Makan

Air Tembikai Lemon Laici, Minum Waktu Berbuka, Rasa Segar Lalu Ditekak

Share

Bayangkan dapat minum air tembikai lemon laici waktu berbuka, alang nikmatnya. Rasa segar lalu ditekak. Tubuh kembali bertenaga selepas seharian berpuasa. Cuaca panas macam sekarang ini kita memang nak minum air sejuk saja.

Salah satu air yang memang nikmat bila minum waktu cuaca bahang adalah air tembikai. Campuran lemon dan laici

menjadikan minuman jus tembikai ini lebih ‘puas’ diminum. Berikut resepi air tembikai lemon laici yang dikongsikan oleh Ben Safwan

Air Tembikai Lemon Laici

Bahan-bahan:

1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
1 tin laici
1 botol air lemon (Houseboom)

Minum Waktu Berbuka, Rasa Segar Lalu Ditekak

Cara membuat:

1. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.

2. Tambah air laici tin dan boleh letak ais.

3. Tak perlu tambah gula sebab sudah cukup manis.

INFO TENTANG KHASIAT TEMBIKAI:

*92% kandungan buah tembikai merupakan air, oleh itu ia merupakan antara buah buahan yang mampu membekalkan tenaga dan hidrasi pada tubuh.

*Kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Sudah boleh beli dan simpan stok untuk buka puasa/sahur.

*Kandungan air yang tinggi dalam buah tembikai membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.

Sumber: Ben Safwa

dan Public Health Malaysia

Artikel berkaitan: Wanita Ni Kongsikan Tip Dari Uncle Cina Cara Pilih Buah Tembikai Manis, Merah Cantik. Memang Berkesan!

Mudahnya Tanam Pokok Lemon Guna Biji Benih. Rupanya Kena Sunatkan Dulu Benih, Wanita Ni Kongsikan Caranya! !

Kuih Raya Dah Makin Habis, Sediakan Puding Laici Susu Buat Tetamu, Ringkas Je!

IKLAN