Sebelum ini, kisah anak kecil bernama Missclyen pernah tular apabila dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH). Orang ramai berasa simpati dan mendoakan yang baik-baik untuk keluarga tersebut.
Pun begitu, baru-baru ini apabila kunjungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berada di Sarawak bagi meneruskan jelajah Kembali Kenali Borneo, turut memberi kegembiraan buat adik Missclyen dan bapanya setelah dapat bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.
“Saya sangat gembira dapat bertemu dengan Agong (Yang di-Pertuan Agong) dan terharu kerana baginda sudi mencemar duli berjumpa dengan anak saya,” kata Roland Jimbai, 47 bapa kepada Missclyen yang berusia 2 tahun mengenai perasaannya.
Memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro, Roland berkata, penantian selama empat jam, semalam untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berbaloi apabila kehadiran mereka disedari Seri Paduka.
Katanya, dia bersama isteri, Theresa Anak Guntin, 28, dan anak istimewanya menunggu bermula 1.30 tengah hari hingga 5.30 petang apabila mengetahui rombongan Kembara Kenali Borneo akan singgah di pekarangan Masjid Al-Falah, Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu-Miri, di sini.
“Rumah kami tak jauh dengan lokasi program dan walaupun tunggu agak lama, kami tak nak balik dulu, sebab tak tahu bila Agong sampai. Takut jika pulang, saya sekeluarga terlepas peluang jumpa Tuanku.
“Penantian itu memang berbaloi apabila baginda berdua bersama anakanda sudi berjumpa kami malah bergambar dengan Missclyen.
Ads
“Dalam pertemuan singkat itu, Agong sempat berpesan minta saya jaga anak (Missclyen) dengan baik kerana Missclyen rahmat daripada Allah,” katanya menceritakan detik bermakna itu.
Berangkat sama dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah anakanda Seri Paduka berdua iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pertemuan itu menjadi kenangan manis buat Roland untuk diabadikan, apatah lagi, gambar Missclyen yang dipangku Tunku Azizah di samping Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal di sisi, turut dikongsi di instagram Istana Negara.
Roland berharap pertemuan dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bukan yang terakhir buatnya sekeluarga.
“Jauh di sudut hati, saya menyimpan hasrat untuk berjumpa lagi dengan Agong dan Raja Permaisuri, seandainya ada peluang di kemudian hari,” katanya.
Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya begitu terharu dan bangga dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang begitu menyantuni rakyat jelata dengan penuh kasih sayang.
“Masyaallah tak kekok langsung Tuanku Raja Permaisuri. Daulat Tuanku 🙏🏻”, komen salah seorang wargamaya.
Ads
“Tuanku Permaisuri tidak kekok dukung budak tu. Jiwa seorang ibu penyayang. Daulat Tuanku 🥺❤️”, luah yang lain pula.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan Tuanku & permaisuri ..bgitu juga keluarga kepada kanak2 yg didukung oleh Tuanku permaisuri …semoga Allah beri kesembuhan padanya ..Amin YRA ..#Daulat Tuanku # kembaraborneo #semoga Allah merahmati kita semua ❤️❤️.” doa yang lain pula.
Perkongsian ini bagus juga difahami oleh setiap pasangan suami isteri, sama ada yang baru berkahwin dan apatah lagi yang telah lama mendirikan rumah tangga agar lebih tahu untuk merasai bahagia dalam berkeluarga.
Ikuti perkongsian dan semoga kita dapat mendidik hati untuk tahu bersyukur dan menghargai pasangan sebaiknya.
Buat teman-teman solehah yang sudah bergelar isteri, mahupun yang bakal bergelar isteri.
Pelihara diri dari membandingkan rumahtangga kita dengan rumahtangga orang, pengemudi dan penghuninya tidak sama meskipun zahirnya tampak sama (ada suami, ada isteri dan mungkin anak-anak).
Bahtera kita dikemudikan oleh suami yang sudah pasti tidak sama dengan suami orang lain, maka pastinya rumahtangga kita berbeza jalan ceritanya seperti rumahtangga orang lain.
Pelihara dari cemburu atas riang ketawa dan bahagia yang terzahir pada orang lain, kerana kita tidak tahu kisah duka dan air mata yang mereka lalui sepanjang hari.
Pelihara dari cemburu atas kemewahan dan kejayaan yang terzahir pada orang lain, kerana kita tidak tahu kisah perit dan jerih yang mereka lalui sebelum hari ini.
Rumahtangga bukan mengenai seorang suami atau seorang isteri tetapi ia kisah lakaran dari sepasang suami isteri. Yakinlah, pasangan yang paling mencintai Allah akan paling mendalam cintanya terhadap pasangannya!
Orang yang cintanya mendalam kepada Allah, dia akan sentiasa melihat jalan kebaikan untuk berbuat bakti kepada pasangan tanpa mengharap balasan. Dia akan beri dan terus memberi khidmat kerana dia mencintai Allah dan sunnah Rasulullah maka dia mahu menjadi orang yang bermanfaat.
Andai benar cintamu mendalam kepada Allah dan Rasulullah, nikmatilah perjalanan yang telah Allah sediakan buatmu dengan pemberian seorang suami di sisimu.
Ibu bapa lazimnya bertanggungjawab dalam memastikan anak yang dilahirkan didik dengan nilai kesantunan dalam diri.
Malah berperanan juga untuk menjadi contoh teladan dan sikap baik dalam kepada anak-anak. Seharusnya, anak ini diberi asuhan yang baik menjadi seorang yang cemerlang dalam kehidupannya lantaran anak adalah amanah Tuhan kepada kita.
Sebagaimana perkongsian ini menyentuh peranan ibu bapa yang harus dilakukan supaya dapat membentuk kendiri anak itu secara positif.
Ikuti perkongsian di Parent Connect yang sungguh inspirasi ni. Moga menjadi panduan ibu bapa.
Karakter dan tingkah laku seorang anak bukanlah ditentukan sepenuhnya oleh anak itu sendiri.
Faktor utama yang akan menentukan tingkah laku seorang anak adalah gaya keibubapaan yang dipraktikkan untuk membesarkan dan mendidik seorang anak.
Saya pernah menulis bahawa keibubapaan yang efektif bukanlah bergantung kepada betapa garang atau lembut ibubapa terhadap anak. Garang atau lembut hanyalah salah satu dari amalan keibubapaan yang membentuk gaya keibubapaan. Garang atau lembut bukanlah penentu tingkah laku anak.
Gaya keibubapaan merujuk kepada pola keseluruhan tindakbalas ibubapa dan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja.
Terdapat 4 gaya keibubapaan yang utama berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar-pakar perkembangan kanak-kanak. Ia bergantung kepada:
1) Responsif – sejauh mana ibubapa menerima, memahami dan bertindak balas terhadap keperluan emosi dan perkembangan individu seorang anak.
2) Tuntutan – Sejauh mana ibubapa membimbing, mengawal dan menuntut tingkah laku yang baik dalam diri anak.
Kedua-dua faktor ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap karakter, dan tingkah laku anak.
Kajian juga pernah dibuat di negara kita untuk melihat gaya keibubapaan yang manakah lebih efektif untuk menerapkan pendidikan dan amalan Islam dalam diri anak-anak.
Tiadanya peraturan dalam rumah dan ketidakupayaan ibubapa permisif berkata ‘tidak’ banyak mempengaruhi karakter anak. Anak-anak kepada ibubapa yang permisif didapati: * Tidak dapat mengikut peraturan dan undang-undang. * Mempunyai kawalan diri yang sangat rendah. * Bersifat egosentrik dan narsistik kerana tidak pernah ditegur dan dihalang. * Menghadapi kesukaran dalam perhubungan dan interaksi sosial.
ibubapa otoritarian banyak menghukum dan garang tidak bertempat. Sifat ini sudah tentunya membentuk karakter anak. Anak kepada ibubapa otoritarian didapati: * Mempunyai kecenderungan untuk murung dan tidak gembira. * Kurang berdikari kerana takut berbuat silap. * Sentiasa rasa tidak selamat dan selesa. * Mempunyai keyakinan dan jati diri yang rendah. * Menunjukkan lebih banyak tingkah laku yang negatif kerana emosi tidak dipeduli. * Mempunyai tahap akademik yang rendah. * Mempunyai skil sosial yang rendah. * Cenderung kepada keganasan. * Terdedah kepada masalah kesihatan mental.Ibubapa otoritatif, walaupun adakalanya berlembut dengan anak, tetapi mereka tegas dengan peraturan yang telah ditetapkan. Anak kepada ibubapa yang otoritatif didapati: * Lebih tenang dan gembira. * Suka untuk berdikari kerana sentiasa diberi peluang. * Berjaya mencapai tahap akademik yang baik. * Mempunyai keyakinan dan jati diri yang tinggi. * Mempunyai skil sosial yang baik untuk berinteraksi dengan rakan dan orang sekeliling. * Mempunyai kesihatan mental yang lebih baik. * Tidak cenderung kepada keganasan.Ibubapa ini mengabaikan terus keperluan penting seorang anak. Ada yang merasakan cukuplah jika disediakan keperluan makan, minum, pakai dan tempat tinggal sahaja. Anak kepada ibubapa yang abai ini didapati: * Lebih impalsif dan kurang kawalan diri. * Tidak berupaya untuk mengawal emosi. * Tiada empati terhadap orang lain. * Terdedah kepada masalah penagihan dan salah laku. * Cenderung kepada masalah kesihatan mental.
Yang manakah gaya keibubapaan anda selama ini?
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam sesebuah rumah tangga, suami atau isteri sama-sama memainkan peranan. Lebih-lebih lagi di awal perkahwinan, anda tak punya apa-apa. Kehidupan berumah tangga penuh berliku dan serba kekurangan.
Ketika ini cabaran dan dugaan perlu dilalui bersama. Perkongsian saudara Firdaus Shakirin moga menjadi inpirasi dan panduan buat pasangan yang baru berkahwin dalam melayari alam rumah tangga.
Kalau kau kahwin dgn anak raja, anak menteri, anak tan sri, anak dato, anak org kaya… Maka, lepas kahwin kau cuci kaki ja masuk rumah dia… Tapi klu kau kahwin dgn org biasa, yg keje mkn gaji, keje sendiri atau berniaga, maka kau kena bersedia utk hidup susah dgn dia…
Bukan senang nk kumpul duit 20k, 30k dgn hanya berbekalkan pendapatan bulanan sebanyak 1000 sehingga 2000…nak bagi mak ayah, nak bayar sewa rumah, nak bayar ansuran kenderaan, nak bayar duit minyak, duit makan, duit top up… Baki baru menyimpan utk kahwin… Ada yg setahun bleh dpt 20k, ada yg 2 tahun, ada yg lebih… Bila dah cukup duit, habis 20k digunakan utk majlis…mungkin ada la skit baki 1k, 2k utk honeymoon…pastu kembali kepada pendapatan bulanan yg selalu dapat.
Tapi lepas kahwin, nak kena beli mesin basuh, peti ais, dapur, almari, meja makan, sofa, tv, katil, tilam dan lain-lain lagi…dah ada isteri, xkan nak bagi isteri tdo atas lantai… Susah diawal perkahwinan adalah normal… Jika anda berkahwin dgn org biasa, bukan org kenamaan, tdo atas toto, biasa…pakai almari kain, biasa…tgh bulan makan megi, biasa…basuh baju guna tgn, biasa…kira duit syiling sebelum gaji, biasa.
Sementara nk ada kelengkapan yg mencukupi, maka kena susah2 dahulu… Then satu persatu akan lengkap bila usia perkahwinan kita semakin berganjak tahun…cukup 5 tahun atau 10 tahun, dulunya moto ex5, sekarang dah berkereta…dulunya kereta myvi, sekarang dah mpv…dulunya kipas KDK, sekarang dah aircond Panasonic…dulunya tdo atas narita, sekarang dah tdo atas tilam ziana zain…
Dulunya menyewa, sekarang dah ada rumah sendiri… Perubahan yg mcm ni normal dlm alam rumahtangga org biasa…jgn takut jika anda masih di fasa tdo atas lantai dgn pasangan atau rumah masih kosong tanpa perabot…usahakanlah utk perbaiki pendapatan bulanan supaya kita boleh mengubah kehidupan rumahtangga kita…
Susah2 dahulu, senang2 kemudian… Nota kaki : Bila dah senang, jgn p umrah seorang diri….
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di