Lama tidak melihat kelibatnya di kaca tv sebagai pelakon. Sebaliknya pelakon kecil molek ini lebih banyak berada di rumah melayani anak dan suaminya.

“Sebelum Umur 40 Tahun, Teringin Anak Perempuan.” Pernah Ada Fibroid, Nora Danish Tak Takut Nak Hamil Lagi

“Sekarang saya fokus pada bisnes, memang ada tawaran tapi melibatkan penggambaran yang lama. Jadi saya kurang ambil tawaran sebegitu. Cuma kalau ada tawaran untuk telemovie saya tak tolak. Sekarang ini saya baru sahaja selesai penggambaran filem Polis Evo.
“Sebelum Umur 40 Tahun, Teringin Anak Perempuan.” Pernah Ada Fibroid, Nora Danish Tak Takut Nak Hamil Lagi“Soal mengandung lagi, memang ada keinginan untuk itu. Wanita bergelar ibu akan lupa tentang kesakitan waktu melahirkan bila tengok anak dah besar. Anak saya sekarang dah dua tahun, jadi perasaan rindu nak mengandung itu memang ada.

IKLAN

“Sebab tu kalau boleh sebelum umur 40 tahun ini, saya teringin nak mengandung dan dapat anak perempuan. Sementelah sekarang saya dah ada 3 anak lelaki, yang sulung Rayqal, manakala kedua anak tiri saya dan ketiga Ney Ney.

“Sebelum Umur 40 Tahun, Teringin Anak Perempuan.” Pernah Ada Fibroid, Nora Danish Tak Takut Nak Hamil Lagi

IKLAN

“Waktu melahirkan Ney Ney atau Mohamed Neqayl Nedim ada komplikasi di mana berlaku pendarahan akibat fibroid. Waktu itu, ada 3 fibroid dan hanya disedari waktu mengandung Neyney usia 8 bulan. Kerana itu saya terpaksa dibedah dan Neyney lahir awal, tetapi sampai sekarang saya takut untuk mengeluarkan fibroid. Mungkin trauma kerana waktu Ney Ney dibedah sedangkan Rayqal dulu normal.“Sebelum Umur 40 Tahun, Teringin Anak Perempuan.” Pernah Ada Fibroid, Nora Danish Tak Takut Nak Hamil Lagi
“Kalau difikirkan balik memang ada rasa takut. Tapi tetap teringin juga. Kerana fibrioid itu juga buat saya plan. Walaupun dah buang fibroid, tapi kemungkinan untuk ada kembali tu tak mustahil. Tapi setakat ini memang saya tak ada buat pemeriksaan susulan.

“Sebelum Umur 40 Tahun, Teringin Anak Perempuan.” Pernah Ada Fibroid, Nora Danish Tak Takut Nak Hamil Lagi“Doktor kata kalau tak jaga pemakanan akan datang berulang, doktor pesan jangan makan daging merah tapi itulah yang paling saya suka. Memang susah nak elak tapi nasihat saya pada wanita di luar sana, selalu lah buat pemeriksaan dan tahu kesihatan dalaman masing-masing.

IKLAN

“Sebelum Umur 40 Tahun, Teringin Anak Perempuan.” Pernah Ada Fibroid, Nora Danish Tak Takut Nak Hamil Lagi“Saya bukan takut buat pemeriksaan tapi lebih kepada mengambil sikap sambil lewa. Sebenarnya wanita lepas melahirkan kena selalu buat pemeriksaan,” ujar Nora lagi ketika ditemui dalam satu majlis pelancaran kolaborasi LilitXFiziwoo di Fashion Valet, Publika baru-baru ini.

Tambah Nora lagi, dirinya bertuah kerana suaminya, Nedim Nazri ringan tulang dan sentiasa membantunya menguruskan anak. Selain Ney Ney, Nora turut dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinan pertama.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI