Anak itu ibarat kain putih dan kitalah sebagai ibu dan ayah yang akan mencorak kehidupannya. Bukan hanya dipandang melalui luaran tetapi ibu ayah juga harus melihat dari dalaman untuk menjadikan mereka insan yang baik.
Atas sebab ini, seorang ayah ini berpesan-pesan untuk sama-sama dapat mendidik anak buat benda baik kerana itulah sepatutnya.
Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya.
“Negara China kan jahat dekat muslim sana. Itu yang mereka dapat wabak penyakit.”
Tolonglah jangan ajar anak kita jadi manusia yang suka dengan kecelakaan yang menimpa orang lain. Ibarat kita ajar anak kita untuk cakap;
Padan muka kau!
Ads
Contoh yang lain pula, tetapi lebih kurang sama.
“Itulah mak dah cakap jangan main dekat luar, kan dah jatuh.”
“Nasib hidup malang macam itu, sebab dia selalu buat jahat dekat orang.”
“Dia tak dengar cakap cikgu, itu yang sampai patah kaki.”
Ads
Padan muka kau!
Hentikan ayat-ayat macam ini ya. Kerana sedarlah, jika ini gaya fikir yang kita cuba ajar pada anak-anak. Sebenarnya kita ajar mereka untuk jadi manusia yang judgemental.
Satu hari nanti mereka akan menjadi manusia yang mencari sebab atas segala kecelakaan yang menimpa orang lain.
“Mesti tak dengar cakap suami dia, itu yang terlibat kemalangan maut.”
Ads
“Patut la bisnes tak maju, banyak sangat buat maksiat.”
“Patut la bercerai berai, makan rezeki tak berkat.”
Serve you right. Serve you right. Sampai mati.
p/s : Jangan ajar anak kita buat benda baik agar dapat perkara baik. Namun ajarlah anak kita buat benda baik, kerana itulah yang sepatutnya dibuat.
Melihat kehidupan pasangan suami isteri muda ini, rata-rata memuji cara mereka membesarkan dan mendidik anak-anak.
Dalam satu perkongsian, Hairul Azreen, mendedahkan dia dan isteri, Hanis Zalikha, tidak mempunyai pembantu rumah bagi menolong mereka.
Sebaliknya mereka sama-sama sepakat melakukan bersama.
“Saya kena kemas rumah sebab kami tak ada pembantu rumah, sekali saja seumur hidup saya ada pembantu. Tu pun dah balik for good.
“Walaupun beras saya beli haha tapi cuci pinggan, vakum dan sapu satu rumah tu kerja saya. Kami bahagi tugas masing-masing. Keknis (Hanis) dia cuci baju, lipat kain semua la.
“Saya mandikan Yusuf, Keknis mandikan Alisa,” tulisnya di Instagram Stories.
Pelakon filem Paskal ini juga turut memuat naik foto sinki yang dipenuhi dengan pinggan mangkuk yang belum dicuci.
“Kalau ada pembantu rumah, tak akan jadi macam ni,” tulisnya lagi.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2.
Perkongsian doktor ini mengenai ketabahan seorang ibu yang hampir mengugurkan kandungannya ini sungguh motivasi buat kita ibu bapa dalam membesarkan anak-anak seadanya. Hakikatnya hidup ini ibarat roda. Kadang kita di atas, kadang di bawah.
Namun segala cabaran dan kesukaran yang mendatang harus ditempuh dengan tabah. Jangan mengambil jalan singkat yang salah untuk menyelesaikan masalah. Setiap musibah ada hikmahnya.
Seorang ibu yang hampir menggugurkan kandungannya dulu, kini anak itu menjadi anugerah dan kekuatan buat dirinya. Ketabahannya semasa hamil sehinggalah bayi lahir begitu motivasi sekali. Biarpun wanita ini tidak kaya harta, namun jiwanya kaya untuk memberikan yang terbaik buat anak tersayang.
Kongsi cerita seorang doktor di laman facebooknya Alifnunwau Nymous begitu motivasi untuk dibaca. Semoga sempena tahun baru di bulan Muharram, kita menjadi ibu bapa yang lebih baik dari hari ke hari.
“Doktor, harini ambil pulut udang eh” Aku lihat sebungkus pulut udang dibawa masuk. “Uihh banyaknya. Mana dapat?” “Patient X tu la bagi” Misi menjawab. Sengih. Terus aku terbayang pesakit yang berkenaan. Pesakit yang sama hadiahkan aku rambutan.
Pesakit yang mahu gugurkan anaknya dahulu semasa awal kandungan. Kemudian dihadiahkan dengan dua nyawa dari Tuhan.
“Rajinnya masak pulut udang” Aku mengusik. “Tak rajin pun doktor.. saja ja buat.. tu pun cek malas nak bakaq. Doktor bakaq sendiri na” Aku tergelak. Comel je sebab dia bahasakan diri dia ‘cek’. Dalam bahasa kedah, cek bermaksud saya. “Tak bakaq pun sedap ja”
Jujur aku maksudkannya. Pulut udang paling sedap pernah dirasa. Aku yakin ada nilai yang besar di sebaliknya. Sambil melihat keadaan dia, aku memesannya beberapa perkara. “Puan kalau ada tanda bersalin, jangan tunggu. Kena pi hospital” “Uih tapi cek baru 33 minggu.. awai lagi” Dia seloroh. “Haaa awai lagi tapi puan anak kembaq. Boleh beranak awai” Aku tambah. “Pastu jangan duk pi naik moto pulak pi hospital. Jauh nu. Satgi terberanak atas moto” “Pi naik kereta” Aku maksudkan kereta saudaranya. Sebab aku tahu pesakit aku ini tiada kereta.
Dia datang klinik sarat dengan perut besar menaiki motosikal sahaja.
Aku pesan berkali-kali jangan pergi hospital naik motosikal kalau nak bersalin. Hospital besar negeri aku ini jaraknya 40 minit dari rumah.. bahaya. “Kalau rasa tadan, takdak kereta, pi ja hospital X (hospital district / kampung), nanti depa tolak naik ambulans” Dia angguk-angguk. Aku memang kena terangkan beberapa kali pada pesakit ini. Sebab dia agak ‘kurang’ dari satu segi. Rendah IQ dan slow learner. Memang dari sebelum ini, dia perlu diberitahu banyak kali untuk faham. Agak mencabar untuk kami. “Okay nanti cek pi naik kereta pak cik X (saudaranya)”
BERSALIN Esoknya. “Doktor, pesakit x dah bersalin” “Eh” Belum sempat aku bersuara. “Dia bersalin normal doktor.. dua-dua dalam NICU tapi sihatt. Tunggu berat ja naik” Rupanya dia sakit bersalin malam berkenaan. Dan ke hospital, terus bersalin normal keduanya. “Dia pi naik apa kak?” “Moto” ?
BERPANTANG Dan hari ini, dia masih dalam pantang. Tapi masih gigih naik motosikal ke hospital besar yang jauhnya 40 minit (mungkin 1 jam kalau dengan motosikal), untuk lawat anak dan beri susu pada mereka di NICU. Boleh bayang tak dalam pantang bersalin dua orang naik motor ? Gigih. Semoga Allah merahmatinya.
Anak yang dahulu mahu digugurkan, kini menjadi anugerah dan kekuatan.
KAYA JIWA
Wallahi saat aku teringat wajahnya. Aku lihat di mata manusia, dia mungkin ‘miskin’ segala-galanya.
Miskin harta, Miskin rupa, Miskin teman hidup, Miskin kemampuan akalnya.
Namun ternyata ada benih kekayaan dalam dirinya. Kaya jiwa. .
Bahagianya jiwa itu bukanlah apabila kita memiliki semuanya. Namun apabila kita merasa cukup dengan apa yang Allah beri pada kita. Pada kadarnya.
Betapa ramianya manusia yang ‘miskin’, Yang lebih miskin dari wanita ini saat mereka kaya harta, kaya rupa, kaya anak, kaya kemampuan dari segala segi,
Kerana apa? Kerana mereka miskin jiwa. Walaupun telah memiliki hampir segalanya.
Mana mungkin jiwa yang sempit akan merasakan luasnya rahmat dan pemberian Tuhan?
Hari ini. Tahun baru.
Apa azam kita tahun ini? Apa yang mahu kita hijrahkan? Apa yang mahu kita korbankan?
Hidup ini bukanlah hanya berkisar pada apa yang Allah berikan pada kita sahaja.
Hingga kita sibuk-sibuk menghitung dan ‘memaksa’ Allah berikan semuanya, Sedangkan kita pula ‘kedekut’ dan lokek untuk berikan diri kita pada Allah.
Persoalannya, apa yang kita berikan pada Allah sebagai tanda tunduknya seorang hamba? Apa yang kita sanggup hijrahkan untuk Dia?
Count your blessing, Feel bless with anything, And give your heart to serve Him.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” -2:218
Sambutan hari ulang tahun perkahwinan adalah satu perkara yang “wajib” bagi setiap pasangan suami isteri. Mengikut cara tradisionalnya, makan malam romantik atau “candlelight dinner” sudah cukup tetapi pasangan perubatan ini akan menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 di Makkah.
Baru-baru ini, Dr Ahmad Samhan telah memuat naik satu hantaran di Facebook berdedikasi untuk isterinya, Dr Rushaida Zabidi. Beliau berkata bahawa impian isterinya adalah untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka di Makkah serta mengucapkan terima kasih kepada agensi Umrah yang dipilih kerana membantu merealisasikan impian isterinya.
Diilhamkan oleh isterinya, Dr Ahmad mengimbas kembali kepada zaman kesusahan mereka sepanjang 10 tahun berkahwin pada hantaran yang sama.
“Kami diijabkabul di tahun 3 perubatan. Tak mudah berumah tangga ketika masih belajar. Pernah sekali aku betul-betul tak ada duit. Tapi takkanlah dah ada isteri ni aku tergamak nak minta duit belanja dari Abah. Duit aku hanya cukup-cukup beli sepapan telur” luah Dr Ahmad.
“‘Sayang, bulan ni abang mampu beli ni je. Kita makan nasi dengan kicap, telur sebiji kita kongsi ya?’.’Tak apalah, ini pun dah cukup’. Dia masuk bilik ambil marker dan tulis atas telur nombor 1 hingga 30. Tujuan supaya tak masak lebih dari sebiji setiap hari. Aku sebak” jelas beliau.
Dr Ahmad Sahman juga menceritakan kehebatan isterinya menemani dan menjaganya ketika jatuh sakit pada 7 tahun yang lepas.
“7 tahun lepas aku disahkan ada ketumbuhan rahang. Perlu jalani pembedahan besar. Pembedahan ini menjadikan aku manusia bisu. Mulut diikat dengan dawai dan tekak di tebuk. Kaki disimen, minum susu ikut hidung dan kencing melalui tiub. Siksa, Allah saja tahu. Namun, dia tetap setia disisi menemani dan menjaga. Sikit pun tak mengeluh. Dialah yang sentiasa beri kata-kata semangat waktu aku putus harapan. Dialah yang sentiasa memahami dan memberi sokongan penuh setiap apa yang aku lakukan.”
“Di sebalik kehebatan seorang lelaki, ada wanita hebat di belakangnya. Wanita yang telah banyak berkorban. Kerana itu aku berusaha sedaya yang mampu untuk penuhi hasratnya. Nasihat saya untuk suami, hargailah isteri ketika susah dan senang. Jangan lupa pengorbanan dia bila berada di puncak. Layanlah dia sebaik mungkin. Hargai dia. Hari ini dia ada, esok lusa mungkin dia tiada. Kerana apa yang dia buat untuk kita dan keluarga tiada bandingan” nasihat Dr Ahmad.
Hantaran Dr Ahmad Samhan telah menyentuh hati warganet yang sebanyak 23,000 di Facebook. Semoga artikel hari ini memberi manfaat dan inspirasi kepada anda semua. Sayangilah pasangan anda sebelum terlambat.
Warden sepenuh masa MRSM dijangka dilaksanakan di 58 MRSM bermula tahun hadapan bagi memperkukuh disiplin pelajar, memperkemas pengurusan asrama dan mengurangkan beban tugas guru.