Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, petang semalam.
Kanak-kanak itu, Madrafataha Indal Bangsawan dikatakan turun ke Bawah selepas disuruh ibunya mengambil makanan dalam kereta.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.59 malam tadi.
“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan warga tempatan turun ke tempat parkir selepas disuruh ibunya untuk mengambil makanan dalam kereta sekitar jam 2.20 petang.
Ads
“Kanak-kanak itu turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah.
Ads
“Pada jam 3 petang, ibu mangsa bertindak mencari kanak-kanak itu bagaimanapun tidak menemuinya.
“Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas enkuiri polis orang hilang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ads
Beliau berkata, mangsa digambarkan berbadan kurus, berkulit cerah, rambut di paras bahu serta berketinggian 150 sentimeter.
Katanya, mangsa kali terakhir dilihat berpakaian baju t-shirt berwarna hijau dan berseluar ‘track’ hitam.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Emas sememangnya sinonim dengan kaum wanita. Ia menjadi barang perhiasan sejak dahulu lagi.
Emas yang menjadi penyimpan nilai amat sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang. Sehubungan itu, emas menjadi idaman semua orang termasuk lelaki.
Sejak menyedari ia merupakan aset yang bernilai ramai yang nekad untuk memiliki barang kemas.
Bukan sahaja disukai oleh wanita, emas juga menjadi perhatian lelaki. Sebagaimana perkongsian lelaki ini di facebook miliknya Bismar Suharto di group Update Harga Emas Semasa.
Meluahkan rasa syukur memiliki barang kemas bernilai RM 126,210,00.
Hidup berumah tangga ada kalanya berlaku pergeseran. Itu lumrah, namun kena saling bertolak ansur dan jangan bersikap ego.
Sering kali kita mendengar bahawa perkahwinan antara salah satu asbab tuhan limpahkan rezeki kepada kita dan pasangan.
Namun, jika tersalah percaturan boleh membuatkan rezeki anda sempit. Kenapa ianya terjadi? sudah pasti ada salah dan silap yang kita lakukan atau tidak sedar.
Perkongsian seorang suami bernama Mohd Fhais mungkin boleh dijadikan teladan. Akibat meninggikan suara dan ego untuk meminta maaf menyebabkan dia mengalami masalah.
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Bukan perlu menyembah dan mengikut segala telunjuk isteri, cuma adil dalam berkongsi hidup.
Jangan hanya tahu mengarah dan meminta itu ini sedangkan isteri juga tahu erti penat. Kalau sudah namanya suami isteri, kena saling bekerjasama, bantu membantu barulah kehidupan lebih harmoni.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Natijah Tinggi Suara Pada Isteri
Pagi tinggi suara, tengahari tu dapat balasan. Serik ! Ini last lepas ni memang tak nak lagi tinggi suara dengan isteri.
Semalam jadual agak padat, pagi nak pergi KL, lepas tu tengahari ada temujanji di melaka jadi agak rushing pagi tu. Kebetulan isteri cuti, dapatlah cover jaga aish kat rumah.
Biasalah isteri kita ni kalau cuti mana boleh duduk diam, banyak kerja rumah dia nak siapkan. Dalam fikiran dia mesti fikir masa cuti lah boleh nak siapkan semua kerja rumah nanti dah kerja susah.
Tapi suami ni tak sedar benda tu. Yang suami tahu bila isteri cuti adalah peluang untuk suami buat kerja dia pulak. Itu lah yang padat sangat jadual semalam, semua nak di buat dalam satu hari.
Akibat terlalu rushing, sorang kat dapur sorang kat depan, aish pun duk menangis. Huru hara betul pagi semalam. Tanpa sengaja tertinggi suara pada isteri.
Walaupun bukan keluar kata-kata marah tapi nada agak tinggi. Cukup buat isteri terasa, dia jadi sedih, air mata meleleh keluar, nampak dia tersedu-sedu, kesat-kesat hidung.
Tapi ego buat-buat tak nampak, terus capai kunci kereta keluar rumah. Dah nampak isteri sedih tapi tak terfikir nak minta maaf. Memang mendapatlah!
Dalam satu hari sahaja semalam dapat 2 surat saman, 1 saman parking DBKL, 1 lagi saman parking MBMB. Rezeki melayang keluar gara-gara buat isteri menangis. Menyesal tak minta maaf awal-awal. Ini baru balasan fizikal.
Balasan dari segi dalaman pula, jiwa tak tenang. Dari keluar rumah ke KL sampai patah balik ke melaka hati tak keruan. Ada sahaja yang tak kena. Buka radio kuat tapi rasa sunyi. Terbayang-bayang air mata isteri mengalir.
Allahu.. besar sungguh natijah seorang isteri pada suami. Sejurus jejak je kaki di rumah saya terus minta maaf pada isteri. Walaupun masa tu mood dia dah ok, saya minta maaf juga sebab muka nampak ok tapi hati belum tentu ok. Tak nak dia pendam perasaan senyap-senyap nanti susah laluan rezeki suami.
Nasihat saya kalau ada terasa macam rezeki tu selalu bocor atau susah nak lekat cuba tanya isteri baik-baik, kalau ada terguris hati minta maafkan dulu sebelum berhempas pulas bekerja.
Belajar dari pengalaman ini usaha keras macam mana pun mencari rezeki ia akan jadi sia-sia kalau kita tak berusaha untuk sedapkan hati isteri dahulu.
Melihat orang lain yang kita kenali berkahwin untuk membina keluarga bahagia, tidak dinafikan kita juga turut rasa tempias bahagianya.
Ini sepertimana perasaannya beberapa hari lepas kita tumpang gembira dengan pengumuman YB Nurul Izzah berkahwin dan sehari berikutnya pula tular mengatakan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador selamat menamatkan zaman dudanya.
Abdul Hamid melangsungkan perkahwinan dengan seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) sepertimana memetik laporan daripada akhbar tempatan.
Difahamkan pegawai polis berkenaan, Deputi Superintenden Fazreena Abdul Karim bertugas di Muzium Polis Diraja Malaysia telah melangsungkan perkahwinan bersama Abdul Hamid pada Sabtu yang lalu.
Menerusi laporan sebuah media tempatan, isterinya dipercayai turut mengesahkan perkahwinannya dengan Abdul Hamid melalui satu tangkap layar perbualan melalui aplikasi WhatsApp.
Abdul Hamid Bador sebelum ini dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021 sebelum digantikan dengan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Abdul Hamid yang berusia 64 tahun dilahirkan pada 7 Ogos 1958 telah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan polis di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Gombak, Ketua Cawangan Khas Negeri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perisikan Luar (E3), Bahagian Ancaman Ekstrimis Luar, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I dan Pengarah Cawangan Khas sejak Mei 2018.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.