“Aku Dah Menang Tadi, Kesian Isteri & Anak-Anak.” Jufferi Jamari Luah Rasa Kecewa

Share

Jaguh silat negara, Al Jufferi Jamari meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat menghadiahkan pingat kepada negara serta anak dan isterinya.

Juara dunia 3 kali itu tewas di tangan pesilat Singapura dalam kategori Kelas Putra F. Lebih memeritkan dia terpaksa bertarung dalam kesakitan selepas dibelenggu masalah kecederaan yang belum pulih sepenuhnya semasa menentang lawannya itu.

Beliau mengakui bahawa beliau terpaksa ketepikan rasa sakitnya itu selepas teringat akan anaknya yang menderita sakit kanser.

Saya kuat sebab anak. Kalau saya sakit bahu, anak saya sakit kanser. Dia lagi kuat, dia budak kan.

“Anak je ada dalam gambaran saya, anak je. Sebab dia sakit. Umur 2,3 tahun dah kena kanser,” ujarnya ketika ditemu bual oleh wartawan Arena.

Sungguhpun tumpas di tangan lawan, namun aksi yang ditonjolkan oleh Al Jufferi Jamari cukup membanggakan kerana berjaya merapatkan mata walaupun pada satu ketika ketinggalan dengan jurang yang agak banyak.

Beliau juga memastikan bahawa lawannya itu terpaksa berhempas pulas ketika menentangnya walaupun dia bertarung dalam kesakitan.Kekalahan tersebut sekali gus menghalang memberikan peluang kepada Pesilat Singapura itu untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Sumber: Astroarena


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN