Aiskirim Kacang Merah Lemak-lemak Manis, Sambil Makan Boleh Kunyah-kunyah Kacang
Aiskrim kacang merah yang lemak-lemak manis memang menjadi kegemaran ramai. Cuaca panas-panas sekarang ini memang best kalau dapat makan aiskrim kacang merah. Terasa sejuk ditekak. Asyik mengunyah kacang dalam aiskrim yang sengaja tidak dikisar halus.
Boleh buat banyak-banyak, simpan stok di dalam peti sejuk. Jika teringin, ambil sahaja. Bila buat sendiri, anak-anak boleh makan banyak kali. Puas hati bila tengok anak-anak suka makan hasil air tangan sendiri.
Jomlah kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini.
RESIPI AISKRIM KACANG MERAH
Bahan-bahan:
350 gram kacang merah
2.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
1 kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung jagung
3 sudu sirap
1 sudu kecil garam
Ads
Cara membuat:
1.Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.
Ads
2. Didihkan air, masukkan gula.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.
4. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.
Ads
5. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.
6. Bila sudah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.
Sejak pandemik ini, ramai yang tak berani untuk keluar memperbaharui lesen memandu.
Jadi guna aje cara yang mudah, lakukan secara online. Wanita ini kongsi cara ‘renew’ lesen memandu yang tamat tempoh secara online.
Alhamdulillah.. walaupon sibuk dan susah nak keluar time PKP ni, berjaya jugak renew lesen online. Abam posmen hantar td. Korang yang nak renew lesen lepas ni boleh buat online jugak tau.. Ni saya share step by step macam mana nak buat..In shaa Allah senang je.. dah siap posmen hantar sampai depan pintu..
Sumber: DamianaJun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sambil berniaga nasi lemak, sambil bantu golongan yang memerlukan dan bersedekah. Besar ganjaran pahala wanita ini peroleh sehinggakan tular kisahnya di media sosial.
“Saya pun pernah jadi pelajar, jangan malu”, Itu antara kata-kata peniaga yang mesra disapa Kak Chah.
Usai kisah tersebut diviralkan, kelihatan barisan panjang di mana ramai beratur membanjiri gerai tersebut.
Alhamdulillah harini makin ramai adik adik pelajar datang ambik nasi lemak sumbangan penginfak.
Sesetengah tu malu malu datang bisik tanya di sini ke boleh makan nasi percuma?😅
Masih belum ada yang ambik kesempatan. Alhamdulillah. Yang mampu tetap hulurkan duit. Pensyarah staff juga makin ramai yang beli dan tinggalkan baki untuk pelajar.
Usaha ni kecil. Tapi menjadi besar kerana wujudnya rakyat Malaysia yang berjiwa besar.
Kalau sebelum tular saya hanya mampu peruntukkan 10 pek setiap hari untuk sedekah. Lepas tular saya sendiri dah tak berpeluang untuk teruskan sedekah 10 pek tu…sebab ramai rakyat Malaysia pemurah dan minta saya buat sedekah bagi pihak mereka.
Setakat ni setiap hari hanya mampu selesaikan amanah seorang penginfak sahaja. Sebab sendiri masak sendiri pandu ke gerai dan sendiri jual . kudrat terhad.
Terima kasih semua rakyat Malaysia ❤️✊ Moga usaha ni akan menjalar di tempat lain juga. Tiada lagi pelajar yang perlu belajar dalam keadaan perut lapar.
Mendidik anak memang mencabar buat ibu ayah. Lagi lah bila ada anak yang ramai. Tambah lagi sekarang dalam tempoh PdPR ramai ibu yang berkerja dirumah perlu melakukan kerja dan mengajar anak.
Sudah tentu ia suatu yang sukar. Namun untuk mengurus supaya emosi kita lebih stabil, sudah tentu ada caranya.
Ingin tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian ustazan Aminah Mat Yusof cara mengurus emosi agar dapat membantu anak belajar.
AMALKAN SURAH INI DAN URUS EMOSI
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
Berlapang dada, baru tak salahkan pihak lain
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
Amalkan ayat ini
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.