Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat Malaysia mendirikan solat hajat bagi menolak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara.
Kerjasama semua
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau mengharapkan kerjasama semua pihak untuk melaksanakan solat hajat itu di rumah dan tempat masing-masing dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Solat Hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu:
i. Sesudah solat Subuh hingga terbit matahari. (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).
Ads
ii. Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah.
iii. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat.
iv. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).
Ads
v. Ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. (kecuali di Tanah Haram)
Banyakkan zikir
• Begitu juga marilah kita membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tak putus-putus kepada-Nya.
Ads
Sekian, terima kasih.
YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
24 MAC 2020
Sudah pastinya semua ibu bapa inginkan anak genius. Malah sanggup memperuntukkan sejumlah wang untuk menyediakan kelas tambahan setiap minggu bagi memastikan anak-anak berjaya.
Bagaimana pun, selain cara itu, ibu bapa boleh follow cara untuk merangsang minda anak menjadi seorang genius terutama bagi anak sekolah rendah.
Ikuti ulasan Dr Abdul Halim Masnan , Pensyarah Kanan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak,Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Mendidik Anak Genius? Ada caranya. Ikutilah 10 tip mudah meransang minda anak di Sekolah Rendah.
Anak saya boleh genius ke? Ya, sememangnya semua anak yang dilahirkan telah Tuhan kurniakan kepintaran (genius) sebagai seorang manusia. Cuma membezakan antara mereka ini adalah jenis kepintaran (IQ, EQ dan sebagainya), waktu dan keupayaan sama ada melibatkan intelek (kognitif), fizikal (psikomotor), dan tingkahlaku (afektif). Sehingga kini, kepintaran yang dimiliki setiap manusia menjadi misteri disebabkan oleh tahap kekuatan dan kebolehan dalam mengawal kepintaran bergantung kepada diri, latar belakang keluarga dan dunia persekitaran mereka. Jika kepintaran ini dapat dipupuk sejak usia kecil lagi, anak-anak ini boleh membesar dengan lebih baik dan cemerlang di masa hadapan
Secara umumnya ukuran kepintaran boleh dinilai melalui kreativiti dan inovasi yang dihasilkan anak ini secara semulajadi atau dipupuk. Tetapi bagaimana kita mampu untuk memupuk bakat dan minat anak ini? Berikut adalah 10 tip berdasarkan kepada pandangan pakar dan kajian terkini, antaranya:
1. Memupuk bakat sedia ada.
Kepintaran tidak dapat bergerak dengan sendiri. Ia perlu dipupuk. Bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah, apabila terdapat kecenderungan kepintaran dalam sesuatu bidang, untuk menjadinya meningkat adalah melalui latihan dan pendidikan yang berkualiti dan berterusan sama ada yang diberikan di sekolah ataupun di rumah. Berterusan inilah yang dapat membentuk sistem dan amalan dalam diri kanak-kanak untuk terus meningkat maju.
2. Menjaga Masa
Masa adalah sesuatu yang diperlukan untuk memupuk kepintaran yang kekal dan berkembang. Kekangan masa membolehkan kanak-kanak tidak boleh fokus dan berkembang maju. Dengan cabaran gadget dan media massa yang besar, menyebabkan mereka lalai dan tidak focus untuk memupuk kepintaran yang dimilikinya. Walau bagaimanapun, melalui teknologi juga mampu mempercepatkan waktu mereka untuk lebih pintar jika tahu untuk mengawalnya.
3. Makan Makanan Berkhasiat
Ujian saintifik membuktikan bahawa manfaat makan makanan berkhasiat sejak lahir lagi dapat memberi kesan berpanjangan terhadap otak anak-anak untuk menjadi cerdas dan cerdas. Pemilihan makanan yang mengandungi nutrisi dan zat seimbang membantu tumbesaran otak dan fizikal anak untuk berfungsi pada kadar yang luar biasa.
