Matlamat utama wanita pastinya mahu sentiasa mengekalkan berat badan ideal dan kekal langsing. Turunkan berat badan adalah misi semua wanita.
Bukan hanya nak cantik dan kurus semata-mata tetapi demi mengekalkan kesihatan dalaman. Itulah yang dimahukan semua wanita.
Pun begitu, berdiet dan menjaga pemakanan adalah satu perkara yang teramatlah sukar untuk dilaksanakan. Tak gitu? Mengambil makanan sihat sahaja masih tak mencukupi jika kalori yang diambil setiap hari melebihi daripada keperluan tenaga setiap hari.
Jadi kalau nak kurus kenalah tahu berapa banyak jumlah kalori sesuatu makanan yang kita ambil.
Itu kisahnya dengan nilai kalori. Bagaimana pula jika anda mengamalkan beberapa petua untuk membantu proses membuang lemak?
Petua yang dikongsikan oleh Kak M atau Maryam Salleh di facebooknya ini boleh juga kita contohi. Menariknya petua daripada tiga bahan ini amatlah jimat. Jom ikut seperti yang disyorkan olehnya.
Kos Tak Sampai RM5
Wow… mesti kalian teruja bila bab nak kurus cepat kan? Hari ni Kak M share petua untuk bakar lemak dengan cara yang pantas dengan guna bajet tak sampai pun RM5. Serius wei, hanya guna 3 bahan sahaja iaitu halia dan lemon serta madu asli.
Ads
Bahan-bahan:
Sebiji lemon
Halia
Madu
Caranya:
1. Rebus hirisan halia sampai la mendidih.
2. Kemudian tapis dan tuangkan ke dalam gelas.
Ads
3. Lepas tu masukkan hirisan lemon.
4. Tambahkan sedikit madu. Amalkan minum di waktu pagi dan malam.
Lepas 10 hari boleh cuba timbang berat sebelum dan selepas okey. InsyAllah berat turun.
Khasiat 3 Bahan
Ads
Kak M kongsikan sedikit kebaikan halia:
-Lancarkan pencernaan
-Turunkan berat badan
-Imun tubuh badan jadi lebih kuat
-Buang angin dalam badan
Manakala kebaikan Lemon pula ialah:
-Kuruskan Badan
-Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga
-Cantikkan Kulit
– Bantu Proses Singkirkan Toksin
Yang terakhir ialah khasiat madu adalah :
-Meningkatkan stamina badan
-Kandungan glukosanya yang cukup tinggi dapat membantu meningkatkan stamina tubuh dengan cepat.
-Mengubati batuk @ batuk kering
Menguruskan, mendidik dan menjaga anak-anak yang diamanahkan Allah bukanlah satu perkara yang mudah. Nampak seakan mudah namun bila sudah punya anak sendiri barulah pengalaman dirasai sepenuhnya. Sungguh, ia tidak mudah.
Namun setiap orang punya cara mereka sendiri dalam mendidik dan mendisiplinkan anak-anak. Kita sendiri yang menentukan ia mudah atau sulit. Perkongsian wanita ini boleh dijadikan inspirasi buat semua wanita bergelar ibu.
Puan Siti Maisarah Saifuddin yang berkongsi tulisannya di facebook peribadinya terus dikagumi netizen. Tulisannya padat, ringkas namun sangat dekat dengan kita. Pengalaman yang serupa namun pendekatannya berbeza.
Dianugerahkan Allah dengan 5 hero bukanlah satu beban dan tali untuknya terus berada di rumah sahaja malah katanya, mempunyai anak ramai lebih mudah diuruskan berbanding memiliki anak 2, 3 orang. Jom kita contohi cara wanita ini.
“Lumrah seorang ibu surirumah. Bila punya anak yang ramai, hampir sebahagian tugasan terpaksa diambil alih sepenuhnya. Kerap kali saya ditanya, bagaimana saya uruskan lima orang hero saya ini di tempat awam dan kemana-mana sahaja.
Percaya atau tidak kalau saya katakan, anak ramai sebenarnya lebih mudah diurus berbanding dua atau tiga orang? Eh biar betul? Ye, betul.
Tip Bawa Anak Keluar
Ini situasi ketika saya membawa mereka keluar. Habib berumur 9 sembilan tahun, Hanif, tujuh tahun. Anak ketiga, Hafiz enam tahun, Hasyri empat tahun dan Hakim berumur setahun. Apa yang saya lakukan, sebelum keluar, mulakan dari rumah.
