Kisah wanita hamil, Jahidah Nordin yang menjadi mangsa belasahan suami sehingga koma pada pertengahan tahun ini menggemparkan masyarakat. Dia mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas disyaki dipukul suami pada 4 Mei 2021.
Terbaru, Harian Metro melaporkan, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, ini selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
Jahidah sebelum ini telah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi, HTJ sejak 22 November lalu tetapi pihak keluarga tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat.Adiknya, Fauziah Nordin, 40, yang bertanggungjawab menjaga Jahidah sepenuh masa memaklumkan Jahidah menjalani pembedahan kecemasan kira-kira 9 malam tadi.
“Alhamdulillah, Kak Jahidah sudah lahirkan ‘baby,’ pembedahan kecemasan pukul 9 (malam tadi). Baby sihat dok kata,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.
Menurut Fauziah, kakaknya kini masih berada di hospital dan dalam pemantauan 24 jam.
Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Dia pada mulanya dimasukkan ke ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Sebelum ini pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Sikap ibu bapa yang mendidik anak-anak lelaki dengan cara yang salah sebenarnya boleh menjadi penyebab kerosakan kepada anak tersebut.
Umpamanya ada yang merasakan anak lelaki perlu diajar untuk menjadi anak jantan di mana jiwa mereka kena kental, berani, jangan mengalah, bertumbuk itu biasa, tidak boleh menangis dan macam-macam lagi yang kononnya itulah cerminan seorang lelaki sejati.
Namun dari sisi lainnya, bila dididik sebegitu dari kecil dengan tanpa sedar sebenarnya si ibu atau ayah telah menanamkan sikap sebagai seorang pembuli!
Hal ini mengambil kisah benar yang dilalui sendiri oleh seorang penulis novel, Puan Hanani Daud. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
SISI IBU MANGSA BULI vs IBU KAKI BULI
“Saya ada lima orang anak lelaki. Saya didik mereka untuk jadi anak jantan yang hebat, tidak mengalah dengan orang, tidak gentar akan sesiapa dan digeruni semua orang.”
Saya dengar dia gah bercerita tentang anak-anak lelakinya.
“Sejak kecil kalau mereka bertumbuk, saya biarkan sahaja. Saya didik untuk mereka tidak mengalah sesama. Cabaran hidup zaman sekarang, anak-anak lelaki perlu dididik untuk jadi berani. ”
Nasi yang saya suap ke mulut ketika itu terasa pahit. Saya terus memasang telinga sehinggalah dia bercerita tentang sesuatu yang saya anggap keterlaluan.
“Anak-anak saya bergaduh dan bertumbuk di sekolah dan asrama, saya bela mereka. Kami suami isteri dipanggil oleh cikgu mereka, saya tidak sedikit pun rasa gentar. Tiada siapa berani ambil tindakan kerana saya akan lawan balik.
“Saya cari cara untuk anak saya sentiasa menang. Saya akan buat laporan polis dan jika perlu saya saman.”
Bangga benar dia bercerita tentang anak-anaknya yang kononnya anak jantan.
Sudu dan garpu di tangan saya bergetar menahan rasa hati yang mendekam. Saya mula bercakap menyampaikan rasa hati saya…
“Awak bercerita yang anak awak bergaduh, bertumbuk di asrama. Awak akui anak awak yang selalu mulakan, tetapi awak menyebelahi mereka. Maksudnya di sini anak awak menjadi kaki buli kerana lahir dari rahim seorang ibu yang juga pembuli.”
“Awak bercerita, awak bangga anak-anak awak seorang anak jantan. Adakah awak tahu perasaan ibu seorang mangsa buli? Awak melahirkan si pembuli, saya pula melahirkan anak mangsa buli.”
Saat itu saya lihat wajahnya berubah. Tapi saya kawal suasana di meja makan itu. Saya perlu hormati pemikirannya. Pemikiran seorang penulis seperti saya. Dia ada rasional dia, saya juga ada rasional saya.
“Anak saya juga lelaki. Apabila nama lelaki, dia juga anak jantan. Ada ketika bengkengnya bukan calang-calang. Tapi saya tidak didik anak saya untuk menjadi anak jantan tidak bertempat.”
“Acap kali anak saya meminta izin membalas setiap laku kasar si pembuli, tetapi jawapan saya tetap sama.”
