Memang sakit hati apabila melihat cili padi yang baru dibeli minggu lepas sudah menampakkan layunya. Malah ada juga yang sudah mula busuk dan berair walaupun disimpan di dalam peti sejuk.
Sebenarnya ada cara bagi memastikan cili padi mampu bertahan walaupun telah lama. Perkongsian seorang wanita yang menjalankan perniagaan restoran ini patut anda cuba. Ikuti tips daripadanya.
Buang Tangkai
Menurut wanita ini, sebaik dibeli daripada pasar, cili padi haruslah dibersihkan dan dibuang tangkainya. Kemudian biarkanlah seketika hingga kering sebelum dimasukkan semula ke dalam bekas bertutup. Simpan kemas di dalam peti sejuk.
Kredit Foto: ummiazilla.blogspot.my
Ads
Guna Plastik
Jika untuk memudahkan penyimpanan, cili padi yang di buang tangkainya tadi bolehlah diletakkan ke dalam beg plastik yang boleh dikemaskan di atasnya. Tebukkan sedikit lubang bagi membolehkan udara beredar di dalamnya.
Pilih Surat Khabar
Cili yang dibuang tangkai juga boleh disimpan di dalam kertas surat khabar dan bungkuslah kemas. Kemudian simpanlah ke dalam peti sejuk. Kertas membolehkan haba dan suhu sesuai pada cili. Ini membuatkan cili mampu bertahan lebih lama.
Kisar Dan Masak
Salah satu cara lagi bagi memastikan cili padi lebih tahan lama adalah dengan cara mengisarnya dan simpan untuk dijadikan pes. Namun untuk kekal lama kena ada caranya. Caranya kisar cili padi bersama garam hingga hancur dan masak seketika di atas api perlahan. Biarkan hingga kering dan simpanlah di dalam peti sejuk.
Salah satu kaedah lagi adalah dengan meletakkan bawang putih bersama-sama cili padi. Ambil dua ulas bawang putih dan letakkan di dalam bekas cili padi yang telah dibuang tangkainya. Hasilnya cili mampu bertahan lama. Paling penting tak busuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tataplah seorang demi seorang anak-anak kita yang kini berada di depan mata dan cuba imbas kembali apa yang telah kita lakukan untuk mereka sepanjang masa ini. Adakah itu yang terbaik yang mampu kita lakukan sebagai ibu dan ayah. Allahu Akbar!
Tanpa sedar kita sebenarnya telah banyak berhutang dengan mereka walau di hati kata sayang namun apa yang kita buat untuk mereka sebaliknya pula. Contoh paling mudah dan kerap terjadi, umpamanya cuba bayangkan satu keadaan di mana bila kita terasa penat bekerja, pantang anak buat bising habis kita marahkan mereka.
Itu belum lagi bila anak hendak bercerita dengan kita, seringkali kita acuh tak acuh sahaja dengan apa yang ingin disampaikan. Hingga ada waktunya kita sendiri tidak tahu hujung pangkal perbualan dengan anak-anak dek kerana tidak memberi tumpuan kepada mereka.
Kita sentiasa mengatakan apa yang kita kerjakan atau lakukan untuk memberi kebahagiaan pada anak-anak hingga menyebabkan tanpa sedar kita telah banyak berhutang masa dengan anak-anak.
Malah ini dijelaskan dengan detail lagi melalui perkongsian daripada Ustaz Ahmad Nasir, semoga perkongsian ini dapat menginsafkan kita untuk menghargai setiap detik waktu yang dikurniaan, perlu disyukuri dan diisi dengan penuh makna bersama insan yang kita sayangi.
Tanpa Sedar, Kita Banyak Berhutang Dengan Anak-Anak Kita
Kita selalu berhutang banyak cinta kepada anak-anak. Tidak jarang, kita memarahi mereka saat kita lelah. Kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar faham kesalahan yang mereka lakukan. Kita membuat mereka menangis kerana kita ingin lebih dimengerti dan didengarkan.
Tetapi seburuk apa pun kita memperlakukan mereka, segalak apapun kita kepada mereka, semarah apapun kita pernah membentak mereka, mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya, menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya.
Seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya…
Mereka selalu punya banyak cinta untuk kita, meski seringkali kita tak membalas cinta mereka dengan secukupnya. Kita selalu berhutang banyak kebahagiaan untuk anak-anak kita. Kita kata kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka, tetapi kenyataannya merekalah yang justeru membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu dan tenaga kita.
Kita merasa bahawa kita boleh menghibur kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka, tetapi sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiakan. Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita, melapangkan kepenatan kita, menghapus air mata kita.
Kita selalu berhutang banyak waktu tentang anak-anak kita…
Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendakap dan bermain dengan mereka? Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah mungil mereka?
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu lebih dewasa dan bijaksana daripada kita. Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya. Seburuk apapun kita sebagai orangtua, mereka selalu siap bila saja untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.
Memang kita selalu berhutang kepada anak-anak kita…
Anak-anak yang setiap hari menjadi korban dari betapa buruknya cara kita mengendalikan emosi. Anak-anak yang menanggung akibat dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri. Anak-anak yang barangkali masa depannya terkorbankan gara-gara kita tak bisa merancang masa depan kita sendiri.
Tetapi mereka tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita banyak cinta, mereka selalu mencuba membuat kita bahagia. Maka dakaplah anak-anakmu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang dan penyesalan, katakan kepada mereka,
“Maafkan untuk hutang-hutang yang belum terbayarkan. Maafkan jika semua hutang ini telah membuat Allah tak berkenan. Maafkan kerana hanya pemaafan dan kebahagiaan kalianlah yang bisa membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya.”
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Semalam kira-kira jam 5 petang Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan namun menurut petikan yang dikongsikan oleh Shuib melalui hantaran di instagram keadaan isterinya masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan akibat tahap oksigen menurun.
Terbaharu, suami Siti Sarah juga pelawak, Shuib menerusi hantaran di Instagram Story berkongsi mengenai tahap kandungan oksigen Sarah yang kini semakin meningkat dan menunjukkan tanda positif.
“Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedar, masih lagi perlukan bantuan oksigen. Cuma, alhamdulillah ada peningkatan.
“Jam 11 malam (semalam), oksigen turun sehingga 40, tapi jam 2 pagi alhamdulillah, oksigen naik sampai 77 dan baru sebentar tadi, doktor maklumkan, oksigen Sarah 80.
“Saya harap, semua yang melihat hantaran ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” katanya.
Terdahulu, Shuib memuat naik gambar keluarganya dan menulis luahan rasa hatinya yang menantikan kepulangan isteri tercinta.
“I tahu you dengar setiap kata hati I. You kuat, sayang! I dan anak-anak akan tunggu you balik,” tulisnya.
Semalam turut diadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Sarah secara dalam talian dan disertai sahabat handai penyanyi itu.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sakit gigi jangan dibuat main. Boleh buat anda tak Senang duduk di buatnya. Semuanya rasa serba tak kena. Patutlah ada yang cakap sakit gigi adalah kedua paling sakit selepas sakit bersalin.
Bagi anda yang menghadapi masalah sakit gigi secara tiba-tiba, cuba petua yang dikongsikan ini. Mungkin dapat membantu sebelum ke klinik jika masih tidak berubah.
CARA REDAKAN SAKIT GIGI YANG TERAMAT-AMAT SAKIT SECARA SERTA MERTA
Insyaa Allah saya ajarkan tip menggunakan garam kasar yang diruqyahkan untuk menghilangkan sakit gigi secara serta merta.
Caranya, masukkan 2 sudu besar garam kasar ke dalam cawan, larutkan ke dalam air panas paras suku cawan dikacau sehingga garam kasar mencair 100%. Biarkan sejuk seketika.
Bacakan Al Fatihah sekali kemudian ditiupkan pada garam kasar yg larut tadi.
Kemudian bacakan ayat ini
قُل هُوَ لِلَّذينَ ءآمَنوا هُدًى وَشِفاءٌ
Surah Af Fussilat Ayat 44.
Maksud ayat : “Katakanlah, Al Quran itu adalah petunjuk dan PENAWAR bagi orang-orang mukmin.” Kemudian tiup pada air. Cukup baca sekali.
Kemudia kumur-kumurkan air garam ini selama seminit (tahan masin). Insyaa Allah hilang sakit serta merta.
SIMPAN NOTE INI, MUNGKIN SATU HARI IA DIPERLUKAN.
~ MRJ
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...