Anak tak makan durian? Sebaiknya usahakan anak untuk mencuba raja buah ini. Durian sebenarnya cukup banyak kelebihannya dan paling mak ayah perlu tahu, durian boleh membantu stabilkan mood anak dan mudahkan anak untuk tidur.
Bukan hanya baik untuk anak-anak kecil, bahkan banyak juga kelebihan untuk ibu menyusu. Baca kelebihan duit buat anak dan ibu menyusu, seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Durian boleh bantu stabilkan mood dan mudahkan anak tidur tau. Jomlah kenalkan durian dengan anak-anak.
Dalam durian ada tryptophan. Penting untuk beberapa fungsi utama dalam badan. Waktu proses penghadaman berlaku, tryptophan akan bertukar kepada serotonin, yang mana akan bantu stabilkan mood dan tenangkan perasaan kita.
Tryptophan juga ditukarkan kepada melatonin. Hormon penting untuk kawal tidur dan buatkan kita cepat mengantuk.
Ads
Korang perasan tak, kalau ibu menyusu makan durian, mesti meriah kan susu. Sebab terlebih gembira lah tu, hormon serotonin beriya keluar. Ibu happy, susu pun banyak, anak pun seronok.
Durian tinggi dengan lemak baik jugak tau. Lemak tak tepu yang bagus untuk jantung dan saluran darah. Durian takde kolesterol ya, betulkan salah faham kita. Tumbuhan tak pernah ada kolesterol pun.
Durian pun bagus untuk imuniti anak. Ada kandungan vitamin C dan antioksida, bagus untuk lawan radikal bebas dan bantu support imuniti melawan jangkitan bakteria dan virus.
Ads
Cuma durian ni, tinggi gula semulajadi. Yang ada kencing manis, stabilkan duli kencing manis sampai dah tak perlu makan ubat, barulah boleh cari durian nanti.
Durian jugak ada kandungan sulfur. Yang mana bukan semua sesuai makan durian.
* Kembung perut. * Muntah. * Serangan asthma. * Sakit kepala. * Gatal-gatal.
Ads
Kalau korang ada simptom ni bila makan durian, elakkan dulu durian k. Betulkan perut. Tinggalkan makanan proses, banyakkan ambil real food. Ambil banyak makanan tinggi vitamin C dan antioksida yang lain.
Yang takde masalah macam ni, teruslah makan dengan senang hati. Tak selalu kan dapat nikmat makan durian. Ajar anak makan sekali tau.
Kita cuba sama-sama ya, banyakkan real food dan kurangkan proses food pada anak-anak dan keluarga.
Semua kita ingin sihat dan menjalani kehidupan dengan sempurna bersama keluarga. Namun, siapa sangka, kita rasa kita sihat, tetapi kadang kala kita rasa seakan sesak nafas. Barangkali, kita anggap ia biasa-biasa aje, hakikatnya ia mungkin ada kaitan dengan serangan jantung.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Public Health Malaysia, serangan jantung disebabkan oleh pelbagai gaya hidup kita.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Pernah dengar orang sakit jantung tapi tiada gejala atau penyakit kronik? Anda pun tahu, kalau kurang bersenam dan diet yang tidak baik boleh menyebabkan sakit jantung. Rupanya banyak lagi perkara yang kita tidak tahu yang boleh menyebabkan sakit jantung Berikut adalah beberapa punca yang telah dikaji ada kaitan dengan penyakit jantung:
1.Masalah dental
– Waa.. Tak sangka masalah dental boleh menyebabkan penyakit jantung. Bagaimana tu? Perkaitannya masih dalam kajian. Ada hipotesis menyatakan bahawa gusi yang penuh bakteria, masuk ke dalam darah dan menjadikan salur darah kita rosak akibat radang termasuk jantung! Jadi jsetiap 6 bulan jumpa doktor gigi tau untuk check gigi.
2.Kerja shift
– Menurut kajian daripada Western Univeristy di Canada, kerja pada waktu malam atau waktu yang tidak tetap ini boleh meningkatkan risiko sakit jantung. Pengkaji menyatakan kerja shift ni memberikan impak negatif pada ritma sirkardian yang mungkin boleh menyebabkan masalah jantung. Jika anda tidak bekerja pada waktu biasa, pastikan anda ambil langkah pencegahan seperti tidur mencukupi, rehat, diet yang baik dan bersenam.
3.Trafik jam
– Bila dah masuk fasa PKPP (pemulihan) ini, mula lah jalan raya jam balik tak. Ianya kondisi yang sangat stress! Kajian menunjukkan jika kita berada dalam trafik selama sejam, ianya meningkatkan risiko untuk dapat sakit jantung. Bunyi bising di atas jalan juga dikaitkan dengan sakit jantung. Kalau boleh, ambillah flexi hour, jangan bergegas pada waktu puncak dan dengar musik radio yang menenangkan. Kalau ada kawan di sebelah, ajaklah berbual.
4.Menopaus awal
– Anda seorang wanita, dan menopaus sebelum umur 46, anda berisiko untuk mendapat sakit jantung dua kali lebih tinggi berbanding yang menopaus selepas 46. Estrogen memainkan peranan penting dalam risiko jantung. Bolehlah lakukan pemeriksaan seperti kolesterol, gula, darah tinggi di klinik kesihatan setiap tahun.
5.Berdengkur
– Jika pasangan anda kata anda kuat berdengkur, anda mungkin kerap mengalami masalah bernafas sewaktu tidur. Ini dipanggil apnea tidur. Ianya terjadi jika salur pernafasan anda menguncup disebabkan otot lidah dan tengkuk menghempap saluran udara tersebut. Keadaan ini dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, berdebar-debar, jantung berdegup tidak sekata, strok, dan lemah jantung. Merawat apnea tidur boleh mengurangkan risiko dan merawat darah tinggi.
6.Hepatitis C
– Jika anda ada penyakit hepatitis C, anda mungkin mengalami kolesterol rendah dan tekanan darah yang rendah. Walaupun rendah, anda mempynyai risiko yang lebih tinggi untuk jantung. Mengapa? Kajian menyatakan virus ini boleh menyebabkan radang hati, dan juga di tempat lain seperti jantung! Berbincang dengan doktor anda tentang perkara ini ya.
7.Tidur tak berkualiti
– Jika anda dengan kerap tidur kurang dari 6 jam, anda mempunyai risiko penyakit darah tinggi dan kolesterol. Ianya juga meningkatkan risiko anda untuk mendapat diabetes dan obes. Keadaan ini semuanya boleh memberikan kesan kepada jantung! Namun ini tidak bermakna anda perlu tidur secara berlebihan. Kajian juga menunjukkan jika anda tidur melebih 9 jam secara terlentang, ianya akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat diabetes dan strok.Jadi untuk menjaga jantung, badan dan otak, anda tidur selama 7-9 jam ye.
8.Perkahwinan yang tak bahagia
– Pasangan yang sepadan dan hidup bahagia adalah sangat baik untuk jantung. Kajian menunjukkan kalau anda tak bahagia, anda terdedah dengan stress. Bila stress, anda tidak jaga diet, anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Hormon stress yang berlebihan pun boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi kalau ada masalah pasangan, bawa-bawalah berbincang dengan kaunselor atau terapis.
9,Kesunyian
– Jika anda menghabiskan masa dengan orang tersayang, ianya akan mengurangkan stress. Kesunyian menyebabkan anda lebih tinggi untuk dapat sakit jantung. Jika anda dekat dengan keluarga atau kawan rapat, cubalah berhubung dengan mereka. Atau pelihara kucing. Pemilik haiwan memiliki kesihatan jantung yang lebih baik dan hidup lebih lama juga.
10.Terlalu lama menonton TV
– Individu yang asik menonton TV tidak bergerak dan sangat berisiko untuk mendapat sakit jantung. Setiap jam anda melihat TV, meningkatkan risiko setinggi 20%. Jadi bawa-bawalah berdiri setiap jam, berhenti seketika TV, regangkan otot selama 5-10 minit.
11.Terlalu banyak senaman sekaligus
– Senaman bagus untuk kesihatan. Tapi kalau anda baru nak bermula sebab nak dapatkan berat ideal dan jaga kesihatan, mula secara perlahan. Mula perlahan dan tingkatkan senaman secara berperingkat. Jangan sekaligus. Jika anda senam terlalu lama dan terlalu sukar, dikhuatiri ianya boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi, mulakan dengan berjalan perlahan dahulu ye.
Jadi anda sudah tahu pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan masalah jantung kan? Jangan lupa kongsi pada kawan anda agar mereka pun tahu. Semoga bermanfaat.
Kredit: Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Waktu mengandung adalah saat yang sukar untuk digambarkan. Ada wanita yang melalui pengalaman yang berbeza-beza.
Ada yang sihat tanpa sebarang gangguan dan alahan tetapi ada juga yang mengalami bermacam alahan dan keletihan melampau.
Malah melalui tempoh sarat dari usia kandungan tujuh bulan hingga 9 bulan adalah saat yang getir. Ibu terpaksa membawa kandungan yang agak berat dengan perut yang sudah mula cekang dan menegang.
Selain rehat yang mencukupi, amalan pemakanan yang tepat dan sihat adalah cara bijak ibu menjaga kandungan. Maklumlah ketika mengandung ibu dilarang mengambil ubat-ubatan tertentu dan pemakanan dan rehatlah sebagai langkah bijak.
Pun begitu mengamalkan petua tradisional tidak salah, asalkan tidak memudaratkan kepada ibu mengandung. Ini cara yang dilakukan oleh wanita bernama Lyndah Abraham di facebooknya. Perkongsiannya buat ibu-ibu mengandung yang selalu mengalami keletihan dan lemau-lemau badan boleh kita cuba.
Teh Penyegar Badan
Air Tea O penyegar badan. Paling sesuai untuk keluarga. Ibu-ibu mengandung yang selalu lemau pun boleh cuba.
Bahan-bahan:
Halia
Daun Pandan
Gula kabung/gula batu
Uncang tea
Caranya:
1. Rebus air bersama halia dan daun pandan.
2. Setelah mendidih tutup api.
3. Masukkn air panas tadi ke dalam cawan. Letakkan gula dan uncang teh (seperti bancuh teh biasa).
Sepanjang hari ini pasti telah bermacam-macam juadah dinikmati. Namun jika mengalami sistem penghadaman tidak berfungsi dengan baik, ini pastinya akan menyebabkan toksin akan terkumpul di dalam tubuh. Oleh itu ada baiknya anda amalkan petua ini setiap malam sebelum tidur.
Caranya cukup mudah dengan menggunakan bahan utamanya iaitu bawang putih. Dikatakan bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.
Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari toksin atau racun dan membantu anda menyelesaikan beberapa jenis penyakit. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh dan sekali gus melancarkan sistem penghadaman.
Cara Penyediaan :
1. Potong beberapa hirisan bawang putih.
2. Kemudian tambah satu sudu air.
3. Masukkan perahan air lemon dan minum.
Info Tambahan
Ulangi prosedur ini setiap malam sebelum tidur dan pastikan minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh.
Sumber dari Natural Healing Magazine
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar Malaysia di UK sorok bayi baru lahir dalam kotak bijirin, sumbat dalam beg pakaian. Seorang pelajar Malaysia, Jia Xin Teo, 22 tahun, di Coventry, United Kingdom (UK) telah disabitkan kesalahan membunuh bayi perempuannya sendiri.