Pulang daripada kerja, ibu-ibu mula menyibukkan diri di dapur. Hendak menunggu ayam dan daging lembut mengambil masa yang agak lama. Daging terutamanya mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar lembut.
Selain mengeluarkan daging daripada tempat beku pada awal pagi, sebelum keluar bekerja, sebenarnya ada cara pantas untuk melembutkan daging ini.
Ada baiknya anda cuba tip pantas ini untuk melembutkan daging yang baru dikeluarkan daripada peti ais. Sangat membantu!
Caranya:
Ads
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
Ads
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Ads
Ektra Tip Empukkan Daging
Ketika memasak daging, hanya masukkan daging ke dalam periuk atau kuali tanpa air dan biarkan ia masak sendiri. Daging mengeluarkan airnya sendiri dan ia akan lebih cepat masak.
Ketika menggoreng daging atau merebus, letakkan sedikit serbuk perasa seperti ajinomoto ke dalamnya. Sangat membantu!
Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Toskannya hingga kering dan masak seperti biasa dengan api kecil.
Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.
Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.
Cara lain, boleh juga carik-carikkan daun pisang dan masak sekali bersama daging.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahukan anda marjerin dan mentega merupakan bahan yang sering digunakan dalam masakan terutama membuat kek, kuih muih dan lauk pauk. Walapun bahan asas masakan ini nampak sama, namun pembuatannya berbeza antara satu sama lain. Menerusi facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad telah berkongsi info perbezaan marjerin dan mentega untuk panduan bersama.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
MENGAPA MENTEGA (BUTTER) LEBIH BAIK DARI MARGARINE
Sebelum ini ramai orang, seperti saya, menganggap bahawa margarine lebih sihat dari mentega. Ini kerana kita sering diberitahu melalui iklan bahawa margarine adalah pengganti yang lebih sihat dan murah kepada mentega. Pada hakikatnya mentega lebih baik dari margarine.
Mentega diperbuat dari bahan yang asli iaitu kream (dari susu) dan sedikit garam. Itu pun jika kita memilih keju masin (salted butter). Jika tidak, mentega tanpa garam hanya diperbuat oleh susu sahaja.
Margarine pula diperbuat dari proses yang diperbuat oleh industri pemakanan dari minyak (yang bersifat cecair dalam susu bilik) kepada bahan transfat (yang menjadikan cecair minyak sebagai pepejal). Jadi ia bukanlah sesuatu yang natural tetapi sesuatu bahan tidak lagi natural dan berbahaya pada kesihatan.
Margarine dicipta sebagai alternatif mentega kerana ia lebih murah dan lebih mudah dihasilkan dengan banyak bermula semenjak tahun akhir 1800an lagi.
Pada masa itu (awal 1900an) permintaan terhadap mentega terlalu banyak berbanding dengan pengeluaran susu (bahan utama membuat mentega) yang semakin mahal. Jadi margarine dihasilkan secara besar-besaran agar ia boleh dinikmati oleh golongan yang berpendapatan rendah.
.
Margarine dihasilkan dengan menambahkan hydrogen pada minyak sayuran agar ia lebih stabil, menjadi beku, dan mudah disapu pada roti. Oleh kerana margarine lebih murah jadi ia menjadi popular dan boleh dibeli oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Lemak sihat seperti omega 3 adalah sangat penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Kita juga memerlukan vitamin A, D dan E (vitamin serap lemak). Jadi lemak sihat ini penting dan terdapat hanya pada susu dan mentega. Tidak ada pada margarine.
Transfats dalam margarine bertindak tidak seperti minyak sihat yang ada pada susu dan mentega kerana struktur sebatian transfat berbeza. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Dalam kajian terbaru (Dalainas & Ioannou, 2008) menunjukkan pengambilan transfat dalam makanan boleh menyebabkan masalah penyumbatan saluran darah pada jantung sebanyak 23%.
Dalam kajian lain pula menunjukkan pengambilan transfat boleh meningkatkan risiko mendapat dementia di kalangan warga tua.
Sementara mentega pula penuh dengan vitamin yang meningkatkan sistem daya tahan. Ia juga mempunyai sebatian Lauric Acid (juga terdapat pada susu ibu dan minyak kelapa) dalam kuantiti yang sederhana tetapi sangat penting.
