Memang benar, lain orang tentu lain cara mendidik anak-anak yang dipraktikkannya. Pun begitu, tujuan kita sebagai ibu dan ayah ketika mengajar anak-anak pasti mahukan anak-anak dapat belajar dengan sebaik mungkin dan faham apa yang cuba kita sampaikan. Sekali gus, menjadikan anak-anak ini seorang anak yang bijak pandai.
Mengetahui lanjut cara mengajar anak-anak di bawah umur 2 tahun, ayuh kita baca perkongsian daripada puan Maryam Jamadi ini untuk info bersama.
NAK ANAK BIJAK
Kadang-kadang saya garu kepala bila, anak lelaki, semua mainan kereta.
Anak perempuan, semua mainan anak patung.
Dalam merangsang perkembangan anak, pemilihan mainan sangat penting terutamanya anak bawah 2 tahun yang permainannya terhad dengan apa yang diberi dan apa yang ada.
Tidak perlu 1 rak mainan kereta untuk anak lelaki tetapi tidak ada 1 pun mainan masak-masak. Yang ada anak perempuan, tidak perlu pun penuh katil dengan teddy bear tetapi tiada mainan kereta.
Semua mainan penting.
Ads
Ramai yang bertanya saya, mainan apa yang paling bagus untuk anak umur bawah 2 tahun. Jawapan saya, apa apa mainan pun bagus asalkan tak bahaya.
Asalkan dapat merangsang perkembangan anak, macam mana nak merangsang perkembangan? Dengan merangsang semua deria. Ada 7 jenis deria yang perlu dirangsang sejak lahir kalau nak anak pandai dan bijak:
1. Sentuhan 2. Keseimbangan dan pergerakan 3. Sendi 4. Visual 5. Auditori 6. Rasa 7. Bau
Maka, pemilihan mainan yang pelbagai sangat penting untuk merangsang semua deria. Otak anak bawah 2 tahun macam span, menyerap segala benda dan jangan terkejut jika kita merangsang semua deria dengan optimum dan cukup. Kesannya sangat memberangsangkan, malah anak cepat “tangkap” apa-apa input yang diberi kepadanya.
Ads
Kalau nak anak bijak, bukan dengan mengajar membaca seawal lepas lahir ya. Tetapi dengan merangsang deria-deria, dan cara yang paling bagus untuk mengajar anak benda baru adalah dengan menggabungkan semua deria yang ada.
Contohnya nak ajar buah epal, daripada guna flashcard epal lebih baik guna epal yang betul kerana jika flashcard ia hanya menggunakan 2 deria sahaja iaitu pendengaran dan penglihatan. Jika kita beri buah betul, ia secara tak langsung menggunakan semua deria
Ads
1. Sentuhan, anak pegang tekstur dan bentuk epal.
2. Auditori, anak dengar perkataan epal.
3. Visual, anak lihat buat epal.
4. Bau, anak bau epal.
5. Rasa, anak rasa epal.
6. Sendi, anak pegang epal dan agak berat epal.
7. Keseimbangan, anak cuba seimbangkan badan dan tangan semasa memegang epal.
Teknik ini juga sangat berkesan untuk anak yang lewat bercakap (speech delay). Tetapi, berapa banyak mainan yang ada pun tak boleh tandingi “mainan” mak ayah yang meluangkan masa bermain dengan anak.
Kepada mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun, mohon sangat-sangat untuk luangkan masa bermain untuk anak. Tiada guna beli mainan berbakul-bakul tetapi “tiada” mak ayah yang bermain bersama.
Berikutan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin Jumaat lalu, setiap orang akan dikreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna bermula Julai ini.
“Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.”
“Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.” katanya pada sidang media 5 Jun lalu.
Bagi yang belum mengetahui cara bagaimana untuk mendaftar, jom ikut langkah-langkah di bawah :-
1) Muat turun applikasi MySejahtera. Daftarkan akaun anda.
2) Masukkan nombor telefon anda terkini, jangan lupa click ‘im not a robot’ dan tekan daftar.
3) Tunggu pengesahan yang dihantar di telefon bimbit anda, masukkan ke dalam ruangan yang disediakan. Dah selesai, klik hantar.
4) Isikan maklumat yang terdapat dalam borang.
5) Akhir sekali, masukkan kata laluan dan sahkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Lempeng Kelapa, Rasa Lemak-lemak, Lembut Bila Dikunyah
Lempeng kelapa antara sajian yang menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Sarapan yang mudah dan ringkas ini memang enak dimakan bersama kuah kari dan juga sambal sardin.
Jom kita cuba resipi lempeng kelapa seperti yang dikongsikan Dapur Kak Chik. In Sha Allah sedap dan lembut sampai ke petang. Pasti menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga.
RESIPI LEMPENG KELAPA
BAHAN A (dikisar)
1 biji telur
2 keping roti
1 cawan air
BAHAN B:
4 cawan tepung gandum
Garam
2 sudu susu pekat
Air secukupnya
2 sudu minyak @marjerin cair
1 cawan kelapa parut
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan bahan A dan B – bancuh sekata agak-agak kepekatannya.
2. Kisar sekali lagi.
3. Masukkan dalam bekas dan campurkan kelapa parut.
4. Masak dengan cara lenggangkan di atas kuali non stick macam buat kuih gulung. Apabila siap bolehlah dihidangkan bersama sambal sardin atau kuah kari.
Sumber kredit: Sumber kredit: Dapur Kak Chik via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tandas yang harum dan bersih antara yang dititikberatkan kaum wanita terutama ibu-ibu di rumah.
Sebab tu macam-macam petua atau tip dicuba ketika membersikan tandas mahupun bilik mandi. Tetapi ada petua yang sesuai ada juga yang boleh mengundang masalah.
Gambar hiasan
Sepertimana yang dikongsikan oleh puan Syahirah Omar ini berkenaan tip untuk pastikan mangkuk tandas sentiasa wangi dan bersih dengan menggunakan Sabun buku.
Menurut puan Syahirah, tip berkenaan boleh menyebabkan masalah pada ekosistem air dan saliran.
Baru-baru ni viral satu perkongsian di Tiktok, dia ada bagi tip bagaimana nak toilet bowl sentiasa wangi, dan bersih. Caranya dengan dengan memasukkan sabun buku daia dalam tangki flush.
Dan hasilnya memang berbuih la mangkuk tandas.
Hakikatnya ramai tak tahu amatlah tak bagus buat begitu. Sangatlah tak baik untuk ekosistem air dan saliran.
Begini,
Bila terlalu banyak sabun dalam tangki flush tu, kesannya boleh membunuh mikroorganisma yang sepatutnya bertugas dalam proses penguraian dalam loji kumbahan. Maksudnya tak ada bakteria dan kulat baik yang boleh mereputkan najis.
Hasilnya najis kekal bentuk begitu.
Maaf sedikit jijik. Tapi saya nak cerita je apa kesannya.
Kemudian,
Saya terbaca juga kesan buruk lain. Antara sebab lain kenapa tak boleh buat begitu, rubber seal dalam tangki flush tu akan cepat rosak dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.
Semuanya disebabkan tindakbalas kimia yg ada pada sabun tersebut menyebabkan air akan terus mengalir ke dalam tandas seterusnya bil air kalian akan tinggi.
Gambar hiasan
Terpaksalah kalian mengeluarkan kos nak repair pula.
Dulu saya cuci tandas seminggu sekali. Tapi sekarang saya biasakan diri cuci tandas setiap kali gunakan. Kalau mandi, terus disiplinkan diri sental tandas. Kalau jamban kalian asing, asal membuang, teruslah berus toilet bowl tu.
Gambar hiasan
Jadi bila kerap mencuci, tak la teruk berlendir berlumut lantai sampai licin bila pijak, kan? Tak payah spend masa yang lama pun sebenarnya. Sekejap je mencuci setiap kali penggunaan tandas.