Penggunaan email dalam kehidupan seharian sememangnya sangat berguna dan penting lebih-lebih lagi jika anda bekerja di pejabat. Hal ini kerana hampir semua hal perlu diselesaikan melalui email sehingga menyebabkan beberapa kesalahan dilakukan tanpa sengaja.
Justeru, berikut merupakan 5 teknik guna email macam profesional yang ramai tak tahu. Memang lebih jimat masa, mudah dan tak ada lagi masalah tersalah hantar dan sebagainya. Nak tahu macam mana?
5 TEKNIK GUNA EMAIL MACAM ORANG PRO, RAMAI YANG TAK TAHU
1. Cara undo email yang dah hantar
Sebenarnya tiap kali kita send emel, mmg button “undo” tu akan keluar. Tapi kita boleh setting supaya button “undo” tu appear lebih lama.
Caranya:
1. Klik setting icon (top right)
2. Klik settings > General
3. Klik “undo send”
4. Pilih “30 seconds”
So lepas ni lepas klik send je, kalau rasa macam tak sedap hati, boleh click undo terus.
2. Cara schedule your email
Kadang kita ni bila teringat nak emel je tiba-tiba dah malam. Takkan nak emel luar office hours kan. Kita sebenarnya boleh set nak hantar emel tu jam berapa & tarikh bila. Tapi macam mana?
Caranya:
Ads
1. Klik compose, dekat sebelah butang send to ada 3 titik.
2. Klik 3 titik tu & pilih “Schedule Send”
3. Pilih tarikh & masa yang dikehendaki.
Feature ni bagus gila sebab korang boleh pilih untuk send waktu yang recipient ada big possibility untuk bukak email tu. Contohnya kalau nak send cover letter ke resume ke. Schedule lah awal pagi.
3. Cara guna shortcuts
Kalau kita pandai guna shortcuts, memang boleh jimat banyak masa. Nak insert link, add cc etc jadi sangat pantas.
Caranya:
1. Klik settings > All Settings > General
Ads
2. Keyboard shortcuts, klik “on”
4. Cara snooze email
Kalau kita tengah sibuk or ada emel yang bukan priority, kita boleh snooze je sampai bila-bila yang kita nak.
Caranya:
1. Klik 3 dot dekat top right
2. Pilih sampai bila kita nk snooze
Nanti emel tu akan muncul balik dekat date yang kita set. So tak adalah terganggu kan?
Ads
5. Cara search emel
Kadang-kadang tu macam susah betul nak cari emel yang kita nak kan. Next time buat mcm ni.
Dekat search box boleh taip ni untuk mudahkan search emel lama:
– has:attachement
– from:fezzahussin or to:hr untuk cari person
– after:x or before:x untuk cari ikut tarikh
– size:x untuk cari large emel
Kalau cari macam ni, memang lagi mudah. Selamat mencuba!
Tidak dinafikan, keseronokkan anak-anak bila dapat berendam dalam kolam mandi memang cukup luar biasa.
Berjam-jam berendam pun tidak menjadi hal bagi mereka, malah jika disyaratkan bermain air hanya boleh sekejap sahaja pasti mereka tidak puas hati. Merajuk pun boleh, begitulah ragam anak-anak kita.
Namun dalam tempoh PKP ini apa cara kita untuk menggembirakan anak-anak dengan memberi peluang mereka mandi manda di dalam kolam air ya?
Kadang kala kasihan juga melihat mereka, hanya bermain di dalam rumah dengan aktiviti yang sama semenjak PKP dilaksanakan pada 18 Mac yang lalu hingga kini.
Jadi apa kata, anda bina kolam mandi sepertimana yang direalisasikan oleh Zul Mus, ayah kepada 4 orang anak ini.
Melihat perkongsiannya itu, tidaklah sukar untuk dibuat dan sesuai sangat jika anda sekeluarga tinggal di rumah teres.
Tutdia… Siap dh… PKP lajak lagi 2 mingu punya pasai abah hampa diy kolam bagi kat hampa mandi..Maaf na Iwan Watie saya tiru idea tuan …
Nie utk saiz kolam 8kaki x 6kaki x 1.2kaki…
Kelengkapan yang diperlukan
20mm PVC pipe class 7 =4btg
20mm PVC tee =36biji
20mm PVC elbow =8biji
canvas 12ft X 10ft
gam pipe PVC
cable tie
alatan tangan
Kos keseluruhan rm130 – rm160…Harga ikut hardware tempat masing²...
Kalau kat penang hardware buka setiap Isnin & Khamis… Kalau kat tempat len tak pasti la plak…
Langkah DIY kolam mandi
Step 1 : Sediakan 20mm PVC pipe class 7 =4btg, 20mm PVC tee =36biji dan 20mm PVC elbow =8biji
Step 2 : Bina kerangka kolam berukuran 8kaki x 6kaki x 1.2kaki menggunakan PVC pipe. Gamkan antara sambungan pipe dengan gam pipe PVC.
Step 3 : Letakkan canvas berukuran 12ft X 10ft dan ikat kemas setiap bahagian tepi canvas dengan cable tie. Siap dan kemudian isi air sehingga penuh.
28 Tahun mencurahkan khidmat bakti di sebuah stesen minyak, akhirnya pengorbanan wanita berbalas apabila pihak majikan memberinya hadiah pakej umrah sebagai tanda penghargaan.
Kisah wanita yang dikenali sebagai Sapuan ini dimuatnaik menerusi perkongsian pengguna Tiktok @siti5847, dipercayai pemilik sebuah stesen minyak.
Dia menghadiahkan pakej ibadah umrah kepada Sapuan, 59 tahun yang menurutnya telah berbakti selama 28 tahun di sebuah stesen minyak di Pendang, Kedah.
Dalam video tersebut, dikongsikan foto-foto Sapuan bersama beberapa individu lain di dalam pesawat, dan beberapa lokasi lain di Makkah.
“Staf paling lagenda di stesen minyak Petronas Pendang. Long Servis Reward (Anugerah Pekerja Paling Lama Berkhidmat) ‘Pakej Umrah’ kepada beliau.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif warganet. Rata- rata memuji keprihatinan majikan dalam menghargai pekerjanya Dalam Komen tersebut ada yang mengakui sudah lama mengenali makcik Sapuan. Menurutnya, wanita itu telah bertugas di stesen minyak berkenaan sejak tahun 1992 lagi.
@Abang Jebat:makcik legend.. zman skolah is minyak 2 ringgit makcik ni tlong pam😂😂😂.. zman skolah2 dlu…
@BetaRatuExclusives:tahniah puan sbb puan menghargai titik peluh seorg pekerja…. 🥰
@eyda💁🏻♀️:Alhamdulillah rezeki orang yang jujur dlm berkerja..Semoga Allah murahkan rezeki pada majikanya@NurQamarun🌕:ptot sya tgok mcm kenai makcik ni.. sllu dia y dok tgu buboh minyak moto 🥰
@Sxifuddin____:Allah .. ni baru betui majikan 😊 semoga bertambah tambah rezeki puan 👍🏻
Baru-baru ini tular menerusi muat naik di Instagram (IG), pelakon Nur Zarina Mohd Zainuddin meluahkan rasa terkilan apabila maklumat mengenai anaknya tidak benar di wikipedia. Info itu difahamkan telah di ‘edit’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memberikan fakta yang tidak masuk akal mengenai anaknya.
Sebagaimana umum mengetahui pelakon Zarina Zainuddin mempunyai anak kembar yang juga penghidap autisme, Muhammad Raizal Azra atau Azil dan Muhammad Raizal Azrai atau lebih dikenali sebagai Azal.
Dan, ternyata bukan mudah untuk membesarkan anak-anak istimewa ini kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kita sebagai orang luar, jangan pula menambah beban yang ditanggung oleh keluarga tersebut dengan melemparkan kata-kata negatif mahu pun memberikan persepsi yang buruk.
Ibu Ayah Jiwa Kental
Melihat dari sisi seorang ibu dan ayah yang menjaga anak autisme bagai menatang minyak yang penuh, apa yang dapat kita simpulkan adalah mereka ini mempunyai jiwa yang cukup kental.
Bukan calang-calang orang dapat berdepan dengan ujian sebegitu. Apa tidaknya, sedangkan bila anak kita sekali sekala mengamuk, automatik kita seakan sukar untuk mengawal emosi. Apatah lagi dalam menyantuni anak-anak autisme, punya ragamnya yang tersendiri.
Untuk itu jom ketahui selain pelakon Zarina Zainuddin, ada beberapa lagi selebriti tanah air yang dianugerahkan anak autisme, namun mereka tidak sedikitpun malu untuk memperkenalkan anak autisme mereka kepada umum agar lebih ramai masyarakat mempunyai kesedaran tentang anak-anak austisme dan sekali gus memberi inpisrasi kepada keluarga yang lain.
Berhijrah Demi Anak-Edry Abdul Halim (KRU)
Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahayamata iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya.
Apabila penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim ini melihat anak ketiganya masih tidak boleh bercakap,maka dia telah membuat keputusan untuk mambawa seisi keluarga ke Eropah dengan tujuan mendapatkan pembelajaran terbaik untuk Emery yang merupakan seorang anak autisme.
Nyata pengorbanan yang dilakukan dengan berhijrah ke luar negara satu pengorbanan yang besar. Tujuannya lain tidak bukan untuk memastikan dapat memberikan pembelajaran yang terbaik untuk anaknya itu.
“Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain..Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran..Wishing the best for my dear son ❤️”, kongsi Edry berkenaan perkembangan anaknya di instagram.
Bagi keluarga Iman Wan Tuck Meng, 52, dan Norhaida Hasan, 45, mereka berdepan dengan cabaran yang lebih berat apabila mereka perlu membesarkan dan mendidik anak autisme. Namun sedikit pun tidak menghalang untuk mereka suami isteri membesarkan Adam Wan Mun Yu, bagai menatang minyak yang penuh.
Keluarga ini sering memuat naik tentang anak istimewa menerusi laman sosial seperti Instagram dan Twitter. Malah setiap perkongsian mereka memberi inpsirasi kepada orang lain yang juga mempunyai ahli keluarga autisme.
Adam disahkan menghidap ASD dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) sejak Adam berusia dua tahun enam bulan.
Anak istimewa ini mula dikenali ramai apabila bapanya tidak segan untuk mendedahkan kepada umum tentang keadaannya melalui platform media sosial.
Bagi Iman Wan, perkongsian tentang keadaan Adam di media sosial memang bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai. Ini sebagaimana memetik perkongsiannya yang dilaporkan di Astro Awani.
“Saya mahu tarik perhatian umum dengan menggunakan media sosial untuk memberi pendedahan tentang apa itu autisme dan bagaimana anak-anak ini berkelakuan dalam kehidupan seharian.
“Sebelum mendedahkan di IG, saya memang dah bersedia dengan apa yang akan dikatakan oleh umum. Banyak teguran dan nasihat yang saya dapat dan saya akan cuba untuk perbaiki apa yang saya mampu.
“Persepsi masyarakat atau teguran memang dah jadi satu lumrah buat saya. Saya cuma mahu mereka faham dan apabila mereka faham, barulah kita dapat mendidik mereka tentang apa itu sebenarnya autisme.
“Jika tiada pendedahan sebegini, sampai bila-bila masyarakat kita tidak tahu tentang apa yang dilalui oleh mereka yang menghidap dan berdepan dengan penyakit ini,” jelasnya.
“Reda & Buang Rasa Malu”-Catriona Ross
“Saya mula tahu daripada pakar selepas saya dapat rasa yang dia ada sesuatu yang lain. Mata dia tak pernah fokus bila kita panggil dia padahal saya ada di depannya.
“Bila panggil, tanya nak susu, tapi dia hanya pandang tanpa sebarang reaksi. Saya pun buat appointment dengan beberapa pakar. Pakar pertama mengatakan anak saya autisme,” kongsinya dalam sebuah segmen di radio baru-baru ini.
Malah, disebabkan terlalu terkejut dengan pengesahan doktor tentang anak keduanya itu, keadaan diri Catriona terus menjadi lemah sehingga mengalami kesukaran untuk bernafas.
“Masa itu, saya rasa lutut lemahnya, padahal saya duduk dekat kerusi tapi rasa nak rebah. Saya pandang suami, suara saya tiba-tiba ‘sayang, saya tak boleh bernafas.
“Saya ingat lagi saat itu, ingatkan saya duduk dah okay. Suami lebih kuat dan minta saya sabar. Saya ingat, saya cakap I think, Im gonna die,” kata Catriona dalam nada sebak.
Tidak mahu berputus asa, Catriona mengajak suami berjumpa dengan pakar lain namun tetap keputusannya sama.
Biarpun pada mulanya sukar menerima hakikat, Catriona perlahan-lahan belajar memahami anaknya yang seorang autistik.
“Saya tidak mahu berpura-pura ibarat manusia sempurna di mata masyarakat. Sebaliknya, saya suka berkongsi apa yang saya ada dan tahu. Sekurang-kurangnya ini boleh membantu ibu bapa lain yang senasib dengan saya tentang bagaimana menjaga dan menguruskan anak-anak autistik. Dalam masa yang sama, saya mahu masyarakat tidak memandang sinis setiap kali berhadapan dengan anak-anak istimewa ini,” ujarnya.
Kini, Catriona sangat bersyukur Jammal yang pada asalnya non verbal (tak boleh bercakap) menunjukkan perkembangan sangat baik apabila dia mula menyebut beberapa perkataan.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...