Uncategorized

Air Cucian Ikan Sayang Buang Begitu Je, Ada Cara Nak Buat Baja Free!

Share

Kebiasaanya bila kita ada menanam pokok di laman rumah, semestinya kita mahukan pokok tersebut hidup subur.

Oleh itu, nak  tak nak mesti kita akan beli baja untuk membantu pokok tersebut hidup sihat.

Pun begitu, tahukah anda dalam sedar atau tidak setiap hari kita sebenarnya boleh hasilkan baja dengan menggunakan bahan sisa daripada dapur.

Menariknya juga tanpat menggunakan kos, tanaman akan hidup subur dan terjaga rapi. Ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh Puan Bebiyana Tambi Khan yang sememannya suka bercucuk tanam.

Ini perkongsiannya.

Hari ni Kak BB kongsi salah satu baja tambahan yang Kak BB guna, ianya sangat berkhasiat, murah dan senang dapat namun sering terlepas pandang.

Setiap kali Kak BB bersihkan ikan, Kak BB tak buang air cucian itu. Ada banyak khasiat dalam air tu.

Bukan untuk kita lah, untuk tanaman kita di belakang dan tepi rumah. Ini antara baja “natural” yang terbaik untuk pokok pokok bendi, lemon dan tanaman lain. Nampak kan, pokok pokok Kak BB sihat?

Caranya :


• Untuk air cucian ikan, siram je kat pokok pokok tanaman. Pokok pokok cepat subur bila guna baja ni.

• Sisa insang dan perut ikan kita buat baja. Kak BB dah banyak kali buat. Senang dan menghasilkan baja yang berkhasiat untuk tanaman.

Mana nak dapat sisa ikan ni? Pergi je kat pasar ikan, minta je dengan penjual ikan kat situ. Mereka bagi free, bawa tong je.

Tuangkan sisa ini kedalam tong atau baldi, tambah air lebih sikit menutupi sisa itu. Tutup tong/baldi, elok guna bekas yang ada penutup. Tak nak lalat masuk, bertelor dan berulat nanti. Letak jauh sikit kat belakang rumah.

Biarkan selama 2 minggu. Dalam masa 3 hari akan keluar bau yang “harum” dari bekas itu, jangan usik. Bau akan kurang selepas beberapa hari lagi.

Selepas 2 minggu, boleh buka tong itu, sisa insang dan perut ikan hancur dah. Baja kita dah jadi, boleh guna dah.

Caranya : untuk 1 sukatan baja tambah 3 sukatan air. Gaul hingga baja tu larut. Siram kat pokok pokok buah. Sangat baik untuk pokok limau, serai, halia dan cili yang kita tanam.

Selamat mencuba. Yang rajin boleh buat dan jual.

Sumber : Bebiyana Tambi Khan

 

IKLAN