“Umi faham perasaan Uwais apabila dibuli dan diperlekeh orang. Tapi umi sebagai ibu perlu menjadi seorang ibu yang menuntun anak-anak kepada jalan yang benar. Jalan yang penuh iman, bukan jalan nafsu.”
“Meski anak saya dianggap bukan anak jantan, kalau saya dihidupkan berkali-kali, cara didikan dan pemikiran saya tetap sama. Tidak perlu membuli orang untuk menjadi anak jantan.”
“Tidak perlu gagah untuk digeruni, tidak perlu kaya untuk dihormati. Kita hanya perlu berilmu dan beradab. Mendidik anak-anak lelaki untuk menjadi jantan dengan cara awak bagi saya itu bukan cara didikan orang beradab.”
Meski nada yang lembut, saya tahu tutur saya itu berbisa. Saya lihat dia terkulat-kulat, namun saya terus menyuarakan rasa hati.
“Di sekolah, memang benar anak-anak kaki buli ini cikgu terpaksa menangkan. Si mangsa buli pula diminta sabar, sabar dan sabar serta memaafkan.
Mengapa?
Sebab, biasanya pembuli lahir daripada ibu bapa seorang pembuli juga. Pihak sekolah biasanya mengelak untuk berurusan dengan mereka.”
“Selalu saja mereka akan pusing cerita, cikgu akan dipersalahkan tak cukup diserang, dibuat laporan polis dengan cerita yang diada-adakan.”
Dia terdiam, sekadar berkata..
“Setiap ibu bapa ada cara sendiri dalam mendidik anak. Itu cara saya.”
Jawab saya…
“Saya hormati jika itu cara awak. Mungkin pemikiran pembuli anak saya juga serupa. Saya hormati juga, namun apa yang saya nak katakan di sini, setiap inci penghinaan, setiap laku perbuatan buli terhadap mangsa buli, saya sebagai wakil mereka ingin jelaskan bahawa, amat sukar untuk kami memaafkan.”
“Kesan penderaan mental atau fizikal terhadap anak-anak ini sukar untuk diberi maaf secara percuma. Meski saya mendidik anak saya untuk bersabar, tetapi dia ada hak untuk memaafkan atau tidak.”
“Mungkin hari ini anak-anak awak bangga dan gah kerana menjadikan mangsa buli seperti anak saya sebagai bahan mainan atau bahan lawak . Tetapi tatkala Allah titipkan penyesalan, sedangkan kawan yang dibulinya berpaling, ketika itu titik penyesalan akan membuat mereka derita.”
“Perasaan itu makhluk. Bahagia dan derita itu milik Allah. Allah boleh beri rasa bahagia itu di hati sesiapa sahaja. Sama juga dengan derita. Boleh hidup di hati sesiapa sahaja.”
“Saya alami rasa itu. Sejak kecil dibuli berkali-kali namun saya tidak pernah membalas. Namun saya sentiasa rasa bahagia. Saya pasti si pembuli sukar memiliki rasa bahagia yang sama.”
“Sebab itulah, meski apa juga saya tetap dengan cara saya dalam mendidik. Harga diri yang sebenar ialah mendidik anak berjiwa ihsan bukan jiwa haiwan.”
Allahuakbar.
Kasar benar saya. Tutur kata yang tersusun santun. Namun saya pasti menusuk. Wallahu’alam.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/hanani.daud.7″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Hanani Daud [/su_button]
Tanah Suci Makkah dan Madinah begitu istimewa dan dekat di hati kita umat Islam. Bagi yang belum pernah ke sana, tentu sahaja mengharapkan ada rezeki untuk menjadi tetamu Allah suatu waktu nanti.
Manakala pada yang pernah merasai nikmat pergi ke Makkah dan Madinah semasa mengerjakan ibadat umrah atau haji, pasti ketika ini berasa begitu rindu untuk mengunjungi tempat yang penuh barakah itu.
Berkongsi pengalaman perjalanan memasuki negara Arab Saudi pada 20 Oktober 2021 yang lalu, Saudara Abbas Nejamdeen berkongsi info di akaun facebooknya kepada wargamaya yang ingin berkunjung ke tanah suci tanpa melalui agensi.
Harapannya daripada perkongsian itu, diharapkan memberi manfaat untuk semua.
Berkunjung Ke Tanah Suci Selepas Vaksin
Pengalaman masuk Saudi ketika covid untuk yang sudah 2 vaksin atau 3 untuk mana yang perlu.
A. prosedur visa
1. Apply tourist visa (nanti boleh pilih apply untuk tujuan apa, umrah pun boleh). Masa apply, insurance covid mandatory dan automatic. harga visa dan insurance dalam 530 lebih skit riyal.
Tarikh penerbangan boleh pilih je, tapi tarikh visa bermula adalah dari tarikh kelulusan.
untum mohon visa siap siap scan gambar.
Saya dapat kelulusan visa dalam 30 minit selepas mohon, sah untuk setahun.
boleh la rujuk di lama web visitsaudi nanti.
B. sebelum penerbangan
1. Buat pcr test 72 jam sebelum berlepas. rajin rajin google untuk cari tempat yang boleh dapat keputusan dalam satu hari. Sebab jika anda ambik flight saudia, pertukaran tarikh secara percuma adalah hanya untuk 48 jam sebelum penerbangan.
2. Print digital vaksin kalau boleh certify di pejabat kesihatan daerah terdekat
3. Daftar vaksin dan tarikh penerbangan di website muqeem (selepas daftar, print arrival registration)
C. ketika daftar masuk (check in)
1. Perkara B, 1 – 3 perlu dikemukakan.
2. Mysejahtera pun perlu tunjuk, keputusan pcr auto upload di mysejahtera.
D. sebelum berlepas
1. download apps tawakalna dan eatmarna. Jangan daftar lagi, download dulu.
E. Setelah mendarat
1. pihak kesihatan saudi akan check pcr test dan akan tampal sticker /. mereka juga akan tanya kesihatan anda sekarang bagaimana ada batuk ke ada masalab pernafasan ke…
2. ketika di imigresen, perkara B 1 – 3 akan diminta.
3. untuk keselesaan buat masuk dokumen dokumen dalam satu clear file berasingan.
F. Baggage
1. setelah imigresen clear, macam biasa claim baggage anda dan keluar. Gunakan green line jika tiada apa apa untuk declare.
G. Apps
1. Beli simcard saudi dengan data plan.
2. Daftar tawakalna anda
H. tawakalna apps
1. Apps ni ibarat mysejahtera kita mana mana nak masuk kena tunjuk. Dia akan auto update bahawa kita immune denga warna hijau. Kalau warna lain anda kena check balik.
2. nak masuk masjid nabawi atau mana2 tempat secara procedure nye kena tunjuk immune tawakalna.
3. kalau install vpn, kena uninstall dulu ye. kalau tak, tak boleh daftar.
I. Eatmarna app
1. daftar juga app ni untuk tujuan permit solat di masjidil haram, ziarah nabi, solat di rawdah dan permit umrah.
J. Ke Makkah atau Madinah
1. terpulang pada perancangan anda
2. Kalau naik saudia akan turun di terminal 1 airport baru link dengan high speed train, boleh la naik train kalau nak.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak termasuklah bab pendidikan, demikian juga yang dikongsikan oleh pelakon Yana Samsudin mengenai anak sulungnya, Aisy Mateen.
Sebelum ini, Yana mendedahkan anak sulungnya itu menggemari subjek matematik di dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu.
Bahkan, anaknya lebih cepat ‘tangkap’ dan cepat belajar jika menggunakan bahasa inggeris.
Bukan itu sahaja, Mateen juga telah didedahkan untuk menguasai tiga bahasa iaitu bahasa melayu, inggeris dan juga mandarin sejak masih bayi lagi.
Terbaru, Yana menerusi laman Instagramnya yang menunjukkan Mateen sedang membuat kerja sekolahnya.
Jika selalunya ibu bapa yang mengajar anak-anak, tapi terbalik halnya dengan Mateen. Kelihatan anak sulung pasangan ini mengajar daddynya bagaimana cara menulis dan menyebut nama Mateen dalam bahasa Cina.
Malah dia yang mempelajari bahasa Cina menulis namanya dalam bahasa tersebut pada sebuah buku.
Sambil meneguk air susu, sempat lagi Mateen menyoal daddynya apakah handphone dalam bahasa Cina. Fadzil yang berseloroh menyebut sebutan ala-ala cina sampai tergelak Mateen mendengarnya.
Gelagat comel Mateen meraih pujian daripada ramai. Rata-rata memuji cara pasangan ini mendidik walaupun baru berumur 5 tahun namun cepat belajar.
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...