Mentega juga mengandungi lemak tepu yang membekalkan banyak tenaga terutama atlet dan mereka yang bekerja menggunakan banyak tenaga.
Bagi mereka yang bekerja di ofis (tidak menggunakan banyak tenaga) atau pesakit kronik seperti diabetes, pesakit tekanan darah tinggi atau pesakit yang mempunyai kolestrol yang tinggi, boleh mengambil mentega dalam kuantiti yang sederhana setelah mendapat pandangan doktor yang faham tentang nutrisi.
Kesimpulannya mengambil mentega lebih baik dan bermanfaat dari mengambil margarine dalam kuantiti yang sederhana.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nasi lemak menu paling popular dalam masyarakat kita, tyak kira melayu Cina dan India ramai yang menggemarinya. Bila ditambah dengan menu lain seperti ayam goreng berempah, menajdikan hidangan lebih menarik.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat Ayam Goreng Berempah, jom cuba resipi yang dikongsikan saudara Ben Safwan. Selamat mencuba!
Sambal nasi lemak, semua dah terror dan ada versi sendiri.Ben bagi resepi ayam goreng berempah jelah di pagi Jumaat ni. Juicy,ringkas dan sedap. Ben suka makan nasi lemak dengan ayam goreng macam ni.
Untuk 4 -6 ketul bahagian ayam
* 4 ulas bawang putih
* 3 batang serai
* 1 cm halia
Tumbuk bahan di atas ini sehingga serai menjadi rerambut halus. Tips untuk dapatkan rempah ayam goreng yang cantik, kerat sekurang-kurangnya 1 cm bahagian serai.Ketepikan.
Gaul ayam yang telah dibersihkan dengan bahan yang ditumbuk tadi dan bahan ini.
* 1 sudu makan serbuk kunyit
* 1/2 sudu makan serbuk kari
* 1/2 sudu makan serbuk cili merah
* 1-2 sudu teh garam/secukupnya
* 2 sudu makan kelapa parut
* 1/2 sudu makan cuka
Perap 40-45 minit,goreng dengan minyak banyak dan api sederhana besar. Untuk elak hangit.
Sedapp buat makan dengan nasi lemak atau nasi kukus.
Nak resepi best-best boleh follow Fb Ben. Semua pasal makan je.
#resepibensafwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kegunaan yogurt selain lazat dimakan, turut digunakan untuk penjagaan kecantikan.
Apa yang pasti, produk olahan susu ini cukup popular dan bermanfaat untuk kesihatan.
Untuk itu, menariknya juga yogurt ini boleh anda hasilkan sendiri dengan bahan yang cukup ringkas.
Nak tahu lebih lanjut, baca perkongsian daripada Puan Dilla Min ini.
Bahan – bahan:
Fresh milk full cream.
Plain yogurt
Cara Penyediaan:
Panaskan susu, hingga mendidih dan berbuih halus. Jangan tinggalkan, kacau perlahan-lahan supaya susu tak berkerak di bawah. Kemudian tutup api. Biarkan sehingga suam.
Untuk suamkan, korang bolehlah pindahkan ke bekas simpanan, paling baik bekas kacalah sebab susu tu panas. Kakdill suamkan dalam ni je sebab periuk ni memang dikhaskan untuk yogurt saje.
Bila susu dah suam. Pastikan susu tak panas dan tak terlalu sejuk. Kalau panas bakteria tu akan mati dan kalau sejuk, bakteria tu tak aktif pulak. Korang simpan la 2 hari 2 malam pun takkan jadi.
Bila suhu dah sesuai, campur dan kacau hingga sebati. Kemudian tutup rapat-rapat. Boleh tutupkan dengan towel ke untuk kekalkan suhu dia. Pastikan susu tu sentiasa suam untuk beberapa ketika. Kakdill letak atas meja je untuk 6-7 jam suhu bilik. Dah jadi yogurt baru kakdill simpan dalam peti sejuk.
Bila dah simpan 6-7 jam tu pun dah boleh srupp-
Sumber : Dilla Min
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Fattah Amin telah bersetuju menyerahkan hak penjagaan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, kepada bekas isterinya, Nur Fazura.Sebagaimana laporan yang dipetik Ohbulan!, peguam...