Susu mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi yang baik untuk tubuh badan. Sejak dari kecil kita mengamalkan minum susu dan sehinggalah dewasa tetap menikmati khasiat susu setiap hari bagi mencegah kerosakan gigi, osteoporosis dan sebagainya.

Malah tidak dengan itu sahaja, penggunaan susu untuk kecantikan kulit wajah memang efektif. Umumnya tahu, jika rajin amalkan biasanya akan menjadikan kulit lebih lembut dan wajah nampak berseri-seri.

Ini diakui sendiri oleh Kak Yanie. Menurutnya, “Ini rutin hujung minggu kak Yanie. Jom hilangkan flek hitam dan parut jerawat. Kalau rajin buat je setiap hari pasti dapat hasil yang WAW. Sekarang ni wanita semua dah bijak memilih. dah ada kesedaran tentang pentingnya makanan kulit secara alami. Back to nature omputih cakap.

“Masker wajah merupakan cara merawat wajah yang sudah lama diamalkan ramai wanita sejak dulu lagi. Nak hasil luar biasa, usaha pun kenalah seiring kan. Hanya 3 bahan di dapur mampu pudarkan parut dan putihkan wajah cara alami. Yelah korang jangan 100% bergantung pada produk semata-mata kan.”Yanie Rosdi

Khasiat Masker Susu :

1.Mampu menghilangkan mata panda
2.Mencerahkan kulit
3.Mengecilkan pori-pori kulit
4.Melembabkan kulit kering
5.Menyamarkan noda hitam
6.Mengencangkan kulit wajah
7.Menghilangkan jerawat

Posted by Yanie Rosdi on Saturday, 14 July 2018

 

Bahan-bahan :
Putih Telur
Lemon
Susu Tepung

Cara:

  1. Bancuh semua dan oleskan pada seluruh muka.

Ajaibnya Cantik Dengan Susu, Wajah Jadi Berseri! 2 Wanita Ni Buat Sendiri Bahannya.2. Biarkan selama 40 minit kemudian bilas.

sumber : Yanie Rosdi via KELAB SAYANG KULIT


Ini pula satu lagi perkongsian daripada Myrah Che Rani yang juga menggunakan susu dalam perawatan wajah. Menurutnya dengan menggunakan 2 bahan hebat (SUSU & TOMATO) kulit wajah  boleh menjadi CERAH, KECUT KAN JERAWAT DAN HILANGKAN SUNBURN.

Ini yang dikongsikannya

Jom buat masker untuk kecutkan jerawat, sunburn dan cerahkan kulit. Mesti ramai yang stress dengan kak jerry,kulit gelap dan sun burn kan. Pantas ada yang pm kak myra kan minta kak myra share tips. So kak myra nak bagi petua terbaik untuk cerahkan kulit cara 2 bahan hebat untuk kulit dalam satu masker.

Ajaibnya Cantik Dengan Susu, Wajah Jadi Berseri! 2 Wanita Ni Buat Sendiri Bahannya.

Bukan omong kosong, ramai dah akui keberkesanan masker ni. Orang putih pun buat tau! Ada tomato dan susu segar didapur? Okay jom buat

Bahan :

tomato & susu segar (kalau takde susu segar, boleh ganti dengan yogurt)

Cara buat :

1. Lenyekkan tomato hingga hancur

Ajaibnya Cantik Dengan Susu, Wajah Jadi Berseri! 2 Wanita Ni Buat Sendiri Bahannya.
2. Campurkan sedikit susu segar hingga jadi pes (jangan cair sangat, cukup cukup untuk sapu dan melekat dekat muka)

Ajaibnya Cantik Dengan Susu, Wajah Jadi Berseri! 2 Wanita Ni Buat Sendiri Bahannya.
3. Tunggu 30-40 minit.
4. Bilas dengan air bersih.

Lepas lenyekkan tu pakai lah dekat muka.Jangan lupe pulak uolls tak payah lenyekkan hancur pun tak ape.

Posted by Myrah Che Rani on Wednesday, 28 February 2018

Manfaat masker susu ni.

*Kecutkan jerawat
*Mencerahkan kulit muka .
*Atasi masalah sunburn yang memedihkan.
*Pudarkan parut perlahan-lahan
*Jadikan kulit lebih lembut, licin dan glowing
*Menyerap lebihan minyak .
*Menyejukkan kulit

Kenapa TOMATO dan SUSU?
Tomato ni sangat sinonim dengan kecantikan kulit muka. Sebabtu supplement berasaskan tomato ni boleh kata agak mahal berbanding supplement lain. Kandungan antioksidan seperti lycopene dan zea-xanthin dalam tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas. .

Dicampur pulak dengan susu yang kandungan vitamin serta zat aktif yang terdapat dalam susu dah diakui dapat menyegarkan dan membuat kulit lebih cerah jika dibuat masker dan diamalkan.

sumber : Myrah Che Rani

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI