Tahniah diucapkan buat pelakon, Ainul Aishah yang mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sekian lama menanti, akhirnya berita gembira itu dikongsikan Ainul menerusi Instagramnya.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. Segala puji bagi Allah. Kami gembira untuk berkongsi berita tentang kegembiraan kami.
“Terima kasih Allah kerana memberikan rasa degupan jantung ajaib ini bersama-sama dengan saya.
“Saya sentiasa mahu jadi seorang ibu sejak lama dulu tapi saya tak tahu sama ada saya ada rezeki untuk hamil.
“Saya gembira sangat bila tahu saya hamil. Saya percaya perancangan Allah untuk saya dan suami,” katanya berkongsi.
Ads
Malah menerusi entri itu juga kata Ainul, dia dan suami cukup teruja malah seakan tidak sabar untuk bertemu buah hati mereka yang dinantikan sekian lama.
“Kami sangat teruja untuk menjadi ibu dan ayah dan kami tak sabar untuk bertemu anak sulung kami,” katanya lagi.
Menerusi hantaran itu juga Ainul turut video kejutan buat keluarga terdekat dan rakan-rakan.
Ads
Bakal ibu ini juga turut memohon doa semua agar kehamilannya lancar dan dipermudahkan.
“Semoga bayi kami nanti dilahirkan dalam keadaan sihat dan selamat. Mohon doakan perjalanan kehamilan saya lancar hingga bersalin nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Ainul mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Khalid Redzuan pada September 2022. Pasangan ini kini menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Setiap pasangan suami isteri pastinya mendambakan kehadiran zuriat dalam rumah tangga. Momen paling indah bagi seorang wanita adalah apabila dapat mendukung anak sendiri. Lengkap sudah fitrah sebagai seorang wanita tatkala bergelar ibu.
Namun, bukan semua wanita yang bernasib baik menikmati keindahan tersebut. Ada yang terpaksa melalui pelbagai cabaran dan dugaan semata-mata ingin memiliki anak. tak kurang juga yang berusaha namun sehingga kini belum dimakbulkan doanya untuk memiliki cahaya mata.
Menerusi Twitter Lelaki Berdosa, dia berkongsi nasib yang dialami oleh dirinya dan isteri yang masih belum mempunyai zuriat. Lebih menyedihkan, isterinya kini tertekan dengan orang di sekeliling yang asyik bertanyakan mereka mengenai soal zuriat.
Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkah laku terhad dan melakukan sesuatu perkara berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.
Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka tidak suka disentuh, tidak mahu bertentang mata, taksub dengan objek yang berputar seperti kipas dan seolah-olah berada di dalam dunia sendiri.
Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari. Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.
Mereka bukanlah pembawa masalah, sebaliknya kehadiran mereka sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.
Ciri-ciri Autisme :
a) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
b) Lebih suka bermain bersendirian atau mengasingkan diri – biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah atau perlakuan yang merosakkan diri sendiri
c) Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika ada sebarang perubahan dan enggan melakukannya.
d) Sangat sensitif pada rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
e) Menunjukkan minat yang pelik, seperti terhadap peta, peralatan elektronik dan sebagainya
Kesan kepada pembelajaran mereka :
a) Kurang tumpuan dan fokus dalam persekitaran dan pembelajaran
b) Pertuturan kurang jelas dan sukar difahami
c) Mengelak daripada membuat kerja dengan cara menangguh, lari, menanggis atau ‘buat perangai’
d) ‘Stimming’- perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar-mandir, ketawa di luar konteks, bermain dengan jari dan sebagainya.
“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.
“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” jelas Puan Intan Miranti yang merupakan Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme semasa bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, beberapa strategi boleh kita dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:
a ) Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi seperti buku berwarna-warni ataupun kad bergambar (flash cards). Pada peringkat awal, gunakan bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan anak anda. Dengan cara ini, kita dapat melatih mereka mengolah deria visual mereka dengan lebih baik dan dapat menarik perhatian mereka untuk belajar dengan mudah.
b) Ajari anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dengan beratur mengikut susunan( how to takes turn ) walaupun antara dia dan adiknya sahaja di rumah. Gunakan cara hubungan komunikasi yang baik dengan ajari mereka mengucapkan terima kasih dan menggunakan pandangan mata( eye contacts) dengan anda. Cara ini akan melatih mereka untuk bertenang dan bersabar dalam setiap perkara yang mereka hendak lakukan. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
c) Alunan muzik dan disertai pergerakan badan yang tersusun seperti di dalam kelas khas bagi melatih kebolehan tindak balas terhadap arahan yang mudah di dalam pembelajaran. Contohnya, apabila bait lagu menyuruh mereka please sit down and turn around, mereka akan melakukan setiap langkah itu satu per satu mengikut urutan dan meniru apa yang guru mereka lakukan walaupun dalam keadaan yang lambat. Jika dipraktis setiap minggu, kepantasan tindak balas gerakan tubuh ini akan meningkat.
c) Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.
Contohnya ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti.
Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumahbagi mendapat perubahan yang memberangsangkan.
Ramai wanita berdiet tak ambil nasi tetapi pilih roti sebagai pengganti karbohidrat. Namun malangnya sekian lama berdiet dengan roti, berat masih tak turun-turun. Pelik juga kan.
Tahu tak nak pilih roti ketika berdiet pun ada caranya. Jangan ingat semua roti rendah kalorinya. Roti putih lebih-lebih lagi, sangat tinggi nilai kalorinya. Kena ada ilmu sikit pasal roti.
Perkongsian tips dari Dr Malinda Health & Beauty Academy yang tular di facebook ini boleh dijadikan panduan untuk anda pilih roti yang sesuai bagi yang ingin turunkan berat badan.
Jom tambah ilmu.
Ramai yang nak diet dan memilih roti sebagai pilihan tetapi tahukah anda tak semua roti tu sama?
Saya ingat lagi bila saya bawakan bekal untuk anak ke sekolah dengan roti wholemeal, ada kawan-kawan sekolah dia gelak dan kata : Kenapa ibu kau bawakan roti orang kencing manis nih? Hihi.
Ok gak sebenarnya sbb at least mereka aware perbezaan roti dan untuk kesesuaian penggunaan.
Ok, simple je saya nak share satu tip: Jika anda nak mula diet dan nak mencari roti yang lebih sesuai, pilih roti berdasarkan Glycemic Index.
Apa itu Glycemic Indeks?
Glycemic Index (GI) atau Indeks Glisemik ini adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat itu memberi kesan kepada tahap gula dalam darah.
Mudah je, hanya ingat —> Lebih tinggi nilai GI bermakna lebih lebih pantas makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula akan mencanak naik dengan cepat.
Secara kasar, makanan yang manis dan terproses biasanya mempunyai GI yang tinggi dan perlu dielakkan jika anda nak turunkan berat badan mahupun nak mengawal tahap gula dalam darah.
Tetapi jangan terpedaya kerana tidak semua yang manis tu mempunyai GI yang rendah, sebab tu kena prihatin sedikit dengan jenis makanan dan nilai GI makanan tersebut.
Glycemic Indeks ni diberi dari skala 1 hingga 100 dan di kategorikan kepada 3 kumpulan:
GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56 – 69
GI Rendah : 0 – 55
So bila pilih makanan, kena belek skit label kat belakang. Tengok Nilai GI yang diberikan dan pilih makanan GI rendah paling ok, GI Sederhana still better berbanding GI tinggi.
Mantra mudah yang saya selalu kongsikan pada peserta-peserta di Slimming Masterclass ialah ‘Gula Meningkat, Insulin Meningkat dan Lemak akan Terperangkap!’
Roti putih tak dilabel putih dengan nilai GI. Cuba anda cari nilai GI roti putih dan share di ruangan komen.