Umum sudah sedia maklum pergolakan yang berlaku dalam rumahtangga pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin. Baru-baru ini Puteri Sarah mengesahkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga bersama suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sudah memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada minggu lalu.
Menurut Sarah, Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di JAWI serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada penghujung Jun lalu.
Namun, aktres berumur 37 tahun ini tidak dapat memaklumkan tarikh sebenar keterangan itu dibuat berikutan enggan mengganggu siasatan.
“Apa yang boleh saya beritahu, dia sudah pun tampil beri keterangan dan sekarang pegawai penyiasat sedang jalankan siasatan.
“Siasatan juga mengambil masa dan Insya-Allah selepas selesai saya akan bertindak ke peringkat seterusnya.
Ads
“Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mahkamah syariah untuk dakwaan orang ketiga manakala di mahkamah sivil untuk dakwaan melakukan gangguan.” katanya ketika sidang media teater Maduku Terpaling Kalut yang diadakan di Ascott Kuala Lumpur, pada Selasa.
Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia berasa lega melihat perkembangan kes aduannya itu yang berjalan dengan baik.
“Saya perjuangkan ini untuk diri sendiri dan anak-anak. Ia memang satu proses yang panjang tetapi alhamdulillah, ada progres.
“Saya tak kisah menunggu asalkan ada pergerakan tentang siasatan ini. Nampak usaha keras saya berjalan.” tambahnya.
Ads
Dalam pada itu, Sarah menyatakan kini dia dan keluarga tidak lagi diganggu oleh pihak ketiga selepas arahan injuksi dikeluarkan.
“Pihak di sebelah sana tidak boleh berkomunikasi langsung dengan saya dan mendekati keluarga saya.
“Sekarang saya akui hidup saya lebih aman.” ulasnya.
Ads
Minggu lalu, Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan suaminya Syamsul Yusof.
Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Sumber : Gempak
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila bergelar anak tunggal umum membayangkan pastinya anak tersebut akan menerima kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari ibuayahnya. Anak tunggal juga tidak perlu berkongsi kasih sayang dengan adik-beradik yang lain malah kebanyakan dari anak tunggal ini lebih manja sifatnya.
Mungkin ini jugalah yang pernah dirasai oleh seorang anak remaja ini yang dikenali sebagai Muhammad Akmal Danial, menjadi anak tunggal selama 17 tahun! Pun begitu pada bulan Ogos yang lalu ibunya telah selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Nur Ayra Delisha.
Benarlah rezeki itu datang tanpa diduga, pasangan suami isteri, Norhafizi Mohamed dan Siti Aisyah Ibrahim telah dikurniakan bayi perempuan selepas 17 tahun menunggu.
Kegembiraan itu telah dikongsikan bersama wargamaya dan kisahnya tular di TikTok selepas Siti Aisyah, 40, memuat naik video anak sulung, Muhammad Akmal Danial, 17, dan Nur Ayra Delisha yang dilahirkan pada 28 Ogos lalu.
Bukan sahaja jarak usia antara anak pertama dan kedua yang begitu jauh menarik tumpuan warganet, malah warga TikTok tertarik melihat abang mengasuh adik dan keakraban hubungan dua beradik tersebut yang cukup membahagiakan di lihat hingga video ini mencecah 1M tontonan.
Memetik kisah lanjut berkenaan keluarga ini di Harian Metro, Norhafizi, 44, yang menetap di Kampung Gong Kepas di sini berkata, anak sulungnya dilahirkan pada 2004 iaitu tahun pertama perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia dan isteri memang mengimpikan zuriat lagi cuma tiada rezeki buat mereka selepas itu.
“Kami tidak merancang dan isteri pernah hamil pada 2008 tetapi kandungannya itu keguguran dan dianggap kami tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua ketika itu.
“Selepas mengalami keguguran, isteri tidak hamil dan bagi mendapatkan kepastian, kami bertemu pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan selain berikhtiar dengan menjalani rawatan kesuburan, Inseminasi Intrauterine (IUI).
“Bagaimanapun, masih tiada hasil namun kami tidak berputus asa malah teruskan hidup dengan membesarkan dan beri kasih sayang kepada Muhammad Akmal Danial,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Berkongsi pengalamannya sejak ada cahaya mata kedua, Norhafizi mengakui agak kekok kerana sudah lama tidak menjaga dan menguruskan keperluan bayi.
Bagaimanapun, Norhafizi bersyukur kerana ada banyak waktu bersama anak keduanya itu memandangkan sudah bersara sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Mei tahun lalu.
“Bukan hanya saya malah isteri juga kekok kerana sudah lama tidak menguruskan bayi dan berjaga malam untuk menyediakan keperluannya.
“Seolah-olah kami baru pertama kali menimang cahaya mata walaupun pada hakikatnya pernah mempunyai pengalaman sebelum ini.
