Selepas lapan tahun membina nama dan populariti, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail turut menerima tempias wabak Covid-19. Bisnes fesyennya sejak dua tahun lalu terpaksa bergelut dek pandemik tersebut.
Terkenal dengan tagline atau tanda pagar tukang jahit termahir Malaysia, dia mengakui pernah ‘terduduk’ seketika dek penangan pandemik.“Pandemik yang muncul tiba tiba tanpa diduga pernah hampir buat saya terduduk dan stres. Bayangkan operasi butik di Taman Dagang, Ampang tak boleh dibuka.
“Jualan baju di atas talian pun tak jalan ketika era pandemik. Tahun lalu masih ada yang nak membeli. Tahun ini lagi ‘sakit’ sebab kuasa membeli tiada walaupun diberi harga promosi.
“Jelas orang tak sanggup habiskan duit untuk tempah baju ‘custom made’ atau beli yang sedia pakai. Majlis kahwin pun tak boleh dibuat. Jadi baju kahwin pun pernah sampai tak ada permintaan langsung,” katanya yang pernah menjadi eksekutif jualan senior di beberapa buah butik jenama mewah sekitar 2010 sebelum bergelar pereka fesyen.
Dek kerana itu, suami kepada Zahie Omar ini ‘terpaksa’ berjinak jinak dengan dunia perniagaan makanan menjual juadah viral di bawah jenama Mok Neko termasuk karipap mini, ketupat, murtabak dan kek coklat.“Mahu atau tak, saya juga seperti pereka fesyen lain dan juga semua orang terpaksa cari alternatif lain untuk survival. Staf seramai sembilan orang di butik, saya tak buang. Tapi mereka dibayar gaji pokok saja.
“Realitinya, kuasa membeli makanan ada. Jualan aneka makanan dijual menjadi dan berterusan hingga sekarang. Yang paling laku keras ialah karipap mini.
“Lucunya apabila saya berniaga makanan ada yang sampai tahap anggap saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen,” katanya.
Begitu pun, bekas graduan bidang Diploma Seni Fesyen dan Rekaan ini optimis setiap yang terjadi pasti ada penyelesaian.
“Sampai tahap sekarang walau apa terjadi, saya tak pernah terlintas nak tutup butik dan tinggalkan kerjaya pereka fesyen. Itu sudah jadi seperti darah daging dan nyawa saya. Sayang kalau saya mengalah kena fikir positif. Insya-Allah ada jalannya.
“Malah saya menambah cawangan butik yang kedua di negeri kelahiran sejak September tahun lalu. Alhamdulillah sudah setahun lebih beroperasi dan masih ‘survive’.
“Saya beruntung kerana golongan VIP termasuk kerabat Kelantan yang jadi pelanggan tetap. Antaranya isteri Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Sofie Louise Johansson,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Ezuwan mengakui ada ketikanya dia pernah rasa mahu berhijrah dengan keluarga tersayang ke luar negara.
“Kadang kadang fikir kalau segala galanya menjadi semakin teruk termasuk perniagaan butik, saya mahu saja ‘migrate’ ke London dan tinggalkan semua yang ada di sini.
“Saya nak hidup normal di sana. Dapat kerja waktu pejabat pun cukup. Hujung bulan tunggu gaji masuk akaun bank.
“Pernah juga berseloroh dengan Che Ta apabila saya mesej ke telefonnya ajak buka restoran di sana dan jadi rakan kongsi. Kalau jadi, best juga,” katanya.
Mengulas mengenai kontroversi yang pernah melanda dirinya gara-gara mahu terjun ke bidang nyanyian, rupa-rupanya pada 2019, dia pernah muncul dengan projek khas nyanyian bersama E1 Band di samping Zulyasrani dan Ariff Imran.
Dua single, Semalam Sahaja dan Rindu Lebaran menjadi bukti bakat kelahiran Kelantan ini mahu berkongsi bakat yang ada biarpun dikecam hebat. Malah ia juga gagal meninggalkan impak.
Ibarat berlalu sepi, hingga dia kembali fokus sebagai pereka fesyen. Begitu pun, Ezuwan tetap berdegil mahu menyanyi.
Ads
“Ikutkan tahun ini saya muncul dengan single raya solo berjudul Lambaian Pagi Syawal ciptaan S Atan dan lirik Kopratasa. Sudah rekod pun 10 Mac lalu.
“Tapi saya rasa kena tunda ke tahun hadapan. Kalau tak dipromosikan di arus perdana dan hanya untuk projek koleksi pakaian rekaan sendiri pun okey saja,” katanya.
Ezuwan optimis dan tidak mahu terus terbeban dengan skeptikal dengan pandangan ramai termasuk ‘haters dan netizen.
“Saya jenis yang tidak cepat mengalah atau ‘tak makan saman’. Kalau nak buat sesuatu, saya akan pastikan bikin sampai jadi. Ada yang cakap saya tak perlulah menyanyi dan fokus saja kerja hakiki.
“Tapi saya peduli apa. Saya mungkin bukan penyanyi hebat yang ada vokal ‘power’.
“Saya tetap nak nyanyi. Cakap dan kecam apa saja, insya-Allah suara saya tidaklah seteruk pengasas jenama produk lain,” katanya lagi.
Cuba tengok periuk belanga kita di dapur. Adakah berkerak hitam atau bersih berkilat?
Jika hitam berkerak, sebenarnya ada cara yang boleh kita buat untuk jadikannya bersih berkilat sepertimana yang dilakukan oleh Puan Tinie ini.
Baru selesai menggosok periuk belanga dgn 3 barang ni je.
Memang selama ni, saya guna 3 barang ni untuk tonyoh periuk belanga saya.
Semoga bermanfaat untuk semua.
1- gosok periuk kasar (scotch brite)
2- gosok periuk halus (steel wool)
3- sabun mandi popinjay hijau (sabun cap burung)
Dan semestinya air lah.
Saya guna sabun popinjay ni sebab dia cepat kembang (macam sabun kapak)bila terendam air, kebanyakan sabun mandi yg lain, dia lambat sikit.
So, saya akan tekapkan kat sabun dan gosok. Sabun ni saya beli dekat nsk. Tapi dekat kedai runcit or pasaraya pun ada je.
Ada yg komen cakap, kononnya saya jarang masak, sebab tu periuk belanga bersih. Saya owner Tinie’s Kitchen . Seorang tukang masak dan keja saya memang memasak.
Cumanya, setiap 2 minggu sekali saya akan kumpulkan periuk belanga dan gosok sekali harung. So, tak sempatlah nak berkerak tebal. Dan usia periuk belanga ni dah 5 tahun pun.
Mana yang berkerak tebal pulak, sis semua boleh kikis dulu dengan pisau, kemudian gosok dengan yang kasar kemudian yang halus pulak. (Nak seribu daya kan?)
Tak semua steelwool berkesan, so kena pandai cari. Yang saya guna ni jenis yang bungkus besar, pastu nak guna kena tarik-tarik dulu.
Cuba kita lihat di bahagian rak tv di rumah kita, walau nampak kemas tak berhabuk tapi mata kita tetap ‘sakit’ bila lihat wayar berselirat. Betulkah begitu?
Apa tidaknya, di situlah ada kabel internet, wayar Astro dan macam-macam lagilah hingga buat kita stress melihat wayar yang berserabut di belakang tv.
Oleh itu, apa trik yang boleh kita lakukan untuk pastikan wayar tersebut dapat disembunyikan?
Mungkin cara yang dipraktikkan oleh Mazlan Nurul ini dapat membantu.
Turut berkongsi step by step buat panel wall tv yang bukan sahaja menyelesaikan masalah wayar malah nampak begitu kemas dan bergaya ruangan menonton tv dikediamannya.
Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian ini.
Saya nak share DIY Wall TV Panel. Inspirasi dari post sebelum ni dari group ni jugak. Kebetulan ada kayu dan papan lama kita buat laa tv panel.
Barang-barang untuk projek ni banyak yang kami pakai barang terpakai saja. Tujuan utama design ni, nak sorok wayar-wayar yang bersirat-birat dan menjimatkan ruang.
Cara-cara sila rujuk gambar ya.Kita tunjuk hasil projek dulu sebagai pembakar semangat.
Wall TV panel bagi menjimatkan ruang. Rujuk post sebelum ini untuk DIY accent wall.
Ini plan dan ukuran yang di buat untuk tv panel. Ada 3 lubang kecil, untuk masuk wayar dan 2 suis.
Bahan-bahan yang diperlukan.
Sama je macam yang saya post untuk buat accent wall sebelum ni.
– Papan – Shelving unit IKEA Lack (existing) – Kayu – Cat ( Ascort Blue) sama je mcm dinding -Spray paint – sbb ikea lack warna hitam. -Kertas pasir (240 dan 120)
See less
Mula2 buat frame dulu, supaya bila tampal kat dinding lurus dan ukuran tak lari.
Tampalkan frame ni kat dinding. Pakai gam kayu saja. Dinding rumah ni tak rata, ada bahagian frame yang tak lekat kat dinding. Jadi potong kayu kecik-kecik dan letak sebagai sokongan antara kayu dan dinding.
Papan bawah tebuk lubang untuk masukan TV dan untuk shelve. Tebuk ni pakai pisau je sebab pakai gergaji susah benor nak potong.
Papan atas tebuk 3 lubang, untuk keluarkan wayar dan juga dua plug suis.( lubang satu lagi xda gambar, tp tebuk kecil saja, muat2 wayar masuk)
Untuk lekat kan papan pada frame kayu, kami pilih untuk pakai skru.(pakai skru sebab incase ada problem dekat barang electrical boleh bukak balik papan ni, kalau gam rosak nak bukak)
Untuk kerja finishing:
-Papan yang kami ada memang buruk dan banyak lubang, jadi pakai wood filler untuk menutup segala lubang yang ada. Bekas skru pun tampal jugak.
– Untuk sambungan papan atas dan papan bawah pun pakai wood filler untuk tutup gap, lepas dah kering gosok pakai kertas pasir. Tempek lagi wood filler sampai papan tu rasa licin bila pegang.
-Antara dinding dan kayu pun ada ruang, kita letak latex sealant supaya nampak kemas. -Gosok pakai kertas pasir, mula dengan yang kasar (120) kemudian halus (240). Kena licin, baru cantik bila cat. Bila dah licin, sapu habuk bersih-bersih dan lap.
Diakui memasak lemang buluh bukanlah kerja sejam dua boleh siap, mahu seharian masadiperlukan bermula dari merendam pulut hinggalah membakar lemang. Memang cukup lama dan hanya yang mahir dan berpengalaman serta sabar sahaja dapat membuatnya.
Pun begitu, dalam kita beraya di musim PKP ini andai terasa teringin juga untuk menikmati lemang di pagi raya bersama keluarga, apa kata anda sediakan sahaja menu Lemang Cawan Kukus yang dikongsikan oleh Nur Masri.
Lemang ini dimasak secara kukus dan uniknya untuk mendapatkan bentuk lemang buluh, pulut dimasukkan di dalam cawan kertas yang telah diisi dengan daun pisang. Ini bagi memberi rasa sama macam lemang yang dimasak secara tradisi. Cukup kreatif dan nampak mudah untuk kita sediakan.
Untuk itu, jom kita masak Lemang Cawan Kukus ini di pagi raya untuk memberi kemeriahan kepada anak-anak menikmati hari raya dengan juadah istimewa. Selamat mencuba.
Buluh lemang tak ada, buat lemang cawan je….Rasa ok je lemang ni, macam ketupat palas pon ada sebab kukus, guna pulut susu memang lembut …sedap.
RESEPI LEMANG CAWAN KUKUS
Bahan- bahan
2 kg pulut susu rendam 4 jam
3 biji kelapa ambil santan dan campur dgn garam spy lemak
Daun pisang
Cawan kertas
Cara-caranya :
1. Letak daun Pisang keliling cawan kertas
Dapat 20 cawan
2. Isi 5 Sudu besar beras pulut
3. Isi santan lebih sikit dari paras beras pulut
4. Susun dalam periuk kukus
5. Kukus selama1 jam setengah
6. Siap, daun Pisang yg lbh bagn ats Tu blh lipat ke bwh tekan2 cikit bghn ats pulut bg rata.