Perginya seorang permata hati, Nur Dinie Damia akibat jangkitan influenza A benar-benar terkesan di hati warganet. Berita sedih ini dikongsikan oleh oleh semua dan memetik daripada Sinar Harian, ini beritanya.
Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, Nur Dinie Damia yang didakwa kritikal akibat jangkitan Influenza A disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.40 malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Muhammad Noor Ain, 38, menerusi aplikasi WhatsApp.
Ads
"Anak saya dah tiada. Innalillahiwainnailaihirojiun," katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada pemberita. Dilaporkan jenazah kanak-kanak berkenaan telah dibawa ke bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.
Mengimbas kembali tahap kesihatan adik Nur Dinie, sebelum ini dia mula dimasukkan ke ke ICU HSA sejak beberapa hari lalu selepas kesihatannya merudum ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru. Menayahnya iaitu, Muhammad Noor
Ads
“Nur Dinie sebelum ini seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit namun kesihatannya tiba-tiba merudum selepas mengalami demam minggu lalu.
“Hari ketiga demamnya masih tidak kebah menyebabkan saya membawanya ke klinik sebelum dia disahkan dijangkiti influenza A sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta.
Ads
“Keadaan Nur Dinie ketika dirawat di hospital swasta juga tidak menunjukkan perubahan di samping mengalami muntah darah menyebabkan dia dirujuk ke HSA dan dimasukkan ke dalam ICU bagi pemantauan pakar, ” katanya.
Bersamalah kita sedekahkan al fatihah dan semoga keluarga adik Nur Dinie tabah menghadapai ujian ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“HAMPIR semua makanan tular di media sosial terutama makanan manis dan karbohidrat tinggi saya akan cuba kerana beranggapan masih muda dan tidak berisiko menghidap penyakit.
“Namun, ia memakan diri apabila disahkan menghidap kencing manis ketika berusia 19 tahun pada 2012 sehingga mengalami masalah penglihatan selain terpaksa mengambil insulin dan menghidap penyakit darah tinggi,” kata Sidah Omar Baki, 27.
Itu antara kenyataan yang dikongsikan oleh wanita ini di Harian Metro tentang bagaimana dirinya boleh menanggung derita penyakit diabetes hingga menyebabkan masalah serius pada penglihatannya.
Tidak mahu perkara sama terjadi pada orang lain terutamanya golongan muda, dia tanpa malu berkongsi kisah di akaun fb untuk dimanfaatkan dan dijadikan pengajaran.
PUNCA.
Ramai yang ws saya tanya PUNCA sakit mata saya. Tak nampak dah sebelah dan kabur teruk.
Okey, saya cerita. Walaupun sebenarnya saya malu untuk mengaku yang saya nie sakit. Muda-muda sudah sakit. Tapi kali nie saya buang malu saya tu demi kesedaran bersama. Dan jadikanlah apa yang jadi kat saya nie sebagai peringatan dan pengajaran untuk semua, lebih-lebih lagi untuk GOLONGAN MUDA dan pengidap DIABETES. ( sila lakukan pemeriksaan mata anda sekurang-kurangnya 2 kali setahun.)
Daripada boleh bekerja, tak boleh bekerja. Daripada boleh bawak motor, sudah tak boleh bawak moto.
2012, umur 22 tahun masa tu. Pergi klinik sebab ada masalah lain, tapi Doc check tekanan darah, TINGGI. Doc check gula, pun TINGGI. 19 bacaan gula time tu. Klinik swasta gais, Doc pun buat surat refers ke Klinik Kesihatan (KK). Dah settled semua dekat KK. So, follow up la kat KK untuk beberapa tahun.
Tapi nak dijadikan cerita, PUNCA masalah MATA nie. Saya tertinggal satu follow up. Saya buat tak tau. “nanti la g balik.” “Nanti la.. Esok la..” tup-tup dah habis ubat. Pun tak pergi lagi klinik sambung follow up. Time tu duduk cakap dekat diri sendiri dan orang, ” Takdok ape-ape la tak makan ubat, muda lagi. Sihat lagi nie. ”
Berdegil walaupun berape kali dah Nurse dari KK call. Jawapan aku, “okey-okey kak nanti saya pergi.” Tapi, tak pergi pun.
2 TAHUN LEBIH saya tinggal ubat. Tanpa follow up Doc, tanpa ubat-ubatan kampung.
Hint pertama MATA nie bagi. SILAU. Masih buat tak tau lagi. Sebab aku boleh jalan, aku sihat lagi gais. Boleh merempit lagi, boleh bergelak ketawa lagi. Boleh bekerja lagi. Boleh menulis lagi. Yaa.. Semua boleh buat lagi time tu.
Hint ke 2, hint nie dah teruk kalau ikutkan.
Timbul satu tompok/bebenang kat mata. Dia bergerak sekali masa mata kita bergerak. Masa tu sebelum bulan puasa tahun lepas. Tapi benda tu sikit. Cepat hilang. Okey.. Aku buat tak tau lagi. Walaupun ade bagitau mak mata rase macam tak selesa. Tapi AKU BOLEH MELIHAT MACAM BIASE lagi gaiss… ANAK SULONG, DEGIL. Hahahaha..
Lepas tu bulan puasa, jadi lagi macam ape yang jadi sebelum nie. Ade timbul tompok/bebenang kat mata sebelah lagi. Kali nie penglihatan terganggu. Sebab benda tu besar sikit. Tapi SIDAH gais.. DEGIL. Buat tak tau lagi sampai la beberapa hari raya dah. Nak habis syawal dah time tu.
Time tu kebetulan ada follow mak BFF aku pun open house kedai spek. Kedai spek gais..
BFF aku pn, “Cdah pergi la check mata tu. Kena kabo rase tak sedap.” Aku nie nak tak nak terpakse dah. Hahaha.. Padan muke kan.
P la check silau, rabun ape semua tu. Time tu la tau. Sorang dari staff kedai spek tu bagitau, “Awak, mata awak mcm ade pendarahan dalam mata nie.” aku? Telan air liur rase kesat dah gais. Tapi tanya lg, “dah boleh buat ke spek nie?”
Staff tu jawab, ” Tak leh wak lagi spek awak. Awak kene g hospital check.” seminggu lepas tu baru ke hospital check.
Check punye check. Doc bagitau, “mata awak dua-dua sudah ade pendarahan dalam mata nie. Sebab tu sekarang mata awak jadi kabur.” masa nie bulan 7 2019.
Lps tu terus refers ke pakar Mata HSNZ, esoknye ke hospital lagi untuk laser dua-dua mata untuk kurangkan timbul salur darah baru dalam mata. Setiap minggu laser gais. 8 KALI LASER. Tapi tak ada kesan positif.
Mata makin kabur. Sampai la tahap sebelah kiri dah ganggu titik peka dan dah tak nampak. Sekarang nie sebelah kanan pun makin kabur.
Dan ujian darah dan beberape lagi ujian doc buat.
Doc bagitau, “Kesan dari kencing manis awak tak terkawal dulu, sekarang nie macam ade kesan ke buah pinggang awak Sidah. Buah pinggang awak bocor dah nie.”
Tapi alhamdulillah.. Masih bernasib baik tak banyak. Doc bagi ubat untuk repair.
Sekarang nie mata nie dah tarik saraf dah. Solution doc pun belum pasti lg.
Ade yang tanye, ” cdah tak tanya ke ade peluang okey balik macam dlu? ”
Tanye gais.. Tanye.. Tapi jawapan Doc, ” untuk pulih macam dulu tu takleh dah. Tapi boleh berusaha lagi.”
Tapi tu kata doc. Kita selagi boleh ikhtiar kita ikhtiar berubat. Selagi masih bernafas. In sha Allah tak akan give up.
Punca dia DIABETES gais. Jangan main-main dengan diabetes. Dia boleh menyerang banyak tempat dalam badan kita.
Moral dia sekarang. Tak kire MUDA atau TUA JAGALAH PEMAKANAN dan KESIHATAN.
Jangan sampai jadi macam saya. Nak menyesal pun tak gune gais. Jangan ingat muda kurus tak ade penyakit gais.
SELAGI TAK CHECK KESIHATAN JANGAN MENGAKU DIRI ANDA SIHAT.
Jadikan perjalanan aku sebagai pengajaran ye gais.
Terima kasih sudi baca.
Ya Allah, Kau tabahkanlah hati hamba Mu untuk menempuh segala ujian Mu. Aamiin..
Umum mengetahui wanita ini sangat penyayang, lembut dan aksinya yang mencuit hati apabila sering mengusik suaminya yang merupakan tokoh yang dikagumi. Siapa tidak kenal dengan Tun Dr Siti Hasmah kan.
Walaupun sudah memasuki usia emas, hubungan suami isteri ini sering mencuri perhatian di media sosial. Sangat mengambil berat mengenai keselamatan dan kesihatan suaminya, wanita ini sering dilihat memantau pergerakan suami agar tidak melakukan sesuatu melebihi kemampuan dirinya.
Kesetiaannya berada di sisi suami amat dikagumi.
Dari sudut seorang ibu pula, Tun Dr Siti Hasmah sangat penyayang dan sangat memberi sokongan kepada anak-anak . Tutur katanya yang lembut apabila berbicara paling meruntun jiwa.
Memetik laporan dari laman sesawang Sinar Harian sewaktu program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’,
Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menjelaskan tindakannya yang pernah menghalang orang ramai untuk mendekati tokoh itu adalah demi keselamatan suaminya.
Memberi contoh ketika pasangan itu menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 baru-baru ini, Dr Siti Hasmah memaklumkan, keterujaan orang ramai yang mahu bergambar bersama suaminya menyebabkan Dr Mahathir hampir hilang imbangan badan dan mungkin terjatuh.
“Cemas saya melihat keadaan suami ketika itu. Orang lain tidak tahu sebab mereka tiada dalam keadaan seperti saya sebagai isteri. Saya risau akan pulang dengan van jenazah.
“(Sebab itu) Kadang-kadang saya halang orang datang dekat (dengan Dr Mahathir), jangan bersalam, jangan peluk, jangan selfie. Jadi saya perlu merayu kepada rakyat, bantu saya untuk jaga suami saya sebab ramai masyarakat nampak Dr Mahathir (masih) gagah, tetapi tiada siapa tengok bila dia balik petang.
“Saya tengok dia letih, mata dah kecil nak tidur, itu orang tak tahu. Dia mesti berehat, saya kena jaga, kalau saya ada terkasar sikit (kepada orang ramai), saya minta maaf,” katanya dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.
Sumber : Sinar Harian
Semoga Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik.
Orang Melayu kaum paling ramai lahirkan bayi. Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 10.2 peratus iaitu 100,732 kelahiran pada suku kedua tahun ini berbanding 112,197 kelahiran pada tempoh sama tahun lalu.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, berdasarkan laporan Perangkaan Demografi bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 51,759 kelahiran berbanding 48,973 kelahiran.
Beliau berkata nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
“Secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 47 bayi bagi setiap jam dan 1,119 bayi sehari pada suku kedua 2024,” katanya.
Mohd Uzir berkata, Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,320 manakala kelahiran hidup terendah dicatatkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 324 kelahiran.
BELIAU BERKATA, ETNIK MELAYU MENYUMBANG 67.4 PERATUS ATAU 67,859 KELAHIRAN HIDUP DARIPADA JUMLAH KESELURUHAN PADA SUKU KEDUA 2024 BERBANDING 67.1 PERATUS DALAM TEMPOH SAMA TAHUN LALU.
Kelahiran hidup bagi etnik Cina dan India pula masing-masing menurun kepada 9.7 peratus dan 3.7 peratus berbanding 9.9 peratus dan 4.4 peratus bagi suku kedua 2023,
Sementara itu, Bumiputera lain mencatatkan peningkatan kelahiran hidup kepada 12.9 peratus berbanding 12.5 peratus untuk tempoh sama.
Mohd Uzir berkata, sebanyak 48,460 kematian telah direkodkan pada suku kedua 2024, iaitu penurunan 5.4 peratus berbanding 51,234 kematian bagi tempoh sama 2023.
KATANYA SELANGOR MEREKODKAN BILANGAN KEMATIAN TERTINGGI IAITU 7,459 KEMATIAN MANAKALA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA MENCATATKAN BILANGAN KEMATIAN TERENDAH DENGAN 65 KEMATIAN.
Secara purata, Mohd Uzir berkata satu kematian direkodkan pada setiap dua minit, manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 538 kematian sehari pada suku kedua 2024.
Beliau berkata, penduduk Malaysia pada suku kedua tahun ini meningkat 1.9 peratus iaitu 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada suku kedua 2023.
“Jumlah penduduk terdiri daripada 30.7 juta warganegara dan 3.4 juta bukan warganegara,” katanya.
Mohd Uzir berkata komposisi penduduk bekerja berumur 15-64 tahun dan penduduk tua berumur 65 tahun ke atas masing-masing meningkat kepada 23.9 juta dan 2.6 juta, berbanding 23.3 juta dan 2.5 juta pada suku kedua tahun lalu.