“Mujurlah saya sudah bersara jadi ada banyak masa bersama bayi kerana isteri bekerja sebagai jururawat di klinik kesihatan dan tidak lama lagi akan kembali bertugas selepas tamat cuti,” katanya.
Menceritakan penerimaan anak sulungnya, Norhafizi berkata, Muhammad Akmal Danial tidak gembira ketika kali pertama dapat tahu akan ada adik.
“Mulanya dia (Muhammad Akmal Danial) agak memberontak kerana bimbang kami beri perhatian lebih kepada adiknya kerana sebelum ini, dia anak tunggal jadi tumpuan untuknya saja.
“Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Nur Ayra Delisha dilahirkan apabila Muhammad Akmal Danial yang paling teruja dan dia juga banyak menghabiskan masa melayan keletah adiknya itu di rumah.
“Sebagai bapa, saya suka melihat keakraban mereka berdua dan gembira apabila Muhammad Akmal Danial sudah ada teman baru di rumah lagipun kasihan juga kepadanya sebelum ini kerana sering diusik rakan gara-gara menjadi anak tunggal,” katanya.
Norhafizi menganggap kehadiran Nur Ayra Delisha dalam hidupnya dan isteri sebagai anugerah terindah yang menceriakan keluarga.
“Ini ketentuan Ilahi dan kelahiran Nur Ayra Delisha membuatkan seluruh keluarga teruja terutama keluarga belah saya kerana kebanyakan anak saudara sudah besar.
“Bagi pasangan di luar sana yang lalui perjalanan sama seperti saya dan isteri supaya bersabar, jangan putus asa dan terus berdoa kepada Allah,” katanya.
Meninjau di ruangan komen ada pelbagai reaksi diberikan malah ramai juga yang berkongsi kisah dan pengalaman peribadi berkenaan jarak kelahiran anak yang terlalu jauh. Antaranya adalah perkongsian daripada Puan Elin Hasekh, tulisnya, “alhamdulillah macam anak sulong saya juga sis tak boleh terima ada adik sebab 4 tahun dia dengan saya, tahu-tahu ada adik merajuk dia. Bila saya bersalin dia yang paling teruja sangat”
Komen Noorrasikin Mohamad pula, ” Anak saya yang sulong umur 21, yang nombor 2 17 tahun, ada adik umur 3 tahun.
Tidak dengan itu, malah ramai yang mendoakan agar keakraban adik beradik ini terus kekal bahagia buat selama-semalanya dan mengucapkan tahniah.
Bagi pasangan raja sehari, mereka ada cara tersendiri untuk meraikan hari bahagia supaya dapat dikenang sehingga ke akhir hayat. Daripada pemilihan pakaian, lokasi, tarikh dan juga hantaran, segalanya mahu nampak istimewa.
Hantaran Al-Quran Tulisan Tangan
Sebut tentang hantaran, seorang jurugambar semalam memuat naik satu perkongsian di Twitter, tentang kawannya yang memberi hantaran berbentuk senaskah al-Quran yang ditulis tangan sendiri olehnya kepada isteri.
Thread yang dibuat oleh Raja Nazrin ini telah nyata menjentik perhatian netizen. rata-rata memuji kegigihan pengantin lelaki tersebut dalam memberikan sesuatu yang cukup istimewa buat pasangannya.
Menurut Raja Nazrin, al-Quran tulisan tangan itu mulai ditulis sejak tiga tahun sebelum ini, iaitu semasa pengantin lelaki masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama dengannya.
a
Rata-rata netizen berasa kagum dengan pemberian tersebut. Mereka turut berasa terpegun dengan tulisan tangan pengantin lelaki yang sangat cantik dan tersusun itu.
Sekarang ni nak mudah, tak perlu nak bercat, tampal je wallpaper untuk naikkan seri rumah. Ada yang rajin setiap tahun mesti nak bertukar wallpaper, tapi risau kalau cat dinding di bawahnya akan tertanggal sekali dek gam wallpaper tu.
Haaa ini ada teknik mudah untuk anda tanggalkan wallpaper tanpa merosakkan cat asal di bawah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @shah_gegar . Jom lihat caranya!
CARA TANGGALKAN WALLPAPER DI RUMAH TANPA ROSAKKAN CAT
Bahan-bahannya:
– Softlan
– Pengikis (scrapper)
– Botol Spray
– Air panas
Cara-caranya:
1. Masukkan air panas ke dalam botol air.
2. Kemudian masukkan sedikit softlan.
3. Masukkan pula air paip.
4. Mula-mula tanggalkan lapisan pertama wallpaper di dinding.
5. Selepas itu, sembur wallpaper dengan campuran dalam botol spray. Biarkan kembang seketika.
6. Kemudian gunakan scraper dan boleh tanggalkan wallpaper tersebut dengan mudah.
Hasilnya memang terbaik. Memang confirm takkan tertanggal cat. Selamat mencuba!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.