Ini adalah pesanan penaja. Sebelum keluar rumah, saya pastikan semua settle dahulu. Kalau ada anak yang jenis pakai pampers waktu malam saja, so pakaikan siap-siap pampers walaupun nak keluar sekejap sahaja. Ini kerana time dia nak kencing ke apa, dia tak mengganggu waktu kita di luar atau tempat awam. Kalau tak, macam mana nak berlari cari tandas lagi? Apatah lagi kalau semasa memandu, tiba-tiba, “Umi nak kencing!” Ala padan.
Selalunya Hasyri memang saya pakaikan pampers dari awal. Kemudian, pesan siap-siap pada abang-abang yang lain supaya ke tandas dan selalu saya gunakan ayat tinggalkan mereka di tepi jalan jika mereka mahu kencing semasa saya memandu. Jadi cepat-cepat mereka ke tandas.
Situasi kedua di dalam kereta, saya akan beri pesanan kepada abangnya Habib menjaga Hasyri yang kecil dan Hanif mesti jaga Hafiz. Selalu pimpin tangan adik dan jangan berlari.
“Kalau sesiapa berlari, tak dengar Umi cakap, tak ingat apa yang Umi pesan, Umi u-turn balik dan siapa good boy, umi belanja ABC.” ABC adalah kegemaran anak-anak dan saya tahu, itu reward paling baik untuk diberi kepada anak-anak.
Di dalam kereta, pesan dari awal mohon jaga kelakuan. Tak nak bergaduh dan tak nak bertengkar. Anak lelaki, kan? Sekali bergaduh bertumbuk, dengan mak sekali jadi ninja! Pernah sekali, hampir sampai di tempat dituju, mereka tiba-tiba bergaduh. Apa saya buat? Saya pegang pada janji. Saya U-TURN balik on the spot.
Haru kan? Mana tak haru kalau time itu nak pergi makan dan perut kita pun tengah lapar. Memang kesian kat anak. Tetapi kena jadi ibu bapa yang berpegang kepada janji sendiri. Kalau awak dah kata U-Turn jikalau mereka bergaduh, tolong buat U-Turn. Sebab apa? Meh saya ceritakan.
Peristiwa ini hampir berkali-kali terjadi. Memang nak bagi mereka jaga kelakuan tempat awam bukan senang. Ada ketika bila order makan, dia bergaduh. Pun saya U-Turn balik. Bukan tak kasihan pada anak tetapi memberi pengajaran dan anak tahu, kita betul-betul tegas. Jadi next time, anak-anak dengan sendirinya berjaga-jaga.
Cara ketiga, saya susun kedudukan di meja makan. Selalunya saya pilih meja makan yang luas dan hujung sekali. Anak-anak saya jenis berebut nak makan di sebelah umi dan adik baby (Hakim). Mereka berempat akan berebut kerusi dahulu. Jadi masa tu, ibu memainkan peranan paling penting. Ibu dihujung sini, abang paling besar di hujung sana. Pastikan adik yang mereka kena jaga duduk di sebelah masing-masing. Dengan itu, mereka tahu tanggungjawab mereka belum habis.
Oh ya! Pastikan semasa nak keluar makan ini, anak-anak memang betul-betul lapar! Kalau ada yang tak nak makan, better beli tapau saja.
Seterusnya, order makan satu persatu. Selalunya kalau pergi makan, mesti order air dulu kan? Kali ini tukar. Order makanan sahaja dulu. Air order bila dah habis semua makan sebab bila anak minum air dulu, dia tak akan habiskan makanan mereka.
Dan selalunya bila dah habis makanan, semua behave dan saya akan bagi reward kepada mereka. Okey, order ABC. Mereka tahu, siapa behave semasa makan, Umi bagi hadiah. Tetapi ingat! Kalau order ABC, order untuk dua orang saja.
Contoh kalau berempat, minta mangkuk lebih. Ibu, masa order sampai, rasa dulu makanan itu, baru bagi anak makan. Even sesudu sahaja. Kemudian bahagikanlah makanan itu. Mereka masih berkongsi. Kalau ada yang merajuk, saya pesan siap-siap. “Okey. Jangan makan. No more datang makan lagi. Nanti duduk rumah saja. Dah tak boleh have fun dengan Umi.” Automatik anak yang merajuk tadi nak makan. Sebab dia tahu Umi tegas. Kalau Umi sanggup uturn, Umi mesti sanggup tinggal dia di rumah juga. Haha.
Oh ya! Tahu tak kenapa ibu kena merasa dulu makanan anak-anak? Nanti saya sharing. Seronok story bab ini!
Situasi semasa makan. Pernah kan anak tengah makan dan comot. Ibu, belajar beri arahan pada anak yang sulung.
“Abang, lap mulut adik tu. Kesian adik comot. Hahaha”
Kenapa ‘hahaha’? Sebab nak ambil hati abang yang tengah mood makan tadi kot spoil mood sebab kena tengok adik tiba-tiba. Ibu, wujudkan situasi lucu dan kelakar. Rajin tanya anak, sedap tak? Suap Umi sikit. Jangan pelik kalau tetiba empat orang sekali gus berebut nak suap. Masa itu pandai-pandai lah ibu bagi giliran.
Selalunya di kedai makan, saya akan order tiga nasi sahaja. Yang dua orang lagi akan berkongsi. Saya orderkan pinggan lebih. Kalau ada yang tak cukup, baru menambah. Kenapa? Sebab sayang tengok nasi yang tak habis. Nanti saya nak habiskan macam mana?
Tips seterusnya adalah pakaian ibu. Bila keluar makan, saya pastikan pakaian saya bebas bergerak. Tak semestinya seluar ,tetapi kain yang bebas untuk bergerak lebih laju. Bila berjalan, Hasyri akan pimpin tangan saya sementara saya dukung Hakim. Habib, Hanif dan Hafiz akan berjalan berpimpin tangan. Kalau menghalang jalan, maka saya baga arahan jalan berdua.
Begitu juga dengan niqab. Saya lebih selesa memilih niqab yang senang dibuka ketika makan. Dan niqab ElHuda pilihan saya sebab lebih mudah.
Mahu ke mana selepas makan? Kenalpasti minat anak-anak. Sejak dari kecil, saya biasakan anak dengan buku sebagai reward. Sampai di kedai buku ibarat heaven buat mereka. Saya biarkan mereka memilih buku kesukaan. Pilihlah buku apa. Umi akan cuba setuju. Ada juga pilih buku komik ke apa. Selalunya saya bertolak ansur.
Bagaimana kalau anak nampak mainan masa keluar? Pernah saya tengok situasi anak tantrum kerana nak mainan yang mahal. Ibu bapa menahan pilu yang amat di hadapan orang. Saya ingat pesan bonda,
“Jangan ditahan kemahuan anak. Kalau tak setuju, nasihat yang baik. Kalau tak makan saman, tukarlah. Beli barang lain.”
Itu yang saya buat. Tipulah kalau anak saya tak pernah minta mainan. Itu dunia anak-anak kecil tanpa batasan. Selalunya saya bawa mereka ke kedai mainan. Saya bagi peluang mereka melihat. Tapi bila tengok harga, saya rasa macam telan bom. Saya beritahu siap-siap. Umi tak cukup duit.
Pernah sekali mereka merengek nak juga mainan.Saya belikan dalam sendu. Naik kereta, mereka minta beli air. Saya pura-pura menangis, duit dah habis. Macam mana nak beli air? Saya keluarkan dompet, memang duit dah habis.
Anak kedua saya tiba-tiba nenangis dan meminta maaf berkali-kali. Mungkin serba salah duit dah beli mainan. Sejak dari hari itu dia belajar sesuatu. Habib dan Hanif faham setiap kali saya katakan Umi tak cukup duit. Saya belajar mohon maaf dengan anak jika tak dapat memenuhi permintaan. Selalunya kalau pergi ke tempat mainan, saya bagi dia pegang dan tengok sepuasnya. Biar hilang rasa bosan dan keinginan. Lama-lama mereka tahu, heavennya di kedai buku berbanding kedai mainan!
Apabila semuanya selesai, selalunya bila naik kereta, di dalam perjalanan balik, saya tanya perasaan anak-anak setiap seorang. Bila gembira, apa yang perlu buat? Saya pastikan mereka berterima kasih dengan saya. Agak lama nak ajar mereka berterima kasih sekalipun untuk happy time. Alhamdulillah sekarang tak lagi. Awal-awal beli atau dapat sesuatu, mereka tak lupa ucap, Terima kasih Umi! Terima kasih ayah!
Percayalah! Masa itu ibu mesti rasa mcm nak lompat sampai ke bintang bila anak gembira!
Tips terakhir, berjanjilah tetapi mesti tunaikan! When you make a promise, so please! Make it true. Anak-anak sebenarnya belajar behave dari sebuah janji. Rewardlah bila mereka behave. Walau sekecil-kecil reward, mereka akan lebih menghargai.
Please! Make sure handphone simpan siap-siap. WhatsApp silent dahulu. Check handphone bila keadaan terkawal. This is your family time.
Hidangan mee celup cukup popular di sekitar Kelantan dan Siam. Kalau berkesempatan ke sana, tentu tidak akan dilepaskan untuk menjamah mee celup yang cukup enak rasanya. Apa yang pasti rasanya tidak sama dengan mee sup utara.
Ada cara dan ramuan tertentu yang digunakan hingga menjadikan menu mee celup mempunyai rasa yang tersendiri.
Nak tahu resipinya hingga membuatkan anda makan berselera hingga berpeluh dahi, ini cara membuatnya.
RESIPI MEE CELUP ALA THAI BERPELUH DAHI TAK CUKUP SEMANGKUK
Memang feveret sangat mee celup ni. Biasa orang letak daging atau perut lembu tapi disebabkan Kak Za sejenis tak makan daging lembu apatah lagi organ dalaman, jadi Kak Za guna daging ayam sebagai heronya. Hahaha.
Ok, jom kita mula.
BAHAN BAHAN
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia – dihiris halus
Akar ketumbar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Ayam
Gula melaka
1/2 cawan kicap manis
Sos ikan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Mee kuning – dicelur
Taugeh secukupnya (Kak Za tak letak sebab stok tak de)
Kacang tanah – (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
Kangkung – (boleh juga letak sawi)
Daun ketumbar – dihiris
Chili flakes
Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa)
CARA MEMASAK
1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.
4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.
7. Ok, untuk hidangkan mee celup ni ada kekdahnya tau. Mula mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik carikkan tadi.
9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Memanggg paduuuu bebb, berpeluh dahi. Hahaha.
Jika rumah ada halaman sama ada luas atau kecil sekali pun, jika terbiar tidak dijaga tentu akan menyebabkan rumput dan lalang yang tumbuh. Ini sekali gus akan ‘merosakkan’ pandangan kawasan laman rumah anda.
Umumnya penjagaan ruang laman perlu dititikberatkan. Ini kerana jika kita menanam rumput untuk mencantikkan ruang laman, ia perlu dijaga rapi untuk mengekalkan keindahan laman.
Pun begitu, jika tak cukup masa untuk melakukan kerja-kerja seperti memotong dan membersihkannya sekerap mungkin, rumput akan tumbuh dengan panjang, lebat dan tidak nampak tidak sekata.
Jadi sebagai alternatif, ada baiknya anda menggunakan rumput artifisial. Memandangkan tidak perlu penjagaan khusus malah anda sendiri boleh lakukan pemasangan sendiri dengan bajet yang berbaloi. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Shafiqa Rosly di group Tukang Apa Hari Ini.
Berbekalkan tenaga dia dan suami serta dibantu oleh bibiknya, berjaya juga akhirnya menyiapkan projek pasang rumput karpet sempena PKP. Mengetaui lanjut pengalaman dan cara yang dilakukan mereka, ini perkongsiannya.
PROJEK PKP PASANG RUMPUT KARPET
Buat sendiri jadi 3000 je. Disebabkan boring pastu ramai kontraktor tak boleh buat kerja waktu lockdown ni, kami decide buat sendiri dari mula sampai habis tapi awas kalau lemah semangat jangan buat gais.
Beza banyak siap dapat rumput karpet kualiti. Tebal rumput ni. Sedap pijak. Baring pun sedap. Survey contractor buat dalam 7-9k bergantung ke dalaman pasir dan jenis rumput, macam rumah ni selalu banjir jadi kami sengaja tinggikan, pasir je guna 4 scoop.
Tapi puas hati dpt jimat banyak duit hasil pun cantik sangat bagi kami yang newbie ni, Korang pun boleh buat sendiri tau. Bila laman dah elok ni selalu rasa nk lepak je luar tu bersenam, camping, bbq, buat aktiviti dengan anak-anak, hilang stress.
DIY Pasang Rumput Karpet
1.Korek sampai akar rumput, buang habis daun pandan dekat belakang tu, bagi rata, hari-hari cangkul.
2. Apabila sudah buang akar rumput, barulah bubuh benda ni weedmat bagi rumput susah hidup la katanya sebab gelap je tak dapat cahaya matahari.
3. Sudah setel bubuh pula pasir wehhhh time ni paling penat sebab kena bawak pasir ulang alik guna kereta sorong, den jadi mando je sesekali baru tolong
4. Ratakan pula guna penimbang air, pergh sian tengok dia macam nak patah pinggang.
Last-last tak rata jugak, kitaorang sewa compactor, mesin ni bagi dia rata pasir, berat namati mesin ni, yela noob kan buat sendiri mana ade mesin ni, so sewa lah, korang kalau nak cari, cari je dekat kedai hardware depa ada sewakan. Tempat saya ni RM70, ada saya tengok tempat lain RM50, ada juga yang sewakan RM180 tapi still under bajet kan dari upah orang.
5. Bila sudah rata, tiba masa pasang rumput karpet, pasang senang cuma lambat sikit sebab yang buat kerja 3 orang, suami, kak ika dan bibik. Pakui bagi rata gais, dekat kawasan cantuman tu.
6. Taraaaa happynyaaa.. da siap, tinggal tunggu longkang sampai.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.