Orang cakap masakan ibu paling tak boleh ditandingi, mungkin ada betulnya. Bila duduk berjauhan mesti selalu teringat air tangan mak-mak di kampung. Kini Adabi jenama masakan yang tak perlu diperkenalkan lagi, mereka muncul dengan empat produk terbaru yang buat anda semua teringat masakan ibu di kampung halaman. Apa lagi, jom cuba!

Empat produk baharu yang kini mula mendapat tempat di pasaran dan boleh didapati secara online terutama di platform atas talian Adabi iaitu di emall.adabi.com adalah Perencah Masak Lemak Cili Padi, Perencah Masak Merah, Perencah Sambal Tumis Balado Merah dan Serbuk Telur Masin  Keemasan. Bagaikan masakan air tangan sendiri, inspirasi resepi ibu turun temurun, produk ini pastinya memudahkan pengguna dalam memasak sendiri lauk-pauk kegemaran mereka.

Perencah Masak Lemak Cili Padi, Pengikat Perut Si Suami

Kalau tak dapat lemak cili padi memang bukan orang Melayu lah kan. Siapa sahaja yang boleh menolak bila disajikan dengan menu ini, jadi Adabi tampilkan produk serba lengkap ini yang sedia dimasak dan menjimatkan masa. Sajian terkenal berasal dari Negeri Sembilan ini kini boleh dimasak pada bila-bila masa. Hadir dalam saiz 120 gram dan 350 gram memudahkan pengguna untuk pek sajian buat seorang atau seisi keluarga.

Ala Air Tangan Ibu, Produk Terbaru Adabi Betul-Betul Buat Seisi Keluarga Tak Nak Makan Luar Lagi!

Ala Air Tangan Ibu, Produk Terbaru Adabi Betul-Betul Buat Seisi Keluarga Tak Nak Makan Luar Lagi!

Cara memasak:

  • Panaskan kuali dan masukkan air.
  • Masukkan Perencah Masak Lemak Cili Padi  dan serai yang telah diketuk.
  • Masukkan ayam atau daging.
  • Didihkan dan tutup kuali. Masak hingga ayam/daging empuk menggunakan api sederhana.
  • Masukkan santan kelapa dan daun kunyit yang telah dihiris. Masak dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
  • Sedia untuk dihidangkan. Tambah cili padi mengikut citarasa anda.
  • Siap disediakan.

 

Perencah Masak Merah, Lembutkan Hati Ibu Mertuamu

IKLAN

Inginkan lauk bagaikan kenduri kahwin? Apa kata cuba sendiri keenakan Perencah Masak Merah Adabi. Lebih sedap jika digabungkan bersama nasi minyak atau tomato. Pasti mengancam hati ibu mertua yang nak datang bertandang. Pek produk ini terdapat dalam 120 gram dan 350 gram

Ala Air Tangan Ibu, Produk Terbaru Adabi Betul-Betul Buat Seisi Keluarga Tak Nak Makan Luar Lagi!

Ala Air Tangan Ibu, Produk Terbaru Adabi Betul-Betul Buat Seisi Keluarga Tak Nak Makan Luar Lagi!

Cara Memasak:

  • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar yang dihiris bulat dengan api sederhana bersama Perenca Masak Merah.
  • Masukkan ayamyang telah digoreng separa.
  • Masukkan air sedikit dan didihkan dengan api sederhana. Sedia untuk dihidang!

Tips: tambahkan kacang pis mengikut kesesuaian!

 

IKLAN

Perencah Sambal Tumis Balado Merah, Ala Terasa Di Kampung Halaman

Anak-anak teringin sangat nak makan ikan dengan resepi mudah? Cuba Perencah Sambal Tumis Balado Merah Adabi. Sesuai juga untuk Ikan keli, Ikan Tilapia, Paru, Telur dan Ayam. Pek produk ini juga tersedia dalam 120gram dan 350 gram. Mesti anak-anak dah tak mahu makan di luar lagi.

Ala Air Tangan Ibu, Produk Terbaru Adabi Betul-Betul Buat Seisi Keluarga Tak Nak Makan Luar Lagi!

Ala Air Tangan Ibu, Produk Terbaru Adabi Betul-Betul Buat Seisi Keluarga Tak Nak Makan Luar Lagi!

Cara Memasak:

  • Goreng garing ikan menggunakan garam dan kunyit Adabi secukup rasa.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan Perencah Sambal Tumis Balado Merah dan tumis dalam api sederhana.
  • Tambahkan sedikit air, masak seketika dan tutup api.
  • Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam tumisan dan gaul sehingga sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan!

 

IKLAN

Serbuk Telur Masin Keemasan, Baunya Memanggil Jiran Sebelah

Masakkan menggunakan serbuk telur masin telah menjadi antara sajian yang dikenali ramai dan semakin trendy hari ini. Tak hairanlah hidangan berkrim ini sering menjadi menu di kebanyakan restoran pilihan. Jangan risau, kini Adabi juga menyediakan produk Serbuk Telur Masin Keemasan untuk anda cuba memasak sendiri di rumah. Lebih sedap lagi, produk ini mengandungi kepingan telur masin asli. Produk ini tersedia dalam pek 150 gram, 250 gram dan 800 gram.

Ala Air Tangan Ibu, Produk Terbaru Adabi Betul-Betul Buat Seisi Keluarga Tak Nak Makan Luar Lagi!

Ala Air Tangan Ibu, Produk Terbaru Adabi Betul-Betul Buat Seisi Keluarga Tak Nak Makan Luar Lagi!

Ala Air Tangan Ibu, Produk Terbaru Adabi Betul-Betul Buat Seisi Keluarga Tak Nak Makan Luar Lagi!

Cara memasak:

  • Goreng udang bersalut tepung bersaiz sederhana dan asingkan.
  • Panaskan marjerin dengan api sederhana. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili.
  • Tumis sehingga naik bau.
  • Perlahankan api, masukkan Serbuk Telur Masin Keemasan Adabi dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga sekata.
  • Sedia untuk dihidangkan!

Best kan semua pek perencah ni, bukan sahaja memudahkan para ibu di dapur, malah buat seisik keluarga terus melekat di rumah. Terdapat pelbagai produk Adabi yang mudah disediakan dan melengkapkan sajian anda. Jadi dapatkan di pasaran atau di emall.adabi.com  Maklumat lanjut layari media sosial adabi_consumer.

Selamat Mencuba!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI