Penyanyi Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak keempat yang juga bayi lelaki secara pembedahan kira-kira jam 5 petang tadi.
Menurut pengurus Sarah, Nana Mohd Rom, keadaan penyanyi itu bagaimanapun masih sama dan belum sedarkan diri.
“Untuk makluman Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.
“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Sarah sebelum itu terpaksa ditidurkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah paras oksigen dalam badannya semakin menurun pada pagi Jumaat.
Sempena bulan pink ini iaitu bulan oktober yang merupakan setiap tahun adalah merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia. Tujuan dianjurkan program pada bulan ini adalah untuk kesedaran di kalangan orang ramai selain mendidik dan menyokong mereka yang menghidap penyakit ini.
Melalui laman face book Doktor Erna Nadia menjelaskan bahawa akan kepentingan para wanita dan isteri mengenai bagaimana kanser payudara ini terjadi. Moga perkongsian ini bermanfaat bersama untuk mengesan diperingkat lebih awal.
KANSER PAYUDARA
Kanser payudara adalah pembunuh utama wanita sekarang ini. Jadi, anda perlu lebih cakna tentang bagaimana mengesannya di peringkat awal.
Kanser payudara terjadi apabila sel di dalam payudara membesar dan membiak tanpa boleh dikawal. Biasanya pesakit akan mula rasa ada ketulan di bahagian payudara atau sekelilingnya atau bawah ketiak.
Ketulan itu boleh jadi bahaya atau tidak merbahaya.
Ketulan yang bahaya disebut malignant atau sel kanser jika sel itu telah menyerang kawasan sekitar payudara dan merebak ke bahagian badan yang lain.
Kanser payudara kebanyakkannya berlaku pada wanita tetapi lelaki juga berisiko untuk mendapat kanser payudara.
JAWAPAN YANG MESTI TAHU
Di manakah sel jahat ini bermula? Kebanyakkannya bermula di kelenjar susu yang membawa susu ke puting. Namun ada juga yang bermula dari kawasan lain di sekitar puting atau payudara atau celah ketiak.
Bagaimana ianya merebak? Apabila sel kanser masuk ke dalam darah atau nodus limfa dan disebarkan ke anggota badan yang lain.
Apakah nodus limfa? Nodus limfa adalah rangkaian limfa yang terdapat di seluruh badan manusia. Ianya berbentuk seperti kekacang dan di dalamnya mengandungi hasil & baham kumuh sel dan juga sel sel sistem imunisasi.
Jadi, bila sel kanser telah menyerang nodus limfa ini, sel kanser ini akan membiak dan dibawa keluar ke organ lain. Kebanyakkannya cecair di dalam nodus limfa akan dikeringkan ke bahagian: 1. Bawah ketiak 2. Kawasan tulang selangka ( collar bone) 3. Kawasan dada berdekatan payudara
Jika sel kanser ini memasuki nodus limfa, kemungkinan besar untuk sel kanser ini disebarkan ke seluruh anggota badan kerana sel limfa berada di seluruh badan kita.
Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara? 1. Pernah mengalami masalah kanser payudara pada sebelah payudara. 2. Mempunyai masalah genetik tertentu yang meningkatkan risiko mendapat kanser payudara. 3. Mempunyai ibu, adik-beradik perempuan, anak perempuan atau lebih dari 2 orang saudara terdekat (seperti sepupu) yang pernah mengalami kanser payudara, lebih-lebih lagi jika dikesan pada umur muda. 4. Masalah payudara yang meningkatkan risiko untuk kanser payudara( seperti `atypical hyperplasia`), atau pernah menjalani biopsi payudara lebih dari 2 kali untuk masalah payudara bukan kanser. 5. Bersalin anak pertama semasa umur lebih dari 30 tahun. 6. Menopause lebih daripada umur 55 tahun. 7. Akil baligh sebelum umur 12 tahun. 8. Tidak mempunyai anak selepas umur 30 tahun 9. Berumur lebih daripada 40 tahun
Adakah aktiviti fizikal boleh mengurangkan risiko kanser payudara? Senaman lebih dari 4 jam seminggu boleh mengurangkan risiko kanser payudara kerana aktiviti fizikal boleh merendahkan paras estrogen dan meningkatkan daya imnunisasi.
Adakah penggunaan deodarant atau pisau cukur boleh meningkatkan risiko kanser payudara? Tidak ada kaitan.
