Tahniah diucapkan buat pelakon, Daler Yusof yang menimang cahaya mata keempatnya pada Selasa lalu.
Melalui perkongsian Daler, isterinya, Sakinah Barukul selamat melahirkan anak keempat melalui pembedahan selepas mengalami pendarahan pada usia kandungannya 36 minggu.
“Syukur alhamdulillah berkat doa semua di bulan Ramadan ini. Pembedahan berjalan lancar,” katanya.
Ads
Malah kongsi Daler lagi menerusi Instagramnya, anak dan isterinya kini berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja.
“Alhamdulillah bayi dan isteri saya sihat. Terima kasih atas doa-doa semua. Kami bersyukur kerana menyambut kelahiran cahaya mata ini di bulan Ramadan.
“Moga jadi anak yang soleh dunia dan akhirat kelak,” katanya lagi.
Ads
Berkongsi kisah kelahiran anak keempatnya itu, ujar Daler, isterinya dimasukkan ke hospital selepas bayi mereka berada dalam kedudukan songsang dan mengalami pendarahan.
Ads
Terdahulu, Daler dan isteri mendirikan rumahtangga lebih 10 tahun yang lalu. Pasanagn ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yusof (10 tahun) Amira (8 tahun) dan Abu Bakar (5 tahun).
Usahawan dan juga selebriti terkenal, Neelofa kini sedang menjalani sesi fisioterapi sebagai persediaan kelahiran bayi sulungnya.
Perkongsian tersebut dimuatnaik sendiri isteri kesayangan PU Riz menerusi InstaStorynya. Sekali gus memberi bayangan tarikh kelahiran zuriat sulungnya bakal tiba tidak lama lagi.
“Saya kini dalam perjalanan untuk hadir ke sesi fisi0terapi yang dilakukan dua kali seminggu.
“Sudah hujung-hujung kan (bakal melahirkan). Semoga dapat membantu,” tulisnya lagi.
Difahamkan, senaman fisi0terapi sangat berguna bagi setiap wanita hamil dan membantu mengurangkan serta memperbaiki posisi badan selain mengurangkan sakit belakang serta keletihan sepanjang tempoh kehamilan.
Sebelum ini berita kehamilan bekas pengacara Meletop hasil perkahwinan bersama PU Haris Ismail hangat diperkatakan dalam media sosial.
Empunya diri bagaimanapun tidak mengeluarkan sebatang kenyataan. Namun berita tersebut sahih usai peguamnya mengumumkan perkara tersebut.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Pastinya kita terkejut apabila secara tiba-tiba mendapati hidung berdarah dan panik untuk menghentikannya. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga mengalami situasi ini atau dikenali sebagai epistaksis.
Antara penyebab ia berlaku ialah mengalami kecederaan di hidung, kerap kali bersin, udara yang terlalu sejuk atau panas dan alergik hidung. Namun, jangan anggap ia perkara biasa. Jika berlaku kita harus bertindak pantas untuk menghentikan pendarahan hidung dengan segera.
Untuk kes pendarahan teruk, ia boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan pesakit berisiko tersedut darah ke dalam paru-paru. Malah, ia mungkin berkait dengan penyakit serius dan berbahaya. Oleh itu, segera berjumpa doktor untuk mengetahui sebab pendarahan. Bagaimana pun , melalui perkongsian Dr Ezairy M.Sallih menyediakan 10 tip cara untuk menghentikan pendarahan hidung dengan segera. Jom semak!
Kalau Hidung Anda Berdarah
Kejadian seperti ini bukanlah jarang untuk kita temui. Di mana-mana boleh berlaku. Sama ada kepada anak kita sendiri, anak murid di sekolah atau sesiapa sahaja.
Nak buat macam mana? Dongakkan kepala supaya darah berhenti? Atau masukkan daun sireh untuk hentikan pendarahan?
Nasihat saya, jangan lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ikut 10 langkah di bawah :
1. Bertenang. Elak lakukan tindakan terburu-buru. Cuba cari bantuan orang sekeliling. Ingat pesanan saya seterusnya selepas ini.
2. Tunduk. Ini langkah pertama MESTI dibuat. Saya ulang, jangan dongakkan kepala ke atas. Darah yang keluar akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung dan berisiko masuk ke paru-paru. Ini lebih bahaya.
3. Picit bahagian luar hidung anda. Tekan dan compress selama 15-20 minit. Jangan hentikan. Jika tak ada sebarang kain disekitar anda, lakukan dengan menggunakan Ibu jari dan jari telunjuk anda.
4. Ulang kembali langkah nombor tiga sekiranya pendarahan sudah mulai perlahan. Ketika ini anda hanya perlu bernafas melalui mulut.
5. Letakkan ais di bahagian dahi. Ini bagi membantu pendarahan daripada hidung untuk dikawal. Cuba dapatkan bantuan daripada orang sekeliling.
6. Sekiranya pendarahan masih aktif dan tidak ada tanda-tanda ia akan berhenti. Kekalkan posisi ini dan segera menuju ke hospital terdekat. Nasihat saya, terus ke unit kecemasan di hospital. Bantuan kecemasan yang perlu akan dilakukan.
7. Apa doktor akan lakukan di hospital? Di hospital, doktor akan memeriksa keadaan klinikal pesakit. Pesakit akan dipastikan di dalam keadaan stabil.
8. Pendarahan dari hidung akan dihentikan dengan beberapa cara di dalam keadaan kecemasan. Kami boleh melakukan ‘anterior nasal packing’ atau ‘posterior nasal packing’ bergantung kepada lokasi pendarahan.
9. Kebiasaannya pendarahan akan berhenti selepas prosedur ini dilakukan. Kemudian doktor akan memeriksa keadaan pesakit. ‘Nasal packing’ ini akan dibuang selepas 24 ke 48 jam bergantung pemeriksaan klinikal.
10. Jangan cuba-cuba masukkan apa-apa objek ke dalam hidung. Jangan masukkan air ke dalam hidung. Ini hanya akan menyebabkan pendarahan tidak akan berhenti. Lakukan langkah di atas dan terus bawa ke hospital.
Semoga nasihat ini berguna untuk kalian. Jangan lupa #KONGSI kepada orang yang anda sayang. Semoga lebih ramai mendapat manfaat nanti.
Kamatian itu pasti, itu semua kita maklum. Pun begitu, jarang sekali antara suami isteri membincangkan persiapan melalui detik itu agar yang ditinggalkan tidak berasa kesempitan kewangan umpamanya.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Cikgu Tg ini. Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
“Sayang kena hafal Password Maybank2U Abang ni,” pesan Cikgu Tg lembut dalam kereta semasa perjalanan pulang ke Port Dickson dari kampung halaman semalam.
“Kalau abang meninggal nanti, perkara pertama Sayang kena buat sebelum menangis adalah keluarkan sebanyak mungkin limit harian abang,” tambah Cikgu Tg.
“Iya insyaAllah bang,” jawapannya bersahaja, mungkin memikirkan benarnya kata-kata Cikgu Tg ini tetapi berat untuk difikirkan.
“Sayang faham kalau meninggal nanti semua akaun bank, KWSP, Tabung Haji, ASB dan semua institusi kewangan yang ada akan freeze,” semestinya dia arif, semasa di USIM dulu dia mengambil jurusan Financial Math dan belajar tentang Muamalat dan Takaful ini.
“Pernah terjadi satu kes, arwah suami seorang isteri ini meninggal, si isteri dapat keluarkan setiap hari RM5,000 selama 3 hari berturut-turut sebelum akaun bank itu freeze. Alhamdulillah sekurang-kurangnya si isteri ini telah punyai RM15,000 dalam tangan untuk urusan pengebumian, langsaikan hutang-hutang arwah dan diagihkan secara faraid duit lebihan itu sebagai harta pusaka kepada yang berhak.
“Ada jugalah dapat duit sedikit sebelum menunggu DUIT HIBAH TAKAFUL RM100,000 yang ditinggalkan oleh arwah suami beliau diserahkan 4 bulan selepas itu,” Cikgu Tg memberikan contoh agar si dia ini betul-betul memahami apa yang Cikgu Tg ingin sampaikan.
Bicara ini adalah kisah benar semalam, kami berbincang dalam nada bersahaja namun betul-betul mengambil serius tentang hal ini.
Buat para isteri di luar sana, berapa ramai dikalangan kalian mengetahui ID dan PASSWORD akaun bank suami kalian? Jika belum, bincangkanlah tentang hal ini.
Hal tentang masa depan bukan setakat bincang anak-anak akan datang nak sekolah di mana? Raya tahun ini nak pakai baju warna apa? Hujung minggu nanti nak beli barang dapur berapa bajetnya?
Hal tentang PENINGGALAN perlu difikirkan sama, saat Allah masih lagi beri peluang kita tidur atas katil bersama. Kerana apabila kita dijemput Ilahi, sangat berbeza mereka yang punyai PERANCANGAN dan mereka yang tiada langsung PERBINCANGAN.
Ramai yang terkejut tidak terkata dan terus buntu tidak tahu ingin buat apa jika sewaktu hayat ini tidak pernah mereka berbicara tentang KEMATIAN. Walhal ia adalah suatu KEPASTIAN.
Fikirkan teman-teman, telah ramai kawan-kawan kita pergi pada usia sebaya kita. Kita tidak terkecuali, suatu hari nanti pasti akan mengadapNya jua.
Mengingat Untuk Sama-sama Beringat
– Cikgu Tg –
Calon Jenazah
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.