4. Berikan galakan dan pujian positif
Galakan dan pujian menjadi kunci kejayaan kanak-kanak untuk lebih bersemangat dan positif untuk mempelajari sesuatu yang baru dan mencabar. Sebagai orang dewasa, penting untuk mengekalkan tahap motivasi kanak-kanak agar tidak luntur untuk melakukan dengan penuh berkeyakinan. Pastikan galakan yang diberikan adalah spesifik agar matlamat yang ingin dicapai dapat dilaksanakan sebaiknya. Elakkan komen negatif, perbanyakkan kata-kata semangat dan kisah kejayaan yang positif.
5. Harungi kegagalan sebagai penguat semangat
Kegagalan sesuatu yang sangat mempengaruhi motivasi diri untuk berjaya. Kita perlulah sentiasa memastikan sesuatu kegagalan adalah pengajaran untuk mereka berusaha untuk berjaya. Jangan terlalu menyalahkan diri mereka atau orang lain. Jadikan ia sebagai takdir yang perlu diharungi dengan pengajaran dan tindakan yang lebih baik secara bersama. Ia dapat mematangkan kanak-kanak untuk bertindak berani dengan cara yang betul.
6. Manfaatkan kejayaan yang hebat
Kanak-kanak kadang kala mempunyai idea yang sangat unik dan hebat. Jika ia membuahkan kejayaan, jadikan peristiwa tersebut sebagai galakan untuk lebih maju. Kembangkan idea hebat mereka melalui penerokaan aktiviti dengan melibatkan guru atau pakar yang dapat membantu mereka. Kualiti yang ditunjukkan nanti akan lebih bermakna, unik dan bermanfaat jika jalan yang diberikan adalah betul dan tepat.
7. Teruskan Perjuangan, Jangan Berundur ke Belakang
Kanak-kanak ini boleh diibaratkan seperti span yang sentiasa dahagakan maklumat baru. Jika mereka mampu untuk bertindak cemerlang, kita perlu teruskan dengan usaha dan keazaman bersama. Kekuatan intelek perlu seiring dengan kondisi fizikal dan sikap yang baik. Mendorong otak untuk sentiasa cerdas dengan kadar oksigen dan peredaran darah yang baik, memerlukan senaman yang betul dan disiplin yang tinggi. Aturan masa dan tindakan yang sistematik menjadikan mereka sentiasa dalam landasan yang betul, ke hadapan dan bukannya menoleh ke belakang.
8. Mencari bahan pembelajaran yang membantu kecerdasan
Minda perlukan rangsangan. Sesuatu alat atau bahan pembelajaran yang mampu merangsang pemikiran anak untuk menjadi cerdas perlulah betul dan sesuai. Penggunaan instrument muzik sebagai contoh, merangsang otak untuk mengingati not lagu dengan melibatkan fizikal untuk memainkan alat muzik dan perasaan yang menggambarkan kemerduan lagu yang dimainkan. Rangsangan berterusan dengan kemahiran bermain alat muzik secara tidak langsung dapat menjadi tenaga baru untuk kanak-kanak lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu tindakan atau pemikiran yang hebat.
9. Menimba ilmu dengan membaca
Jadikan membaca sebagai tabiat. Melalui pembacaan sebenarnya lebih banyak maklumat yang mereka inginkan dapat dijelmakan dengan tindakan. Keaktifan otak dalam mentafsir maklumat melalui pembacaan sebenarnya dapat membantu kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih matang, kreatif dan tepat. Menjadikan buku sebagai panduan perlu dipupuk di rumah dengan menyediakan pustaka kecil dengan bahan rujukan yang berkaitan. Jadikan kita sebagai pemudah cara untuk mereka memahami dan mencintai ilmu agar lebih berfokus dalam menjadikan mereka pintar.
10. Berbincang dengan sihat
Kepintaran perlu dinilai dan ditambahbaik. Kebijaksanaan kita dalam memahami kehendak dan masalah anak, sedikit sebanyak dapat memupuk semangat mereka untuk lebih fokus dalam melakukan sesuatu aktiviti yang mencabar. Perbualan secara langsung dan tidak langsung, dengan menanyakan soalan atau memberikan pandangan dapat memberi mereka banyak ruang dan peluang untuk menambahbaik tahap pencapaian mereka. Jadual waktu rutin harian yang dipersetujui di rumah merupakan salah satu perancangan dalam mencapai matlamat dan akan dinilai sama ada perlu diperbaiki, dikekalkan atau dipertingkatkan.
Secara keseluruhannya, kepintaran memerlukan sokongan dan dorongan kita berdasarkan tahap dan kemampuan yang kanak-kanak perolehi. Sememangnya bakat dan minat boleh dipupuk. Tetapi cara didikan dan asuhan yang diberikan adalah pada kadar yang sesuai pada tahap dan kebolehan mereka. Jangan terlalu memaksa, dan jangan terlalu kecewa jika mereka tidak berjaya. Bersyukurlah atas apa yang Tuhan berikan kepada anak kita, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk mereka menjadi insan yang berguna.
Sumber: Majalah Keluarga isu Nov -December 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyambut kelahiran bayi merupakan detik terindah bagi setiap pasangan namun ada kalanya apa yang diharapkan indah tidak selalunya terjadi.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita yang masih dalam berpantang telah mencampak bayinya yang baru berusia sebulan akibat tertekan dengan sindiran tetangga.
Hanya kerana tidak dapat memberikan susu badan dan hanya memberikan susu formula kepada bayinya, dia sering disindir dan berasa malu sehingga sanggup membuang anaknya ke dalam perigi.
Lapor Tribunnews, bayi yang berusia sebulan itu ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam perigi di Desa Sumberejo, Ambulu, Jember.
Ketua Bahagian Jenayah Polis Jember, Komang Yogi Arya Wiguna berkata, suspek berusia 25 tahun yang dikenali sebagai FN merupakan ibu mangsa mengaku membuang anaknya sendiri.
“Kejadian berlaku Rabu lalu sekitar pukul 10.30 pagi, ketika suspek tidur bersama bayi dan ibunya di ruang tengah rumahnya.
“Selepas itu, ibu mangsa keluar rumah untuk menyidai baju di ampaian. Ketika itulah, suspek bangun dan membawa bayinya ke bahagian dapur dan membuka penutup perigi.
“Perigi itu ditutup dengan alas kayu dan FN melempar anaknya sebelum menutup semula perigi berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, timbul desas-desus dalam kalangan penduduk kampung mengenai kehilangan bayi itu yang berkemungkinan diculik atau dibawa lari makhluk halus.
Komang berkata, suspek juga kelihatan panik dan berusaha mencari anaknya yang hilang bersama jiran tetangga.
Jelasnya, bayi tersebut ditemukan di dalam perigi kira-kira pukul 1 tengah hari.
FN memberitahu dia berasa marah dengan diri sendiri sebab sering disindir oleh seorang jiran kerana memberikan bayinya susu formula.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Untuk menetapkan matlamat di tahun 2023, ini adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan :
1) matlamat perlu measurable. Mesti ada ukuran. Contohnya : nak beli rumah pertama. Nak capai simpanan emas 1kg pertama.
2) matlamat perlu ada tempoh masa. Contohnya : mesti capai matlamat sebelum Oktober 2023. Dua bulan lagi adalah tempoh post morterm.
3) matlamat perlu dipecahkan di dalam pecahan yang kecil. Contohnya : jika nak capai bulan Oktober, pecahkan kepada bulanan nak capai berapa banyak?
4) matlamat perlu bersasar. Tak boleh bagi diri pilihan. Anggaplah tahun 2023 adalah tahun terakhir kita hidup. All out. Alang-alang buat biar sampai jadi!
5) matlamat pasti berbeza-beza setiap individu. Tidak ada yang salah atau yang betul dalam menetapkan matlamat . Asalkan tak ganggu hidup orang dan tidak menyusahkan sesiapa.
Akak dan suami dah balik dari bercuti. Kami telah selesai melakukan post morterm 2022 dan selesai merangka gerak kerja bagi tahun tahun depan. We will do more and bigger in 2023.
Alhamdulillah….
Hiduplah dengan membina impian. Hidup tanpa impian akan MEMATIKAN JIWA.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.