgu in shaa ALLAH.
Masalah nk membuat puding ni ialah kena berdiri lama tuk kacau adunan. Mcm nk buat puding jagung tu. Kalau tak kacau, berkerak dan hangus kat dasar periuk.. Hmm dah berumur ni, cepat lenguh kaki.. ?
Pastu terfikir kenapa tak gunakan periuk nasi elektrik ajer.. Bawak ke lantailah periuk nasi, sukat bahan2, kak pun mengacau larutan puding dgn gembira. Duduk bersilalah.. Hasil pun memuaskan.. Ank beritahu, Cikgu kata sedap puding ibu.. Syukur.. T.kasih cikgu.. Order yg ini cikgu nk warna hijau..
PUDING BISKUT CRACKERS
(versi rice cooker)
Oleh: Suriea Mohd Noor
Hasil: anggaran 24 biji acuan ros ?
1. Mula2 kita masukkan susu cair ke dalam blender.
Masukkan biskut, patah2kan sedikit.
Masukkan susu pekat/krimer manis.
Blend semua bahan. Ketepikan.
2. Sediakan periuk.
Masukkan 6 cawan air masak (air pada suhu bilik ye, bukan air panas, nanti agar2 serbuk akan berketul2).
Masukkan agar2 serbuk.
Kacau rata. Gunalah senduk utk kacau larutan.
Kemudian ON kan suis periuk nasi dan tekan butang COOK.
Sentiasa kacau larutan.
Setelah 5 minit, masukkan gula.
Kacau sebati.
Terus mengacau larutan, anggaran 5 minit lagi (total 10 minit).
3. Setelah 10 minit, perlahan2 masukkan bahan2 kisar ke dalam periuk.
Terus mengacau larutan, anggaran 15 minit. Larutan menjadi pekat sedikit dan kita tak nak bahan2 hangus di dasar periuk.
4. Setelah 10 minit yg pertama dari total masa 15 minit berlalu, berhenti mengacau larutan sekejap. Kita nak tunggu buih2 muncul tanda larutan dah mendidih. Bila dah didih sekejap, terus mengacau ye. Tak nk hangus. Dan OFF suis periuk nasi.
5. Angkat periuk nasi yg ada larutan puding dan letak atas alas yg tahan panas.
Kalau nak buat puding satu warna, bolehlah masukkan pewarna terus je dalam periuk. Kacau rata.
6. Siapkan acuan yang hendak digunakan. Basahkan acuan dengan air dan toskan. Tak payah lap. Mudah untuk keluarkan puding nanti.
7. Keraskan pada suhu bilik selama 1 jam sebelum dimasukkan ke peti sejuk.