Setiap perkembangan anak-anak menjadi fokus utama ibu bapa. Itulah situasi yang dialami oleh Norhidayah Mohd Ali Atau Hidayah yang merupakan isteri kepada Allahyarham Abam Bocey.
Dalam satu perkongsian di laman instagram, Hidayah memuat naik satu video memaparkan gelagat si anaknya, Syed UIthman Hamzah Al-Juffrey yang semakin bijak.
Ads
Tatkala diminta ibunya supaya menyebut ABC, mengira 123 dan sebagainya, dengan pantas dia mengikut permintaan.
zarawaniey Semoga menjadi ank yg soleh, bijak pandai , berjaya dunia akhirat ..
mariamrusla suka dgr dia sebut eight..terang dan ada slank inggeris😍
sya_dayah19Clever boy hamzah,semoga jadi anak yg soleh,bijak dan berjaya dunia akhirat👏❤️❤️
sharifahamyClever Hamzah👏👏👏. Semoga semakin bijak dan jadi anak soleh ibu ayah yer sayang😘
Wajah sama ayah
hasnahmshapie74Holah holahhh bulu mata awak… Good boy… Pandai nya Hamzah..
ummi_watiWajah comey Hamzah sama wajah Ayah dia kan. Semoga Hamzah dan Ibu selalu dlm lindungan Allah swt dan jadi anak yg soleh dan berjaya dlm hidup dunia akhirat. Aamiin🤲
Mahu hidangkan sesuatu yang istimewa untuk membuka selera satu keluarga. Untuk hari ini, apa kata cuba buat resipi Ayam Panggang yang cukup mudah in
Selamat mencuba!
.
Bahan-bahan:
½ Bawang Holland
2 biji bawang merah
1 sudu besar Black Pepper
1 Kiub pati ayam
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kicap manis
Cara membuat:
1. Sediakan bahan2 seperti dalam gambar…kisar halus.
2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dgn garam.. seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi..
3. Letakkan sesudu kicap.4. Gaul sekata… sy perap 1 malam .. simpan dalam peti..sebab nak bakar esok.
5. Bangun pagi2… amik ayam tersebut masukkan dalam air fryer.. sy guna suhu 170 dan set masa 30 minit
Kadang-kadang kipas siling di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum.
Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, tak susah mana pun. Jom ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Azlan Abdul Rahman.
Membaiki Kipas Panasonic Rosak.
Kipas apabila sudah lebih 12 tahun ia akan berpusing semakin perlahan dan mengeluarkan bunyi berdengung (humming). Kalau dibiarkan ia akan semakin teruk dan boleh menggangu komponen lain. Lagi banyak kos nak baikinya. Lagi pening tuan rumahkan?
Bolehkah ia dibaikpulih supaya berpusing seperti baru? Boleh jangan risau! 80% kipas yang rosak boleh dibaiki. Untuk kes ini bunyi ini berpunca dari kerosakan pada kapasitornya.
Cara mudah nak baiki kipas siling yang perlahan dan bunyi bising.
7 Langkah Mudah Baiki Kipas Siling:
Langkah 1.
Buka housing kipas supaya anda boleh cabut board keluar. Cari skru yang mengikat housing dengan body kipas. Biasanya skru ada di atas. Sebelum buka housing tu tutup suis utama dulu. Keselamatan diutamakan.
Langkah 2.
Periksa secara visual sama ada kesan burn atau ada komponen yang pecah. Dalam kes ini komponen pada board ini masih kelihatan ok pada luaran.
Langkah 3.
Salah satunya daripada komponen yang ditandakan ini sudah electrically deffective atau failed. Benda nilah yang menyebabkan kipas anda perlahan dan berbunyi bising. Fungsi asas kapasitor menyimpan dan mengeluarkan cas. Apabila dah lama ia akan semakin hilang kemampuan.
5 kapasitor² ini perlu diganti. Dapatkan sparepart ini di kedai elektronik berhampiran. Harganya tak mahal sektiar RM3 saja.
Kalau anda kurang yakin nak beli, anda bawa saja board ni pergi ke kedai elektronik beritahu nak tukar semua komponen yang ditandakan ni. Tuan kedai lebih arif part mana yang sepatutnya dia ambil.
Langkah 4.
Sediakan peralatan soldering secukupnya seperti iron tip, solder wire, solder wick dan kapasitor baru yang nak ditukar tadi.
Langkah 5.
Tukar 5 komponen kapasitor tadi mengikut value komponen masing². Kemahiran pasang part ni kita belajar dalam subjek Kemahiran Hidup dulu. Ia tak susah mana.
Selepas pasang part periksa board kalau ada short² atau solder bridging.
Langkah 6.
Pasang balik board pada kipas. Jangan pasang housing lagi sebab kita nak test dulu. On suis utama dan test semua function pada remote.
Setelah ada bunyi beep dan laju maknanya anda telah berjaya.
Langkah 7.
Finishing. Alang² kipas dah repair, cuci la bilah kipas tu. Kesian dekat kipas kena ‘angkut’ beban habuk yang tak sepatutnya dia tanggung. Ingat kalau sayang kipas kena cuci dari habuk secara berkala. Bukan sebab cantik ada sebab teknikal juga.
Hasilnya lihatlah kipas yang dah ditukar kapasitornya. Macam kipas baru!
Menjelang hari raya, pasti ibu-ibu sibuk buat persiapan, ada yang nak tukar langsir baru kan. Tapi satu hal yang sering buat ibu-ibu pening adalah kedudukannya yang asyik berubah.
Menerusi perkongsian febinasaputri di laman TikTok, dia pada asalnya menunjukkan keadaan perhiasan rumah itu yang seakan-akan serabut. Namun, idea bernas akhir terserlah selepas dia mempunyai cara memperbaikinya hanya menggunakan paip span.
Serabut mata tengok langsir tak reti duduk diam, mood men-deco dah kembali.
Kongsi tutorial cara pasang paip span pada langsir, moga bermanfaat kepada semua.
Menerusi perkongsian terbaharu, wanita berkenaan telah menunjukkan tutorial mudah cara memasangnya pada langsir jenis ‘Lenda’.
Caranya cukup mudah. Potong paip tersebut kepada beberapa bahagian. Kemudian, letakkan pada setiap lubang sebelum memasang kembali ke tempat asal.
Siap!
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan tips yang dikongsikan wanita itu. Malah, idea tersebut turut memberikan inspirasi kepada mereka untuk menghias rumah dengan bahan yang lebih murah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.