Tular di media sosial berita mengenai bayi tertukar di sebuah hospital swasta telah menarik perhatian masyarakat Malaysia. Bagaimana kedua ibu bapa ini telah menemui bayi sebenar setelah menghubungi pihak hospital.

Mujur kejadian ini disedari kedua ibu bapa bayi berkenaan. Bimbang jika sebaliknya ia akan melibatkan nasab keturunan. Moga kejadian ini jadi iktibar buat yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

Baca  artikel menarik di sini: Niat Menabung Akhirnya Lebur, Hampir RM1000 Duit Rosak & Koyak, Bila Disimpan Dalam Tabung Yang Sama.

 Elak Terus Masuk Gear ‘P’ Untuk Kereta Auto, Ikuti Cara Lelaki Ini Masuk Gear Masa ‘Parking’ Dengan Betul.

Allah satukan kami.

Allah terima kasih satukan kami , automatik kami dah jadi family . siti tak sangka Allah mcm aturkan nama baby pon Aisar & Aiman . kami baru lepas di interview Buletin TV3 yg akan bersiaran malam ni.

“Aisar Dan Aiman, Kembar Bukan Diperut Tapi Didunia Membawa Ke Akhirat.” Tukar Bayi Libatkan Nasab Keturunan Moga Jadi Iktibar.

Syukur suami terdetik hati nak lihat tag nama bayi

Terbaru menerusi berita di Buletin TV3 hari ini siaran 13 Jun 2021, kedua ibu ini telah ditemubual mengenai perasaan setelah dibertemu kembali bayi sebenar mereka. Suasana kelihatan emosi apabila kedua-dua melahirkan rasa sayang kepada bayi berkenaan kerana telah menganggap seperti anak sendiri.

IKLAN

Menerusi temubual berkenaan puan Siti Suriani Wahiddin, 23, atau Siti Jamumall melahirkan rasa syukur apabila suaminya terdetik untuk melihat tag nama yang dipasang pada bayi berkenaan.

“Ya, Allah kalau Engkau tak jentik hati suami saya untuk tengok nama tu, sampai bila-bila aku tak jumpa anak aku.”

Tengok bayi sendiri tapi teringat bayi puan Siti

Manakala Diana Hanani Abdullah, 23 hanya menyedari setelah dihubungi oleh pihak hospital.

Beliau yang melahirkan anak secara pembedahan yang sama sehari sebelum Siti Suriayani berkata kejadian itu membuatkan emosinya terganggu.

“Suami mengelebah cari balik gelang tu. nasib baik sampah tu belum buang lagi. Memang betul nama puan Siti Suriayani.

IKLAN

“Kami baru teringat yang kami ada ambil gambar anak hari pertama, kami fikir muka tak sama. Tapi just fikir baby berubah muka.Lagi pun kami ini adalah anak pertama.

“Saya rasa lain sebab saya dah anggap anak puan Siti tu macam anak saya sendiri. Lagilah pengalaman anak pertama kan.

“Lepas tu, dah dua hari saya dan suami jaga. Balik tu memang kami nangis lah. Tengok anak sendiri tapi teringat anak orang lain.

Menurut laporan ini, mereka dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang mengenai kejadian ini kepada pihak hospital.

Nyata secara tersiratnya, hubungan ibu susuan ini akan kekal berpanjangan. Pasti ada hikmah buat pasangan kedua ibu bapa ini.

Baca  artikel menarik di sini: “Syukur Tiada Benda Pelik-Pelik Sepanjang Tinggal Di Rumah Ni.” Bekas Pemain Bola Sepak Kedah Beli Rumah Tinggal 30 Tahun Lepas Dapat Restu Ibu Ayah.

IKLAN

Tak Perlu Membebel Sepanjang Hari Tapi Jadilah Ibu Bapa Idaman. Ibu Ini Mula Ubah Sikap, Rupanya Memang Menjadi! 

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen mendapati ramai yang melahirkan rasa syukur setelah kedua pasangan ibu bapa ini telah menemui anak masing-masing.

“Aisar Dan Aiman, Kembar Bukan Diperut Tapi Didunia Membawa Ke Akhirat.” Tukar Bayi Libatkan Nasab Keturunan Moga Jadi Iktibar. “Aisar Dan Aiman, Kembar Bukan Diperut Tapi Didunia Membawa Ke Akhirat.” Tukar Bayi Libatkan Nasab Keturunan Moga Jadi Iktibar.

Sumber: Buletin TV3 dan Jamumall.com

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Aisar Dan Aiman, Kembar Bukan Diperut Tapi Didunia Membawa Ke Akhirat.” Tukar Bayi Libatkan Nasab Keturunan Moga Jadi Iktibar.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI