Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, yang dilaporkan hilang selepas solat Jumaat pada 13 Januari lalu telah dijumpai selamat di stesen bas Larkin, Johor Bahru pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata ayah kepada Mohd Irfan Hakimi telah menjumpai anaknya itu pada jam 5 petang dan dibawa pulang oleh ahli keluarganya ke Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
“Dipercayai alasan Mohd Irfan Hakimi adalah untuk menenangkan fikiran kerana dia menghadapi peperiksaan, difahamkan pelajar itu ingin pulang semula ke Kuala Lumpur untuk menaiki bas dari stesen bas berkenaan.
“Laporan polis juga telah dibuat oleh ayahnya di Balai Polis Pelabuhan Klang,” ujarnya.
Ads
Pada Khamis, media melaporkan pelajar berkenaan dikesan berada di sekitar Tampoi, Johor.
Anbalagan dilaporkan berkata, orang hilang berkenaan dikesan berada di negeri itu berdasarkan rekod transaksi kad debit miliknya.
Ads
Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran, pelajar berkenaan dilihat ada bersama seorang individu lain dipercayai rakannya.
Polis juga berjaya menemui motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaikinya yang ditinggalkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan pada Khamis.
Ads
Sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selamat melahirkan anak keduanya pada Disember lalu, pengacara yang cukup petah, Dayah Bakar tampil berkongsi wajah comel anak keduanya.
Melalui Instagramnya, wajah comel Armand Muhammad Fayyadh yang kini berusia dua bulan menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya tidak hanya membesar dengan sihat bahkan pipi pau yang gebu dan comel buat ramai yang geram.
“Masha Allah Tabarakallah. Assalamualaikum auntie uncle dan kawan-kawan. Nama Saya Armand Muhammad Fayyadh.
“Auntie uncle boleh panggil saya ikut pilihan hati ataupun baby adik. Buat masa ni, saya paling love milk, sleep and poopoo,” tulisnya.
Malah Dayah juga turut mendoakan perjalanan anak keduanya itu sentiasa diberkati Allah SWT serta sihat membesar.
“Doakan baby adik sihat, membesar dengan kuat dan baik, cerdas, bijak dan menjadi anak yang soleh, penyejuk hati ibu baba, berjiwa besar, indah akhlaknya, merendah diri dan berbakti pada agama bangsa dan negara. Amin,” tulisnya lagi.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan-rakan selebriti memuji wajah comel dan gebu si comel Armand Muhammad Fayyadh.
Semoga terus membesar dengan sihat.
Terdahulu, Dayah Bakar selamat melahirkan bayi keduanya pada 29 Disember tahun lalu.
Seorang kanak-kanak dikenali sebagai Iman, 7, disyaki didera hampir setiap hari oleh ibu kandung dan rakan ‘tomboy’ yang merupakan seorang warga asing di kediaman mereka di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang.
Seorang jiran, Wan Noor Badri Wan Yahya, 38, mendakwa, dia dan isterinya dapat mendengar perbuatan tersebut hampir setiap hari, khususnya dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.
Katanya, pasangan itu yang mendakwa sebagai suami isteri baharu berpindah ke kediaman tersebut pada April lalu.
“Pada mulanya mereka kelihatan seperti keluarga biasa, cuma Iman tidak dibenarkan bermain di luar rumah, sebaliknya hanya di kawasan tempat letak kereta.
“Namun, pada akhir Jun lalu, Iman terlepas bermain sehingga di luar kawasan taman perumahan, menyebabkan pasangan itu lebih marah, sejak itu dia lebih kerap dimarah.
“Mula-mula kami ingat itu bertujuan untuk mendidiknya, tetapi selepas hampir setiap hari dimarahi, jiran-jiran mula berasa sangsi, sebelum akhirnya pada malam Jumaat lalu kami membuat keputusan untuk menyerbu rumah tersebut,” katanya memetik laporan Utusan.
Wan Noor Badri berkata, selepas diserbu baharulah rahsia terbongkar bahawa Iman telah menjadi mangsa penderaan, dipercayai oleh ‘suami’ keluarga berkenaan.
“Malah,, rahsia pasangan itu bahawa si ‘suami’ merupakan seorang tomboy juga terbongkar,” katanya yang mempunyai dua orang anak.
Seorang lagi jiran, Firdaus Abu Hassan, 30, pula mengakui tidak menyangka perkara sedemikian boleh berlaku di kawasan kediaman mereka.
“Ketika kediaman itu diserbu, kami dapat lihat beberapa kesan luka di badan iman, antaranya luka lama di bahagian kaki, luka pada tangan serta luka baharu di belakang badannya.
“Selama ini, semua penduduk di sini mempunyai hubungan yang akrab. Jadi, memang tak sangka ada kes seperti ini berlaku dan kami bersyukur kerana dapat bantu selamatkan Iman daripada terus menjadi mangsa penderaan,” ujarnya.
Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, pihak polis telah menahan reman pasangan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Ibu mangsa yang berusia 27 tahun direman enam hari, manakala rakannya yang berperwatakan tomboy berusia 30 tahun direman selama tujuh hari.
Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor mendapatkan maklumat lanjut mengenai waris atau Orang Yang Layak dan Sesuai untuk memberi perlindungan sementara atau tetap terhadap kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa dera ibu dan kenalan ibunya di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata, penilaian itu akan dilaksanakan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru bagi membolehkan kanak-kanak itu diberikan perlindungan daripada mereka yang layak, selepas mangsa keluar dari hospital.
Beliau berkata, sebelum ini, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu berada di bawah jagaan datuk dan neneknya di Kedah, dan baru setahun tinggal bersama suspek yang juga ibu kandungnya.
“Saya difahamkan bahawa kanak-kanak itu adalah dua beradik dan kedua ibu bapanya sudah bercerai.
“Mangsa baharu setahun tinggal bersama ibunya selepas berpindah daripada datuk dan neneknya, manakala kakaknya yang berusia sembilan tahun kini berada di Pokok Sena, Kedah.
“Pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai waris atau Orang Yang Layak dan Sesuai untuk penilaian bagi tujuan perlindungan sementara atau tetap selepas kanak-kanak itu ‘discaj’ dari hospital,” katanya menerusi kenyataan media.
Bahang perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2018 semakin memuncak. Perhatian pastinya tertumpu kepada pemain yang bakal diturunkan oleh jurulatih selasa nanti.
Antara yang menjadi perhatian pastinya pemain nombor 8 iaitu Zaquan Adha Abdul Razak merupakan salah seorang pemain cemerlang dan membantu pasukan negara memenangi perlawanan.
Disebalik kesibukannya itu, namun status sebagai suami tidak diabaikan. Bahkan semalam dia sempat lagi mendedikasikan ucapan khas terhadap isteri kesayangannya Ayu Raudhah yang menyambut hari jadinya ke 34 tahun.
Menerusi perkongsian Zaquan di laman instagramnya, dia mengucapkan terima kasih kepada isterinya itu yang banyak menyokong dan menjadi tulang belakangnya selama ini.
“Happy birthday my lovely wife..Terima kasih kerana menjadi menjadi isteri yang baik dan sentiasa ada di belakang I.
“Susah senang I hanya you je tahu..I doakan semoga you dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan semoga you bahagia dunia akhirat..Love you sayang,” tulis Zaquan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Januari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.
Biarpun bakal menghadapi perlawanan akhir pertama bertemu Vietnam selasa nanti, namun tanggung jawab sebagai suami tidak diabaikan. Bertuah Ayu dibawa suami tersayang meraikan hari jadi berdua di sebuah restoran.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.