Adakah penggunaan coli sewaktu tidur atau bersukan akan meningkatkan risiko kanser payudara? Tidak sama sekali.
Adakah penggunaan coli bercawat besi meningkatkan risiko kanser payudara? Tidak sama sekali.
Adakah berat badan berlebihan boleh menyebabkan kanser payudara? Berat badan berlebihan mungkin boleh meningkatkan risiko kerana sel-sel lemak menghasilkan estrogen yang boleh merangsangkan pertumbuhan sel kanser. Wanita sekitar umur 40`an dan 50`an yang paling berat mempunyai 2 kali ganda risiko mendapat KPD berbanding dengan wanita yang paling ringan yang berumur sama.
Adakah saiz payudara memberi kesan kepada risiko kanser payudara? Tidak.
Apakah langkah pencegahan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko kanser payudara? 1. Bersalin anak pertama sebelum umur 30 tahun 2. Memberi susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya enam bulan 3. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang 4. Bersenam sekurang kurang 2-3 kali seminggu 5. Elakkan berat badan berlebihan
Adakah anda masih berisiko mendapat kanser payudara sekiranya tiada ahli keluarga anda yang mempunyai sejarah kanser? Ya. Tidak ada pengecualian.
Adakah pemakanan yang tidak sihat boleh meningkatkan risiko kanser payudara? Ya. Ingat sel sel lemak meransang penghasilan estrogen.
Adakah anda perlu mengambil sebarang supplemen atau jamu atau apa apa pil kesihatan untuk mengurangkan risiko kanser payudara? Tidak perlu dan tak payah membazir. Ingat, kita taktahu apa kandungan di dalam jamu dan supplemen. Bahaya jika kandungannya boleh meninggikan paras estrogen di dalam badan. Jadi, sila jangan membazir.
Apakah tanda tanda awal kanser payudara? Saya senaraikan di dalam gambar di bawah. Jika ada tanda tanda seperti yang dinyatakan di bawah, sila dapatkan rawatan secepatnya. Jangan berlengah kerana sel kanser cepat merebak dan boleh membawa kematian jika tidak dikesan awal dan tidak dirawat dengan segera.
Lakukanlan pemeriksaan sendiri payudara anda bermula dari umur 18 tahun.
Anda boleh melakukan pemeriksaan sewaktu baring, mandi atau sedang duduk berehat di rumah. Lakukanlah sebulan sekali.
Gunakan tangan sebelah kiri untuk periksa payudara sebelah kanan dan sebaliknya.
Jangan lupa untuk rasa di celah dan bawah ketiak juga.
Kebanyakkan pesakit kanser payudara yang mendapat rawatan awal insha Allah boleh diselamatkan dengan rawatan yang betul.
Jangan berlengah dan ambil mudah ya.
Ingat, jaga makan, rajinkan diri bersenam, kawal tekanan, dapatkan berat badan yang ideal dan jangan membazir membeli benda2 merapu.
Nota kaki : Mahkota wanita bukanlah pada rambut semata mata, seluruh anggota badan juga adalah mahkota kurniaan Allah kepada kita. Jaga dan sayangi sebaiknya.
Pernah makan Roti Puri tak ibu-ibu? Bagi yang belum pernah cuba, mesti cuba sebab roti ini memang sedap. Rasanya lembut di dalam dan sedikit garing di luar, cicah pula dengan kari, sambal, sardin, gulai atau kalau yang suka manisan boleh juga dimakan dengan sekaya memang terbaik.
Sebenarnya roti puri ni kalau diratah macam tu je pun dah sedap. Cara nak membuat pun mudah jer. Jom cuba resepi roti puri tanpa yis yang dikongsikan oleh Nor Sharawana Idris Syara menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
Breakfast today wahh speaking kemain
Makcik Kiah happy dpt bantuan akk pun happy roti puri menjadi
Alhamdulillah 1st time mencuba bolehlah utk isi perut cicah dengan sambal sardin
RESEPI ROTI PURI TANPA YIS
Bahan
Tepung gandum – 3 cawan
Gula – 1 sudu besar
Garam – 1 sudu kecil
Marjerin – 1 sudu kecil
Air suam – 1 cawan
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
1. Buat doh
Mula-mula kita masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.
Uli sampai doh tak lekat di tangan.
2. Rehatkan doh
.Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat
3. Bentukkan
Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik.
Canai leper macam dalam gambar di bawah ni.
4. Goreng
Kemudian terus masukkan doh yang telah dicanai ke dalam minyak yang betul-betul panas. Guna api sederhana ya.
Tengah goreng tu siramlah minyak panas atas puri biar gemuk mengembung.
5. Siap!
Agak-agak dah masak tu bolehlah angkat. Kemudian ulang balik sampai habis semua doh tadi. Lepas tu bolehlah hidangkan.
TIPS NAK BAGI PURI KEMBUNG ELOK
Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api.
Waktu goreng, guna api sederhana.
Sambil goreng, curah minyak panas tu bnyk kali atas roti puri sampai dia kembung sendiri.
Masa canai tu tak payah nipis sangat pun tak apa.
Mudah kan?
Confirm anak-anak pun suka makan roti puri ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap orang pasti ada momen indah, suka dan duka bersama yang tersayang. Termasuklah juga bab masakan atau menu kegemaran yang tersayang. Setiap makan atau terlihat pasti mengulit kembali kenangan bersama tersayang. Sungguh nostalgia rasanya!
Di dalam satu perkongsian di facebook, wanita ini Amelia Tamby Hussin. berkongsi kisah ibunya yang gemar bercerita mengenai menu masakan yang digemari arwah ayahnya.
“Kisah ibu dan anak “
“Bapak kau kalau dapat masak lada macam ini punya sedap, dia simpan besok dia suruh mak buat lempeng, mak tiba tiba membuka cerita
“bila tu mak? waktu baru kahwin ke atau kami semua dah ada ? aku ajak mak bersembang sama.
Itulah sebenarnya yang mak kita mahukan di usia tuanya . Teman bersembang di waktu santai dia .
“waktu baru baru kahwin dulu, susah kami dulu, lagi susah waktu atok kau halau ayah dari kedai dia , dia tak kasi ayah kau tolong atok kau berniaga. Tak tahu lah apa salah ayah kau, atok kau halau, kau tahu apa ayah kau buat nak bagi mak dengan nenek kau makan? mak bertanya aku kembali .
Sebenarnya cerita ini dah berulang kali mak aku ceritakan. Aku sudah tahu sangat dah , tapi demi menghormati mak yang suka ingin bercerita , aku tanya semula
“tak tahu mak, aku menjawab. Ya Allah ampunkan dosa aku, aku membohong mak aku . Aku dah tahu dah, tapi takkan aku nak cakap dengan mak aku, “mak adik dah dengar dah cerita ini banyak kali, tapi aku berbohong demi menjaga hati .
“ayah kau mengail parit, cari ikan, dapat lah ikan betuk, ikan haruan, mak masak lah masak lada ni, ikan macam tu hanyir, kena masak lada , baru pedas buang hanyir, mak sambung bercerita ..
“betul mak betul, sekarang mana ada lagi ikan betuk mak? adik pun sempat makan mak waktu ayah tangkap kat parit dulu. Adik ingat lagi ayah bawak balik dalam baldi , hidup hidup mak kena siang ..
mak pandang aku dengan muka terkejut ,
“kau dah ada ke waktu tu? mak ingat kau belum ada
“ada. adik dah 5 ke 6 tahun, kita duduk ujung pasir mak. , mungkin ayah teringat lauk lama dulu tu yang dia carik agaknya, adik makan sekali tue jer..
mak diam. Lama dia termenung.
Aku pandang mak .
Mungkin dia teringat kenangan lama .
Ya , kenangan dengan suami dia yang sudah 13 tahun meninggalkan dunia .
Selama 13 tahun itulah, aku menemani mak di usia tuanya .
Ikan tenggiri masak lada
Bahan bahan
Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Kunyit hidup (kisar)
Lada hitam
Serbuk kari ikan
Cili kering mesti lebih banyak dari serbuk kari ikan
Asam keping
Air asam jawa
Kerisik sedikit
susu cair sedikit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara cara memasak
Mula mula panaskan kuali dan masukkan minyak.
Kemudian masukkan bahan kisar , bawang merah bawang putih dan kunyit hidup. Bau dan wangi masukkan cili kering, serbuk kari dan lada hitam
Serbuk. Masukkan asam keping juga. Tumis sampai garing dan masukkan air asam, masukkan terung. Agak agak terung nak layu baru masukkan ikan .
Akhir sekali, masukkan garam dan kerisik .
Selamat mencuba
#syukurselalu
#hitungkesyukuranmu
#bukankesukaranmu
#spreadlove
#airtanganamelia
#ameliatambyhussin
#ameliatambyhussin
#kisahibudananak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.