Memang tidak dinafikan ada yang kata isteri yang duduk dirumah senang je kerjanya. Namun hakikatnya, tugas mereka tiada rehat. Celik je mata sampai ke malam, kerja tak habis-habis. Waktu rehat pun tak menentu. Malah dikatakan ada kes, isteri yang bergelar suri rumah mengalami stress yang tinggi berbanding isteri yang bekerjaya. Mana tidaknya isteri yang bekerjaya mempunya waktu rehat secara berkala, namun sebaliknya bagi yang bergelar surirumah.

Suami pula pula jangan, hendak mempertikaikan peranan isteri yang tidak bekerja. Ada isteri yang sanggup korban degree dan phd semata-mata untuk fokus kepada keluarga, Suami pula jangan ambil mudah dengan mempersoalkan itu ini apa yang isteri lakukan di rumah. Bayangkan selama 365 hari setahun mereka berkerja tanpa henti, rutin yang sama dan tanpa rehat secara berkala. Lebih-lebih lagi bila mempunyai anak kecil atau anak yang ramai.

Suami perlu hargai isteri dengan menjaga emosinya agar dapat menguruskan keluarga dangan emosi yang stabil.

Begitulah yang dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir yang menyentuh bahawa suami perlu redha isterinya seorang surirumah.

Aduhai Isteri, Pagi Celik Je Mata  Sampai Malam Tak Sudah Kerjanya. Nampak Biasa Aje Surirumah Ni, Tapi Tugasnya Luar Biasa!

Hari ni buat apa? Ke tido je?”
“Anak dah tido tu, pergi la buat apa yang patut. Kemas dapur ke, sapu rumah ke”.

Amboi bang, sedap sungguh mengarah isteri seperti orang gaji. Anak dah 5, tapi masih tak puas hati dia kena kerja dan isterinya tidak bekerja, “duduk rumah sahaja”. Ada perasaan tidak adil kerana hanya dia sahaja yang berusaha untuk keluarga.

Menjadi suri rumah sepenuh masa ini adalah keputusan dari persetujuan suami dan isteri. Apabila seorang suami sudah membenarkan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa yang sebelum itu mempunyai kerjaya, si suami perlu redha dengan kelebihan serta kekurangan yang terhasil dari keputusan itu.

INILAH REALITI TUGAS SURIRUMAH.

IKLAN

Ramai yang tidak faham apa yang dilalui oleh seorang suri rumah. Dari permulaan menjadi suri rumah dengan kehilangan punca pendapatan sendiri, sehinggalah waktu mempunyai anak yang ramai. Suri rumah ini tidak sama dengan orang bekerja. Kita bekerja dengan gaji beribu, mereka bekerja tanpa gaji sebanyak itu.

Jangan kira penat anda seorang sahaja. Celik sahaja mata isteri tu, dia sudah mula bekerja. Malah, tengah tidur pun anak masih ganggu nak menyusu bagai. Isteri suri rumah ni menyediakan semua benda yang anda terlepas pandang.

Bilik tidur siap teratur, cadar bantal semua. Baju kerja siap bergosok. Seluar dalam siap bersih. Kasut siap tersusun. Rumah siap kemas. Lauk siap masak. Dapur siap bersih. Anak siap bersih mandi dan pakai baju, yang pergi sekolah dah ke sekolah, yang di rumah sudah siap berpakaian. Semuanya siap makan dan tidak kelaparan. Baju kotor siap berbasuh dan tandas siap bercuci bersih.

Yang kita nampak itu hanya yang “siap”. Kita buta akan prosesnya. Itu sebab ramai yang masih tak berpuas hati dengan isteri suri rumah. Masih ada yang rasa tidak adil. Kerana kita tak buka mata. Semua yang dah siap itu ada orang siapkan, iaitu isteri kita. Ada beberapa kerja yang perlu dilakukan sebelum siapnya semua benda itu.

URUSKAN ANAK

IKLAN

Aduhai Isteri, Pagi Celik Je Mata  Sampai Malam Tak Sudah Kerjanya. Nampak Biasa Aje Surirumah Ni, Tapi Tugasnya Luar Biasa!

Anak yang siap makan prosesnya bermula dari menyediakan bahan mentah untuk masak lagi. Kemudian baru proses masak tu, menghidang, memberi makan, mengemas dan membasuh. Itu baru satu benda pun dah banyak prosesnya. Kalau dicampur dengan benda lain, memang tersangat sibuk. Siapa yang buat semua tu? Isteri la.

Jadi, tolong buang segala tanggapan negatif mengenai isteri sendiri. Jangan ada perasaan tidak puas hati apabila anda perlu bangun pagi dan isteri masih lagi tidur. Kerana apabila anda tidur tadi, dia berjaga menguruskan anak tanpa anda sedar. Dan apabila anda ke tempat kerja, dia juga bekerja di rumah, bukan hanya tidur sahaja seharian.

Tanggapan yang tidak baik ini bukan hanya hadir dari suami sendiri, tetapi mentua juga. Ada juga mentua yang merasakan menantunya pemalas hanya kerana melihat menantunya tidur tengahari atau pada petang hari. Sedangkan mentua juga sepatutnya tahu yang sebelum dia tidur, banyak urusan telah dia selesaikan dahulu.

Akhir sekali, bayangkan anda berada di satu tempat dan sibuk buat kerja dan terperap sahaja di rumah. Boleh jadi gila tahu tak? Hati isteri itu akan mati dengan kepenatan, kebosanan dan rutin harian. Itu sebabnya penting untuk suami menjaga emosi isteri dan membawa isteri keluar dari rumah untuk menyegarkan semula fizikal dan mental mereka.

IKLAN

Mula ubah mentaliti kita, mula cakna akan keperluan serta kesihatan emosi isteri. Tanya bagaimana keadaannya, tanya apa yang diperlukannya dan bukannya mempertikaikan apa yang dibuatnya di rumah. Kenapa? Kerana orang di hadapan kita itu ialah isteri kita dan bukannya orang suruhan atau orang gaji.

Kepada para isteri yang dilayan sebegini, anda perlu cakap dengan suami apa yang anda rasa. Suami perlu tahu. Kadang kala, mereka bukan semuanya kejam, ada yang terlepas pandang walaupun bertahun-tahun lamanya terlepas itu. Jangan berdiam diri. Anda bukan orang gaji, anda adalah isteri.

Kongsikan penulisan ini supaya tiada lagi masalah suami tidak redha ini.

Korang rasa tanggapan suri rumah banyak masa ni masih lagi ada tak di kalangan orang yang korang kenal? Saya masih ada.

Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.

Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Sumber: Akhtar Syamir

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI