Ibu-ibu yang membuat sendiri cili kisar pasti akan mengalami situasi di mana cili tersebut dinaiki kulat putih apabila disimpan lama. Rugi kan kalau cili tersebut dibuang.
Macam-macam petua dicuba tapi tak berjaya kan, sudahnya kulat putih muncul juga.
Jadi, admin nak kongsikan tip mudah dan berkesan dari Puan Huda Zainal ini. Selamat mencuba!
Semenjak kahwin memang tak pernah beli cili boh atau cili giling ready made. Ni sebab terinspirasi dengan ibu mertua.
Cuma masalah utama kalau dah buat stok banyak-banyak cili blend ni akan naik kulat putih bahagian atas.
Bukan tak pernah cuba macam-macam petua. Blend dengan minyaklah, masuk bawang putihlah, letak asam kepinglah. Namun lebih daripada 3 minggu kulat putih tu tetap akan muncul.
Semenjak guna method Youtuber Melisa Maker ni. Alhamdulillah, lebih daripada sebulan pun lansung tak naik kulat.
Teknik ni Melisa Maker guna untuk simpan cheese dan yogurt. Sebab cheese dan yogurt pun akan muncul kulat bahagian atas.
Jadi terfikir untuk buat simpanan terbalik ni untuk cili blend. Sekarang dah nak hampir setahun guna teknik simpan terbalik ni.
Bila terbalik, udara akan berada diatas. Ruang vakum akan terbentuk. Itulah punca kulat tak muncul.
Cuma masalah nak simpan terbalik ni, memang kena cari balang yang betul-betul kedap supaya tak terkeluar atau meleleh air cili tu.
Mula-mula dulu sebelum betul-betul nak pastikan penutup balang jenis kedap. Akan terbalikkan dalam bekas lain dulu. Kalau ada air meleleh keluar maknanya, penutup tu tak cukup kedap. (Gambar kanan).
Sekurang-kurangnya dia meleleh atau terkeluar pun dalam bekas. Tak lah jenuh kita nak mengelap satu peti ais kan?
Ni saya guna balang kaca paste tomyam Thai aje. Alhamdulillah elok kedap tak meleleh air cili blend tu.
Dah lebih setahun saya buat teknik ni. Maaf sangat sebab baru share. Nak bagi betul-betul yakin teknik ni memang berkesan. Baru boleh kongsi dengan orang lain.
Huda Zainal
Ini cara saya. #share untuk manfaat.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club